Monday, April 25, 2011

duit terbang melayang-layang..

hari ini ialah 25 april 2011..
ya..hari gaji...
best tau gaji..ummi dengan abi dah plan macam2 dah bila dapat gaji ni...


yang terdekat ni, 
1. pergi bookfair
2. buat lesen (ummi)
3. hujung minggu ni balik kg-johor, ada kenduri kawan semaktab abi..
4. dan beberapa perkara sampingan lain yang nak kena bayar secara tetap tiap2 bulan..(astro, brodband, insurans, etc..)


plan hari ini nak pergi book fair kat PWTC. ummi nak renew langgan majalah anis.kalau langgan masa book fair ni dapat potongan 50% tau..banyak tu...abi pulak nak langgan majalah solusi. senang langgan je..terus sampai rumah..tiap2 edisi dapat..kalau tak nanti ada yang tertinggal lah..majalah solusi ni dapat potongan 20%..memang berbaloi sangatlah kalau beli buku masa ni..diskaun gila2 punya...


lepas tu, cari buku untuk hadiahkan pada kawan2 yang nak kawen.abi kata bagi buku lah..berfaedah sikit..ummi pulak ada juga beli majalah masak2..beli yang isu2 lepas..dapatlah murah sikit..(padahal internet banyak dah resepi..nak jugak beli buku..masaknya tak kemana pun..hehehe)


ummi beli juga novel..sekarang ni jarang sangat dah ummi nak beli novel..tak macam masa belajar dulu..sekarang ni pun kalau ummi beli novel, cari penulis yang memang jadi favorite ummi je. biasa ummi akan beli novel tulisan habiburrahman, zaid akhtar, ramlee awang mursyid, sekali sekala faisal tehrani. kadang-kadang penulis lain jugak..tapi kalau penulis lain ni biasa orang yang cadang kat ummi.kalau diorang kata best, baru ummi beli..nama ummi nak try pakai beli je novel mana2 penulis ni memang tak lah..


habis je masa sekolah, abi ambil ummi dan kami terus ke PWTC..dari sekolah tu dekat je.15 minit dah sampai..tapi cari parking yang lama sikit..


sebelum pergi tu ummi ada call nenek bagi tau yang ummi dan abi balik lambat sikit. tapi nenek pulak cakap, baru nak call ummi suh balik cepat, sebab tasneem wat hal..taknak minum susu dalam botol..sampai rosak lah susu yang nenek dah cairkan tu..biasanya isnin tasneem macam tu lah..mesti tak berapa nak botol..sebab semalamnya dah seharian dengan ummi..


tapi sebabkan dah on the way, abi kata pergi jelah terus..kalau balik kang bila pulak nak pergi lagi..akan datang tak pasti ada free ke tak..kalau ikutkan plan asal, nak balik dulu untuk ambil tasneem dan pergi sama2..tapi sebab mengenangkan nak balik kajang, lepastu patah balik ke kL, tak jadi ikut plan tu..tukar plan..habis sekolah terus pergi..


tapi masa beli2 buku tu pun hati ummi memang kat rumah jelah..teringat kat tasneem..beli buku pun beli yang memang dah ada dalam list je..dengan 2 3 biji buku diluar list tapi dibeli jugak..(sempat juga jeling2 buku lain dalam pada nak cepat tu..hehehe) rasa tak puas pulak tengok buku-buku tu..kalau boleh nak gi belek satu-satu..tapi apakan daya..huhuhu..tahun depan pulak lah kalau panjang umur insyaallah..


bersambung...(ummi dah ngantuk..hehehe...)

Friday, April 22, 2011

saya sedang gembira!!

dicelah2 stress yang sedang saya alami ketika ini, terutama sekali tentang jadual mengajar yang telah berubah secara drastik dari 29 masa ke 35 masa seminggu, datang beberapa berita yang menggembirakan saya..


yang sangat membuat saya terkesan ialah berita mengandungnya roomate saya semasa di IPG dulu...
"salam..fah, aku bru kuar klinik ni..ngeh2.."

sms yang buat saya faham apa yang dimaksudkan..kalau anda dapat sms yang sebegini pun saya yakin anda juga akan faham sepertimana yang saya faham.

tahniah la!!!yang tak tahannya dia dah siap termimpi2 jadi mak orang sebulan yang lepas..berbahagialah dia. nak2 pulak sekarang ni en.suami dah duduk senegeri. kalau tak dulu terpisah dengan lautan..gamaknya lambatlah nak balik ke semenanjung kalau dah dua-dua kat sana..


yang kedua, teman seusrah saya..dia juga mengandung..semalam kami beramai2 melawat dia di rumahnya..tinggal seorang lagi ahli usrah saya yang masih single..tapi saya pun tak pasti adakah dia masih available atau sebaliknya..heheehe...


due date kedua-dua teman saya ini..hampir2...bulan 12. tapi tidak lah border macam tasneem..sudahnya lahir betul2 hujung tahun. 31.12.2010...


kepada mereka berdua ni saya ucapkan tahniah..selamat datang ke dunia mak-mak!!!gunakanlah saat2 manis ni  untuk anda bermanja secara over dengan suami..tapi jangan mintak yang pelik2 sudah...hehehehe...


sedikit cerita tentang tasneem:
anak bertuah ini bila menyusu sudah tidak betul2 fokus lagi..tengah2 menyusu boleh berhenti sekejap untuk bersembang2, menemubual, berceramah, mengaji, berzikir dan sebagainya...kemudian sambung menyusu balik...kemudian sambung bercakap lagi...,menyusu sambil selang2 dengan bercakap..geram jugak  kadang2 tu..sebab banyak kerja lagi yang nak dibuat..ada masa, dilayankan jugak...hehehehe...

Monday, April 18, 2011

jadual bertukar


inilah jadual ummi masa ummi mula mengajar lepas dah 2 bulan bercuti..seronok sangat bila ummi dapat corak jadual yang macam ni..ummi ada 29 masa termasuk perhimpunan..nampak tak ruang2 kosong kat dalam jadual tu???selalunya pagi lepas sejam ummi mengajar, ummi akan pergi sarapan dulu, dan terus naik untuk pam susu-kumpul stok..biasanya ummi akan pam sebelum perkataan REHAT tu..lepas tu kali kedua ummi akan pam pukul 1.00 ke pukul 2.00. undang2 baru tahun ni pukul 2 baru boleh balik, kecuali hari jumaat. kalau tahun lepas balik pukul 2 tu hanya pada hari isnin, hari selasa dengan khamis pukul 1 (kalau tak ada meeting lah kan), rabu sebab ada ko-kurikulum 4.30 ptg, jumaat pukul 12.

ummi sangat enjoy sebab boleh ada masa yang sesuai sangat untuk ummi kumpul stok EBM. disebalik jadual kat atas tu, ummi pun dah buat jadual ummi sendiri untuk kumpul stok. biasanya memang masa yang sama je ikut jadual yang ummi dah buat. berubah sekali-sekala je bila ummi ada kerja yang memang tak dapat nak dielakkan contohnya relief class ataupun apa2 kerja yang perlu ummi selesaikan segera.nak katanya ummi boleh la konsisten.

tapi tu dulu..ummi sempat rasa jadual ni lebih kurang 1 bulan je..lepas tu dapat jadual baru pulak. 8 april ummi dapat jadual yang baru....huurrmmmm...termenung kejap ummi...haissyyy!!!!




ok..sila lihat, tenung dan teliti betul2 jadual tu....
bandingkan kedua-dua jadual tu..
memang sangat terkejut ok...memang membawa kepada menung yang panjang sampai ke malam..

antara perkara2nya ialah:-
1) bila masa ummi nak kumpul EBM ni????
2) masa bertambah dari 29 waktu seminggu kepada 35 waktu seminggu... gila kentang!!
3) kelas yang bertukar. cuma 1 kelas je yang tetap dari jadual yang lepas, yang lain semua bertukar. ummi terpaksa ambil masa sikitlah untuk kenal anak2 murid ummi ni terutama sekali tahap diorang.
4) dah ada kelas tahap satu. kalau dulu ajar tahap 2 je, kali ni tiba2 pulak ada terselit tahun 3.
5)dah kurang masa rehat...oh..oh..oh..

ok..sebenarnya  dari no.2 sampai no.5 tu bukanlah masalah sangat..akan dapat diatasi sedikit demi sedikit...tapi yang paling ummi susah hatinya tu..yang no.1 tu lah..aduhaiii....sampai hari ni ummi masih termenung fikirkan cara yang terbaik, masa yang terbaik..kadang-kadang tu berbelah bahagi nak gi perah susu ke nak pegri kantin-makan...

tak ada masa...yang lagi best kalau dapat relief class pulak..dah la masa rehat tu memang cukup2 je..pastu boleh dapat relief class pulak..uih..memang geram pun ada bila dapat tu..huhuhu..tapi tak taulah geram tu sebenarnya kat sape...

apa2 pun ummi harap sangat ummi dapat susukan tasneem selama mana yang ummi mampu dalam tempoh 2 tahun..

Saturday, April 16, 2011

balik johor tengok tok yot..

(tok yot adalah moyang tasneem belah ummi..)


gambar jelah ye..ummi cerita sikit2 je..


kita bertolak balik johor malam..lepas atok balik kerja..malam sabtu..


dah elok2 pakai bunga melor, selit kat telinga, tiba-tiba nangis pulak..aduuusss...
dah tak comel..


jalan-jalan kat pasar parit jawa..


nampak tak pasar tu??


tasneem sembang2 dengan tok yott..
inilah tok yot saya!!


kepenatan..


tasneem ada mainan!!chingg!!chinggg!!


odw balik kajang dah...

tak sempat

akhir2 ni ummi jarang dapat nak update blog ni secara kerap!!




rasa macam tak best je sebab kadang-kadang ada cerita yang jadi basi macam tu je...tak pun dah terlupa nak cerita pasal pe, sebab masa yang berlalu tu membuatkan ummi dah terlupa point2 penting untuk diceritakan..nak buat draf pun tak sempat, apetah lagi yang lain2..

yang sempatnya cuma dapat draf dalam kepala je..dan akhirnya draf tu jadi samar-samar dan hilang...ok, lepas ni rasa macam kena drafkan terus atas buku ke, kertas ke tak pun koman2 note kan dalam phone supaya bila ada masa2 yang senggang, boleh ditaip dan update blog ni..

sebenarnya sekarang ni ummi dan abi tengah sibuk dengan urusan beli rumah...lepas tu sibuk mengangkat barang  pulak, lepas tu sibuk berulang-alik kemas2 barang di rumah baru tu pulak..bersambung-sambung..(hal pasal rumah ni nanti ummi buat entri khas~~~entah bila lah..) tu yang jadi jarang sangat dapat mengadap komputer untuk update blog..

kat rumah yang ummi beli tu pulak coverage brodband yang ummi ada tu pulak sangat slow...hurrmmm...memang menyedihkan betul..abi kata tunggu dah stabil nanti baru abi akan fikir semula..mungkin akan pasang streamyx terus..wimax ke..mana2 lah..unifi ke..huhuhu...

sibuk juga melayan si kecik tasneem ni..kadang2 tu sampai ummi berebut dengan abi nak main dengan tasneem..sudahnya abi tanya bila tasneem nak ada adik...aiippp!!!!
sekarang tasneem  dah pandai tersengih2 bila diagah, asyik bercakap je mulut comel tu tak berhenti.tapi bila buat video call ngn tok ummi dan tok abi, tak nak pulak dia bercakap.ish..bertuah betul...

lagi satu kewangan ummi dan abi pun agak tak stabil..ni semua sebab urusan jual beli rumah tu jugak..huhu..mujur masih cukup untuk makan..sebulan 2 lagi kot baru boleh stabil balik..masa tu barulah ummi boleh mula nak pergi driving class..ooo~~ dah lama ummi pendam perasaan nak belajar kereta ni..boleh juga nak beli2 baju tasneem...dan beli nursing t-shirt yang ummi idam2kan dari auntie teha..(teha, sori ye, dah lama sangat aku peram oder aku tu..) tak lupa juga perabot untuk rumah baru...tapi lambat sikit kot yang perabot ni..

satu lagi teringin nak beli baby carrier.ummi ingat nak beli dari auntie mawaddah...ummi cakap dah dengan dia masa ummi pergi halaqah hari tu..cukup bulan nanti boleh auntie??tunggu dapat gaji..





p/s: sebelum menaip tadi ummi dah tidurkan tasneem..tapi tengah2 syok menaip sambil cari2 idea, tiba2 bunyi eeekk...eekkk...alahai...bangun sudaaa...

Sunday, April 10, 2011

letih...

kami sekeluarga baru pulang dari muar johor ni...


banyak benda jugak yang ummi nak cerita pada tasneem..tapi ummi belum sempat...
banyak juga gambar2 tasneem yang ummi nak upload...
nanti bila ummi dah ada masa sikit baru ummi boleh buat semua2 tu..
tengah penat ni tak boleh nak fikir sangat..hehe...

Monday, April 4, 2011

sembang petang

satu hari, saya balik awal dari sekolah..sebelum balik ke rumah saya singgah ke sebuah pasaraya dan membeli makanan yang mempunyai unsur2 boleh membanyakkan susu badan..

kemudian, terjadilah dialog antara saya dan bonda...

bonda : sebenarnya nak banyakkan susu badan bukan bergantung pada manakan2 ni je..makan tu makan la jugak.tapi yang lebih penting dari tu rasangan dari baby. kalau tak ada ransangan tu, makan la apa pun, susu tak jadi banyak...

saya : (dengar sambil angguk2...)

bonda : fah faham tak apa yang ummi cakap ni?

saya : faham...

bonda : apa yang fah faham??

saya : kena balik awal...

bonda : nasib baik faham...

saya :.................huhuhu............



.....dan anda yang sedang membaca, adakah anda faham apa sebenarnya yang cuba disampaikan??