Wednesday, January 30, 2013

jom!


ok...nak pergi..
ya Allah, lapangkanlah masa kami supaya dapat menghadiri program ini..

mudahkan segala urusan kami..
ameeen..

Sunday, January 20, 2013

destinasi pagi ahad


pagi tadi kita hantar kawan tasneem anas, dengan keluarganya ke MAEPS, MARDI. mereka menghadiri konvensyen fiqh wanita & islam.



dah alang-alang sampai tu, kita singgah di pasaraya yang khusus menjual barangan IKS dibawah seliaan MARDI mungkin. banyak juga barangan IKS yang menarik perhatian ummi abi.

yang paling menarik perhatian kami ialah ini:

susu kambing!!!
siap tulis lagi kat bawah tu "susu terbaik selepas susu ibu" abi macam berminat pula dengan susu ni..abi cadang, di rumah minum susu kambing ni, dirumah tok mami teruskan dengan susu halib.

susu ni datang dalam 2 bungkusan..500g dan 1kg. ada 2 perasa..coklat dan asli..
harga rm 40 untuk 500g...rm 70 untuk 1kg. harga yang sama untuk kedua-dua perasa. berminat tak??

**tiba2 je rasa nak buka kedai yang jual barang2 bumiputra terutamanya yang bertaraf IMP (islamic manufacturing practice) hehehe...  (^_^)



  


Friday, January 18, 2013

martabatkan JAWI

eh??

bukan semua orang pandai membaca tulisan jawi..bukan semua orang yang pandai mengeja dengan betul dalam tulisan jawi..

biasanya orang yang pandai membaca tulisan jawi tak semestinya dia pandai mengeja dengan betul...dan  biasanya orang yang tak pandai membaca jawi memang tak boleh nak menulis jawi..kan??hehe

ummi termasuk dalam golongan pertama tu..huhu...boleh membaca jawi, tapi untuk mengeja dengan TEPAT dengan kaedah yang  BETUL ummi tak pandai..aduhai..untuk perkataan yang terbiasa guna boleh la..tu pun pandai sebab biasa tengok perkataan tu..tapi kalau di tanya kaedah memang ummi angkat tangan..

jawi ni berubah2 kaedahnya..ada ejaan jawi lama dan ejaan jawi baru..yang baru ni agak sukar kaedahnya..oleh kerana ummi ni mengajar subjek pendidikan islam yang meliputi jawi, jadi nak tak nak ummi kena mahirkan diri ummi dengan ilmu ke"jawi"an  ni..

Allah izin, ada satu kelas jawi ni..tapi ia bersifat di udara-on air...kena dengar di radio..menarik!!tapi kelas tu ada hari sabtu..jadi nya bila hari sabtu ni, kadang dengar, kadang terlepas..rugi kan?





TAJAAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

    TARIKH
    :
    Mulai 2 Jun 2012
    HARI
    :
    Setiap Sabtu
    MASA
    :
    10.00 Pagi -10.15 Pagi
    GELOMBANG
    :
    • Lembah Klang 91.5 fm
    • Ipoh, Perak 102.7 fm
    • Negeri Sembilan 102.7 fm
    • Melaka 89.5 fm
    • Johor Bahru 106.2 fm
    • Kuantan, Pahang 89.6 fm
    • Kuala Terengganu 100.2 fm
    • Kota Bharu 89.8 Fm
    • Balik Pulau, Pulau Pinang 102.7 fm
    • Perlis / Kedah/ Langkawi 89.0 fm
    • Kuching 93.6 fm
    • Kota Kinabalu 93.9 fm
    PENYAMPAI RANCANGAN
    :
    Tuan Haji Azman Bin Haji Ahmad
    Pegawai Perancang Bahasa, DBP
    PEMUDAH CARA
    :
    Encik Muhammad Suffian Bin Amrin

untuk sesiapa yang terlepas klinik jawi ni, boleh download modul2 yang dah terlepas tu diSINI. mudah2an ia membantu rakan2 yang diluar tu untuk lebih mahir dalam jawi..

Sunday, January 13, 2013

jom toles!!

ni lah kegemaran tasneem.."toles" katanya..tulis lah kakak!!

tasneem boleh leka bila ada alat tulis..tak kira pensil, pensil warna, magic colour atau yang seumpama dengannya..sudah tentu bersama kertas sekali..kalau tidak merata perginya karang! disiplinnya disini tulis itu mesti di kertas@buku..bukan dinding!haruuu~~

kalau dalam perjalanan jauh pun biasanya ummi akan bawa bersama alat tulis dan buku serta beberapa buku cerita bergambar untuk kurangkan pergerakan tasneem dalam kereta..kalau tak lepas ke depan, ke belakang..dan belakang lagi..(@_@)*pening ok!

baru-baru ni abi bagi tasneem tulis guna magic colour..bukan main seronok lagi menulis sampai habis kaki tangan berconteng...sebelum ni pernah ummi bagi, tapi tasneem conteng cadar pulak..aduhai..terus ummi simpan!bagi pesil warna kayu je..

sejak dari tu abi buat kesimpulan yang tasneem suka guna warna yang terang.nampak lebih bersemangat!! mana taknya, warna2 yang ummi beli sebelum ni semuanya malap je..cair!tak berbekas kata abi..huhu..harga pun tak sampai RM2..memang lah..

kata abi, ummi beli benda tak berfaedah..huhu

jadi tadi abi belikan bunco oil pastel..ha..kan terang..

baru syok nak tulis..

abi ajar ambil 1 je satu masa..sepah2 tak bagus..

sambil conteng sambil nyanyi lagu "bulat kecil"..ye ye je..padahal 1 bulat pun tak de..hehe

"bulat kecil" tu macam ni lah tasneem..

bulat kecil..bulat kecil...

bulat besar..

beri pisang...beri pisang...

tak mahu makan..

enam...enam..

dia tersenyum...

enam...enam...

anak beruang!

dah jadi!! anak beruang!! 

kalau tak silap ummi, kali pertama tasneem menulis masa ummi main sudoku...ambil pensil yang ummi guna dan conteng kat sudoku ummi..

lepas pada tu ummi abi belikan drowing block yang kecil..

minggu depan kita buat aktiviti lain pulak..ummi mensasarkan (wah!!mensasarkan giteww!!) hujung minggu mesti ada aktiviti bermakna antara kita..tak kiralah riadhah outdoor ke, aktiviti indoor ke..rehlah ke..kan..

*shooping tak termasuk..

**abi kata nak belikan beg galas yang kecil untuk tasneem..nak isi barang2 dia terutama masa travel..tapi masih belum jumpa yang berkenan dihati..



Friday, January 11, 2013

basyeerah 3 bulan

aishh...dah 3 bulan rupanya..sekejap je masa berlalu..tuptup dah 3 bulan ada basyeerah kat tepi ummi..

'ala kulli hal..alhamdulillah..



setakat 3 bulan ni alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. basyeerah pun dah mula nak meniarap!! tahniah untuk basyeerah yang giat menjalankan latihan pagi petang siang malam!!

basyeerah pun bukan main rajin bersembang..kalau perut kenyang, tak mengantuk, memang rancak sembangnya..kadang suara gelak tu bukan main lagi kuatnya.sampai ummi kat dapur pun boleh dengar basyeerah melekek-lekek...nak-nak kalau kakak agah-agah basyeerah..bukan main lagi...semalam, masa ummi sedang berusrah, bukan main rancak lagi basyeerah bersembang dengan kakak haniyya..

tentang hal penyusuan pula, awal-awal dulu ummi ada cakap yang basyeerah mudah botol berbanding dengan kakak tasneem..pun begitu, basyeerah ni ummi tengok tak berapa kuat menyusu sangat bila dirumah tok mami...mungkin perutnya masih kecil..atau apa sebenarnya? kadang ummi tinggal susu yang baru dalam 4oz campur dengan EBM beku sebekas dua. (ummi bekukan dalam bekas dadih yang isipadu lebih kurang 2.5oz) bila ummi balik ambil anak2, susu yang beku tu memang tok mami tak cairkan sebab susu segar tu pun dah cukup.

dari segi perangai pula, basyeerah ni memang solehah sangat..malam memang tak meragam. ada pun merengek sekejap sebab nak susu, bila dah kenyang sambung tidur lagi...samalah macam kakak tasneem. dah dapat susu, selesai. jadi dikebanyakan malam memang ummi dan abi boleh tidur lena!

ada yang kata badan basyeerah dah keras2 awal dari umur..lutut dah tegak, kepala pun tegak. agaknya sebab mandi air sejuk kot

kalau nak tahu, anak2 ummi ni memang ummi awal2 lagi dah ajar mandi dengan air biasa-tak guna air suam dah. kalau tak salah ummi bulan pertama je kot yang guna air suam..lepas tu dah mula air paip biasa.

ok setakat ini dulu..nanti ummi cerita lagi..

hanya gambar

kabel dah jumpa...boleh upload gambar..


1. majlis aqiqah basyeerah.


2. musim buah


bangun tidur terus makan rambutan

3. jalan-jalan

di istana negeri kelantan sempena ekspo 100 tahun MAIK


beli belah di munduk, thailand

makan2 ikan bakar

nanti sambung lagi..gambar masa kita bercuti di cameron highland pula..




Sunday, January 6, 2013

Allah menegur..

BBW 12: ummi shopping buku kat bawah, abi bawa tasneem main kat atas

tasneem demam buat kali pertama bila umur cukup 2 tahun..1.1.13

ia demam yang lain dari biasa....hari tu kita sekeluarga keluar..menghantar susu pada pelanggan, mengambil susu dari agen..dan abi mahu mencari kasut...badan tasneem mula panas menjelang tengahari..jadi kita tak memanjangkan agenda..terus balik kerana tasneem tak sihat..

bila hampir maghrib, selepas mandikan tasneem, seperti biasa abi pula bersiap untuk solat..tasneem agak meragam..maklumlah demam..waktu itu ummi tengah susukan adik sambil ummi menghadap komputer..tasneem awalnya leka menonton video "aishah"nya...

tiba2 abi menegur tasneem yang dah meringkuk di sudut kerusi..kami ingat tasneem bergurau, mahu bermain..bila abi pegang untuk betulkan badan tasneem, ummi tengok bibir tasneem dah biru..ada air liur (kerana kepala dah tertunduk disudut kerusi) dan mata tasneem keatas!! 

ummi abi jadi cemas!!cemas yang amat!!lutut ummi jadi macam lembut tak boleh nak berdiri..abi baringkan tasneem atas katil adik, ummi panggil2 tasneem tapi tak ada respon.tiada suara..tiada tangisan..tiada sebarang tindak balas...itu sangat mencemaskan ummi!!sementara abi bersiap, ummi panggil2 lagi..ummi dukung tasneem..tepuk2..masih sama..perasaan ummi ketika itu hanya Allah yang tahu!!

abi minta ummi call tok dedi,tok mami..tapi Allah izin semua tak dapat.mereka dah ke masjid...abi terus bawa tasneem ke hospital. dan ummi bersama basyeerah di rumah..lepas solat ummi minta tolong cik kunak ambil ummi dan bawa ke hospital..

debaran sepanjang perjalanan memang tak dapat dikawal, sampai di hospital ummi nampak kelibat abi sambil dukung tasneem..lega rasa hati.

selama hampir 4 hari tasneem demam, ia betul2 menguji ummi dan abi..tasneem banyak menangis mengigau dan mungkin meracau..tidur tak lena...selera tiada..susu pun kurang minum..muntah..badan nampak sangat menyusut..

selain ubat homeopati, kami ada juga berjumpa dengan anak murid Dato' Harun Din. minta penawar..

sesungguhnya Allah menegur kita dengan pelbagai cara...Allah memberi peringatan pada kami yang selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberi. menegur kami supaya menjaga hubungan dengannya..mengingatkan kami agar sentiasa meletakkannya no.1 dalam setiap keadaan...

Allah..terima kasih ya Allah atas teguran ini..kekalkanlah kami dijalanMu..hidupkan kami, matikan kami dalam iman..

**sekarang satu rumah dilanda batuk dan selsema (^_~)