cuti kali ni adalah untuk pergi minum gula..(erkk..) di KK Sg. Chua..
alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan hari ini..ummi rasa lancar je perjalanan hari ni..
kalau ikut plan asal, ummi mintak tolong tok mami yang hantar ke klinik..jadi, terpaksalah tok mami batalkan hasrat untuk buat kuih hari ni..huhu..tapi Allah izin tok mami teringat yang cik anne pergi kerja lalu kat situ..cuma kena belok sikit lah..jadi pergi lah ummi menumpang cik anne..
sampai kat sana, antara orang terawal juga..no 10..sementara tunggu no giliran, ummi memang dah bawa "bekal" siap-siap..penuh beg..mathurat, buku, dan majalah solusi..banyakkan..sebab lepas ambil darah dan minum air gula, kena tunggu 2 jam untuk ambil darah yang seterusnya...
jadi bila membaca ni memang tak terasa masa 2 jam tu berlalu..tau-tau je dah pukul 10..maknanya tak lama lagi dah boleh balik..takde lah masa tebuang macam tu je..termenung lah..tengok orang kiri kanan lah..ada juga faedah kalau ada bahan yang nak dibaca..
teringat ummi pada wahyu pertama yang Nabi Muhammad terima di gua hira'.." IQRA' " membaca..betapa utamanya "membaca" ini kerana ia membawa faedah tak bertepi pada yang mengamalkannya..nanti ummi cerita lagi pasal membaca ni..
Alhamdulillah Allah permudahkan ummi untuk minum air gula tu..walaupun tak sedap+manis sangat-sangat..dengan 3 kali tegukkan setiap kali minum,ummi berjaya habiskan misi kali ini dengan perasaan senang hati..hehe..
masa ummi minum tu, ada seorang kakak ni, yang jelas di mukanya kepayahan untuk menelan...minum pun sikit-sikit sahaja..ada pulak yang minum sambil tutup hidung..macam-macam ragamnya..semoga mereka sihat-sihat sahaja dan dikurniakan bayi yang sihat juga...
masa ambil darah sebelum dan selepas, ummi ada sedikit masalah..selalu bila ambil darah, ada sahaja yang jadi..dahlah ummi ni takut jarum..tak macam abi..rilek je bab2 jarum ni..sampel darah pertama, nurse tu tak macam tersasar sikit masa cucuk jarum..tak kena urat agaknya..jadi kena belokkan jarum tu sikit..
kali kedua, lepas 2 jam minum gula..cucukkannya terus tak jumpa...aaahhaaii..nurse cabut dan cucuk tangan sebelah lagi..
balik pula ummi tumpang jiran tok mami yang Allah izin minum air gula juga tadi..nombor giliran dia pun tak jauh dengan ummi..jadi tak lah lama kena menunggu..maka selamatlah tok mami tak payah keluar ambil ummi..sukalah tok mami dapat teruskan plan yang hampir tergendala tu..hehe..