Sunday, July 31, 2011

ahlan ya ramadhan!!!



selamat berpuasa untuk semua..
dari kami sekeluarga..

RAMADHAN KAREEM!!

7 month

assalamualaikum...

hari ni alhamdulillah tasneem ummi dah genap 7 bulan..
alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga pada Allah..

perkembangan


1.fizikal.ummi tak pasti berapakah berat dan tinggi tasneem secara tepat..maklumlah, tasneem tidak pergi ke klinik untuk timbang suntik dan sebagainya..berat tasneem dalam 7kg lebih..dan tinggi ummi rasa mungkin 70cm lebih...pada pandangan mata ummi tasneem membesar dengan baik..tidak terlalu kurus, tidak juga gemuk..



2. merangkak.alhamdulillah...tasneem dah pandai merangkak.sebenarnya masa 6 bulan lagi tasneem dah pandai merangkak. ummi ingat nak buat entry khas bila tasneem dah mula merangkak..tapi asyik tangguh je sampailah tasneem dah genap 7 bulan. jadi, ummi gabung saja lah...

dalam lebih kurang seminggu lebih lepas tasneem genap 6 bulan, tasneem dah mula merangkak..hari2 lah tasneem buat latihan.terjatuh tu biasalah...dan bermulalah episod tasneem menjelajah seluruh pelusuk rumah..sampai hitam seluar kat bahagian lutut..huhu.(nampak sangat ummi "rajin" mop rumah)..sambil merangkak, sambil tegok2 lantai dan dinding..kalau ada semut tengah lalu, tasneem berhenti sekejap..untuk berkenalan dengan cik semut..jari2 yang comel tu pula asyik nak kutip semut..tapi tak dapat...hehehe...

3.memanjat..ohoo..bukan lah memanjat sangat..tapi lebih kepada memaut..paut pada tempat yang boleh dipaut..macam paut pada meja(yang rendah), kerusi...dan pada kaki ummi..banyak kali juga tasneem terjatuh..jatuh telentang..ummi ingat nak beli foam mat..supaya kalau jatuh pun tasneem tak sakit..tapi nantilah..ummi kena survey harga dan tengok bujet ada ke tak..

4.merajuk...nenek kata tasneem dah pandai merajuk...eheheehehe..ummi pun tak pasti macam mana tasneem merajuk sebenarnya...agaknya dengan nenek je kot tasneem merajuk..dengan ummi tasneem baik je kan...

5.kenal orang.dah pandai pilih orang dah tasneem sekarang..untuk yang dia dah biasa tengok macam ummi, abi, atok nenek dah tak ada masalah..tapi untuk orang yang baru dia tengok..kalau orang tu ambil atau dokong dia, mesti lama sangat tengok kat orang tu..tak berkelip lah..

masa balik kampung hari tu, atok jim ambil tasneem..dan tasneem pun ok je, yang jadi ummi nak suka tu sebab bila tok sidah nak ambil tasneem, tasneem tak nak..berkali2 juga lah tok dah try..tapi tak nak jugak..mula2 tasneem palingkan muka je..lepas tu dengan badan2 sekali pusing...huhu..tak kenal agak nye..tasneem nak dengan tok jim tu sebab tasneem ingat tok jim tu atok kot..

6. pantang tengok orang pakai tudung.tau dah dia kalau pakai tudung tu nak keluar..tasneem pun suka jalan2 macam ummi jugak ye..hari tu tasneem tengah duduk elok2 je dengan ummi..lepas tu bila nampak nenek pakai tudung terus nangis..nak ikut..sabar je lah..ummi dah tak laku..

7. makan. walaupun umur tasneem dah 7 bulan, tasneem tak makan sangat..ummipun tak bagi makan kat tasneem secara berjadual..satu lagi kalau bab makan ni, ummi perhatikan tasneem lebih suka makan makanan yang boleh dipegang, berbanding dengan makanan yang disuap. jadi ummi selalunya akan bagi tasneem pegang sesuatu. kadang2 roti..kadang2 kurma..tapi bila bagi tasneem pegang ni, ummi kena tengok juga..takut yang masuk dalam mulut tu besar sangat..nanti tercekik pula..



ummi rasa tu sahaja setakat ini.hajat hati ni ummi nak buat flash card alif ba ta, 1 2 3, dan ABC..tapi belum sempat lagi...

Saturday, July 30, 2011

bersiar2 di petang hari

petang ni kami sekeluarga keluar bersiar-siar...
ke stadium kajang..
ada ape ye disana?
ada ini..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tapi kami taklah tengok  konsert tu..
jalan2 petang aje
tengok apa yang ada kat sana..

masa tu artis2 yang nak buat konsert malam ni tengah buat raptai
jadi sambil jalan2 tu sambil dengar nasyid

kalau kami berdua je ada kemungkinan kami pergi malam ni...hehehe
dah ada orang ajak pun..huhu..
tapi sebab tasneem sudah ada, jadi tidak sesuai rasanya..

seronok tasneem..dia dapat belon dari gerai ana
tak lepas belon dia masa dapat tu
memang exited sangat...
first time dapat belon kan..
sampai rumah sambung main..
ummi risau pecah je..tengok tasneem macam geram sangat dengan belon tu..





ni pulak barang yang ummi beli..dengan persetujuan abi
huhu..sempat lagi beli2
ummi memang dah lama niat nak beli susu kambing ni..
ingat kan nak beli yang cap karihome tu..tapi dah terjumpa yang ni, dan abi pun berkenan,
jadi beli yang ni lah dulu..
habis yang ni beli karihome pulak..

semua sekali kat atas tu rm 100
promosi katanya.jimat rm35.
ada susu kambing "power goat" 2 bungkus. 20 sechet tiap satu..
1 bungkus untuk abi, dan 1 lagi untuk ummi.
bekal masa puasa ni.

ada "power honey". 30 sechet.
sorang 15...hehe
campuran madu, badam, delima, kismis, habbatus sawda' dan satu lagi ape tah.

mug tu percuma
2 ketul sabun mandi susu kambing + madu tu hadiah lucky draw.

lagi satu dapat baucer tunai rm 5.
nampaknya esok kena pergi lagi untuk tebus baucer tu.
sebab kat sini tak nampak pun kedai ana edar..
hehe..




ujian kehamilan

peringatan: tasneem belum nak dapat adik lagi..ini cuma perkongsian ilmu dan pengalaman.harap maklum..hehe


bukan saya punya..cuma gambar hiasan..
saya punya tak tau dah kat mana

pengalaman
pertama, biar saya cerita pengalaman saya dulu ye..saya pernah 2 kali kot buat urine pragnancy test ni...tapi 2 kali tu keputusannya negatif ye puan2...mungkin masa tu ada gangguan hormon yang menyebabkan period saya agak lambat...selepas daripada kejadian itu, saya tidak lagi memikirkan soal mengandung secara serius...saya biarkan saja dan teruskan rutin macam biasa.sehinggalah usia kandungan saya hampir 2 bulan baru saya sedar yang rupanya saya mengandung!

untuk membuat urine test ni, mawaddah dah pesan awal2 pada saya supaya ujian dibuat diawal pagi..saya ikut sahaja.bila dah buat dan keputusannya dah dapat, 1 masalah pulak timbul..garis kedua tu cair je..saya jadi tertanya2.."kalau cair ni mengandung ke?" bila tanya pada yang pakar,katanya betullah tu..mengandung..dan dia pun terang lah dengan menggunakan istilah2 perubatan yang saya kurang arif dengannya..tapi apa yang penting ialah syukur kerana akhirnya saya mengandung!!

cara ia berfungsi
sebenarnya urine pregnancy test yang kita selalu guna tu, bertujuan untuk mengesan kadar hormon hCG atau human chorionic gonadotropin yang terhasil dari uri sebaik sahaja berlakunya persenyawaan. kadar kepekatan hormon ini akan meningkat dari sehari ke sehari. jadi kalau ujian tu dibuat terlalu awal, mungkin alat tu tak dapat nak kesan hormon hCG ni.

masa terbaik untuk buat ujian ni lebih kurang 2 minggu lepas missed period..kiranya masa ni hormon hCG tu dah cukup pekat...tapi kenapa masa saya buat test tu cair je??agaknya alat saya tu kodi sangat kot..huhu kalau kurang daripada tu ada kemungkinan ujian yang dibuat akan menunjukan keputusan yang negatif.

tetapi, harus diingat ye puan2 sekalian, kalau masa ujian tu, tiba2 jalur yang keluar tu ala-ala malu nak keluar,(baca:cair) itu dah kira positif lah..anda mengandung!tahniah!!

cara guna yang betul
pastikan anda mengetahui cara yang betul bagi mendapatkan keputusan yang tepat.sebaiknya ujian dilakukan diwaktu pagi sebelum sarapan. ia bertujuan untuk mengelakkan air kencing menjadi cair. kencing yang cair akan mengganggu keputusan ujian tersebut.

harus guna midstream urine. caranya ialah, kencing dahulu sedikit dan kemudian tahan. kemudian tadahkan air kencing dalam bekas dan celupkan alat ujian dalam air kencing tadi. ada juga alat yang perlu dititiskan air kencing tadi pada tempat yang disediakan.


begitulah cara ia berfungsi dan cara yang betul bagaimana untuk menggunakan urine pregnancy test.
faham semua??ada soalan??
bagus...nampaknya semua dah faham..

Friday, July 29, 2011

mereka itu suci

murid    :    ustazah, tadi ustazah masuk dengan kaki kiri...
ustazah : ............(terima dengan insaf ....) ye ke?? (buat2 tak perasan)

****************
kisah benar
ini adalah kisah benar. situasi tersebut adalah berkenaan denga seorang guru yang telah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah surau sekolah..guru tersebut masuk selepas semua murid2nya masuk. dengan keadaan murid yang sibuk bercakap, bermain dan bergurau..rupanya dalam ramai2 murid yang sibuk dengan hal masing2 tu, ada seorang yang perhatikan gelagat gurunya..maka terjadilah dialog diatas...

teguran ikhlas
teguran itu adalah teguran ikhlas dari seorang anak yang berhati luhur..yang jujur dalam bicaranya...maka wajarlah diterima dengan hati yang terbuka...sangatlah tidak wajar kalau guru tadi nak marah kerana ditegur oleh seorang anak kecil!

dan yang sebenarnya, guru tadi tak terfikir langsung yang gerak langkahnya diperhati sehingga begitu sekali..walaupun nampak kecil je kes masuk dengan kaki kiri tu,tapi itukan juga merupakan sunnah Rasulullah..kenapa perlu diperkecilkan?

didikan melalui tauladan
perkara pertama yang paling penting dalam sesuatu proses mendidik itu adalah didikan melalui teladan..kadang2 kita tak perlu cakap banyak pun..cukup dengan menjaga akhlak kita...dan orang yang melihat-tak kira siapa pun-mesti terpikat.

lupakah kita pada sirah?berapa ramai yang tertarik dengan islam hanya kerana terpesona melihat kesantunan peribadi dan akhlak Rasulullah...

sama juga dengan membentuk rebung2 muda-anak2 kita-dalam bab aurat contohnya, mungkin kita perlu menerangkan sedikit sebanyak tentang peri pentignya menjaga aurat, dan selebihnya adalah dengan menunjukkan contoh melalui kita sendiri..bermulalah dengan kita! kita mampu mengubahnya..insyaallah...


p/s: masuk ke tempat2 yang baik harus masuk dengan kaki kanan keluar dengan kaki kiri..INGAT TU!!!


Thursday, July 28, 2011

homeopathy hasan

alhamdulillah semalam ummi dapat pergi ke homeopathy hasan yang terletak di kompleks PKNS, bangi...untuk ambil penawar tasneem..



biasanya tempat ni ramai orang..tapi alhamdulillah semalan masa ummi pergi orang masih belum ramai..agaknya sebab semalam hari bekerja..

masa ummi sampai tu, tempat tu tutup sekejap..rehat...lepas dia buka semula,ummi dapat giliran yang ke2.jadi tak lamalah ummi menunggu..

bila masuk jumpa dengan doktor..(doktor ke gelarannya ye??) beliau kata yang kena kat tasneem tu macam kuman...kuman dalam badan akan keluar dalam macam2 bentuk..ruam,demam,batuk,kahak...macam2 lagi..

beliau juga ada bagi contoh, kalau demam dan diberi dengan ubat biasa... kuman demam tu akan
berlegar2 sahaja dalam badan..tidak keluar...maka, kalau hari ini demam tu dah sembuh, lain hari mungkin akan demam lagi....

katanya lagi, ubat yang akan diberi ni nanti akan keluarkan kuman2 tu..jadi mungkin bintik2 merah yang ada pada badan tasneem tu keluar lebih banyak...kalau itu berlaku, tak perlu sapu sebarang krim, ataupun bedak2 moden..cukup dengan sapu ni dengan tepung kanji-bedak kampung..

pesannya lagi, kalau menggunakan ubat homeopathy ni, harus bersabar lebih..hehe...ubat ini mungkin lambat sikit menunjukkan kesan zahir kerana bertindak secara dalaman dahulu...berbanding dengan ubat komersial yang mungkin lebih cepat menunjukkan kesan.

memandangkan tasneem memang tidak di"cucuk" sejak dari kecil (kecuali cucuk yang diberi sebaik sahaja bayi lahir-yang tak boleh nak elak), katanya itu lebih bagus, dan lebih cepat menunjukkan kesan berbanding bayi yang dicucuk dengan taat tanpa skip 1 jenis pun...

ubat ada 3 jenis...
yang kurus kecil tu 1 biji 1jam sekali
yang sedang tu 1 biji 2 jam sekali
dan yang gemuk tu 2 biji 3 kali sehari...

ubat ni kena kemam/hisap..rasanya manis!!
tasneem suka bila makan ubat ni..hehe

semoga tasneem cepat sembuh...

wajah baru..

anda perasan blog saya berwajah baru??

ini semua kerja adik saya..lagaknya macam orang ada blog..bukan main lagi menggodek blog saya dan mengedit sana dan sini..
(atau sebenarnya memang dia ada blog tapi saya je yang tak tau???...entah)

ape pun terima kasih ye kunak..
nanti aku belanja kek..kek carrot yg ummi buat..haha..boleh??

Wednesday, July 27, 2011

Bintik Merah















assalamualaikum..

terlebih dahulu maaf sebab ummi belum dapat nak upload gambar masa tasneem di kampung tempoh hari..insyaallah lain kali..hehe

gambar tu ummi ambil guna handphone..tapi semalam masa nak transfer gambar tu macam ada problem pula..maklumlah..bukan talifon canggih..cap ayam je..

bukan tak ada kamera..ada tu ada..ummi bawa sekali masa balik kampung..tapi masa tengah syok nak snap gambar,rupanya tak ada memori card..terlupa nak letak balik lepas transfer gambar dalam laptop...

berbalik pada tajuk...
tengok gambar kat atas tu..penuh bintik merah kat kaki tasneem..ummi mula perasan bintik ni pagi semalam..masa nak hantar tasneem ke rumah nenek..tapi ummi agak mungkin alahan pada apa2..dan akan hilang tak lama nanti...sebab ada kat kaki je..tapi bila ummi balik ambil tasneem, merah2 ni masih tak menunjukkan sebarang perubahan..bila ummi dan abi tengok, rupanya dah naik sampai ke badan...dah sampai kat tangan2 semua...risau..

kami ingat nak pergi klinik malam tadi..
bukan klinik biasa...tapi homeopaty..kalau yang Dr.hassan di PKNS bangi tu petang dah tutup..kalau tak silap sampai 5.00 petang je..
kalau nik omar yang dekat dengan masjid bangi tu pulak, 8.00 malam dah tutup..dah tak sempat..ummi tak mahu ambil ubat di klinik biasa..abi pun macam tu...

jadi kami berbincang...
keputusannya, ummi bercuti hari ini.. (ummi je..abi tak) sekejap lagi nak pergi homeopati di PKNS bangi...tunggu nenek selesai urusannya dulu..lepas tu baru datang ambil kita..

semoga semuanya selamat...amiiin..
*ummi risau*
Posted by Picasa

Monday, July 25, 2011

Pulang ke Johor Sebentar....

hujung minggu yang lepas kita balik sekejap ke johor..ikut atok dan nenek...ziarah tok yot(moyang tasneem sebelah ayah ummi..pening tak nak faham?hehehe...)

kita balik ber4 je..abi tak ikut sebab abi ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kat sekolah. kita balik sekejap je..bertolak sabtu pagi dan balik semula ahad petang.

tok yot
tok yot sekarang dah tak berapa sihat.jalan pun dah tak berapa kuat..kaki selalu je sakit2..hari tu tok yot kena gout..jadi makan pun kena banyak berpantang.salah makan nanti kaki tu boleh bengkak balik..kesian tok yot kan tasneem...tasneem doakan tok yot cepat sembuh ye sayang..

nasi ambeng
balik kampung kali ni sebenarnya dua dalam satu..yang utamanya macam yang ummi cakap kat atas tadi, dan tujuan kedua pula, sebab atok nak makan nasi ambeng.ape nasi ambeng tu ye??ummi pun tak arif sangat pasal nasi ambeng ni. ummi ada juga tanya sikit2 dari atok pasal nasi ambeng ni..

nasi ni kira sebahagian dari budaya orang jawa.biasanya nasi ambeng ni orang jawa akan buat masa kenduri arwah.dan kenduri arwah tu pulak biasanya buat dalam bulan sya'ban.ummi pun tak pernah tengok macam mana masi ambeng ni di hidang. tapi atok kata nasi ni letak dalam dulang besar..dibuat 4 bahagian....lepas tahlil, dulang akan diedar2 kan. 1 talam untuk 4 orang. 4 orang tadi tu akan jamah sikit nasi yang disediakan, dan kemudian akan bungkus nasi tu dalam daun pisang..bawa balik ke rumah dan makan bersama isteri dan anak2..sebab tu namanya "berkat".

nasi ambeng ni adalah nasi putih biasa je. lauknya ada ayam (kadang2 digoreng, masak kari, atau masak kicap), serunding kelapa, ikan masin, bergedil, sambal goreng, dan mee goreng..rasanya itu sahaja..tak tau lah kalau ada yang tertinggal.

atok cerita, masa atok kecik2 dulu, arwah ayah atok kalau pergi kenduri tahlil tu, lewat malam baru balik.kiranya anak2 semuanya dah tidur. jadi, bila balik tu dia akan kejut semua anak2 untuk makan nasi ambeng ni bersama2..

*betul tak ayah yang fah cite nih??hehehe...

ummi memang suka makan nasi ambeng ni..tambah2 bila makan ramai2 atas bungkusan yang sama..meriah gitu!!

hari yang kita balik tu, ada 3 bungkus nntri iniasi ambeng..3 bungkus ni tak sampai serentak..t'hari, petang dan malam...(zaman sekarang dah berubah,siang2 pun ada nasi ambeng)...ummi tak sempat nak ambil gambar sebab bila tok jim bawak balik, semua dah tak sabar nak makan..termasuklah ummi...hehehe...

kalau nak tengok, google saja..banyak gambar nasi ambeng yang boleh nikmati...(tiba2 rasa lapar pulak malam2 ni)

entri ini ummi tamatkan disini dulu..insyallah esok ummi sambung cerita tasneem di kampung..

Friday, July 22, 2011

tasneem dimana??

teka tasneem dimana...

tasneem bukan dalam baby court ye...


tapi....


#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#




hahaha..tasneem dalam almari..kabinet dapur...

siapa punya kerja??

#
#
#
#
#
#
#

abi

tapi tasneem suka!!

sabar jelah..

akhirnya...header baru!!

sebelum...




selepas...




header yang "sebelum" tu autie ann (adik ummi) yang buat kan...rajin sangat tolong buatkan header tu..
dia ada suruh ummi bagi gambar2 baru..nak tolong buat header baru..dah bosan tengok header lama katanya..ummi rasa boleh tangguh dulu kot header baru cik ann tu sebab ummi dah dapat header yang baru..

header "selepas" tu pula adalah hadiah dari ummi na..owner teratak mawaddah dah sukasuka. ummi dapat ni sebab ummi jadi 10 follower pertama di blog ke2nya iaitu sukasuka...

mencabar betul perjalanan ummi nak dapat header yang baru ni..9 follower yang lain dah dapat..tapi ummi hari ni baru dapat..entah mana silapnya, ummi pun tak pasti..

alhamdulillah..akhirnya dapat juga ummi header baru yang dah sekian lama ummi tunggu...(ceh..macam la lama sangat..) terima kasih banyak ummi na!! jasamu dikenang...

ada pantun untuk ummi na:

dua tiga dihadapan mata,
mana nak sama si jantung hati,
wahai ummi na yang cantik jelita,
rajin2 boleh buarkan header lagi.

kepada ummu muhammad, inilah header baru saya yang anda tak sabar2 nak tengok tu..hehehe

mari bergembira..

gembira adalah petua seterusnya selepas banyakkan ransangan dari bayi untuk memastikan kelansungan susu badan...

ini tasneem yg tersenyum


saya jumpa ini masa cari2 info untuk banyakkan susu..tapi saya terlupa nak copy sumbernya..jadi jika tuan punya artikel ni terbaca,maafkan saya ye!!

susu dan hormon:
Susu badan dihasilkan oleh dua jenis hormon iaitu prolaktin dan oxytocin yang dihasilkan di kelenjar pitutari.


Hormon prolaktin ialah untuk menghasilkan susu, dan hormon oxytocin adalah untuk mengeluarkan susu yang terhasil tu. Hormon estrogen adalah hormon yang membuatkan hormon prolaktin berada di tahap rendah, hormon ni tinggi semasa mengandung. jadi itulah sebabnya susu jadi kurang bila mengandung.
‘Kegiatan’ hormon dalam badan kita amat unik. Semuanya ada saling perkaitan. Contohnya jika kita stress, hormon yang terhasil semasa stress ni menyebabkan oxytocin berada di tahap rendah, dan membuatkan susu menjadi kurang. Bila baby menghisap di payudara/mengepam, prolaktin akan dirangsang. Bila kita gembira, oxytocin akan meningkat, susu akan terhasil banyak dan kita akan kurang rasa kesakitan.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma.
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  • Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
fungsi makanan
saya juga pernah terbaca, yang sebenarnya tiada makanan khusus yang boleh banyakkan susu. contohnya, kita makan makanan "A" terus susu jadi banyak mencurah2...atau mungkin juga sesuatu makanan tu berkesan sebagai milk booster pada seseorang, tetapi tidak pada kita..

kalau anda lihat list makanan kat atas, dia dah tulis, yang tinggi protein, yang tinggi kalsium, vitamin dan sebagainya..sebenarnya makanan2 ni untuk bagi badan kita cukup serba serbi yang diperlukan. jadi bila semuanya sudah cukup, pasti badan kita sihat..dan insyaallah para ibu pun gembira...

gembiralah
bukan senang nak gembira ni kan?tapi cuba lah...anda boleh cuba dengan buat perkara2 yang anda minat..selalu positif..atau sentiasa fikirkan anak anda yang kiut miut tu...sebab itulah ibu2 digalakkan untuk tatap gambar si comel anda semasa mengepam..

penyokong terhebat
orang disekeliling juga perlu menjadi penyokong yang paling hebat..terutamanya suami.sokongan bukan dalam bentuk material semata-mata, tetapi dari asperk emosi juga perlu..ceriakanlah isteri anda semampu yang boleh.tak semestinya suami itu perlu bersarung pakaian badut dan melakukan aksi2 mencuit hati setiap masa. ringan2kanlah tulang anda wahai para suami..membantu apa yang patut..pasti isteri anda tersenyum lebar!


Thursday, July 21, 2011

percubaan pertama

alhamdulillah....
saya telah selamat menerima CD yang saya order..
bukan Compact Disc
tapi Cloth Diapers..hehe

sebenarnya dah lama juga saya survey harga CD ni di pasaran..
agak mahal kalau beli dalam kuantiti yang sikit..
tapi kalau beli dalam bilangan yang banyak, harga bagi 1 unit jadi murah..
tapi tu lah..kena beli banyak..termenung juga kalau nak beli banyak kan..

ingat nak pakat dengan kawan2..
tapi tak tau nak pakat dengan siapa..
ditambah dengan sibuk dan lupa..
akhirnya niat tu kekal dalam hati.

sehinggalah tuan kedai u kids terbuka hati untuk jual CD ni
harga yang ditawarkan berpatutan..
anda boleh melawat kedainya dan beli apa yang anda berkenan (^_~)


untuk peringkat permulaan ni beli 5 je dulu...
baru nak belajar..hehe


hadiah untuk tasneem yang solehah


CD cap BABYLAND


amboi..seronoknya tasneem tu....

lagi satu...saya beli ini juga....

madu yaman..ini bukan cubaan pertama..ini dah masuh botol yang ke3
saya beli disini
sedap tau madu ni..


p/s: entry akan datang update pasal tasneem pulak..dah lama rasanya tak cerita pasal si manis tasneem..

Tuesday, July 19, 2011

didiklah mereka dengan tepat


anak-anak adalah permata ayah bonda
penghibur duka lara, menyejukkan mata
ibarat kain putih yang suci dan bersih
terpulang bagaimana untuk mencoraknya

tu adalah sebahagian dari lirik nasyid....
lirik yang mudah untuk difahami..
sepertimana juga yang disebutkan dalam hadis nabi..ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak2 ini...

satu petang, ketika makan pizza di kedai "pizza pah", kompleks PKNS bangi, ada tersedia majalah SOLUSI.
tak ingat edisi yang mana..tapi ada disentuh mengenai cara mendidik anak mengikut jantina mereka..ya..didikan yang diberi harus bersesuaian dengan jantina!!

untuk anak perempuan:

  • didik mereka menutup aurat semenjak kecil. jangan memakai pakaian lelaki
  • galakkan membuat kerja-kerja dalam rumah berbanding dengan anak-anak lelaki
  • elakkan membeli alat permainan kanak-kanak lelaki seperti kereta mainan, robot, peralatan pertukangan, pistol senapang dan sebagainya
  • latih bersopan santun dan lemah lembut
  • terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan melahirkan anak apabila mereka akil baligh
  • ajarkan kemahiran yang patut diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah,menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan
untuk anak lelaki:
  • latih sifat kepimpinan dalam diri mereka
  • dekatkan mereka dengan masjid
  • lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas
  • latih mereka menjadi imam solat berjemaah
  • ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seorang lelaki seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput dan berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik, membaiki jentera motor dan sebagainya.
  • elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan, seperti anak patung pinggan mangkuk dan sebagainya.
  • galakkan mereka sertai kerja-kerja kesukarelawan seperti gotong royong dan lain-lain
  • buat pasport antarabangsa untuk mereka dan cari peluang menghantar mereka keluar negara sama ada untuk belajar atau mencari pengalaman
ini adalah yang tersenarai dalam majalah tersebut..boleh dijadikan panduan kita bersama...

Monday, July 11, 2011

manfaat susu kambing

assalamualaikum semua..

akhir2 ini, ramai yang sudah menyedari betapa berkhasiatnya susu kambing berbanding dengan susu lembu..sekarang ni pun dah tak susah nak cari susu kambing..dah macam2 jenama yang ada dipasaran...

kalau dulu, masa saya kecil2, saya masih ingat lagi orang cari susu kambing ni sebab nak ubatkan bayi yang terkena demam kuning.terpaksa pusing satu taman sambil tengok di pagar2 rumah orang kot2 ada tulis "susu kambing dijual disini"

susu kambing adalah kegemaran rasulullah..maka apa sahaja yang digemari oleh rasulullah itu seharusnya tidaklah  kita persoalkan khasiat dan kelebihannya..apa yang pasti, jika sudah menjadi kegemaran rasulullah, pastilah ia mempunyai manfaat yang tiada taranya lagi.

selalu saya dengar ada segelintir ibu bapa yang bermasalah dengan susu yang diberi kepada bayi mereka.ya!selalunya masalah alahan...

dalam bacaan saya, satu fakta menarik yang saya baca..; "susu kambing tidak menyebabkan alahan. jadi bayi2 yang alah kepada susu lembu atau susu2 yang lain mampu minum atau makanan yang dicampur dengan susu kambing!

ohh~~betapa sebelum ini kita telah dimomokkan dengan susu kambing!!

saya nak kongsikan beberapa fakta mudah tetang susu kambing dan susu lembu...mari bandingkan SUSU KAMBING dan SUSU LEMBU dari beberapa sudut;


  1. VITAMIN & MINERAL:- susu kambing mengandungi 134% potasium, 4x ganda kuprum dan 47 vitamin berbanding susu lembu
  2. KALSIUM:- susu kambing mempunyai lebih 13% kalsium berbanding susu lembu
  3. MUDAH HADAM:- struktur molekul susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu,jadi ia mudah dihadamkan

itu sahaja..untuk lebih lanjut, boleh rujuk majalah ANIS april 2011-saya memang langgan majalah ni..hehe...


ini paksu tasneem..
kambing itu tok abah bela untuk aqiqah tasneem...
tok abah tasneem memang bela kambing..
nanti bila tasneem dah besar sikit, ummi akan upload gambar2 tasneem dengan kambing2 tok abah pulak..
tok abah bukan bela kambing je..
tok abah ada bela ayam dan arnab..
tak lupa juga ikan..

p/s: nak try susu kambing cap KARIHOME....

Sunday, July 10, 2011

air oh air

salam semua...

saya baru membaca entri di blog sahabat saya..dalam entri yang bertajuk jangan marah itu, ada diselitkan subtopik yang berbunyi begini; Air Bersifat Perakam.

gambar hiasan


dalam subtopik itu dibawanya saya kaitan besar antara tugas seorang ibu yang sangat akrab dengan air. biar saya list kan sebahagian dari tugasan yang berkait dengan air...

  1. basuh baju
  2. mop lantai
  3. bancuh air untuk keluarga
  4. basuh pinggan mangkuk
  5. masak
itu adalah diantaranya..

air dan aura
air ni tuan2 dan puan2, ada auranya yang tersendiri..ada aura baik..dan ada aura yang kurang baik...bagaimana aura pada air ini boleh menjadi pembawa aura yang positif atau negatif?? mudah saja..jawapannya dengan merakam. jika kita mahu auranya bersifat positif, maka rakamlah air itu dengan perkara2 yang bersifat positif juga. contohnya, dengan bacaan ayat2 al-quran, doa2, zikir2..atau mungkin dengan hanya lafaz bismillah.
 
apabila air tersebut dibacakan  dengan perkara2 yang baik, ia akan membawa faedah kepada orang yang menggunakan air berkenaan. mengapa??kerana molekul yang terdapat dalam air itu akan berubah menjadi corak2 yang cantik, indah dan tersusun.disinilah auranya!! 

nah!jika air yang sebegini diminum, anda tidak perlu lagi bersusah payah membazirkan wang anda untuk membeli alat solek yang mempunyai kolegen, serum itu dan ini..air sahaja sudah mencukupi. kerana zarah-zarah yang cantik itu tadi akan memancar pada wajah dan boleh juga menyihatkan tubuh badan anda!

ini adalah molekul air zam-zam...cantikkan!

ini adalah serba sedikit mengenai air..anda mungkin boleh mencari lebih banyak lagi info tentang molekul air ini memandangkan maklumat kini dihujung jari anda...(^_~)

ibu dan peranannya
berbalik kepada cerita para ibu yang sudah saya senaraikan sebahagian dari kerja seharianya yang berkaitan dengan air diawal tadi..bayangkan betapa besarnya peranan para ibu ini dalam mendidik anak2 termasuk ayah mereka.

saya bawakan kepada anda satu situasi...sila bayangkan dengan penuh perasaan..

di suatu pagi dihari minggu, si ibu menyiapkan sarapan. semasa memenuhkan air didalam cerek, mulut tidak berhenti membebel kerana anak2nya masih tidur. 2 3 kali dikejut masih tak bangun2..dalam hati ibu sudah geram, maka marahnya diluahkan dengan bebelan tanpa henti sambil memasak,membasuh pinggan, membancuh air..

sudah siap bersarapan, si ibu beralih tugas..air ditadah untuk mengemop lantai.sambil air ditadah sambil marah2kan si anak kerana kasut sekolah masih bersepuk dilantai bilik air dan belum berbasuh.

matahari semakin meninggi...semasa menyiapkan makanan tengahari, mulut mengomel, berleter...marahkan anak2 yang masih lagi tercongok dihadapan tv sedangkan kasut masih tidak dijemur... geramkan si ayah yang asyik mengadap surat kabar tanpa mempedulikan hal anak2..

begitulah sehingga ke malam..hari dipenuhi dengan leteran dan marah yang tak berkesudahan...

apa yang anda lihat dalam bayangan anda tadi??ye....anak2 dan suami makan dan minum dari air2 yang dipenuhi dengan aura2 negatif..rumah pula dimop dengan air yang beraura negatif juga..maka, hasilnya, satu rumah dipenuhi dengan unsur negatif..

itu hanyalah contoh..mungkin ada situasi yang lebih dahsyat dari itu..atau mungkin tidaklah seteruk itu..

kesimpulannya, para ibu sekalian, belajarlah mengawal marah..suami pula anda janganlah membatu sahaja, mainkan peranan anda sebaik mungkin supaya si isteri tidak merasa seperti diperbibikkan...anak2..jangan tengok kartun sahaja..pergi basuh kasut nu!!

ye..memang bukan mudah untuk seorang ibu mengawal perasaan marah..tapi ini lah yang dinamakan mujahadah...yang akan membawa kepada akhir yang indah...

p/s: ini tazkirah untuk saya juga..saya seorang yang sukar untuk mengawal marah.. (T_T)

Saturday, July 9, 2011

julai ini....

julai ni ummi tak sempat nak update blog secara kerap...
-banyak kerja agaknya...emm..ye ke??
-bukan..banyak layan blues je...huhu
-ni baru awal julai...bukan dah hujung bulan pun...
-ok..ada masa lagi nak update dengan kerap dalam bulan ni...

tapi bulan julai ni lah buat pertama kalinya ummi join contest&giveaway..hehe..
ni semua gara2 ummu muhammad.... dialah yang bertanggungjawab menge"tag" ummi dalam giveaway2 ini semua..hehehe..harap2nya adalah rezeki ummi nanti..(^_~)

ummi cuma sempat join giveaway yang simple2 je..bukan apa...tak sempat kalau jenis kena karang2 ni..nak update blog pun tak dan kan...

tasneem...ooo..anak solehah ini sudah pandai bergerak ke depan..tapi belum merangkak lagi...cuma boleh berada dalam posisi merangkak sahaja..biasanya bila dalam posisi merangkak tu, tasneem akan sembamkan badannya kedepan..macam tu lah cara tasneem bergerak ke depan..

bab makan pulak, kata nenek tasneem tak berapa minat nak makan..penat je nenek masak bubur..makannya sikit sangat..lebih minat minum susu lagi..pasal ni ummi tak kisah sangat..susu ummi pun masih mampu untuk mengenyangkan tasneem...

satu lagi kegemaran tasneem ialah..bila dudukkan dia atas riba, lepas tu henjut2kan kaki yang kita riba dia tu, tasneem akan keluarkan suara..."aaaaaaaaaaaaaaa"....sebab masa tu suara dia akan jadi bergetar jugak..lama dah tasneem buat macam ni..tapi baru hari ni ummi sempat nak tulis dalam blog ni..macam2 pesen tasneem ni..hehehe...

ok..setakat ni dulu...ummi nak sediakan makan malam pulak ni...

Thursday, July 7, 2011

1st Giveaway by Cempaka Kuning

ini adalah yang ke3 yang ummi join...
giveaway dari cempaka kuning...
taadaaaaaa!!!!..ini bannernya..



dah yang ketiga ni...
semoga ada lah yang sangkut..
tak sangkut 1, 3 pun jadilah..
hehehe...

ummi nak tag mawaddah dan laila...

(ada masa ke diorang ni..sibuk bisnes je diorang ber2 ni..)

Wednesday, July 6, 2011

GA from adyshariz

ini GA ke 2 yg ummi join......


GA yang mudah2 cam ni boleh la ummi nak join...
kalau macam2 syarat dan perkara yang kena buat, susah jugak..
hehehehe...

ok..semoga ia menjadi rezeki kami.. (^_~)

Monday, July 4, 2011

PRINCESS SOLEHAH 1ST GIVEAWAY


ni 1st time ummi nak join GA..hehehe..dari teratak mawaddah..
harap2 ada la rezeki ummi...rezeki tasneem juga!!
(^_~)

Sunday, July 3, 2011

tasneem @ 6bulan

tasneem anak ummi yang solehah...
(abi selalu kata tasneem "buas"- bukan binatang buas ye..ini istilah orang kelantan..nak kata cam nakal kot..)

banyak perkembangan tasneem yang ummi perhatikan..ummi harap ummi tak terlepas untuk mengikuti perkembangan2 tasneem tu..makin besar, dah makin macam2 ragamnya..kalau lahir2 dulu tidur je...sekarang dah banyak yang berubah..

tidur
alhamdulillah..setakat ni tidur ummi masih lena...hehe..tasneem kurang meragam waktu malam..normal la bangun sekali 2 nak susu..disebabkan ummi memang fully bf tasneem, jadi ummi tak payah nak susah2 bangun untuk bancuh susu...

makan
tasneem dah mula makan sikit2...biasanya nenek tasneem yang sediakan bubur.siapkan untuk seminggu terus..duduk dengan nenek rajin lah nenek layan makan tasneem..duduk dengan ummi time teringat jelah..huhu..

menyusu
ada sorang teman sekerja ummi, dia bf anak dari lahir sampai 6 bulan dan bila umur anak dah sampai 6 bulan dia akan mula campur dengan susu formula. ummi rasa ummi tak bercadang nak buat macam tu..insyallah ummi akan terus susukan tasneem sampai umur 2 tahun...sekarang ni pun ummi masih setia dengan pam mini elektrik cap madela tu..kena maintainkan stok susu..

pergerakan
alhamdulillah....kalau bab ni memang penat ummi dan abi dibuatnya..memang lincah sungguh..tangan tasneem tu cepat je nak capai barang..kadang2 tak sempat ummi atau abi nak alih, tasneem dah dapat dulu...
sekarang kalau meniarap tu dah boleh pusing2..360 darjah...dah boleh capai barang yang jauh..dah angkat2 badan...dah macam orang merangkak..cuma belum gerak je lagi..abi cakap dengan tasneem bagi masa seminggu untuk merangkak!!aik..boleh pulak bagi2 masa macam2...huhu
satu lagi, selalu tergolek!huhu...biasanya tergolek ni sebab tasneem dalam keadaan separa mengiring...antara meniarap dan mengiring..boleh bayang??bila dalam keadaan macam tu memang selalunya akan tergolek lah kebelakang...dan pasti disusuli dengan nangis yang kuat..tapi kalau tergolek atas tilam tak nangis..kadang2 bila ummi perasan tasneem tergolek, ummi cepat2 angkat..cakap2 dengan tasneem..ha..kalau sempat buat macam tu tan nangis dah lah..

ummi ada cadang juga kat abi..nak beli foam mat cap eva tu..yang ada ABC..abi pun setuju..ummi tengah survey2 ni..apa2 hal pun kena kumpul duit dulu..hehehe...

itu sahaja dulu ummi rasa setakat ni..nanti ummi cerita lagi pasal tasneem..

p/s: tengah kumpul buku untuk tasneem..nak buat library untuk tasneem belajar..