Sunday, January 29, 2012

supplement penyusuan...perlukah??

assalamualaikum...


akhir-akhir ni saya dah jarang baca artikel mengenai penyusuan..tapi hari ni tergerak pula nak baca pasal penyusuan...alhamdulillah..saya jumpa sesuatu yang penting untuk saya dan mungkin ibu-ibu diluar sana juga.

hari ni saya terbaca fakta menarik tentang supplement penggalak pengluaran susu...saya kira tidak rugi jika anda membaca hingga ke noktah terakhir..selamat membaca!!







Baiklah, dipendekkan cerita, saya suka mahu kongsikan ulasan Dr. Nadrah Arifinkepada persoalan 'kaitan antara supplement dengan penyusuan'. 

Jawapan ini adalah respons beliau kepada 'ajakan' menggunakan supplement dengan menggunakan isu penyusuan sebagai senjata jualan. 


"Kalau kita sudah maintain cara pengeluaran susu dengan baik, tetapi susu masih merudum, maknanya ibu itu kekurangan kalsium. So, belilah set untuk menyusu ini dengan saya ya."



Wah, jelas sungguh penjual ini tidak mengkaji dan sesedap rasa menggunakan isu penyusuan sebagai senjatanya. Berikut adalah respons daripada Dr. Nadrah:

"...saya beri fakta 'EVIDENCE BASED MEDICINE' ya... Saya faham anda mahu lakukan produk, tetapi jangan sampai anda manipulate fakta dan manipulatepenyusuan susu ibu."



Mungkin ada yang berasa hairan, mengapa isu ini tidak dipandang enteng oleh 'para pejuang penyusuan'. Saya fikir, perlu ada entri lain khas bagi mengupas bahagian ini pula. Entri kali ini, saya kongsikan jawapan Dr. Nadrah sahaja. ^_______^

Pertama: Kandungan kalsium dalam breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yang mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan untuk menghasilkan kalsium sendiri dalam susu ibu untuk bekalan si bayi. Terdapat beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dalam susu ibu.

Kedua:
Yang message saya suruh beli vitamin Bco untuk naikkan kualiti susu ibu.... Maaf, saya berpegang kpd evidence based, bukan pengalaman based. Vitamin B adalah vitamin larut air, maka mudah juga diserap ke dalam susu ibu. Oleh itu, anda yang makan vitamin B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tetapi sebenarnya yang masuk ke dalam susu ibu itu adalah vitamin B, malah sisa degradasinya juga.


Ketiga: 
Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu tidak berbeza dengan ibu di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak-Kanak WHO (WHO growth chart) yang membuktikan anak-anak yang disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yang sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yang cuba mesej saya itu mengatakan sebagai susu yang terhasil daripada ibu yg mengambil supplement yang anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yang baik disebabkan supplement yang diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kepada bayi?


Keempat: 
Sebelum kita terpengaruh dengan penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yang anda makan dan berjumpa dengan pakar pemakanan, bukan penjual supplement.... Tentu anda dapati sebenarnya anda sudah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dalam makanan harian anda.

Kelima: 
Sedarkah anda yang anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalsium anda...,calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman atau exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30 minit berpeluh setiap sesi? Kalau tidak, berhati-hati dengan calcium supplement anda kerana anda terdedah kepada risiko batu karang, juga osteoporosis. Kalsium yang diambil daripada tidak kira sumber apa pun, memerlukan aktiviti kecergasan di atas untuk diserap dan disimpan kukuh dalam tulang.... Kalau tidak, tulang anda akan menjadi umpama simen yang rapuh kelak. Sedarlah segera.

Keenam: 
Jangan cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TETAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.


Ketujuh: 
Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga seperti mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kepada bayi. Jaga-jaga dengan vitamin A dan E. Kesannegative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kepada yang memang pasti tidak dapat mengambilnya dalam diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Kelapan: 
Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yang claim pernyataan ini masih menyarankan ibu-ibu memahami dan meneruskan konsep supply and demand untuk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yang mengambil vitamin atau supplement yang dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yang disarankan oleh penjual, telah memenuhi inbox message saya sama ada di FB mahupun di emel dengan kecewanya terhadap 'usaha' membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply and demand adalah jawapan sebenar. Kepada yang bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dengan konsultan atau kaunselor laktasi yang betul untuk dibantu dan sama-sama mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui emel ataupun FB ataupun telefon dalam hal ini) kerana approach yang diberikan sangat terperinci mengikut masalah individu.


Kesembilan: 
Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa-apa supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decideuntuk menambah vitamin dalam senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri daripada diet khas pelbagai vitamin dan mineral yang diambil dalam beberapa hari sahaja. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan daripada sumber semula jadi dan itulah yang telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplement untuk kesihatan anda, tetapi untuk mengaitkan dengan keperluan khas ibu menyusu ataupun menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.


Kesepuluh: 
Pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang ke rumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari sudah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja-kerja rumah di kala cuti? Kalau begitu, lupakan untuk mendapatkan vitamin D, sebab yang terbaik adalah daripada sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah baik, bukan yang terik atas kepala. Sekadar pengambilan vitamin E tidak menghentikan ormelambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yang sesuai. Kenapa saya sentuh vitamin D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium daripada usus. Oleh itu, jangan takut matahari pagi. Kan senang dengan rutin harian dan diet yang neutral.

Kesebelas: 
Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tetapi tetap dapat diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid itu, tetapi apabila saya tengok post-post makanan di FB masing-masing, fuhhh..., semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian aktiviti harian anda walaupun anda tidak sakit. That day bila waktu SGM yang saya bincangkan, rata-rata participants pelik dan terkejut bila saya beritahu sukatan makanan yang sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

Kata Dr. Nadrah lagi:


"Kepada pendokong atau penyokong susu ibu yang nampak ini sebagai peluang bisnes, saya minta maaf kerana anda SALAH. Kalau anda sanggup memancingnaïve mommies membeli untuk 'pastikan susu terus cukup dan berkualiti', maaf, saya pula sudah tidak sanggup terima mesej dan emel daripada ibu-ibu yang gagal juga membanyakkan susu apabila mengambil produk vitamin anda, kerana bila diselami masalah dasar ibu-ibu yang gagal ini, rupanya penyelesaiannya agak mudah apabila permasalahan sebenar dikenal pasti. Luluh hati saya apabila mereka sudah keluarkan banyak duit sebelum berjumpa sendiri konsultan atupun kaunselor laktasi yg betul. Mungkin produk anda untuk kesihatan diri, tetapi BUKAN untuk memperbanyakkan susu ibu ataupun menjamin kualiti dan kekenyangan bayi.

Cukuplah malam ini. Ini bukan 'my 2 cents'. Ini fakta. Kalau ada rakan-rakan FB saya yang terasa, anda sepatutnya tidak terasa jika anda tidak buat apa yang saya maksudkan. Saya bukan berniat menutup pintu rezeki anda kerana saya percaya Allah yang beri rezeki kepada anda. Tetapi kalau muhasabah balik diri, mungkin Allah menguji kita dengan ujian duit apabila kita mempromosikan produk kita dengan cara yang tidak beretika, mengambil kesempatan ke atas ibu-ibu yang mengalami keruduman pengeluaran susu ataupun yang ragu-ragu tentang kualiti susu. Penjual pam susu juga tidak terkecuali dalam hal ini, tidak beretika namanya jika menyarankan jenama tertentu untuk promosi meningkatkan susu ibu. Baliklah kepada fakta yang benar."



Kemudian, timbul persoalan daripada seorang rakan FB beliau.

"Maaf off topik. Kawan kepada isteri saya mengatakan bahawa ibu yang masih meneruskan penyusuan kepada anak sedia ada semasa mengandung akan mengakibatkan kekurangan kalsium bukan sahaja kepada ibu yang mengandung, malah juga kepada anak yang sedang dikandung dan juga si kakak. Katanya ketiga-tiganya akan kekurangan kalsium. Kedua, ibu yang meyusukan anak akan kekurangan kalsium, so kena pisahkan susu apabila anak sudah 2 tahun. Saya pernah membaca kajian seorang profesor di Jepun, mengatakan ibu yang meyusukan anak kurang mendapat osteoporosis. Mohon penjelasan.Thank you."



Jawab Dr. Nadrah:


"Pertama, kena faham apa itu osteoporosis. Bila ia berlaku sebagai symptomskepada pesakit. Ramai yang anggap kalau berlaku proses pengeluaran kalsium daripada tulang, orang itu sudah dapat osteoporosis. Untuk wanita, osteoporosis biasanya berlaku setelah menopause iaitu apabila kekurangan hormon estrogen yang ketara berlaku. Hormon estrogen inilah yang menguat dan melindung daripada osteoporosis. So, apa jadi apabila wanita umur 21 ke atas mengandung? Memang berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk memenuhi keperluan yang tinggi. Begitu juga sewaktu menyusu anak, berlaku pengeluaran kalsium daripada tulang untuk dihasilkan dalam susu ibu secara konsisten. Namun, pengeluaran kalsium dari tulang ibu hanya lebih kurang 4 peratus hingga 5 peratus sahaja, malah badan ibu juga aktif menyerap kalsium daripada diet seharian yg dimakan.

Untuk si bayi sama ada yang dikandung atau menyusu, tidak ada istilah akan kekurangan sebab sepert yang saya katakan awal-awal discussion ini, badan manusia terlalu bijak dijadikan Allah yang Maha Pencipta, boleh compensateterhadap keperluan dan akan maintain level kalsium yang sepatutnya dibekalkan kepada bayi-bayinya. Jelas pandangan kawan isteri asri (yang saya tidak pasti statusnya sama ada dia seorang nutritionist ataupun sesiapa saja) hanya sekadar pandangan semata, bukan dari sudut bukti yang nyata. Berbalik kepada persoalan awal, adakah ibu memerlukan supplement kalsium? Terpulang kepada diet harian ibu itu yang dia kaji sendiri. Minum susu? Makan coklat? Makan daging, ikan, ayam? Makan kekacang? Makan sayuran hijau? Makan yogurt? Makan buah-buahan? Makan cheese? Kan banyak tu sumber-sumber kalsium semula jadi walaupun seseorang itu tidak boleh telan susu."



Jawab beliau lagi:

"Mesti tertanya-tanya bagaimana pula boleh kuat tulang dan elak osteoporosis kalau waktu mengandung dan menyusu kalsium keluar daripada tulang? Bayangkan satu tiang konkrit dan simen sebagai kalsium. Kita isi saja acuan konkrit itu dengan simen tanpa campuran pasir sedikit demi sedikit sampai satu hari habis. Ia akan membentuk satu konkrit yang padat dengan simen semata, tetapi bila kena ketuk sikit, ia boleh retak dan tumbang. Ini mewakili wanita yang tidak pernah mengandung ataupun tidak menyusukan bayi. Ambil pula contoh lagi satu..., sama juga tulang konkrit yang kita isi simen, pada waktu tertentu, kita campur pasir dan cucuk-cucuk kasi rata, ini mewakili waktu kehilangan kalsium dalam tempoh mengandung dann menyusu (prosesremodelling tulang oleh kemasukan dan pengeluaran kalsium daripada tulang). Hasilnya adalah satu tulang yang kuat (konkrit bercampur pasir dlm nisbah tertentu) untuk bekalan seorang wanita apabila menopause nanti. Nampakkan bukti kekuasaan Allah."

Friday, January 27, 2012

budak sebelah

assalamualaikum...

pagi semalam saya bersembang dengan akak sebelah rumah..walaupun cuma sebelah rumah, tetapi kami jarang berjumpa..saya kerja,balik terus je melepak dalam rumah..sesekali berjumpa hanya waktu hujung minggu atau waktu cuti sekolah..

sedang saya bersembang, tiba-tiba anak sulung akak sebelah yang umur 7 tahun tu bersuara.."eh...ada baby dalam perut!!" dengan gaya yang sangat bersungguh sambil tersenget-senget kepala mengintai perut saya dari celah-celah pagar rumah..saya yang sedang bersembang tu kaget dalam hati..huhu...

aduuhaaiii...anak oii..apakah yang sedang anda cuba sampaikan kepada makcik ini??dalam kepala saya ada 3 perkara:

a) adakah perut saya buncit??>>>>>>>>>>>> hahaha!!mungkin juga...tapi saya rasa baju yang saya pakai masa tu taklah ketat sehingga menampakkan bentuk badan saya..hurm..

b) adakah dia mempunyai firasat?? >>>>>>>>>>> ish..boleh jadi juga..mungkin Allah beri ilham pada dia untuk memberitahu saya yang saya mengandung, dan dengan itu saya boleh buat tindakan susulan..(boleh ke?)

c) adakah dia sekadar mengusik sahaja? >>>>>>>>> aahhaaiii..boleh jadi juga.saja bikin kontroversi..huhu

p/s: seandainya betul saya mengandung, alhamdulillah....jika belum, maknanya belum sampai masa lagi..(^_~)

Thursday, January 26, 2012

susu keluaran muslim

assalamualaikum..

baru-baru ini saya ada menerima SMS dari seorang junior di tempat saya belajar dahulu..beliau bertanya tentang susu keluaran muslim..

terkejut juga saya dengan pertanyaan itu..seingat saya dia belum berkahwin..hehe..rupanya bertanya bagi pihak orang lain..SMS beliau telah mengingatkan saya kepada peristiwa lampau...(haha..lampau la sangat..epik bunyinya kan?)

saya pernah menerima pamplet tentang susu keluaran baru..saya cuma membelek serba sedikit dan tidak berapa ambil pusing tentang pamplet tersebut memandangkan saya menyusukan tasneem sepenuh masa. masa terus berlalu..selepas dari itu, iklan mengenainya semakin banyak..termasuklah dalam majalah langganan bulanan saya..tidak terkecuali di akhbar harian.

susu tersebut adalah susu ILHAM. jawapan kepada SMS junior saya itu.

inilah rupa kotak susu itu..ada 2 jenis..untuk yang berumur 1-3 tahun, dan 4 tahun keatas. bagi yang 4 tahun keatas, ada dua perisa. coklat dan vanila.



 berminat tak??saya minat...

apa yang sangat menarik perhatian saya mengenai produk ini ialah ia keluaran muslim.100% muslim. mempunyai setatus pengilangan bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice). 

Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan kaedah secara islam adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya.
Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

(sumber: http://ilham4u.com)

ciri-ciri ini sangat menarik minat saya untuk memberi susu ini pada tasneem kelak. ya..harganya mungkin mahal sedikit berbanding susu jenama lain diluar sana.650 gm pada harga rm48.90. tapi saya fikir, ia pasti berbaloi..insyallah..

p/s: kalau anda berminat, boleh bagi tau saya (^_^)

Wednesday, January 25, 2012

jalan tanpa henti

assalamualaikum..

dah jarang ummi update blog nampaknya ye...
hehe...sibuk melayan tasneem yang sedang dalam fasa meneroka seluruh pelusuk rumah..

sopan je gambar ni..hehe


tasneem sedang dalam fasa menajamkan skill berjalannya..jadi masa-masa diisi dengan berjalan dari depan ke dapur sambil menyinggah disetiap bilik..dan ummi pulak, kalau asyik khusuk depan laptop,tak boleh juga..sekejap pun ummi rasa tak senang..apatah lagi berlama-lama walaupun dalam hati ummi ni sebenarnya melompat-lompat nak update blog, baca blog kawan-kawan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya...

ketika ini ummi mesti beri perhatian pada tasneem..risau ummi kalau-kalau tasneem ke tempat-tempat yang bahaya atau yang tak sesuai untuk bermain...kang tau-tau je dah hilang...rupanya tengah punggah bakul bawang kat dapur.

kalau bawa jalan kat luar mesti nak main pasir lah, daun lah...kayu lah..kadang-kadang ummi bagi juga..biar tasneem dapat kenal batu kayu pasir..jangan main sampah sudah..


apa-apa pun ummi tak mampu untuk menjaga tasneem secara total..walau kadang-kadang ummi beri sepenuh tumpuan pada tasneem tapi tak bermakna tasneem akan terhindar dari bahaya..hakikatnya Allah itu lebih berkuasa..Dialah yang Maha Menjaga..semoga Allah akan menjaga serta melindungi tasneem dimana sahaja.

Tuesday, January 3, 2012

tasneem 12 bulan @ setahun

anakandaku tasneem yang solehah...
kini kamu sudah pun menginjak usia setahun...
ummi rasa macam baru je ummi bersalinkan tasneem..tiba-tiba dah cukup setahun...
dah besar dah anak ummi dan abi ni..

alhamdulillah atas nikmat tak terperi yang Allah telah kurniakan pada ummi dan abi atas kelahiran tasneem ini..

maaf kerana entry setahun ini ummi tak post tepat-tepat pada 31/12...
takpe kot kan tasneem...(^_^)

baiklah tasneem..ini adalah kisah tasneem diusia setahun..

dah umur setahun ni macam-macam yang tasneem tunjuk pada ummi dan abi..banyak pencapaian tasneem yang membanggakan ummi dan abi...

belajar
tasneem dah mula belajar banyak benda melalui suasana sekelilingnya..memang begitulah fitrahnya kanak-kanak kan..akan cepat terikut dengan keadaan sekeliling. apa yang orang buat, cepat ditiru..macam span..sifatnya yang mudah menyerap cecair...ini adalah peringatan buat ummi dan abi..buat yang baik-baik sahaja..yang buruk-buruk cuba dijauhkan..

kad huruf yang dihadiahkan oleh Ummu Muhammad, ummi dah mula biasakan tasneem untuk tengok huruf-huruf tu sejak kad itu sampai..dan sekarang, bila ummi sebut sebutan huruf-huruf berbaris atas tu, tasneem dah tau..walaupun belum kenal dan belum mampu menyebut.

contohnya macam ummi sedang duduk berehat-rehat, dan tasneem sedang main..ummi sebut "tasneem, mana 'ka'..(atau apa sahaja bunyi yang ummi teringat mnak sebut)..tasneem mula tercari-cari kad huruf tu.." (^_^)

*ummu muhammad, kad yang anda beri tu sudah lunyai dikerjakan tasneem..bentuk pun dah tak empat segi lagi..dah jadi bersegi-segi..huhu

gigi
tasneem sekarang dah ada 6 gigi!!
2 dibawah..4 diatas...
itu sahaja setakat ni..gigi-gigi lain belum menampakkan diri lagi..

berjalan
lebih kurang dua minggu sebelum tasneem genap setahun, tasneem dah mula jalan dengan langkah yang banyak...kalau sebelum-sebelum ni hanya 3-4 langkah sahaja, tasneem dah mula jauh melangkah...sejak dari itu tasneem terus berjalan dan tak merangkak lagi..bila genap umur setahun tasneem dah boleh jalan kesana kemari..yang letihnya ummi..asyik kena pantau tasneem berjalan kemana-mana tak kira tempat...kalau kami keluar berjalan-jalan, kalau tempat tu sesuai untuk tasneem mengasah kemahiran barunya itu, kami akan biarkan tasneem berjalan..biasanya tepat yang luas yang tak ramai orang..macam dataran ke atau mana-mana kawasan yang lapang..

sayang
tasneem baru belajar nak sayang (cium) orang...hehe...biasanya yang tasneem akan sayang adalah orang-orang yang dia biasa tengok..orang baru dan yang jarang dia jumpa susah la nak dapat sayang dari tasneem..tapi sayang tasneem ni pun pun ikut mood juga..kalau mood tengah ok,dia akan sayang..bila tak ok, tasneem abaikan je..nak suruh tasneem sayang, ummi kena sebut.."sayang ummi.." atau "sayang abi..", nanti tasneem akan suakan muka pada orang yang ummi suruh sayang tadi..orang sayang dengan mulut, tasneem muka terus dia bagi...dan diikuti bunyi "emmmmm..."

mimik muka
selain dari pandai sayang tadi tu..pandai juga buat muka geram bila disuruh..macam yang ummi dah ceritakan sebelum ni..tapi yang peliknya, bila tanya."siapa nama tasneem?" dia pun buat muka geram juga...aik!!!
suka hati tasneem lah..satu benda yang kelakar, bila tasneem dah lapar nak susu, tengah dia buat muka lapar, ummi pulak tiba-tiba suruh tasneem buat muka geram..dan tasneem pun buat..ahaha...lawak!!

akhir sekali ummi nak ucapkan tahniah pada roomate ummi semasa di maktab dulu..tahniah atas kelahiran anak lelaki anda yang sama tarikh lahirnya dengan tasneem pada 31/12/11 yang lalu...pandai anak anda memilih tarikh ye!!..hehehe...dan semoga anda cepat sembuh..kerana saya tidak sabar untuk berbual panjang dengan anda!!
Allah, berilah kekuatan dan kesihatan kepada temanku itu..ameen...

p/s: lilypie ticker kat sebelah tu saja ummi biarkan dulu..saya nak bagi mood umur setahun..happy birthday tasneem