Sunday, June 26, 2011

kuatkan semangat

saya adalah penyokong breastfeed!!

ada kisah teman, ada kisah saya...

kisah teman
ini kisah teman sebelah meja. beliau baru saja mula bekerja hampir 2 minggu yang lalu-setelah 2 bulan cuti bersalin.saya sangat kagum dengannya kerana dia memerah susu hanya dengan tangan!!tanpa sebarang bantuan alat lain yang berbentuk pam manual apatah lagi pam letrik.-teknik marmet-saya tak pandai guna teknik ni...

satu hari saya sedang saya leka menyiapkan RPH, saya terdengar keluhan beliau-susu sudah penuh membengkak..bila ditanya kenapa tidak diperah, katanya botol dan gelas(untuk tadahan susu semasa memerah) tertinggal dirumah...kesihan beliau. saya menawarkan padanya pam letrik saya yang tak seberapa tu..allah izin botol susu juga saya bawa lebih...alhamdulillah, susu dapat dipam keluar, sakit sudah beransur hilang.

sebelum ini beliau hanya melihat mudahnya saya menggunakan madela mini elektrik tu,sambil pam siap boleh makan, baca majalah...nampak senang katanya...*memang senang pun.dan saya pula kagum dengan kemahiran dia menggunakan teknik marmet tu...hehehe

tak salah kalau kita kongsikan apa yang kita ada.bila apa yang kita ada tu dapat membantu untuk meringankan beban orang lain, gembira dan bahagia rasanya.

kisah saya
satu masa dulu bekalan susu saya untuk tasneem berada pada tahap sangat kritikal. hampir habis!!tinggal beberapa bekas aje.sangat membimbangkan..dan mak saya, selaku orang yang jaga tasneem sudah mula bising..

masa tu memang rasa sangat down..sedih tengok tasneem..tak dapat bayang kalau saya terpaksa tabur duit saya untuk beli susu formula untuk tasneem..tak sanggup!!

tapi kalau kesedihan tu diteruskan ape pun saya takkan dapat..sedih dan stress akan mengurangkan susu ye puan2 sekalian..jadi saya meng"google" untuk mencari apa saja perkara yang boleh buatkan susu jadi banyak..dan saya jumpa macam2..saya tanya jugak kawan2, dan saya dah cuba petua2 yang mereka bagi!!
TERIMA KASIH YE TEMAN2!!!

ini sup sayur..sediaan ibu mertua...ada sawi dan lobak putih.katanya boleh banyakkan susu

alhamdulillah, dengan segala susah payah, perit jerih, dapat jugak saya restok balik susu untuk tasneem... walaupun tak penuh sampai 1 peti, tapi taklah sampai tahap kritikal kan..

ini adalah stok baru

simpan EBM
saya memang simpan EBM dalam bekas dadih yang kecil ni..
awal2 dulu, saya memang ingat nak beli botol2 utk simpan EBM ni.tapi, satu hari masa pergi antenatal check up, nurse ada cakap2 pasal breastfeed, bagi tau faedah2 bf, cara2 yang betul untuk bf, simpan stok susu...masa tu lah dia bagi tau yang boleh simpan dalam bekas dadih ni...

jangan risau, bekas ni BPA free ok!!ada no 5 tau bawah bekas ni..mudah dan murah!!saya saja pilih bekas yang kecil sebab taknak membazir..bekas ni boleh isi dalam 2.5 us oz.

tasneem
oooo....terasa macam cepat pulak dia membesar..macam tak sempat nak tengok satu2 perkembangan tasneem dengan terperinci walaupun sebenarnya dah memang depan mata....rasa macam baru semalam je lahirkan tasneem...tau2 je dah besar (T_T)

cepatnya masa itu berlalu!!

Saturday, June 18, 2011

makanan pertama untuk tasneem

tasneem dah 5 bulan 2 minggu 3 hari...alhamdulillah...
lebih kurang 2 minggu lagi tasneem akan cukup 6 bulan..maknanya tak lama lagi tasneem dah boleh ummi suap makanan secara rasmi..

******************

saya sempat baca2 sikit pasal makanan pertama yang sesuai untuk bayi.
apa yang saya dapat ialah, makanan tu yang pentingnya cuma up sikit dari susu ibu sahaja...atau dengan kata lain, naik satu tangga je dari susu ibu.

kalau masa 6 bulan pertama hanya susu ibu yang bersifat cecair sahaja, tapi bila dah cukup masa 6 bulan , dah boleh nak  bagi sesuatu yang mungkin lebih pekat dari susu ibu tu sendiri.

contoh termudah ialah nasi yang dikisar halus, bersama dengan EBM dan kemudian ditapis...ha,masih ada unsur susu ibu disitu ye. susu ibu masih dikekalkan sebab ini adalah makanan pertama bayi. tak nak bayi tu terkejut dengan makanan baru yang masuk mulut dia..

1 perkara yang paling penting, pada peringkat pengenalan ni tak perlu untuk menambahkan perasa dalam makanan bayi.tak perlu ada unsur2 garam atau gula.apatah lagi bahan perasa lain yang membuatkan makanan bayi tu "cukup rasa" atau "pasti sedap".

p/s: saya masih lagi meneruskan pencarian dan pembacaan saya untuk bab makanan bayi ni..tunjuk ajar dari yang berpengalaman sangat diharapkan.

p/s 2: setakat ni saya langsung tak bercadang untuk bagi tasneem makanan bayi yang bersifat segera..macam nestum..kalau boleh, saya nak sediakan sendiri semuanya..semoga saya diberi kekuatan oleh Allah...

Wednesday, June 15, 2011

temanku bercerita..

lepas 2 minggu bercuti, mula je kerja dengan rasa rindu pada teman2 sekerja yang sangat disayangi kerana Allah..

terutama pada teman yang sama2 sedang berjuang mengumpul susu untuk anak tersayang..
sama2 pam susu bila free sambil sembang2...yang pastinya cerita mengenai susu ibu, anak2, berkongsi macam2 lagi....seronok!!

kami bertukar2 cerita...bertanya khabar anak masing2...tak ketinggalan sesi meluah perasaan!!hehehe...

saya menceritakan kisah tasneem yang tak habis2 didesak oleh orang sekeliling saya agar menyuapkan makanan kepadanya.

dan dia...

kisah pengasuh anaknya..kasihan dia...~oh~..bukan kasihan kepada pengasuh anaknya itu, tapi pada teman saya ini..

saya pendekkan cerita ye..

pengasuh itu merungut kerana anak teman saya ini tidak mahu menyusu..lalu anak kepada pengasuh ini memberi cadangan yang sangat "bijak"...mencadangkan supaya ibunya membeli (dengan duit sendiri) susu formula dan susukan anak teman saya dengan susu tersebut!!!

padahal, teman saya ini langsung tidak mengalami masalah kekurangan bekalan susu..

apalah istimewanya susu formula itu kalau nak dibandingkan dengan susu ibu kurniaan Allah yang tak kalah khasiat dan kebaikannya??

alahai...

teman saya mengeluh sedikit..ada nada kecewa kerana pengasuh itu pandai-pandai mahu mengatur hidupnya.masih tak yakin dengan berjuta khasiat susu ibu, sedangkan dah macam2 kempen kesedaran dibuat...

*sangsikah dia dengan susu ibu yang telah Allah jadikan lengkap serba-serbi buat anak yang telah dilahirkan??
*apa kaitan anak tak mahu menyusu dengan susu formula??

banyak orang, banyak ragam...

ya Allah, kurniakanlah susu yang mencukupi buat anakku tasneem..

Thursday, June 9, 2011

kasih moyang kepada cicit

tasneem sayang, ini moyang tasneem..
mereka ini adalah parents kepada tok abah....
mereka sangat sayang pada tasneem...

ummi ingat lagi...masa balik kampung cuti sekolah hujung tahun lepas..
masa ummi tengah tunggu masa je untuk deliver tasneem..
satu hari, maktok datang rumah..saja datang tengok cucu...
(rumah mak tok dengan rumah tok abah dekat je..)
tiba2 je tengah2 sembang, nangis..
katanya takut tak sempat tengok cicit..
takut dia pergi dulu sebelum tengok tasneem..

moktok..moktok.... ;p

bila tasneem dah lahir, seronok sangat dia..hari2 datang tengok...
walaupun tok long dah tolong jaga ummi (sebab tok abah dengan tok ummi gi kerja), tapi dia tetap datang..tolong2 apa yang patut..sediakan nasi dan lauk, bancuhkan benda2 untuk letak masa nak barut perut, cari daun2 dan siapkan air rebusan herba2 untuk ummi mandi...teman sembang-sampai tak larat ummi nak sembang...hehehe...

berdua...romantik tak??hehehe


niat asal nak dodoikan tasneem..tapi tasneem tak tidur2...


baaa!!!

p/s: mok tok bukan sebut "tasneem"...tapi "tasnee"..."m" taktau hilang kat mana...kuikuikuikui... (^_~)

1minggu lebih di kampung

time cuti biasalah..giliran balik ke kelantan..kg abi..sebab kita dah duduk di kajang...tasneem pun nenek kajang yang jaga. 

memandangkan coverage broadband sangat ok kt kampung ni, mula2 ummi ingat nak update cerita tasneem lebih kerap..sehari sekali..tak pun 2 hari 1 kali..tapi asyik tak sempat..terlupa lah..kamera dok kat lain lah...akhir sekali, nak tak nak, sebelum balik ke selangor semula, ummi cuba jugak untuk cerita aktiviti tasneem masa di kampung..kira ummi buat kompilasi lah ni ye..tapi gambar je...hehe

1. perjalanan balik ke kelantan...
odw balik...berhenti solat kat stesen minyak


sampai di kubang kerian..singgah makan jap..tasneem tidur, kepenatan...


 2. hari-hari di kampung..
     kelantan sekarang panas...(bukan kelantan je..rasanya kat mana2 pun memang kebanyakannya panas...) jaran hujan..so, inilah jadinya....

tak payah pakai baju..



jimat baju...

 tasneem pakai baju masa nak tidur malam dan masa keluar gi jalan2 sahaja..ummi pulak banyak duduk dalam bilik dari duduk kat luar..sejuk sikit..boleh la ummi nak buka tudung pun..hehe

3. teknik mandi terbaru...

mula2 mandi dalam besen..tapi tak mencabar...

mandi atas lantai baru best!

cuci bersih2 tau abi...daki2 kat telinga tu gosok

 4. keluar jalan2....

cakkk!!

ikut abi gi basuh kereta

pergi kenduri...
tapi gambar dengan pengantin tak ada dalam kamera ummi..ada dalam kamera kawan2 abi..

pakcik napi, bila baby dalam perut cik ah nak keluar??

jom!!!

5. main petang2...
miauuuuww!!

pijak tasneem..

eii!!geram la kucing ni..

abaikan lutut tu ye...aurat!hehe..

lepas main kucing, kena basuh tangan tau kawan2...

6. berziarah..
ziarah ni satu kewajipan bila balik kampung..balik dah la jarang2..jadi bila ada kesempatan, pergi ziarah sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga...selain tanya khabar, ziarah untuk kuatkan ikatan silaturrahim...
ummi tak banyak ambil gambar masa ziarah ni..lepas tu ada jugak yang dalam hp abi..tak dan nak transfer..

- ziarah adik rayyan..dia cucu pertama tok mek ngan tok ayah..






ada sorang lagi 2pupu tasneem. lahir jumaat awal cuti hari tu..nama tak tau sebab masa pergi melawat tu belum hari ke7 lagi....dia tu cucu pertama toklong..

 ziarah tok yam dan tok jie. tok yam ni dialah yang jaga abi masa kecik2 dulu..masa tu tok ummi ngan tok abah mengajar di sabah lagi.


sekian..itu sahaja...
*esok kami insyaallah akan balik ke kajang..doakan kami selamat sampai ke destinasi..

P/s: manggis sedang menghijau..dan melebat atas pokok..abah kata lebih kurang 2 bulan masak lah....uuiissshhh....2 bulan lagi nak balik ah..huhuhu..

Tuesday, June 7, 2011

terkini dari tasneem...

tasneem dan abi sudah tidur dengan nyenyaknya.....
*apa tak nyenyaknya..sekarang dah pukul berapa..ummi yang masih tak reti2 nak tidur...

kepenatan seharian berjalan(jadi pemandu pelancong) dan pergi makan gulai (kenduri)
*bawak kawan semaktab dulu jalan2 ke pasar MPKB..isterinya nak cari jubah untuk pakai masa mengandung ni..

akhir2 ni...sejak 2 3 hari ni..ummi abi perasan ada satu benda baru yang tasneem suka buat...
suka buat2 macam tengah makan sesuatu..
(ai tasneem...nak kata yang tasneem tu memang dah bersedia nak makan ke apa??..sabar jelah..)
awal2 tu takut jugak..takut dia masukkan pe2 dalam mulut je..sebab sekarang ni apa yang dipegang, mesti nak masuk dalam mulut..

siasat punya siasat..rupanya, tasneem tak makan apa pun..
yang dia selalu buat tu ialah.....

lipat lidah dan hisap lidah yang terlipat tu...
ye..anda yang membaca boleh cuba praktiskan.. ('',)
macam2 la tasneem ni..pelik2 je...hehehe...

P/s: sebenarnya ummi nak wat entri dengan letak gambar2 tasneem yang latest...tapi tengok punya tengok, rupa2nya kamera tak de dalam handbag ummi..entah abi letak mana ummi pun tak tau..esok je lah baru cari

Friday, June 3, 2011

bekalan susu semakin berkurangan!!!

kenyataan yang sangat menyayat hati!!!
hukhukhuk...

minggu lepas..masa cuti sekolah baru je bermula, sebelum kita sekeluarga balik kelantan, nenek ada bagi tau stok susu tasneem dalam simpanan nenek dah nak habis..

ummi terbayang yang dalam peti kat rumah kita pun dah tak banyak mana stok yang tinggal..ada berapa bekas je lagi...

satu masa dulu...berjaya bawak balik 2botol penuh..sangat membahagiakan!!

nenek ada pesan kat ummi, cuti nanti perah jugak lah susu..sebab stok memang dah kurang sangat2....boleh kata dalam keadaan kritikal...pap!!(tepuk dahi sendiri!)

ummi dah mula risau..mana taknya, nak bagi makan, tasneem belum cukup umur lagi..aissshhh!!!tak keruan ummi jadinya..macam down pun ada..

macam mana nak buat??masa cuti ni biasanya ummi tak perah langsung susu.ummi banyak bagi direct je kat tasneem..bila dah mula sekolah nanti masa mana sangat ummi boleh perahnya...sejak jadual berubah dan bertambah hari tu, ummi rasa ummi takde masa nak perah..masa yang ada pun kena curi2 je...hurmm..jadual yang memang tak menyokong langsung!!

*down2 pun tak bagus untuk ibu yang menyusukan anak ye puan2 sekalian..

masa terluang yang ada tu ummi cuba2 juga untuk perah susu..tapi sikit je yang ada..kadang2 tu baru je nak perah,tiba2 tasneem dah berbunyi....alahai...

bila agaknya ummi boleh perah susu ye?

ummi kena memotivasikan diri ummi pada kadar paling maksimum masa ni..(sesiapa yang sudi untuk bagi motivasi free pada saya disaat2 begini amat dialu2kan..hehe) maklumlah, nak bagi susu banyak sampai melimpah2 tu bukan bergantung pada pemakanan je..keadaan ibu yang positif dan gembira juga sangat penting ok!!

menyusukan anak dengan susu ibu adalah jihad.perlukan kesabaran, usaha, doa dan tawakal di tahap tertinggi.

jadi sambil2 ummi update blog ni, ummi ambil masa untuk baca cerita2 pasal breastfeed mom...kutip2 semangat diorang untuk membina semangat ummi..huhuhu...antara yang ummi tengah baca ialah blog ummu muhammad.. dan ummu khadijah. ummi baca jugak artfikel2 pasal breastfeed dalam blog ni Menyusu Si Manja

tengok pada stok susu mereka ni buat ummi rasa cemburu!!!banyaknya susu yang diorang boleh kumpul!!sampai penuh peti!!!nak banding dengan stok EBM ummi untuk tasneem memang jauh beza..ummi berazam nak kumpul banyak2 macam tu jugak!!tapi macam mana?mungkin cara ummi pam sebelum ni kurang efisyen sebab tu lah stok EBM tidak begitu cemerlang..atau amalan pemakanan ummi tak sesuai...

ada sorang kawan ummi tu siap terbasi2 lagi EBM...huhu..

ummi nak teruskan membaca blog2 orang-blogwalking..

p/s:saya sangat tidak bersedia untuk bagi tasneem susu formula!!

Thursday, June 2, 2011

sabar ye semua..sabar...

salam..

tasneem dah 5 bulan..alhamdulillah..maksudnya ada 1 bulan je lagi untuk tasneem menyusu sepenuhnya..lepasni boleh la tasneem mula makan solid food...emmm...(yang sebenarnya sekarang ni pun dah ada benda lain selain susu ummi yang dah masuk dalam mulut tasneem tu).. :(

tapi yang pastinya, belum ada sebarang jenis susu formula yang masuk dalam perut tasneem..benda lain yang pernah masuk ialah air zamzam, dan madu..tak lupa juga ubat homeopati..

sila hadiahkan satu untuk tasneem..

sekarang ni bila ada orang jumpa tasneem, kebanyakannya mesti tanya, dah bagi makan??
alahai...
memang soalan ni akan dijawab begini "belum"
macam2 reaksi yang saya dapat...
"eh...dah boleh bagi dah masa ni...."
"anak saya dulu 4 bulan setengah saya dah bagi makan.."
"5 bulan setengah dah boleh bagi makan sikit2.."
"ooo...bagus lah..tunggu dia 6 bulan..baru ok nak bagi makan.."

kesimpulannya,ramai yang suruh suap makan dari yang menyokong tunggu sampai cukup 6 bulan...

tasneem pulak, bila nampak orang tengah makan, dia pun sibuk jugak nak makan..kadang2 tu sampai merengek2 sebab makan yang ada kat tangan ummi abi tu tak sampai kat mulut dia..masuk mulut ummi abi pulak...

sabar ye tuan2 dan puan2 sekalian...
termasuk juga tasneem..sabar...
saya tahu anda sangat teruja nak menyuapkan makanan kedalam mulut tasneem...
tasneem pun sangat teruja nak cuba sesuatu yang baru yang lebih mencabar untuk dimakan..
belum sampai masanya lagi...
tapi tak lama dah..1 bulan je lagi..
anda boleh kira sama2 dengan saya....

30, 29, 28.................................

p/s: dalam tempoh sebulan yang berbaki ni, biar saya study dulu pasal tasneem's very first solid food.. ;)