Wednesday, March 30, 2011

sibuk

last update blog adalah rabu lepas...jumpa rabu balik baru sempat nak update pulak...haisshhh!!


dah lama sangat rasanya tak menulis...kebanyakan hari dilalui dengan penuh ke"busy"an..sampai kadang-kadang rasa masa yang ada tu cukup2 je untuk buat benda yang penting2 sahaja..(menulis di blog ini tak termasuk dalam list penting..hehehe)


rutin harian:
bila bercakap mengenai rutin ni..semestinya tak lari dengan hal-hal berkaitan masa. bila masa dapat disusun dengan baik,berjadual, sistematik dan sebagainya, maka hari-hari yang dilalui akan berjalan dengan lancar dan semua kerja yang menimbun tu dapat diselesaikan dengan lancar juga. tapi kalau masa tak diuruskan dengan baik,boleh jadi kerja yang boleh dibilang dengan sebelah tangan pun tak boleh nak diselesaikan!


mesti anda selalu dengar ungkapan ini..
"kebatilan yang terangcang boleh mengalahkan kebenarang yang tak terancang"
renung2kan..


*****************


kebelakangan ni selalu sangat balik lambat..boleh dikatakan dalam lima hari bekerja, 2 hari je balik awal..selebihnya dah dekat asar baru sampai..(ada juga yang lewat lagi dari tu..) 


selalunya sampai je kat rumah memang dah kepenatan...kalau awal lagi, saya akan terus susukan tasneem dan tidor secara berjemaah...hahaha
sebelum maghrib biasanya kerja2 picisan yang penting macam mandikan tasneem dan mandikan diri sendiri selesai...
lepas maghrib pulak tidurkan tasneem siap2 supaya senang nak buat kerja2 lain pulak...macam gosok baju dan persiapan untuk pergi sekolah esoknya (isi air dalam botol, barang2 untuk pam susu)


*****************
tasneem:
anak ini semakin hari semakin bijak.
makin pandai tidur dengan nyenyak di malam hari
makin pandai nak bersembang.
sudah pandai senyum2 bila diagah-agah.
sudah tahu bila namanya dipanggil2....
sudah pandai mengiringkan badan...(bila nak meniarap ni??)
....pandai juga main air liur.....

~~bahagia~~

tapi tiba2 ahad lepas abi botakkan balik kepala tasneem..sebab nak bagi rambut tumbuh sekata..ahahahahaha...ok...semua orang terkejut dengan tindakan abi itu...tak cantik sudaaaa....


Wednesday, March 23, 2011

tidur yang lena..

sekarang ni...bila ummi dah mula kerja, dan adakalanya ummi balik lambat..sampai je kat rumah, ummi pun terus je susukan tasneem..biasanya tasneem memang takkan menolak...hehehehe..


lepas tu bila dah kenyang...giliran abi pulak untuk mandikan tasneem..bila abi dah mandikan tasneem tu, kadang2 ummi yang pakaikan baju..kadang2 abi je yang buat sampai siap semua..bergantung pada keadaan..


lepas dah wangi2 tu biasanya lepas maghrib, ummi susukan tasneem sampai la tasneem tertidur..lepas tu baru lah ummi ada masa untuk uruskan apa2 yg patut..


lena tidur..


tapi satu hari, lepas ummi tidurkan tasneem...ummi belek punya belek..ada yang cam lain je..huhu.. 


ni lah hasil kerja abi..hahahaha!!

p/s: abi, sila lebih berhati2 selepas ini ye...hehehe

ada kembarrr??

tasneem ada kembar ke??hehehehehe..






ok..siapa yang bijak sila teka yang mana satu tasneem??


p/s: gambar ni masa kita pergi kenduri kahwin kawan abi kat gunong, kelantan..masa cuti sekolah baru2 ni..

Sunday, March 20, 2011

balik kampung ooo balik kampung

assalamualaikum..


ooo~~~ lama betul tak menaip..balik kampung hari tu terlupa nak bawa balik brodband..kalau ikut banyak juga yang nak diceritakan. tapi cerita apa yang teringat je lah..


kami sekeluarga balik ke kampung..kelantan..pertama kali bawa tasneem untuk perjalanan yang memang betul2 "jauh perjalanan luas pemandangan" yang purata ambil masa 7 -8 jam.


berdebar jugak bila 1st time nak bawa tasneem jalan jauh2 ni..takut juga kalau dia meragam tengah2 jalan..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..


balik kali ni tak sama macam balik sebelum2 ni...ada beberapa benda yang berubah dan bertukar..ok.dah tak sama macam dulu..


1. isi kereta dah bertambah...kalau dulu hanya berdua..fifah dan fadlul sahaja..sekarang dah ada insan kecil yang bernama tasneem..


2. masa bertolak..kalau dulu, nak balik kelantan..malam jumaat dah siap2 packing..lepas tu pagi jumaat bawak turun semua barang..masuk dalam kereta..habis sekolah pukul 12.00 tghari, terus caw cin caw...tapi sekarang dah tak boleh dah..


3. kuantiti barang. dulu barang berdua je..apelah sangat barang berdua ni kan..tapi sekarang ni dah macam2 yang kena bawa...termenung juga mula2 nak pilih barang2 tasneem..fikir mana yang nak di bawa...penghabisannya angkut semua sekali...senang!


4. berubah tempat duduk..sekarang dah kena duduk belakang..tak boleh lagi nak duduk sebelah kat tempat co-driver tu..tapi ni untuk perjalanan balik kelantan je..lain2 masih duduk sebelah.maklum la,kan jauh..lenguh juga nak pengang je tasneem yang tertidur tu.duduk belakang lebih senang..boleh baringkan tasneem kalau dah tertidur tu..


kali ni 1st time rasanya balik malam..penat jugalah..walaupun tak drive, tapi badan tu still penat..tak boleh nak tidur sangat..(walaupun tidur jugak sebenarnya..huhu)..gerak malam..lepas siap makan semua...sampai dekat 8.00 pagi..lepas tu pakat tidur tak sedar diri...


tu je lah dulu untuk kali ni..nanti baru update cerita pasal tasneem..
ngantuk sudah..

Tuesday, March 8, 2011

malam baru dapat jumpa

uhuhu...penatnye ummi hari ni...abi pun..
*abi tengah tak sihat...ada selsema sikit..


hari ni periksa..(sampai hari khamis)..jadi ummi relaks lah sikit..tak mengajar..jaga budak periksa je..
abi ajak ummi ke low yat hari ni..nak baiki laptop ummi yang dah rosak tu..ummi dah siap2 solat masa kat sekolah lagi..sampai kat sana ada lah dalam pukul 2.40 cam tu..lepas cari parking, masuk low yat cari kedai yang boleh repair laptop pula..abi pulak ada nak cari bateri laptop pak ngah tasneem..dah jumpa bateri tu..dekat ASUS centre dalam rm400.

dalam pukul 3 dah jumpa orang yang sanggup nak baiki..lepas tengok serba sikit, orang tu pun bagi kos baiki secara kasar..dalam rm 300 cam tu...(melayang duittttt!!!)dia bagi masa dalam 1 jam..orang tu suruh pusing2 dulu..gi makan ke..kebetulan ummi dengan abi pun memang belum lunch lagi, jadi sementara nak tunggu siap tu kami pun pergi ke food court kat situ..


ok..dah pukul 4 lebih..orang tu masih tak call lagi..bila jengah ke kedainya, dia kata belum siap..katanye lagi, ada benda lain jugak yang rosak..tu yang lama sikit..then dia suruh jalan2 lagi sementara tunggu..ok..kami jalan2 lagi..ummi sebenarnya penat jugak dah ni..1 hal lagi sebab lama dah tak berjalan jauh2 cam ni...oleh sebab dah masuk waktu asar, abi ajak ke surau untuk solat..lepas solat orang tu masih belum call lagi, tapi kami pergi jugak ke kedai tu...oooowwww~~~masih belum siap!!menguji kesabaran betul lah orang ni..dah lebih 5.30 petang..masih tak siap lagi..dari 1 jam dia janji mula2 tadi..sampai nak dekat 3 jam ni tak siap2 lagi..lepas tu boleh pulak dia kata yang ada benda lain lagi yang rosak..alahaiii...letih tunggu..


abi ambil keputusan untuk balik je..dah tak kuasa dah nak tunggu..lagipun abi ada kelas tuisyen malam ni..pukul 8.00..tu yang kena berkejar jugak untuk balik..tapi bila dah balik masa ni..jem tak payah nak kata lah..abi kata abi tak boleh nak hantar ke kajang dah...tak sempat..jadi balik ke rumah sewa di hulu langat je..ummi pulak dah rindu sangat kat tasneem..cam nak nangis jugaklah mengenangkan lambat lagi baru boleh jumpa tasneem..abi habis kelas pukul 10.00 malam..jadi dekat pukul 11 juga lah baru sampai kajang... 


oleh kerana tak sanggup lagi dah ummi nak tunggu, ummi mintak tolong aunty N ambil ummi..mujur lah dia sanggup..jadi dapatlah ummi susukan tasneem..nenek kata tasneem dah nangis2..dah tak nak botol dah..lagilah ummi tak senang duduk..sampai2 je rumah nenek ummi terus susukan tasneem..tasneem pulak macam tau2 je ummi dah balik..dah tak nangis dah..dah tak meragam..lagi pun dah dapat susu yang fresh..


huhuhu...6.30 pagi ummi tinggalkan tasneem,9 malam lebih2 baru ummi dapat jumpa tasneem...


letih betul ummi hari ni...

Friday, March 4, 2011

didera abi

abi tu kan takde kerja lain..nak sakat tasneem je..kalau tok ummi nampak memang kena dah abi tu..ppaaapp sekali!!


biasa tengok ruangan ni dalam kereta (tempat duduk belakang)?

cuba memuatkan tasneem didalamnya..
(tasneem: apelah motif abi ni sebenarnya??)


.............


cubaan ke2, alas bantal kat belakang pulak....adehhh...apa aje lah

buli lagi...



sampai senget2 muka kita..huhu


muka ni ummi tak pasti mood dia..
a. suka sebab abi buat macam tu kat dia..
b. nak nangis sebab terasa diperkotak-katikkan oleh abi sendiri..

semua ni adalah situasi dalam kereta...masa ni on the way ke pontian, johor.sabtu lepas.. tak tidur sana pun..balik hari.sebab abi ada mesyuarat PIBG esoknya..ada urusan yang nak diselesaikan..dalam masa yang sama nak melawat moyang tasneem yang asyik sibuk memanjang...sampai tak sempat nak datang tengok (walaupun dah berkali2 janji..)

Wednesday, March 2, 2011

sudah 2 bulan

selamat berusia 2 bulan!!
(terlewat 2 hari dah ni sebenarnya..hehe)


bila dah berusia 2 bulan ni, tasneem dah;-


1. bertukar saiz diapers dari newborn ke saiz s (sebenarnya ni masa masuk 1 bulan..ummi terlupa tulis)


2. dah pandai nak berbual-bual..kadang-kadang tu boleh merengek kalau orang buat tak tau je


3. pandai juga merajuk. kalau dah menangis, lepas tu ummi atau abi atau sesiapa je tak angkat tasneem cepat-cepat, mulalah mencebik..(rugi ummi tak ambil gambar masa tu)...tak pun kalau tasneem nangis sebab lapar, ummi pula lambat bagi susu...ha..mulalah dia...tengah minum susu pun boleh menangis lagi...bayangkan lah!!


4. suka ajak main time ummi dan abi dah ngantuk...aaahaiii...kalau esoknya cuti takpe lah..tapi kalau esoknya kerja,nak tak nak, kena jugalah dilayan...biasanya ni ummi pas kat abi..sebab ummi punya bahagian masa menyusu je..hehehe


pandai tengok kamera dah ke ni??

Tuesday, March 1, 2011

cabaran hari pertama bekerja

hari ni hari pertama ummi kerja setelah 2 bulan cuti bersalin..


macam biasalah bila hari pertama lepas 2 bulan bercuti ni..macam2 lah yang tertunggak..
benda pertama yang ummi buat ialah tengok jadual..alhamdulillah jadual ok..taklah pack sangat..banyak juga masa senggang..bolehlah ummi pump susu masa ni..hehehe..


lepas tu ummi tengok pulak tugas2 ummi sepanjang tahun ni..boleh tahan jugak lah..tak banyak sangat..tak jugak sikit sangat..ummi harap ummi dapat pikul tugas tu dan laksanakan sebaiknya...


yang tak tahannya, hari pertama ummi datang sekolah dah ada meeting..aduhai..balik lambat lah jawabnya..


rindu??
memang ummi rindu sangat kat tasneem..2 bulan dengan tasneem 24 jam..bila dah berjauhan tu memang terasa la rindu tu..kalau ummi cuti 3 bulan agaknya lagi lah teruk rindunya..


masa ummi free tadi, sambil2 ummi pump susu, ummi ada call nenek..tanya pasal tasneem..nenek kata tasneem menangis2 tak nak minum dari botol..sampai merah2 mata..siap keluar air mata lagi..kesian tasneem..
kenapa lah tasneem tak nak botol??kan ummi dah ajar tasneem minum guna botol...


hari ni pagi2 lagi ummi dah kena mengajar...ada masa 2 jam yang pertama..rasa kekok pulak...nak buat lesson plan pun macam tak reti je..haha..teruk betul..betul2 punya cuti ni..tapi tu semua sekejap je...lepas tu dah ok..dah boleh mengajar macam biasa...


tasneem baik2 ye sayang duduk dengn nenek..jadi anak yang solehah ye...ummi sayang tasneem..


p/s; esok pun balik lewat jugak..biasanya ada kokurikulum..tapi ganti dengan mesyuarat..hurm...
p/s 2 ; tadi masa ummi nak gi pump susu, tiba2 ada sorang cikgu ni kata kalau guna pump letrik, susu cepat kering, tak sempat 2 tahun..ahhh....wat saspen je...ye ke camtu?mana ada!!


ya ALLAH..murahkanlah rezeki tasneem..supaya tasneem terus dapat breastfeed sampai cukup umur dia 2 tahun...