Monday, December 31, 2012

selamat 2 tahun tasneem!!

mengikut tahun masihi, tasneem 2 tahun hari ini..


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 2!!

ummi tak pandai nak bermadah pujangga...

cuma ummi berdoa
semoga tasneem menjadi anak yang solehah
yang menjadi contoh pada adik-adik nanti


ummi dan abi sayang tasneem!!

sempena birthday tasneem ni, abi berbesar hati belanja kita semua 
tok dedi, tok mami, cik lala, cik wan, cik kunak, uncle mie..
sebab dah selalu makan kedai tom yam, kali ni lain sikit..
kita pergi restoren ala2 western..
makan steak..hehe

basyeerah bagi kerjasama yang sangat baik..
tidur dari mula sampai balik rumah..lena!

kata cik lala, "tiap malam tahun baru makan kat luar la..."
banyak la..huhu

Saturday, December 29, 2012

kembara susu 2

kesinambungan dari entri kembara susu yang lalu...



selepas stok ebm batch pertama mencair kesemuanya, batch kedua selamat dikirim kepada tok mami untuk dibawa pulang, ini pula kisah ebm batch ke3..

ebm yang dikumpul selepas tok mami balik hingga kita balik. lebih kurang 10 hari.gambar lupa nak ambil

kita sekeluarga jadi ke Cameron Highland..2 hari satu malam..

apa cerita dengan susu batch ke 3?
ia tidak dikirimkan dengan bas pun..bawa ke Cameron pun tak juga..tinggal saja dirumah tok ummi...asal2nya cik wan kata dia nak balik kelantan, jadi boleh la ummi mintak tolong cik wan yang bawa balik..tapi Allah izin cik wan tak jadi balik...

maka tinggallah susu tu di rumah tok ummi..semoga ia selamat disana..susu tu akan kita bawa balik bila kita balik ke kelantan..insyaaAllah awal tahun nanti ada cuti..bulan 1 atau 2..

jadual waktu 2013

2013 bakal menyaksikan beberapa perubahan..antara yang ketara,
1. tahun 6 tak lagi di blok baru..mereka dipindahkan semula ke blok lama..berdekatan dengan bilik guru..sepatutnya awal2 lagi tak payah pindahkan..dekat kan senang cikgu2 nak pantau. blok baru akan menempatkan murid2 tahun 4 dan 5

2.ummi mula mengajar pra.

apa2 pun ummi tak kisah sebenarnya, kena ajar tahun berapa ke, kelas mana ke, kena ajar murid pra ke..atau yang seumpama dengannya..yang ummi kisahkan sekarang ni ialah...masa mana ummi nak pam susu?sempatkah?oh~oh~oh~



jadual ni biasanya bersifat sementara..akan keluar jadual baru mungkin sekali atau dua kali sebelum yang betul untuk dipakai hingga akhir tahun.

setiap kali kelas 6 bumi, masuk lambatlah nampak gayanya..

untuk jadual mengepam pula, mana2 masa yang kosong tu lah masa untuk mengepam!

Thursday, December 27, 2012

hujung tahun di kelantan

[entri yang ummi dah taip lama...masa di kelantan lagi..ada dalam draf hampir seminggu..]

setakat ini, hujung tahun kita memang akan berlokasikan kelantan..selagi tiada apa aral, memang ke sinilah tempat kita bercuti..

kali ini ummi rangkumkan sekali secara kasar tentang aktiviti kita sepanjang kita balik kampung...

tasneem
tasneem lah orang paling seronok ummi kira bila balik ke kelantan..ada saja benda yang nak dilakukan.. macam yang ummi dah cerita sebelum ni..ikut tok abah menguruskan kambing tu sudah pasti..sampai ada ketikanya tasneem nak masuk dalam kandang kambing! ni dikira sebagai aktiviti luar homeschool kita..aktiviti luar je memanjang masa cuti ni...huhu..banyak sebenarnya yang tasneem belajar bila balik kampung.

basyeerah
basyeerah dah lebih dari 5 kg ummi rasa..punyalah cepat naik berat badan tu..basyeerah pun tak lepas juga aktif ikut ummi kesana kemari..kalau tak salah ummi, sepanjang duduk di kelantan ni, 2 kali je ummi tinggal basyeerah..pertama, masa pergi kenduri kahwin kawan abi. masa tu hujan ala2 renyai2..abi pula malas nak bawa kereta sebab rumah kawan abi tu kat kampung sebelah je..jadi ummi dan abi pergi berdua naik motor...kali ke 2, ummi, abi, tok ummi keluar nak beli barang di Mydin. sambil tu ummi nak beli kain pasang di jakel.oleh kerana masa tu basyeerah tidur, jadi ummi tinggal..masa tu tinggal kat cik lala..habis 4oz susu...pandai cik lala jaga..hehehe..

orang kajang datang
kalau ikut plan asal, keluarga belah ummi nak datang kelantan masa aqiqah basyeerah hari tu..tapi Allah izin tok dedi demam campak..jadi di tangguhkan. kadatangan orang kajang ni sangat2 lah ummi tunggu sebab boleh pergi jalan-jalan!!yea!!walaupun sebenarnya tok ummi tak berapa nak bagi ummi gi jaan2 sebab basyeerah kecil lagi..tapi akhirnya semua tempat pun ummi dan basyeerah ikut..hehe

masa ni kita pergi munduk..munduk ni kat siam ye anak2..tok mami yang beria sangat nak pergi..nak cari sabun nak krim susu beras katanya..nak ke munduk ni kena seberang sungai..naik sampan dengan harga tambang rm1 sehala. walaupun munduk ni terletak kat siam, tapi nak masuk kesana tak perlu border pass pun..boleh terus masuk.dan dia tak ada sekatan imegresen macam rantau panjang dan pengkalan kubur. ada sesetengah barang yang memang boleh dapat murah berbanding tempat lain.

tok dedi


hari berikutnya kita ke RTC atau orang kat sini panggil TEMAN. sini macam pasar borong..barang makanan kebanyakannya memang murah..bukan makanan je, pakaian pun ada..

hari terakhir sebelum balik kajang, pergi rantau panjang pula...masa ni banyak beli pakaian..kat sini pakaian murah dan banyak pilihan..selesai di rantau panjang, kita ke bazar tok guru pula...kat sini tempat kegemaran ummi cari jubah..yang pastinya sekarang ummi tengah banyakkan koleksi jubah berbutang @ zip di depan..senang nak susukan anak2 ummi..

hujan
kelantan masih tak hujan saat tempat2 lain dah mula banjir..jadi dapatlah kita berjalan kesana kemari dengan riang gembira sambil habiskan duit..syukur alhamdulillah...huhu..2 hari lepas orang kajang balik..hujan bederohong!!lebat selebat-lebatnya..sidai kain pun sejuk2 je..lambat keringnya.jadi, bila dah hujan, tak kemana lah kita..duit pun dah habis..duduk diam2 kat rumah..hehe..

tak apalah..hujan ke, panas ke..syukur mesti dalam semua keadaan..jangan sesekali mengeluh

** kabel kamera tak jumpa kat mana..nanti kalau dah jumpa baru ummi upload gmbr kemudian..tu pun kalau ingat...heheh

** akan disambung dengan cerita kita di Cameron Highland..dan ebm yang tinggal lepas yang lain dah di kirim pada tok mami

Wednesday, December 26, 2012

maka kerja pun bermula...

lama dah ummi tinggal sekolah rasanya...yelah, ummi cuti bersalinkan basyeerah...dan hari ini adalah hari pertama ummi masuk kerja semula setelah sekian lama bercuti..



agak sedikit kelam-kabut ummi di hari pertama bekerja ni..hehe..semalam ummi siapkan barang2 yang nak dibawa ke sekolah hari ni..terutamanya alat2 kelengkapan breastpump...siapkan barang2 basyeerah terutama bekal susu dia..semalamlah baru ummi kelam kabut cari botol semua..alhamdulillah cukup.untuk kakak tasneem dah tak ada masalah sangat..

basyeerah ni tak sama dengan tasneem. tasneem dulu sebelum ummi nak mula kerja, ummi dah kena training  bagi susu guna botol untuk 2 minggu sebelum...basyeraah pula tak ada masalah dengan puting botol ni..kali pertama bagi dah boleh terima dengan redha!hehe..alhamdulillah..mudah untuk ummi..jadi ummi pun tak berapa risau sangat..

kekok rasanya dah lama tak buat aktiviti mengepam di sekolah..malangnya hari ini ummi tak sempat pun nak mengepam sepanjang ada di sekolah...sebabnya minggu ini adalah minggu bermesyuarat...jadi sepanjang masa duduk dalam bilik mesyuarat..memang sedikit menderitalah sebab tak dapat pam..jadi, balik tu ummi terus pam dalam kereta..

**esok ada jamuan akhir tahun di hotel..bawa tasneem dan basyeerah sama. sudah tentu abi juga ikut.harap anak2 boleh behave, terutamanya kakak!

**ummi dah taip entri rumusan sepanjang kita di kelantan..tapi belum sempat nak publish..dan ada juga berkenaan cuti kita di Cameron Highland.

Tuesday, December 25, 2012

big bad wolf 2012

sebelum ni ummi tak pernah dengar pun pasal Big Bad Wolf ni..ummi tahu dari kawan ummi, mawaddah.

BIG BAD WOLF!!

ia adalah penjualan buku besar-besaran yang menjual pelbagai buku dengan harga yang jauuuuuhh lebih murah dari pasaran biasa!! 75%-95% diskaun!!
ini baru betul2 pesta!!buku semua murah2 ok..

target utama ummi nak beli buku untuk anak-anak..

ummi pergi 2 kali.

kali pertama - pergi sejurus balik dari cameron highland. agak penat juga.tapi dek kerana keterujaan melihat lautan buku, terus  jadi super seronok! basyeerah dengan ummi. ummi kendong dengan baby carrier..kakak tasneem dengan abi..

agak mencabar sebab dengan anak-anak kecil terutamanya dengan kakak tasneem yang sememangnya aktif!! seingat ummi, tasneem boleh tahan lebih kurang 20minit dengan buku-buku..lepas tu mula kesana ke mari..risau juga ummi sebab orang kan ramai..kang hilang jenuh nak cari..jadi abi bawa naik aras..atas ada tempat main budak2..

tapi tak boleh juga nak berlama-lama sebab ummi tak larat nak pegang buku banyak2..boleh ambil setakat yang mampu pegang ditangan sahaja!orang lain dengan segala kotak, troli bagai..

akhir bila dah nak balik, tasneem dah mula jalan dengan lutut!!aduhai anak..sebab dah tau nak balik, tu yang jadi macam tu..tasneem tak nak balik. abi pula beratur untuk bayar, dan dah terlepas keluar, jadi ummi lah yang kena handle tasneem sekejap. sempatlah main kejar2 se-round!

ummi ajak abi untuk pergi kali ke-2..kali ni strateginya pergi mesti bawa stroller. tasneem kena duduk dalam tu supaya dia tak pergi merata.

buku cerita, buku aktiviti....

ummi punya..

semua sekali rm83 sahaja!

kali ke2 - awalnya rancang nak pergi jumaat 21.12 lepas kereta kita siap di servis. tapi bila dah tahu yang BBW ni buka tanpa henti dari jumaat sampai ahad, 


akhirnya keputusan yang diambil ialah, pergi jam 12 malam!! anak2 dah tidur..mudah sikit...dan tok mami kata tasneem tinggal sahaja..lagi lega ummi..hehe...

kali ni orang tak begitu ramai, parking pun tak sepadat kali pertama pergi..alhamdulillah basyeerah tidur nyenyak sampai ke akhir...terbangun bila ummi selesai bayar..memang dah tiba waktu menyusu pun..

tiada dalam gambar : 2 buah novel cik lala, 1 buah lagi dalam kereta..

kos kali ni cuma rm60 lebih..buku dah tak banyak yang menarik..tambah dengan mengantuk masa pilih..hehehe..

sebelum balik, ummi abi sempat naik atas untuk beli alat tulis..ada diskaun juga..maklumlah, dah nak mula kerja..pen2 entah kemana..sempat juga ummi abi mengurut dengan kerusi urut-masuk-seringgit tu..

nanti kalau ada lagi, boleh datang beli lagi..

Sunday, December 23, 2012

TAMPARLAH kalau berani




Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .


Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)"

 Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).


Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

[SUMBER]

Thursday, December 13, 2012

kembara susu

stok ebm selepas kejadian susu cair.. dr 2.12 sampai 9.12

ingat tak yang ummi bagi tau ummi nak kirim susu basyeerah pada tok mami hari tu?inilah susu-susu yang ummi dah kumpul semula selepas kejadian susu rosak tempoh hari..

ye..bukan mudah untuk ummi kumpul semangat untuk ummi kumpul semula susu2 ni..tapi demi kasih sayang ummi pada anak-anak ummi, ummi gagahkan juga hati ummi..untuk 1 dan 2 hari yang pertama, memang amat memeritkan..oleh kerana emosi ummi yang tak stabil tu..susu pun malu2 je nak keluar..sekali pam ummi dapat 2-3 oz je..

tapi lama kelamaan, ummi mampu untuk kembali semula ke track asal..huhuhu..walaupun tak sebanyak orang lain, tapi ummi sangat2 bersyukur ..moga Allah terus-terusan mengurniakan rezeki yang berkat buat kita sekeluarga.


bekas ni ummi beli masa bawa tok mami, tok dedi dan semua jalan-jalan ke rantau panjang..dapat harga rm38

pada mulanya ummi ingat nak beli bekas polistrin je..tapi bila fikir2 balik, beli bekas macam ni pun berbaloi juga.boleh guna banyak2 kali + tahan lasak juga.

pagi tok dedi nak gerak balik ke kajang sempat lagi ummi perah susu dan masukkan sekali dalam bekas ni.. semua susu tu berjaya dimuatkan dalam bekas ni setelah beberapa kali keluar masuk bekas sampai naik kebas jari2 ummi (^_^)

sejujurnya ummi risau juga takut2 kalau bekas ni tak begitu tahan untuk mengekalkan kebekuan susu2 tu..walaupun tuan kedai tu cakap bekas ni tahan berbanding dengan 1 lagi bekas yang ada di kedai tu..(sebab bekas ni panjang ke bawah, dan yang satu lagi melebar ke tepi)..terbayang2 susu2 ummi yang cair hari tu...fobia!!

alhamdulillah stok ebm ummi tu masih beku lagi bila sampai kajang. dengan tempoh perjalanan dari lebih kurang 7.30 pagi sampai 4.30 petang (9 jam)

masih beku..ais pun ada lagi...


ummi tak sempat nak ambil gambar step by step masa susun ebm tu..
tapi kalau ada ibu2 diluar sana yang nak tau, caranya adalah seperti berikut:
1. alas cooler dengan 3-4 helai surat khabar
2. tabur ais
3. tabur garam
4. susun ebm
5. ulangi langkah 2, 3 dan 4.
6.pastikan lapisan atas sekali adalah ais dan garam bukan ebm
7. tutup dengan tuala kecil
8. kemaskan penutup cooler.
9. letak cooler di bahagian dalam kereta.bukan di bonet
10. doa dan tawakkal pada Allah.

ummi ada lebih kurang seminggu lagi di kelantan ni sebelum kita semua balik ke kajang.. rancangan abi, kita nak singgah di cameron highland dulu sebelum pulang. dan kalau dapat mungkin kita bermalam di sana semalaman..jadi ummi risau dengan stok ebm yang seminggu ni..macam mana lah gaya nak bawa balik..

kalau dibawa ke cameron, peti mana pula lah kita nak tumpang sementara bermalam tu..yang ummi risaukan sebab ada susu yang beku..kalau setakat susu sejuk tu masih boleh dibawa bersama..

jadi ummi fikir, ada beberapa cara yang ummi boleh buat.
1.  bekukan semua stok ebm untuk tempoh seminggu ni dan kirimkan melalui bas.nanti minta tolong tok mami jemput ebm tu kat stesen bas.
2. oleh kerana ebm sejuk boleh tahan dalam 4 - 5 hari sahaja, untuk susu 3 hari sebelum kita ke cameron ummi tak bekukan, dan bawa bersama. susu yang terawal akan dibekukan dan dibawa balik pada masa yang akan datang.
3. tak perlu ke cameron, dan ummi boleh terus bawa bersama ebm tersebut pulang ke kajang.
4. tak perlu kumpul stok untuk 1 minggu yang tinggal.

antara 4 cara tersebut, yang no.3 paling ummi tak berkenan!hehe...ok..bukan senang abi nak bawa kita ke cameron ni..jadi jangan lepaskan peluang. dan no.4 tu mustahil ummi akan buat..rugi!rugi!rugi! kalau  tinggal 1 sesi pam takpe lagi..tapi kalau 1 minggu tak pam, rugi besar tu..

ok..nanti kita tunggu dan lihat..antara no 1 dan 2, mana yang akan ummi dan abi pilih..

Tuesday, December 4, 2012

piras!!

hari ni ummi nak cerita pasal piras (kalau orang belah pantai timur sebut pighah) atau kadang2 ada yang panggil cekenit.

gambar: google


piras/cekenit ni sejenis binatang yang sangat kecil ye anak2..dia binatang penghisap darah..dari badan kecil,hisap darah sampai badan jadi bepuluh kali ganda lebih besar!!! ia mempunyai kaki yang sangat mencengkam (mungkin mulut..tah)..ini membuatkan dia mampu untuk duduk berlama-lama disatu-satu tempat yang dia suka. dan kalau seseorang tu kena gigit dengan binatang ni, ianya amat menyakitkan..

*******************

ingat ummi cerita yang tasneem demam baru2 ni?hari ni alhamdulillah dah baik..badan dah tak panas..pun begitu, rengekan yang mengada-ngada masih berbaki..tapi ummi layankan juga lah sikit2..kasi can!

petang semalam,masa ummi tengah layan sedih sebab susu rosak, abi datang dengan tasneem..suruh buang benda kat mata tasneem..sebabnya abi dah cuba buang.tapi tasneem meronta2 tak bagi...jadi mana tau kalau dengan ummi tasnnem bagi kan..

emmm...tak bagi juga..2 3 kali juga ummi cuba nak buang benda kat mata tasneem yang dikatakan anak batu (sebab warna macam kelabu2 batu) tu..tapi meronta2 marah sambil nangis cakap sakit..abi siap pegang tangan tasneem supaya ummi dapat buang dengan mudah.....tak mudahnya kalau dah meronta..sampai gigil2 badan..ummi bila tengok macam tu memang ummi surrender dah. bukan apa, ummi tak sanggup nak tengok dia kesakitan..kesian..tak sampai hati.

tapi dalam hati ummi ni geram juga tengok benda tu tersangkut kat hujung mata tu.awal2 ummi perasan juga..masa tu kecil je..ummi ingat tahi mata..bila nak buang tasneem tepis tangan ummi.ummi biarkan sebab ummi fikir nanti lepas mandi hilanglah..rupanya tak hilang dan makin membesar..

bila belek betul2, baru ummi perasan yang benda tu adalah binatang..bukan anak batu atau tahi mata..patutlah tasneem menjerit2 sakit bila ummi abi sentuh..abi kata, ni piras!!ummi rasa mungkin sebab makhluk kecil ni tasneem jadi demam..gara2 sakit sangat..

kata tok abah, mungkin kena masa tasneem sibuk dengan kambing..kambing memang ada benda ni kat bulu2 dia tu..

akhirnya abi yang berhati besi tu yang buang..ummi pegang juga tasneem.....masa tu meronta, menjerit, menangis memang sakan!!memang menderita..ummi tak sanggup tengok...bila dah berjaya buang, tugas ummi pujuk tasneem..

sambil nangis sebut "abi buat...abi buat..." huhu...sebab tu ummi tak nak buang..nanti tasneem sebut "ummi buat..ummi buat.."hahaha...

ummi memilih untuk jadi tempat paling damai buat anak2...abi pula, biarlah dia jadi adiwira..penyelamat untuk anak2..hehhehe..

**orang kata kalau kena piras@cekenit ni memang sakit sangat2..kalau dah buang pun masih terasa sakitnya..ummi tak pernah kena..abi pun sama..kesian tasneem..

**tak ada gambar sebab binatang tu alahaiii...kecik bebeno

tinggal kenangan

stok susu yang ummi ceritakan semalam sudah menjadi kenangan..kerana ia sudah dicurahkan dengan penuh rasa hiba ke tanah!!

bukan ummi yang buang..tapi abi..ummi tak sanggup!!untuk keluarkan satu persatu dari peti pun dah berlinang air mata..apatah lagi untuk campak ke tanah..memang tak daya..ia sungguh menyesakkan dada!!

************

ia bermula bila abi memindahkan ebm tu ke peti rumah mak tok. tanpa disertai ummi...tau2 susu dah kena pindah..

entah macam mana abi susun susu2 tu dalam peti..yang sebetulnya ummi lebih puas kalau susu2 tu ummi sendiri yang pindahkan dan susun..sebab susu2 tu diperah dengan penuh kasih sayang..jadi, ada jiwa ummi didalamnya..sebab tu ummi sendiri yang nak buat..tapi abi lebih pantas!

dan pagi tadi masa ummi tengah menikmati sarapan ummi- segelas susu kambing sebagai sarapan pertama, tiba2 mak tok datang..-dia memang selalu datang..memandangkan jarak rumah tak lah jauh sangat...

tiba2 dia kata "sebab apa peti tak ada api?"

apa??????tak ada api?ini adalah soalan killer!!mampu menghentikan kadar denyutan nadi..

dia sambung lagi.."tak ada api sejak dari petang semalam..." terus hilang selera makan..air satu gelas pun tak mampu nak dihabiskan..dah dapat bayang keadaannya..

ummi memang tak sedap hati dah..tak senang duduk.dan perasaan masa tu memang tak dapat nak diceritakan..Allah saja yang tahu! ummi nak pergi tengok ebm tu..tapi tiba2 pula abi boleh pecut motor pergi sorang2..

ape ke hey nye tinggal ummi pulak ni..xfaham.

abi balik dan buat muka biasa..macam tak ada apa..tapi ummi masih tak puas hati..mana boleh tak ada apa..mustahil. dan ummi akhirnya pergi sendiri jalan kaki..bukan jauh pun..tak lama ummi jalan abi datang dengan motor..emm..tak dapat nak feel jalan sorang2..huhu...

bila ummi buka peti..pegang satu..dua..tiga..cair..semua cair!!dah rosak..hati pun cair..kecairan hati menghasilkan air mata yang mencurah2..dan ia ambil masa berjam-jam untuk pulih!

ummi bukanlah wanita yang berhati besi..yang bila tengok ebm beku tu cair, tidak terkesan apa2..ok.abi tak percaya bila ummi kata susu tu rosak..kata abi susu tu sejuk lagi..abi sayang..bukan masalah sejuk ke panas..masalahnya sekarang, ebm yang beku, kalau dah cair 100% kena habiskan dalam masa 24 jam..mana nak habisnya..

maka terbuanglah ia.tamat.

**lepas ni abi kena baca @ ambil tahu pasal susu ni..tak cukup kalau ummi je yang tau.

**rasa macam serik nak tinggal susu jauh2 dari ummi..

** terima kasih pada abi yang akhirnya berjaya menyenangkan hati ummi dengan belanja sebiji burger malam ni..tapi tak cukup..esok pizza pulak!!

**tak ada rezeki basyeerah..Allah..singkapkanlah hikmah untukku disebalik peristiwa ini

**tiada gambar kerana ia peristiwa amat tragis!!


~kota bharu~

Monday, December 3, 2012

stok susu di kelantan

**entri ini saya tulis semalam...ia entri paling kenangan sebab semuanya sudah pergi meninggalkan saya...


stok susu dari 19 nov sampai 30 nov 2012

alhamdulillah..inilah stok susu untuk basyeerah..seronok tengok..walaupun tak banyak macam orang lain..tapi ummi rasa puas hati..rasa macam tiap masa nak buka peti mengadap susu ni..sebab masa tasneem tak sebanyak ni....haha!!sungguh tak ada kerja..

sebelum balik kelantan, saya risau kalau peti penuh! mana nak letak susu2 ni..takkan pula tak nak pam langsung..ish!!rugi besar tu...

nak pula tok ummi ada cerita yang peti tu rosak..tapi alhamdulillah sudah selamat dibaiki dengan jayanya..tapi banyak juga perkara2 lain yang ummi fikirkan..
1. kalau stok banyak, penuh peti nanti macam mana?mana pula tok ummi nak simpan lauk2 dia..takkan lah ummi nak memonopoli 1 peti tu..(wahh!!monopoli?)
2. rumak mak tok ada peti juga..tapi tak besar mana..kalau sana pun penuh??

ahh..sudah...

peti tu ummi sendiri pandai2 bahagi 2..sebelah barang tok ummi..sebelah stok susu ummi..hehehe...masa ummi balik agak berisi juga..jadi terpaksalah tok ummi masak sup tulang..esoknya lagi masak sup gear box pula

bila habis tulang2 tu semua, tok ummi pun tambah beli lauk lain...ahahaii..camno ni??jadi abi pun pindahkan stok2 susu tu ke peti di rumah mak tok..tu pun abi kata agak penuh dah..ummi tak tengok lagi keadaannya macammana..padahal dekat je dengan rumah tok ummi ni..



ummi terpaksa slowdown aktiviti pam2 ni..tambah pula keadaan anak2 yang kurang sihat secara berganti-ganti..perhatian kena lebih..nak2 time tasneem demam

**hujung minngu ni insyaallah tok mami, tokdedi, cik wawa, cik lala nak  datang bercuti kat kelantan ni..jadi ummi fikir ummi nak kirim ebm tu

Sunday, December 2, 2012

tasneem demam

basyeerah dah baik demam..alhamdulillah..tapi ada batuk2 sikit..

Allah izin tasneem pula demam..pass baton kat kakak pula..sejak semalam..panas juga badan tasneem...ummi pun tak pasti apa punca sebenar...main panas agaknya..siang tu elok2 je tolong tok mek kutip buah manggis..

bila tasneem demam ni, macam2 ragamnya...banyak yang ummi boleh handle..ada juga yang ummi pass kat abi..ada yang tasneem sendiri pilih..(sama ada nak dengan ummi, abi atau tok abah)...tak ketinggalan juga ada yang ummo hilang sabar..tapi terpaksa ummi tahan kan..maklumlah..demam kan..

tasneem demam tak pergi klinik pun..cuma jelum2 dengan air je..itu pun tak berapa digemari tasneem...asal letak kain basah kat kepala mesti nak buang..asal basah2kan badan mesti merengek..sepanjang demam ni memang banyak merengeklah pendek kata..

tok ummi kata agaknya demam sebab aktif sangat..balik kampung ni macam2 aktiviti yang dibuat...jadi pengembala kambing-tolong tok abah @ tok chik keluarkan kambing dari kandang dan tambat ditempat2 yang bersesuaian, pergi jalan2 dengan tok chik- dari rumah tok abah..sampai ke rumah tok su..jauh juga tu..main hujan, main pasir..kutip buah..makan buah..ikut pergi beli nasi pagi2 naik motor..macam2 lah..

takpelah..ummi biarkan..biar tasneem belajar mengenal alam..selagi ia tak berbahaya..kat bandar susah nak dapat pengalaman2 macam ni

ragam budak demam: tiba2 je nak tidur dalam buai yang di"wujud"kan semula untuk adik

malam ni, tasneem nampak macam dah bertenaga sikit..dah  nak baik agaknya..kalau tak merengek memanjang..melekat je..