Tuesday, October 23, 2012

maka cerita susu pun bermula...

bila dah ada baby baru ni, maka hal-hal berkaitan dengan mengumpul susu pun bermula..kali ni episod 2 pulak..episod 1 masa zaman kakak tasneem dulu..

untuk episod 2: basyeerah ni, banyak juga benda baru yang ummi beli...yang utamanya breastpump..benda yang memang jadi idaman hati sejak dari dulu..medela freestyle..wuhooo~ kumpul duit sejak dari awal mengandungkan basyeerah lagi...

ummi dah oder fs tu..dan dah sampai pun..

perkara ke-2 yang terlintas dalam kotak pemikiran ni pula ialah beli sterilizer..sebab tak rajin untuk merebus barang2 yang berkaitan tu kan..lepas tu pula dah bertambah botol2 susu semua..jadi macam bagus juga kalau ada sterilizer tu..

berkebetulan dengan itu, auntie kunak berbulan madu kat london...dia ada offer untuk belikan sterilizer cap tommee tippee..katanya murah..pendekkan cerita, ummi setuju untuk beli..mula2 tu macam belah bagi juga nak beli..tapi bila dah pertimbangkan beberapa perkara..maka belilah..

dan perkara ke-3 ialah ummi sedang memikirkan macam mana gaya ummi nak bawa balik stok ebm sepanjang kita balik kelantan nanti..mula-mula ummi fikir macam malas nak pam sepanjang disana..tapi bila fikir2 balik, rugi besar kalau tak kumpul stok..penat2 beli fs tak manfaatkan pula..kan?

jadi mesti juga kumpul susu..ada pula malas nak pam..rugi..rugi..rugi!!!

tadi ummi pun dah BW untuk tau cara yang terbaik untuk perjalanan jauh bersama ebm tu ..dan alhamdulillah ummi jumpa caranya..tak susah pun..tapi ummi risau juga..sebab kajang-kelantan bukan dekat...

mesti ada:
1.cooler box..(ummi mungkin guna bekas polistrin atau ada orang panggil gabus)
2. ais (ada orang kata guna ais mesin- ais yang nelayan guna untuk simpan ikan)
3. garam (katanya boleh membantu melambatkan pencairan ais tu)

faktor-faktor lain pun membantu juga:
1. letak bekas tu dalam kereta..bukan bot kereta..suhu dalam bonet lebih tinggi dari dalam kereta.
2. cuaca. pilih untuk jalan waktu sejuk..ummi abi biasa jalan awal pagi..lebih mudah..anak2 pun tgh nyenyak tido waktu ni..
3. kurangkan berhenti...supaya cepat sampai...berhenti untuk solat dan makan..kalau boleh ummi nak bawa bekal je..masak makanan yg ringkas,sedap, dan lambat basi...ape ek??

jadi sekarang ummi kena cari bekas polistrin dan milk storage bag..(kalau tak ummi pakai bekas dadih tu...tapi macam makan ruang pula..)

**cik kunak baru bagi tau yang sterilizer tu habis stok..alahai...melepassss...

Tuesday, October 16, 2012

kakak bercerita

assalamualaikum semua..

hari ini, biar kakak bercerita..

semalam adalah hari ke-7 adik lahir..jadi semalam juga abi menyelesaikan beberapa perkara yang disunatkan buat pada hari ke-7 kelahiran..

1. bagi nama pada adik..

setelah beberapa hari menimbang (bukan pakai timbang tepung tok mami) tara beberapa nama yang tersenarai, akhirnya abi memilih nama ini untuk adik..


BASYEERAH BINTI MOHD FADLULHILMI

memandangkan semalam adalah hari terakhir abi cuti, maka semalam juga abi pergi ke JPN untuk selesaikan urusan pendaftaran adik. sekali dengan isi borang TAWAS..kakak tak dapat sebab lahir luar selangor..huhu..harap maklum.


2. botakkan kepala adik..

yea!! adik dah botak!!tak ada rambut dah..dengan dibantu oleh ummi, abi mencukur kepala adik..agak mencabar sebab adik tak tidur..kepala bergoyang kiri kanan..tambah memeningkan kalau kakak ada..hehehe..




nanti rambut tu akan ditimbang dengan nilaian emas..dan duit tu akan disedekahkan..

ok..setakat ini dulu..cerita ummi bersalinkan adik akan ditaip oleh ummi pada satu masa yang diizinkan kelak..insyaallah..

** tok mami kata bagi nama basyeerah macam aunty basyirah abd rahman... muka adik pun bulat macam aunty jugak!

** ok, nampaknye aunty kunak kena tukar header baru..sebab sekarang adik dah ada!!


Friday, October 12, 2012

ahli baru!!

alhamdulillah...
keluarga kita sudah bertambah bilangannya..kini menjadi 4! dengan kemenangan di pihak ummi 3-1...

ummi selamat melahirkan adik
pada hari selasa 23 zulkaedah 1433h, bersamaan 9 oktober 2012

adik lahir di KPMC, disambut oleh Dr. Anita dan beberapa nurse yang baik!
dengan berat 3.3kg, panjang 53cm
alhamdulillah, ummi bersalinkan adik secara normal...

cerita lanjut mengenai kelahiran adik ummi akan tulis kemudian..insyaallah..



kakak tasneem yang baru lepas nangis sebab sibuk nak pegang adik!!


Monday, October 8, 2012

gigi tumbuh lagi

kakak tasneem sedang menghadapi fasa pertumbuhan gigi ke 13, 14, 15, dan 16 nya.

bermula dengan 2 gigi bahagian atas yang keluar hampir serentak...tak lama lepas tu 2 gigi yang bawah pula..alhamdulillah, untuk 4 gigi kali ni ummi perasan yang tasneem tak adalah sampai demam teruk..batuk-batuk je masa tu..

ummi pun lambat sedar yang gigi tasneem dah keluar..yang ummi boleh tersedar tu masa tengah baring-baring berdua dengan dia sambil sembang sebelum tidur...barulah perasan ada putih-putih..rasa tajam..sah!gigi...

satu lagi yang ummi perasan, gigi tasneem selalunya tumbuh 2 serentak (atau hampir serentak)..dan kalau yang bawah dah keluar, tak lama lepas tu atas pula..

yang merisaukan, gigi dah banyak..tapi kalau nak gosok tu agak liat...camne tu??

Saturday, October 6, 2012

esok

minggu selepas ummi pergi kursus KSSR di PPDHL, macam biasa ummi pergi ke sekolah..

kawan-kawan ramai yang mengusik kata ingatkan dah bersalin..hehe...ada kakak tu tanya.."fifah, bila?..esok ke?" ummi pun selamba je jawab,"..a'a..esok kak.."

pendek cerita, dari hari isnin, sampailah ke hari jumaat, kalau bukan kawan-kawan ummi yang kata esok bersalin, ummi sendiri pula yang akan kata esok ummi bersalin..hehe...

sampai nurse yang cek up ummi pun kata esok lusa juga...tak lama dah tu maknanya.

**sila bersedia ye!!

ummi akan mula bercuti secara rasminya bermula 8.10.12...tak sampai 2 bulan pun nak sampai cuti sekolah dah..rugi sikitlah..

kalau ikutkan, kat sekolah ummi ada sukaneka hari ni..tapi ummi tak pergi pun..rehat-rehat dirumah sahaja..berdua dengan tasneem..

bila agaknya "esok" yang dikatakan tu akan tiba ye?berdebar ni..

rabbi yassir