Friday, August 31, 2012

gaji kena tarik balik (2)

cerah yang gelap
lepas dapat pencerahan dari pejabat yang masih bersifat kabur bagi saya...saya masih tak puas hati..ye..sebab nama pun nak pencerahan..kalau kabur lagi, bukan cerah namanya..jawapan yang saya dapat sangatlah mengecewakan saya..bagi saya mereka orang-orang dipejabat tu langsung tak membela saya..tertekan..

saya ada minta beberapa pendapat rakan-rakan senior berhubung hal ini..ada yang suruh saya bawa ke peringkat yang lebih tinggi..ada juga yang kata kalau tak kena potong sekarang, kesilapan ini mungkin dikesan bila sudah pencen kelak..jadi lebih baik potong sekarang dari kena potong masa pencen nanti..reaksi yang lebih pasrah..

saya lebih berminat pada cadangan pertama..membawa pada peringkat yang lebih atas..agak mencabar..tapi lebih baik daripada pasrah terus..

saya tanya pada kerani yang terbabit..pada siapa yang saya boleh rujuk untuk saya dapat penerangan lebih lanjut mengenai hal ini..kalau boleh biar terus ke peringkat teratas..tak perlu ke PPD..kemudian JPN..kemudian ke sana..dan kemudian ke sini...oh..lambat!!

bagi saya, saya nak sesuatu yang memuaskan hati saya..sekurang-kurangnya, kalau terpaksa dipotong sekali pun saya puas hati sebab saya dapat jawapan yang jelas dan terang. bukan dipotong kerana orang suruh potong..huissh!

kerani mencadangkan saya terus ke SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran..di putrajaya..jabatan yang bertanggungjawab atas tarikh-tarikh pengesah jawatan..lantikan..dan sebagainya.

jadi saya ke sana..haruslah bersama hero saya..alhamdulillah kajang dan putrajaya tu tak jauh mana..di sana saya bertemu dengan pegawai yang berwajib...menceritakan perihal masalah saya dengan penuh bersemangat..sampai tak bagi can dia mencelah..hehehe..mahap la encik oi..eksaitet lebih 

lega
encik tersebut membawa bersama-sama dengannya fail peribadi saya..setelah bercerita panjang..itu dan ini..dan encik tu pun jawab soalan saya..itu dan ini..dipendekkan cerita, isi penting yang saya dapat dari encik tu ialah:

** apa-apa tindakan yang kerani nak buat lagi-lagi kes2 nak potong gaji orang ni, mesti kena ada hitam putih dari pihak yang berkenaan..tak boleh main call-call je..dan benda ni kerani kena jelas sepatutnya..

** yang sebenarnya tidak ada apa masalah pun dengan gaji saya...saya layak untuk dapat gaji..dan perubahan tarikh lantikan saya langsung tidak membabitkan hal-hal seperti gaji kena tarik balik. siap encik tu tunjuk pergerakan gaji saya dalam fail tu..

** satu lagi yang sangat penting yang saya dapat hari tu ialah, jawapan kepada persoalan kenapa tarikh lantikan tak sama dengan tarikh lapor diri..ia juga merupakan maklumat paling cerah dan jawapan paling kukuh untuk masalah gaji saya...oleh kerana tarikh degree saya 8.12.2009..saya lapor diri 1.12.2009..jadi saya dan kawan-kawan lain tak boleh dilantik 1.12.2009 kerana ketika itu kami dikira tidak berijazah lagi..oleh kerana itulah tarikh lantikan dipinda kepada 2.1.2010..jadi sepanjang 1.12.09 hingga 1.1.2010 saya layak dapat gaji gred DC 41..untuk DG41 dapat bermula 2.1.2010

alhamdulillah...encik tu sangat membantu..jawapan dan kerjasama dari encik tu sangat-sangat menggembirakan  hati saya..dan kami sambut dengan beli dominos pizza..kehkehkeh!!


** tamat episod dua**

Wednesday, August 29, 2012

catatan raya 1433h (2)

terbantut
sepatutnya ummi sambung semalam..tapi semalam tasneem buat hal..maka banyak juga kerja-kerja ummi yang terpaksa dibantutkan...

huhu..nak buat macam mana kan..perangai tasneem pula sekarang ni (terutama sejak-sejak lepas cuti raya ni..) cukup-cukup menguji kesabaran ummi dan abi..kadang-kadang naik juga angin kami..aduhduhduh...tasneem..tasneem..

sejak akhir-akhir ni, tasneem punya amukan boleh tahan hebatnya...terutama bila nak tidur..menangis sambil menjerit!!oh~~~ bayangkan..agaknya sebab nak dapat adik..tasneem mungkin dah rasa yang dia nak dapat adik tak lama lagi..

ok..nanti cerita pasal tasneem ummi sambung lain kali..

ummi nak sambung cerita yang sepatutnya ummi sambung semalam..

balik kelantan
kita mulakan perjalanan ke kelantan lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi..lepas kita ziarah beberapa tempat yang tuannya tak ada dirumah..hehe..(sebab pakai terjah je..)

masuk je highway di pontian..nah!! bayar tol..terus jumpa jem...ujian....pendekkan cerita jem sepanjang jalan..huhu..haru betul..tapi alhamdulillah dalam perjalanan tasneem tak buat hal sangat..cuma waktu tasneem sedar tu dia sibuk ke depan, ke belakang...ulang alik macam tu lah..ummi yang tak tahan nya..

bila lapar, bagi susu...tau-tau dah tidur..lega ummi..boleh tidur sendiri..besar dah anak ummi ni rupanya...

ummi tak ingat masa kat mana entah..tasneem punya diapers dah penuh sangat...sampai tembus kat seluar..dan mungkin kena pada baju ummi..jadi, oleh kerana was-was, bila berhenti di masjid untuk solat, ummi tukar baju..

alhamdulillah, kita selamat sampai ke destinasi lebih kurang pukul 11.00 malam...12 jam ++ duduk atas jalan raya dalam kereta...punyalah sakit pinggang ummi..

penuh yang seronok
di kelantan, jadual raya kita memang penuh..ummi rasa tak larat nak cerita perjalanan raya tiap-tiap hari sepanjang berada di sana..cukuplah ummi katakan jadual memang padat!seingat ummi, tok umi pun tak masak..sebab masing2 sibuk beraya..balik rumah, masing-masing dengan perut kenyang!

yang sebenarnya abi pun dah mula tak sedap badan..tapi digagahkan juga..sebab mungkin abi rasa masih boleh bertahan..sampailah hari jumaat, hari kemuncak..abi demam  campur sakit urat..ikutkan rancangan, ummi dan abi nak keluar beli barang untuk dibawa pulang..juga menziarahi seorang sahabat yang baru mendapat anak, tapi perancangan Allah mengatasi segalanya..kita tak kemana pun hari jumaat tu..ummi ambil kesempatan untuk berehat dan

kembali ke kajang
esoknya, hari sabtu lepas subuh, kita pun bergerak pulang ke kajang..ikutkan kita nak gerak sebelum subuh..sebagai langkah untuk mengelak dari kesesakan..dan nak kejar kenduri di gombak..tapi masing-masing tak tersedar..tak dengar bunyi jam..boleh terbangun pun sebab tok umi ketuk pintu..

tasneem balik dengan tak mandi..cuma tukar lampin..mandi bila sampai di RnR baru di Gua Musang...sambil sarapan disana..

tak lama lepas kita sambung perjalanan, tasneem muntah!!habis baju ummi...memang langsung tak dapat diselamatkan..yang sebetulnya, semalamnya, badan tasneem pun ala-ala suam panas..mungkin sebab tu dia muntah..tak sihat sangat..sampai di lipis barulah ummi berpeluang untuk bilas badan dan tukar baju..punya lah payah abi nak cari tempat berhenti...ummi yang rimas..

maka terpaksalah ummi pakai pakaian biasa-biasa saja..

plan B
oleh kerana sudah 2 kali ummi terpaksa tukar baju masa dalam perjalanan, maka untuk masa-masa yang ummi harus sediakan pakaian spare...sebagai plan B!

peringatan juga untuk ibu-ibu diluar sana..bukan anak-anak je yang kena bawa baju lebih..maknye pun sama..huhu...bila kita dengan anak-anak kecil ni, banyak perkara yang "unsangakarable" boleh berlaku...jadi selalu harus ada back up plan!

begitulah serba sedikit catatan perjalanan kita sepanjang raya tahun ini..

akhir sekali, selamat hari raya pada semua!
Kullu 'am..wa antum bil khair..

Monday, August 27, 2012

catatan raya 1433h (1)

ok..kita mula dengan cerita raya dulu...

sepertimana yang dah ummi maklumkan sebelum ni, raya tahun ni, kita beraya di Johor dulu..raya pertama kita di Muar..di Muar kita sempat tinggal selama 2 malam..mujur juga tak ramai lagi masa kita balik..mungkin ramai yang sampai lepas solat raya..

atok yot pula tak berapa sihat..tak boleh bangun..kesan dari jatuh awal ramadhan yang lalu..tapi sudah menampakkan kemajuan..dah boleh duduk tanpa sokongan..alhamdulillah..

sepanjang duduk di Muar, tasneem bukan main seronok lagi..tidur memang lewat..yang tak tahannya, malam pertama sampai di muar, masa semua orang dah penat dan mengantuk, tasneem masih mempunyai tenaga ditahap yang tinggi..lampu dah tutup..gelap langsung tak memberi kesan..boleh dia ke hulu ke hilir lagi..terlanggar-terlanggar pun tak kisah..masih berhati waja keluar masuk bilik..siap cik aula jerit dari bilik sebelah.."pipah..!!amik anak ko ni..!!"

hahaha..ummi dengar..tapi dah tak mampu nak buka mata..abi pun sama,..penat memandu..rupanya tok mami pun macam tu..yang lain, dah tidur dulu..cik wawa pun dah tak terlayan kerenah tasneem..

tasneem...tasneem...

di pagi raya


kita gerak ke pontian pula lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi raya pertama..lepas sesi bergambar.huhu..oleh kerana kita ke pontian, maka tak dapatlah nak melawat abdullah di kluang..kalau ikut plan asal nak ke kota tinggi, jadi bolehlah kita singgah di kluang..apa nak buat, perubahan jadual perjalanan disaat-saat akhir...maaf ye abdullah..nanti panjang umur kita jumpa lain kali..insyaallah..

kita bermalam 1 malam di pontian..tasneem macam biasa, main sahaja..tak kisah susu..tak kisah nak makan..sikit-sikit saje..itu pun dah lapar sangat agaknya..tengok lah gambar kat bawah tu..sibuk main dengan sepupu-sepupu ummi..


kat pontian ni kita tidur di rumah adik tok mami..kira atok saudara tasneem lah..malam, lepas maghrib kita ke JB..menziarahi pensyarah abi..balik ummi dan abi dah keletihan..tasneem macam biasa..tenaga tidak berkurangan..sebab dalam perjalanan pergi tasneem dah charge tenaga (baca: tidur)

sampai di rumah, bila ummi dah abi mahu berehat, tasneem dengan riang gumbira main kejar-kejar dengan anak-anak yang lain..tiba-tiba...prrraanngg!!!..ok tau dah..ada benda yang telan jatuh dan bertindak memecahkan dirinya..pasu di celah kerusi!! aduhaiii!!ummi ni dah lah ngantuk tahap tertinggi dah..terus kutip2 yang terserpih tu...naik atas dan tidur..

esoknya baru ummi mintak maaf dengan makcik pakcik ummi tu..mujur mereka orang yang tak begitu berkira..

sebahagian dari keluarga tok mami

raya kedua kita memulakan perjalanan kita yang panjang...pulang ke kelantan!! jauh tu...beratus kilometer dari pontian!!

cerita perjalanan pulang ke kelantan ummi nak sambung esok..sekarang dah malam..ngantuk (-_-)

**sebagai persediaan balik kelantan, abi dah ajar tasneem siap-siap..
       abi          : tasneem nak balik mana?
       tasneem  : antan... (kelantan le tu)


tarik nafas!!hembusss...

lama dah tak update..(huh..ayat sangat klise)

banyak sebenarnya nak cerita..nak sambung cerita pasal gaji kena potong..(ada classmate masa kat maktab siap call sebab nak tau cite selanjutnya..nak tunggu update lama sangat gamaknya..-jika anda sedang baca entri ini, sila senyum selama 5 minit tanpa henti.).

nak cerita pasal anak-anak juga...perkembangan mereka..(sebab blog ni je yang ada untuk kenangan anak-anak..)

perkembangan terkini pasal persiapan nak sambut orang baru...(banyak lagi yang belum settle ni..tengok ticker kat sebelah tu tinggal 45 hari je lagi ni...oh nonono!! ya Allah..permudahkanlah..)

dan sedikit catatan raya 1433h sebagai kenangan..


bila nak taip tak tau..malas pulak nak mengadap laptop ni..malas tasneem kacau..huhu..

Sunday, August 19, 2012

pertama kali untuk tasneem

ramadhan telah berlalu meninggalkan kita semua..dapatkah kita bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang??semoga Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertemu dengan ramadhan seterusnya...sementara itu, meneruskan lagi amal ibadah kita yang sudah dibiasakan sepanjang bulan Ramadhan ini..semoga iman kita sentiasa meningkat lagi dan lagi.... 

***********************

salam lebaran buat semua...

aidilfitri kali ini adalah pertama kali buat tasneem beraya di Johor..teruja juga ummi...(hahah..ape yang nak diterujakan pun xtau lah...)

semalam, masa iftar kita buat kali terakhir untuk ramadhan 1433 ini..tasneem dah buat aksi yang diluar kotak fikiran kami semua..

macam biasa, kebanyakan masa tasneem memang ummi pass kat abi je..agak semput nak menguruskan tasneem dalam keadaan ummi berbadan dua ni..dan biasanya kalau tasneem duduk dengan abi, dia akan lebih behave dan solehah.. jadi waktu iftar tu, tasneem duduk dengan abi..

seperti biasa, ada pinggan khas untuk tasneem..tapi, awal-awal je nak makan sendiri..dah tengah-tengah, nak abi pula yang suap..tiba-tiba mata tasneem ummi tengok dah lain macam je..makin lama makin kuyu!!!hahahahaaha...tidur masa makan!! yang tak tahaknye sambil kunyah boleh kuyu mata..

sabar aje lah ummi ni kan..yang ada kat situ semua dah tergelak-gelak..tasneem..taneem...penat sangat sampai boleh tertidur masa makan..menurun auntie ann..

tulah pertama kali ummi tengok tasneem tidur waktu makan...

kat kampung ni ramai orang nak melayan..tu yang tak kisah nak tidur...main je...sampai ke tengah malam...selagi orang tak tidur semua...dia pun sama naik tak tidur..

ish..ish...ish...

Friday, August 17, 2012

alhamdulillah..selamat..

alhamdulillah...
kita sekeluarga dah selamat sampai Muar...kampung belah tok dedi..kali ni kita beraya di johor dulu..kemudian baru ke kelantan..

alhamdulillah...
sepanjang perjalanan tadi jalan clear..kereta tak banyak seperti yang dibayangkan..abi pun boleh bawa kereta dengan tenang sambil santai-santai...

alhamdulillah...
walaupun dalam perjalanan kita tadi berbakul juga buah langsat yang kita makan (baca: sesat) ditambah dengan terlajak perahu..namun kita berjaya juga sampai ke destinasi..(papago xboleh percaya..tah kemana-mana dibawaknya..last sekali tanya orang..malas bertanya, sesat jalan ye anak-anak..)


Thursday, August 16, 2012

gaji kena tarik balik (1)

satu hari di awal bulan ramadhan....

saya dapat satu sms berbunyi.."salam, fifah klu free dtg opis"..tu adalah sms dari kerani tempat saya bekerja..bila saya dah free, saya ke pejabat seperti mana yang diminta...

saya dimaklumkan yang gaji saya masa awal posting dulu kena tarik balik..gaji 3 tahun yang lepas!!oh..oh..oh!!! gaji bulan 12 tahun 2009!! 

kenapa pulak tiba-tiba gaji zaman dinosaur tu nak kena tarik??cerita hampir 3 tahun yang lepas baru sekarang nak diungkit..**saya tak puas hati..

kata mereka:
* punca kenapa tiba-tiba gaji saya PERLU ditarik balik ialah kerana checker gaji di kementerian yang bertanggungjawab menyemak hal-hal gaji tempat saya bekerja tu orang baru...jadi dengan penuh keazaman, kesungguhan dan iltizam yang tinggi dia telah menyemak semua gaji dibawah penyeliaannya..dan mendapati ada kesilapan pada gaji saya..

* isu utamanya, saya tidak layak mendapat gaji pada bulan 12 2009. kerana tarikh lantikan saya tidak sama dengan tarikh saya lapor diri.( lapor diri 1.12.2009, lantik 2.1.2010)

* jumlah gaji saya ketika itu lebih kurang rm2600++..pemotongan akan dibuat bermula bulan 9 ini dengan 4 kali pemotongan..sekali potong hampir 700!!

bagi saya:
* apa salah saya sampai saya tak layak dapat gaji..sedangkan saya sudah melapor diri sepertimana yang diarahkan. (memang bulan 12 cikgu tak mengajar..jadi sape suruh wat surat suruh lapor diri time tu)

* dah la kena potong hampir 700 untuk jangka masa 4 bulan..banyak tu!!  saya pula  sedang giat  mengumpul duit nak bersalin..juga untuk impian saya memiliki breastpump FS yang mahal tu..kalau gini gayanya, macam mana nak beli FS?huhu..nangis dalam hati

* bila bagi tau suami, pastilah terkejut..masing-masing dah termenung..bonus separuh gaji masa raya nanti dan tunggakan gaji yang dapat bulan 8 ni dah macam tak ada maknanya lagi..

* saya sms dan call beberapa orang kawan-kawan seangkatan..mereka tidak mengalami masalah seperti saya..patutlah masing-masing senyap je..saya jadi pelik..patutnya kalau nak potong mestilah semua kena..kan?

saya berjumpa orang-orang di pejabat untuk minta pencerahan..kata mereka, masib lah..dah sekolah kita ni dapat checker yang teliti..mereka mungkin kena..tapi tak tau bila masanya..

hurmmm......

**tamat episod satu....**

Sunday, August 12, 2012

perlu bersabar..

kerenah anak-anak..memang sangat berMACAM-MACAM!!!

sukar diramal..adakala tak terlintas diminda..tau-tau dah berlaku..kadang-kadang mencuit hati..kadang-kadang mengundang geram...tapi kita sebagai ibu bapa harus bijak menangani semua situasi..agar anak-anak dapat belajar sesuatu dari setiap keadaan..

elakkan dari marah kerana itu bukan jalan terbaik..(tapi kadang-kadang termarah juga!!huhu)

tadi..masa ummi tengah solat, tasneem macam biasa..main sekeliling ummi..panjat, sembunyi bawah telekung..macam-macamlah..

tiba-tiba ummi bau harum je..semerbak..ummi kenal bau tu..tapi ummi biarkan..solat sampai ke rakaat terakhir..

tengok lah tu..muka bahagia dapat main bedak...siap tertiarap atas bedak lagi..berenang-renang dilautan bedak...kaki sampai putih..lepass tu dah la jalan pun susah..sebab kaki dah penuh bedak..jadi licin..


ni  semalam punya cerita..tengah baring-baring, tiba-tiba datang dekat..dengan tangan, badan penuh dengan benda alah ni..tau apa ni??
inilah yang dipanggil sebagai LILIN..
lilin yang besar dalam mangkuk kaca..lilin wangi tu..habis kena korek dengan tasneem..
tepuk dahi jelah..



bila jadi benda-benda macam kat atas tu (dan banyak lagi yang tak disebutkan) awal-awalnya memang geram..tapiakhir sekali, biarkan je..sepah tu memang adatlah kan..tapi apa yang lebih penting tu pengalaman anak-anak..budak-budak ni baru nak merasa..biar dia tahu bedak tu macam mana...lilin tu macam mana...hal kemas ni tolak tepi..kemudian baru fikir nak kemas bila..hehehe..

lawatan ke klang bandar diraja

Allah izin pagi tadi kita berkesempatan pergi Klang..dengan tujuan buat survey tempat nak bersalin...survey banyak sangat tempat..sampai last sekali pening nak bersalin kat mana..huhu...
untuk maklumat lanjut tentang pusat bersalin ni, boleh terus ke laman web rasminya..


Kat Klang ni kita pergi ke Pusat Bersalin & Poliklinik Barakah..perjalanan dari rumah kita lebih kurang 1 jam. Sampai sana lebih kurang 10.40 pagi..orang ramai..tapi mujur ada tempat duduk....sejam lebih juga kita menunggu giliran..sakit juga pinggang sementara menunggu tu..risaukan tasneem je sebenarnya..takut dia mula bosan dan meragam..tapi alhamdulillah..semuanya ok..mungkin ramai anak-anak yang sebaya dengan tasneem, jadi tak berapa bosan sangat..

sebelum keluar dari klinik, sempat lah tanya berkenaan dengan pakej2 yang ada..serta harganya..bila dah keluar dari klinik, suami pulak kata mahal..emmm...camne tu??

yang sebenarnya..yang menjadi kerisauan saya ialah..kalau bersalin kat hospital swasta yang lain, kebarangkalian untuk dibedah tu macam tinggi je..sebab nak kaut keuntungan..atau lebih tepat lagi ambil kesempatan..macam-macam alasan yang diberi untuk melogikkan kita dibedah..padahal mungkin kita ni belum sampai masa untuk bersalin..dan tak pasal-pasal kos kita pun jadi tinggi..nak taknak, kena lah juga bayar..kan?

dilema juga ni...emm..

tadi masa buat check up, Dr. scan baby dalam perut..alhamdulillah semua pun ok..dalam keadaan baik..kedudukan bayi betul..uri pun duduk elok..tumbesaran bayi mengikut skala..air ketuban pun okberat lebih kurang 1.7 kg..cuma tadi baby ni malu..tak nak tunjuk muka..siap tutup muka dengan tangan..malu kat Dr. kot..

semoga keadaan baik ni terus berkekalan hingga ke akhirnya..

Thursday, August 2, 2012

hello encik polis!!

semalam, masa ummi balik nak ambil tasneem...

tok mami tunjuk sehelai kertas kat ummi..sambil kata.."tengok apa tasneem buat.."

saspen juga 10sen..

kat tangan ummi ada bil telefon..dan ummi tengok.......


aduhai..

boleh pulak dia tekan 999 tu..
banyak kali pulak..

yang paling tak tahan tu ada sampai seminit lebih.. 
jangan kena apa-apa tindakan dah la

Wednesday, August 1, 2012

pusat bersalin berisiko rendah

balik dari sekolah tadi, kami bergegas ke putrajaya..kerana ada hal penting yang perlu dibereskan...

selesai urusan tu, sempat juga melencong ke presint 8..

kenapa presint 8??

************************

satu hari, saya berkesempatan menonton "Assalamualaikum" di tv al-hijrah. ada cakap pasal pusat bersalin berisiko rendah ni..

nama penuhnya, seperti yang tertera...
Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia
MAIWP - Hosp. Putrajaya

sangat menarik hati saya..kerana ia adalah pusat bersalin berisiko rendah yang berkonsepkan rumah..pada hemat saya, ia mungkin tempat bersalin yang selesa..seperti berada di rumah!

dan ia terletak di presint 8..berasingan dengan hospital Putrajaya..

kerana itulah kami berada di presint 8! memang dah lama dah behajat nak pergi menjenguk ke sini..dan akhirnya hari ini Allah beri kesempatan itu..terima kasih ya Allah..

pusat ni memang betul-betul untuk orang yang berisiko rendah. dikendalikan oleh nurse-nurse yang berpengalaman..tidak memberi tekanan pada ibu yang ingin melahirkan..tidak tergesa-gesa seperti di hospital biasa...hanya untuk ibu-ibu yang melahirkan anak ke-2 dan ke atas..tidak untuk ibu bersalin anak sulung..

sebetulnya saya telah jatuh hati pada pusat bersalin ni..oleh sebab masa saya lahirkan tasneem dulu, beratnya lebih dari 3.5kg (3.62 kg), saya dikategorikan ala-ala berisiko juga..takut anak ke2 ni besar..

nurse tu kata "..bukan apa, takut tersekat dibahu..tempat ni tak ada kemudahan lain..memang betul-betul untuk berisiko rendah.."

saya kira ini berbalik pada zaman mak-mak kita dulu..zaman bersalin di rumah..bidan yang sambut..cuma ini ada unsur-unsur moden sikit..betul tak?

jadi, kesimpulannya, kalau saya nak bersalin di sini, saya kena pastikan dengan klinik kesihatan tempat saya buat check up tu yang saya memang berisiko rendah..ataupun, bila dah dekat nak bersalin nanti,masa dah sakit-sakit tu, datang hospital putrajaya..kat sana diorang akan tengok sama ada kita ni berisiko rendah atau tak..kalau berisiko rendah, automatik dia akan hantar ke pusat ni..

doakan saya tidak mempunyai sebarang masalah YE KAWAN-KAWAN