Monday, April 15, 2013

jalan-jalan hujung minggu

assalamualaikum....

walaupun duit dah paras2 hidung,maklumlah..dah nak hujung bulan ni..(hahaha..baru 15 hb...) jalan tetap jalan...meraikan anak2 syurga yang asyik kena duduk rumah je tu...hujung minggu harus kemana-mana...paling tak pun pergi taman-playground..kan..

tapi tak dapat juga nak keluar tiap minggu pun..mana yang Allah beri kesempatan, ruang dan peluang..

minggu ni pergi ke semenyih..niat nak ziarah ahli baru..ada kawan abi yang baru dapat baby sulungnya..tapi pergi ni pakai terjah aje..sebab nombor telefonnya hilang disebalik awan bila telefon abi rosak hari tu..alhamdulilah berkesempatan jumpa baby adam..cuma ayahnya yang tiada-kawan abi tu- dah balik ke rumah sewanya..

lepas tu kita terus menghala ke Broga..kawan abi kata ada mini zoo kat sana..padahalnya bukan mini zoo pun..ladang arnab je..dan ada beberapa binatang ladang lain..

sebelum tu cakap dengan tasneem nak tengok monyet..sebab ingatkan mini zoo...bila dah macam ni, kita postpone la monyet tu ke agenda yang akan datang ye anak2..

papan tanda pun dah mengalami masalah penuaan..pudar..kusam..tapi tempatnya ok lah..bersih..


tiket masuk RM 5 seorang..tasnem yang kecik tu pun rm5 jugak..sabar jelah..makanan(lobak merah) 2 plastik saiz sederhana RM10...mahal kan?? mula2 ingat tak nak beli, tapi dah kena ayat dengan amoi tu...beli juga lah kan..

bagi makan kat arnab dulu...

ummi ingatkan tak berani..sebab awal2 tu tasneem tengok dari jauh je..yang seronoknya arnab2 ni dah di kepung dalam satu kawasan...dan kita boleh la nak main2 sambil bagi makan...jinak!

basyeerah pun nak bagi makan juga..

takut la pulak!!



kuda, kambing,buai, jambatan gantung mini (adala dalam 2 depa je kot..)


seronokkan tasneem??
ok,abi...minggu depan kita nak kemana pula?
tengok ikan di akuaria kah??
hehehe






Sunday, April 14, 2013

produk baru di kedai tasneem

assalamualaikum....

memperkenalkan!!!


susu kambing jenama SUFFY

sesuai untuk semua dari bayi hingga ke dewasa...
(tasneem minum..saya pun minum)

DENGAN TERAPI AL-QURAN
JUGA DIADUN BERSAMA KURMA, MADU, DELIMA DAN RUMPAI LAUT


100% produk muslim

dan, semestinya halal!

dapatkan segera!!

500gm untuk rm40 shj


khadim
susu pre biotik untuk dewasa

mengandungi MANNA, CEREAL, MALT, RUMPAI LAUT, MAHKOTA DEWA, BIJI APRIKOT GOJI DAN MADU

400gm untuk rm 27 sahaja


**ada diskaun kalau ambil banyak**

susu formula?

assalamualaikum....

hampir sebulan tak berkesempatan nak update blog..gara2 sibuk....tak perlulah dihurai kata "sibuk" itu memandangkan ia tidak diperlukan disini..huhu...

pendekkan cerita.cuti pertengahan semester yang seminggu tu berkesempatan melawat 3 bayi baru...

alkisah bayi pertama, seorang bayi perempuan..anak ke lima..tak ingat berapa bulan..tapi yang pasti masih menyusu badah sepenuhnya..ibunya seorang guru..alhamdulillah...

alkisah kisah bayi kedua pula..seorang bayi lelaki.anak sulung.ibunya belum pun habis berpantang.tak sampai sebulan pun lagi.tapi sudah campur dengan susu formula..katanya susu tak cukup..tapi untuk waktu2 tertentu macam waktu malam, dia akan direct feeding anak dia..susu badan hanya diberi bila terasa bengkak..

alkisah seterusnya, bayi perempuan.juga anak sulung...ibunya tidak bekerja..bayi berumur sebulan...juga dah campur dengan susu formula..juga kerana susu tak cukup..

alangkah sedihnya saya dengan bayi ke2 dan ketiga tu...

bayi mempunyai 1001 sebab mengapa dia menangis...jangan cepat memberi jawapan sendiri dengan menganggap susu tak cukup..bukak mulut suap susu...bukak mulut suap susu...aduhai..

atau..

bayi kerap menyusu dan tiba2 ibu menganggap susu badan tak cukup..lalu tambah dengan susu formula...padahal ibu ada sebelah baby..kan prinsip susu ibu tu semakin tinggi permintaan, semakin banyak  susu yang terhasil...jadi?

atau apa2 lagi alasan lain entah ape2..

perut bayi bukanlah besar sangat yang boleh masuk susu banyak2..boleh tengok gambar atas tu

**saya masih dalam keadaan terkejut bila belum apa2 lagi dah campur dengan fm...tiba2 basyeerah nangis... dah sampai masa untuk susu..tiba2 orang disana pula yang terkejut sebab basyeerah yang dah 5 bulan tu masih menyusu badan..

hah??