Monday, April 18, 2011

jadual bertukar


inilah jadual ummi masa ummi mula mengajar lepas dah 2 bulan bercuti..seronok sangat bila ummi dapat corak jadual yang macam ni..ummi ada 29 masa termasuk perhimpunan..nampak tak ruang2 kosong kat dalam jadual tu???selalunya pagi lepas sejam ummi mengajar, ummi akan pergi sarapan dulu, dan terus naik untuk pam susu-kumpul stok..biasanya ummi akan pam sebelum perkataan REHAT tu..lepas tu kali kedua ummi akan pam pukul 1.00 ke pukul 2.00. undang2 baru tahun ni pukul 2 baru boleh balik, kecuali hari jumaat. kalau tahun lepas balik pukul 2 tu hanya pada hari isnin, hari selasa dengan khamis pukul 1 (kalau tak ada meeting lah kan), rabu sebab ada ko-kurikulum 4.30 ptg, jumaat pukul 12.

ummi sangat enjoy sebab boleh ada masa yang sesuai sangat untuk ummi kumpul stok EBM. disebalik jadual kat atas tu, ummi pun dah buat jadual ummi sendiri untuk kumpul stok. biasanya memang masa yang sama je ikut jadual yang ummi dah buat. berubah sekali-sekala je bila ummi ada kerja yang memang tak dapat nak dielakkan contohnya relief class ataupun apa2 kerja yang perlu ummi selesaikan segera.nak katanya ummi boleh la konsisten.

tapi tu dulu..ummi sempat rasa jadual ni lebih kurang 1 bulan je..lepas tu dapat jadual baru pulak. 8 april ummi dapat jadual yang baru....huurrmmmm...termenung kejap ummi...haissyyy!!!!




ok..sila lihat, tenung dan teliti betul2 jadual tu....
bandingkan kedua-dua jadual tu..
memang sangat terkejut ok...memang membawa kepada menung yang panjang sampai ke malam..

antara perkara2nya ialah:-
1) bila masa ummi nak kumpul EBM ni????
2) masa bertambah dari 29 waktu seminggu kepada 35 waktu seminggu... gila kentang!!
3) kelas yang bertukar. cuma 1 kelas je yang tetap dari jadual yang lepas, yang lain semua bertukar. ummi terpaksa ambil masa sikitlah untuk kenal anak2 murid ummi ni terutama sekali tahap diorang.
4) dah ada kelas tahap satu. kalau dulu ajar tahap 2 je, kali ni tiba2 pulak ada terselit tahun 3.
5)dah kurang masa rehat...oh..oh..oh..

ok..sebenarnya  dari no.2 sampai no.5 tu bukanlah masalah sangat..akan dapat diatasi sedikit demi sedikit...tapi yang paling ummi susah hatinya tu..yang no.1 tu lah..aduhaiii....sampai hari ni ummi masih termenung fikirkan cara yang terbaik, masa yang terbaik..kadang-kadang tu berbelah bahagi nak gi perah susu ke nak pegri kantin-makan...

tak ada masa...yang lagi best kalau dapat relief class pulak..dah la masa rehat tu memang cukup2 je..pastu boleh dapat relief class pulak..uih..memang geram pun ada bila dapat tu..huhuhu..tapi tak taulah geram tu sebenarnya kat sape...

apa2 pun ummi harap sangat ummi dapat susukan tasneem selama mana yang ummi mampu dalam tempoh 2 tahun..

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)