Wednesday, May 29, 2013

DDT-diari diapers tasneem

assalamualaikum....

episod 1

tasneem sekarang dah berumur lebih kurang 2tahun setengah...masih lagi pakai diapers saiz L. target ummi untuk tasneem pandai ke tandas sendiri sebelum saiz diapers bertukar jadi XL!!

tasneem pun sekarang ni dah pandai cakap..macam2 yang dia cakap..jadi ummi fikir, ini memang betul2 masa yang sesuai untuk ummi ajar dia hidup tanpa diapers..

ummi tak boleh nak buat masa hari bekerja, kesian kat tok mami..mana nak urus adik basyeerah..nak ajar kakak tasneem kencing lagi..ummi pula balik kerja dah kepenatan..jadi cuti sekolah macam ni ummi rasa dah boleh sangat dah nak mulakan kelas..sebelum ni pun tasneem memang dah cakap kalau dia nak buang air besar..mungkin dia rasa tak selesa, jadi bila cakap tu ummi abi akan aware..lepas je habis meneran, boleh terus cuci..

macam biasa,setiap kali cuti, kita akan bercuti di kelantan..masa dan tempat yang tepat!!sini tak banyak perabot, karpet...pintu pun banyak..

hari pertama:
lepas mandi pagi terus tak pakai dah diaper...suspend juga ni..tasneem pula macam pelik2 sebab pakai seluar je..hahaha!!memang lawak tengok.kejap2 tengok seluar..pagi tu 2 kali terkucil.. ajak dah kencing..tapi asyik kata tak nak..sempatlah sekali buka seluar, terus bawa masuk tandas...boleh pun kencing.pandai tasneem..tapi kebanyakan masa nak ajak ke tandas, memang susah sikit..tapi paksa juga..masa dah terkucil, baru cakap, "ummi/abi, kakak kencing!" hahahadui..

ok..perkembangan positif..tidur petang tak pakai juga...selamat tak terkucil...huhu...sampai ke malam..tapi mesti kena selalu ajak pergi tandas..tiba2 malam tu boleh terkucil lagi sekali..bahana ajak pergi tandas tapi tak mau pergi..

hari kedua:
tak boleh nak mula dari pagi sebab pagi ni keluar pergi kedai cari seluar murah2...kalau asyik terkucil aje, jenuh juga..memang tak cukup seluar...jadi lepas zohor baru mula.memang selalu pesan kat tasneem, "kalau nak kencing cakap tau"

baru je mula sesi dalam 10minit, dah terkucil..huhu..memang penat sikit..tapi alhamdulillah depan pintu dapur terkucilnya..jadi simbah je air..habis cerita..

kalau nak buang air besar tak ada masalah, sebab dia memang cakap..jadi, buka seluar, terus angkat. petang hari ni tak lama sangat tak pakai diapers.sebab tak ada orang nak tengok2 kan..semua sibuk nak tengok bola..

sesi disambung lagi belah malam..tiba2 tasneem cakap, "ummi, nak kencing cakap tau"hahaha...ok, terus bawa masuk tandas..selamat.

hari ketiga:
ok..itu adalah kisah hari ini...setakat ni masih ok..pagi tadi, pakaikan diapers sebab tasneem nak ikut tok abah hantar cumi pergi sekolah..kalau tak pakai, tak pasal kalau terkucil dalam kereta..oleh sebab tasneem pakai diaper, tak kisah nak tanya..

tapi tiba2 dia cakap nak kencing..syabas!! maka, untuk meraikannya, abi buka la diapers yg tasneem tengah pakai tu...

ok..kita tengok sampai malam ni..apa perkembangannya...

ni dia...budak banyak akal..banyak cakap juga!!

basyeerah 7 bulan

assalamualaikum....

lama betul rasanya ummi tak update pasal perkembangan basyeerah..memang sibuk secara marathon..tak kira kat sekolah atau aktiviti kekeluargaan dirumah..hehehe

kadang2 kalau ada masa pun, ummi peruntukkan untuk mengadap kerenah 2 orang mujahidah-anak dara ummi abi ni..

sekarang, basyeerah ummi dah mula suapkan makanan..tapi masih lagi secara tidak berjadual..ikut dan ummi bila2 nak bagi..kat rumah tok mami pun sama...tok mami kata tak sempat nak buat bubur macam zaman kakak tasneem dulu..tok mami suruh beli nestum segera saja..tapi ummi pulak yang tak berapa nak bagi..sebab tak natural gitu..tapi nak buat sendiri tak sempat pula...penghabisannya, tok mami suap biskut kering yang direndam air je kat basyeerah..haha...habis sekeping juga!!

basyeerah ni ummi tengok kalau dengan makanan, memang teruja habis...pantang nampak makanan...kelam kabut terus jadinya!!memang tak boleh duduk diam selagi tak dapat makan...jadi ummi belikan biskut yang memang untuk bayi tu supaya dia boleh pegang dan makan sendiri...(padahal sama je biskut bayi tu dengan nestum..ada pengawet juga...huhuhu...)


muka macam abang2...kata abi, "ni baSHErah ke baHErah?"
anda faham x?


satu hari ummi berangan lah nak buatkan bubur nasi untuk basyeerah..punyalah lama ummi masak, beras tu lambat sangat nak pecah..baru teringat yang kat rumah ni pakai beras siam yang cap serindit tu..(orang kelantan biasa memang makan beras ni) beras ni memang jenis payah lembik..terus semangat nak buat bubur untuk bekal basyeerah terbang melayang-layang...kena gi beli beras biasa la dulu nampaknya..

kadang2 ummi abi suap je apa yang kami makan...kunyah2 lepastu suap..baru boleh diam..

perkembangan lain, sekarang ni aktif meniarap sambil bergerak ke depan dengan lajunya..huhu..fasa bergerak ke belakang dah pun tamat..aktif juga mengutip segala apa yang ada atas lantai..jadi sekarang ni ummi terpaksa merajinkan diri untuk sebolehnya menyapu tiap2 hari!!malas sungguh ummi ni..hohoho...

kakak tasneem pula sekarang ni rajin betul...koyak apa saja kertas..."nasi goreng" katanya. basyeerah pun apalagi, dah kakak buat nasi goreng..dialah tukang makan!

basyeerah ni ummi tengok gayanya macam besar sikit dari kakak tasneem..masa lahir dulu, saiz basyeerah (panjang dan berat) memang kecil sikit dari kakak..tapi sekarang ni, baju kakak tasneem yang pakai masa dah mula berjalan, basyeerah dah boleh muat!

basyeerah...basyeerah...

**cerita ni dah tersimpan dalam peti draft hampir 1o hari..huhu**

Sunday, May 19, 2013

tasneem dan hospital (2)

assalamualaikum....

**************************

tiba-tiba, suatu hari datang tuan barang tadi meminta semula barang yang dipinjamkan kepada kita...setelah barang tersebut diberi pinjam kepada kita, dan kita menggunakannya dengan penuh rasa seronok dan bahagia sehingga kadang kita terlupa barang itu hanyalah pinjaman semata-mata..tiba saat barang itu mahu diambil semula..adakah kita bersedia??

**************************

25/4/2013
tok dedi dah mula cuti untuk persiapan kenduri cik wawa ahad nanti..sebab itulah tok dedi pun ada sama temankan tasneem tido dalam wad..abi pula tak sampai hati nak tido rumah..pagi2 tu ummi tumpang cik nana ke hospital..

tok mami bagi tau yang malam tadi, bila tasneem sedar, tasneem cabut cemua benda yang melekat kat badan ..tag nama dan jarum untuk masuk air tu..banyak juga darah yang keluar..dan air yang patutnya masuk dalam badan tasneem tu habis tertumpah atas selimut dan cadar...

ummi dan abi ambil alih jaga tasneem siang sampai ke malam..pagi ni, lepas ummi sampai, tok dedi dan tok mami sambung misi ke pasar pula untuk beli barang keperluan kenduri..memandangkan kenduri cik wawa ni tak pakai catering, maka, kena cari barang masak sendiri ye anak-anak...

tasneem hari ni masih kurang bertenaga. demamnya masih ada..taknak makan ubat demam yang nurse bagi..fobia gamaknya tengok pilcagari tu..maka, sebagai alternatifnya makan ubat homeopaty..susu memang tak masuk sangat..makan pun tak banyak..ummi lah yang jadi tukang habiskan makanan...banyak merengek..mungkin tak sedap badan lagi..

kadang2 nak dengan ummi..kadang2 nak dengan abi..gilir2 lah kami..alhamdulillah basyeerah tak meragam pun.mungkin faham kakaknya perlu lebih perhatian dari ummi dan abi..pandai basyeerah jaga diri..menangis bila lapar nak tidur je..

hari ni kerja tasneem ialah muntah!masuk je apa2..tak kira makanan atau minuman, semuanya dimuntahkan balik..kesian sangat tengok tasneem..risau tak payah kata lah kan..badan pun memang nampak sangat2 susut..tapi, disebabkan duduk di hospital, ummi tak payah pening2 nak tukar dan basuh cadar..minta tolong nurse yang bereskan..hehe..banyak kali juga nurse terpaksa tukar cadar..

ummi ada tanya pada doktor, minta nak balik..huhu..tak larat duduk lama2 dalam hospital..tapi doktor tak benarkan..katanya sebab tasneem datang dengan demam yang tinggi (suhu: 42) jadi doktor nak pantau sampai demamnya betul2 hilang..

maka, malam ni bermalam lagi lah di hospital..

petang tok mami datang dengan abang aisy..barulah nampak tasneem macam seronok sikit..ada kawan nak main..

ummi ingat malam ni nak tidur di hospital, memandangkan ummi dah suruh cik nana bawa toto dan bantal..tapi kata abi, hospital ni sejuk, takut basyeerah nanti tak selesa..ok..ummi balik rumah lagi..abi pun sama..malam ni  tok mami lagi yang temankan tasneem..

26/4/2013
pagi ni datang sekali dengan cik wawa dan kawannya..cik wawa dah balik untuk persiapan kahwinnya 2 hari lagi.

kalau semalam asyik muntah2..hari ni cirit je pulak..cirit yang memang tahap diapers tak boleh nak tampung lagi dah..berulang ke tandas dan tukar baju jelah kerjanya..beg baju pun dah macam orang balik kampung..banyaknya bawa baju..diapers lagi kan..

asalnya doktor kata ahad baru boleh balik..terkejut juga ummi..ahad tu dah nak kenduri..minta balik awal..memandangkan tasneem pun menunjukkan perkembangan yang positif, dah bercakap..bersembang2..cergas sikit nampaknya..doktor bagi balik hari ni..petang2 sikit kata doktor...dalam 4 lebih..

lega ummi boleh balik...tapi tasneem masih dalam perhatian..dan mood dia pun masih belum pulih sepenuhnya...


nanti ummi sambung lagi dengan cerita disebalik tabir dan gambar2 sepanjang tasneem ada kat hospital..moga ada kelapangan dan kerajinan..hehe..

Monday, May 6, 2013

malaysia negaraku!

assalamualaikum....

sikit-sikit..............lama-lama??

walau pun sedikit kecewa (banyak juga sebenarnya..)tapi harus diterima dengan hati yang lapang...
hikmahnya pasti ada!!

Parlimen 
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
 PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi


UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)


Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU


Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?


p/s: semoga abi dan kakak tasneem selamat sampai..ummi dan basyeerah menunggu

Saturday, May 4, 2013

tasneem dan hospital

assalamualaikum....

**************************

suatu hari kita diberi pinjam sesuatu yang memang sangat kita perlukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka...mestilah dalam hati timbul rasa gembira tak terkata..kan?hari berlalu, kita seronok dan bahagia dengan adanya barang yang dipinjamkan tadi....

**************************


ummi dan abi diuji lagi..
tasneem demam tinggi hingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad.


23/4/2013
tasneem mula muntah bila ummi ambil dari rumah tuk mami..bersambung dengan cirit-birit yang banyak....cirit dan muntah berselang hingga larut malam..muntah atas katil..atas tilam..mungkin salah makan..tapi seingat ummi, tasneem tak berapa makan..jadi puncanya hanya Allah yang tahu..malam tu abi jaga tasneem..tukarkan baju setiap kali tasneem muntah..tukar lampin setiap kali cirit..

24/4/2013
ummi dan abi ke tempat kerja seperti biasa..ummi tanya keadaan tasneem pada tok mami..cirit dan muntah masih berterusan..masa ummi call tok mami, tok mami baru je lepas uruskan tasneem..tengahari tok mami sms, bagi tahu yang tasneem dah mula demam..hari ini hari rabu..biasanya balik pukul 4..tapi ummi  balik awal untuk bawa tasneem ke tempat biasa, homeopathy hassan di bangi...masa ni tasneem nampak lemah, tapi masih bersemangat untuk bernasyid dalam kereta!..alahai anak..

basyeerah ummi tinggal dulu dirumah tok mami..kita bertiga sahaja..tasneem pula tak selera nak makan apa2 yang dioffer!risau juga kami...buat sementara ni tok mami tak bagi minum susu..sebab cirit dan muntah tu..jadi minum air masak saja. makan pun secoet je..alahai..

balik tu tasneem pula yang tinggal kat rumah tok mami...sebab dah lena tidur, maka ummi biarkan saja...kemuncaknya, bila maghrib hampir tiba...tok dedi call abi..suruh datang cepat.

masa ni ummi punya jantung memang rasa maca nak terkeluar..mesti jadi macam hari tu lagi..benda yang paling ummi takut!!{Allah menegur}

sah!!

bila sampai kat rumah tok mami, semua orang dah kat bawah...cik kunak, cik wan dah dalam kereta..tok mami...tasneem tok dedi yang dukung..semua muka cemas..ummi bertambah cemas, abi dah terdiam..tak lama lepas tu, azan maghrib..

masa tu ummi tak dapat tengok muka tasneem..sebab muka tasneem menghadap dada tok dedi..yang pastinya tasneem dah tak bersuara..senyap! tok dedi suruh abi bawa sesegera yang boleh..cik wan, tolong buka jalan..jadi kereta kita ikut belakang..

agak lama juga tasneem senyap..lepas keluar simpang baru tasneem nangis kuat..ummi tak boleh bayang dulu masa abi bawa tasneem sorang..

alhamdulillah hospital tak jauh mana..kita ke KPJ kajang..ini hospital panel insurans..saja-saja nak masuk tak mampu woo~mahal! terus ke bahagian kecemasan.

tasneem masa tu dah kejang bahagian kiri badan..(ummi tak pasti macam mana..cuma yang ummi nampak kaki memang kejang...bahagian lain umi tak pasti)..dengan menangis kuat tak henti, ummi pun resah..suhu masa tu dah cecah 42..tasneem masa tu tercirit juga..dan rupanya dalam kereta pun dah muntah atas tok dedi..habis baju tok dedi..huhu

tasneem kena mandi, nurse kepungkan air guna plastik dan balut tasneem untuk turunkan suhu... dan masuk ubat punggung..masa tu tasneem menggigil yang hebat..ummi tak pernah tengok gigil macam tu..masih menangis dan ummi nampak tasneem letih..macam2 cara untuk pujuk tasneem abi buat..tak berjaya.

abi minta ummi sambung..ummi dekat dengan tasneem yang tengah menggigil tu, ummi pujuk dengan apa yang selalu ummi baca bila tasneem nak tidur..."lailaha illallah..muhammadur rasulullah.."..ulang2 ummi baca kat telinga tasneem,sampai tiba2 tasneem ikut baca sekali..sambil menangis tasneem ikut ummi baca..baca sambil meraung.. part ni lah yang paling meruntun jiwa..

masa tu tiba2 ummi rasa macam bersemangat...hari ni ummi terfikir, apa yang buat tasneem boleh ikut ummi baca sekali walaupun dia tengah menangis meraung masa tu?ALLAH...ini semua kuasaMu..dan segalanya dalam pengetahuanNya.

kena peluk macam ni baru tenang nak tidur...

tasneem masuk wad.
malam tu ummi tak tidur sana..sebab basyeerah ada sama...suasana wad tak sesuai untuk basyeerah..ummi balik, rehat dirumah. malam tu, tok mami, tok dedi teman tasneem di wad..abi tidur di surau hospital..

** bersambung**