Thursday, May 31, 2012

genap

hari ni 31 mei 2012...
semuanya jadi genap..

ummi abi
genap 3 tahun kami bersama membina keluarga

kakak
genap 1 tahun 5 bulan

adik
genap 21 minggu dalam kandungan ummi...

alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah beri sepanjang umur yang diberi..yang tak terhitung banyaknya....cuma kadang kita terlupa untuk bersyukur dengan syukur yang sebenar..

kita sekeluarga tidaklah begitu menyambut tarikh ini..cuma sekadar mengingati...musim cuti kan sinonim dengan kenduri kahwin,,tak terkecuali hari ini..walaupun bukan hujung minggu...

di kelantan inilah budayanya..berbeza dengan tempat ummi dibesarkan..kalau buat kenduri hari biasa (isnin - jumaat) alamat tak ada orang yang datang...tapi kat sini berbeza...buatlah hari apa pun..isnin ke, khamis ke...tidak menjadi hal...orang yang datang tetap ramai..dan majlis tetap meriah...lauk pun habis!! itulah bezanya di sini..

mujur juga ummi kahwin dengan abi...dapat ummi rasa makanan kelantan...tau selok belok budaya serba sedikit..bahasanya, masyarakatnya..tempat shoppingnya..hehehe...kan jauh berjalan luas pemandangan..

Allah itu maha bijaksana..mencipta manusia dengan pelbagai latar berbeza..untuk kita saling berkenal-kenalan...barulah meriah hidup...apa jadi kalau Allah mencipta manusia itu sama?dengan suasana persekitaran yang sama? tentu ia menjadi sangat tidak menyeronokkan...

berkenaan tasneem pula, bukan main seronok di sini..main dengan ayam itik..kambing juga..tiap pagi tengok ikan dalam kolam..berjalan berlari tak henti...masa tidur pun jadi kurang...tasneem dah boleh sebut "ayam"..."ikan"...sampai ada satu masa tu, nangis + mengigau sebut ayam...hohoho...

gigi pun dah bertambah...abi yang mula perasan..ada geraham nak tumbuh..2 serentak...geraham atas..agaknya tu lah sebab tasneem demam lepas pada cik wan konvo hari tu..

lepas balik kenduri, petang tu sempat bawa tasneem pergi pantai irama, bachok..
suka sangat dapat main air..tapi terpaksa naik sebab tak bawa baju..
nangis-nangis sebab kena naik..
nanti lah tasneem ye..kita datang lain kali, bawa baju...


balik dari pantai, kita singgah umah mak tok n tok chik...
tunggu tok abah bawa balik kambing untuk masuk dalam kandang semula..
seronok tasneem siap ajuk-ajuk bunyi kambing mengembek tu..
lepas tu ada hati pula nak agah-agah kambing..kambing tu tak tergugat pun tasneem (^_^)
lepas tu berani-berani takut nak sentuh kambing..huhu..


*** semoga keluarga kita ini sentiasa dilindungi Allah dari sebarang anasir-anasir buruk..ya Allah, berilah kami kebahagiaan dunia dan akhirat..

Wednesday, May 30, 2012

tabung

assalamualaikum...

tasneem serta anak2 ummi yang soleh dan solehah...

sejak tahu ada adik dalam perut ummi, ummi dan abi mula berbincang secara kritikal mengenai pengurusan wang kami..bukan bermakna kami ini boros...tapi selalu aje gaji bulanan kami tak dapat disimpan secara tetap memandangkan ada aje perbelanjaan diluar bajet yang harus kami belanjakan..dapat simpan pun sikit dan dalam jumlah yang tidak konsisten...



kewangan
sebelum tasneem lahir, memang wang kami banyak disimpan memandangkan kami dulu pun hanya berdua..dan hanya menyewa yang mana bayarannya separuh dari bayaran rumah sekarang..dan ketika itu pun kami berdua sepakat mahu melahirkan tasneem di hospital swasta...disamping hajat-hajat yang lain..jadi haruslah menyimpan lebih...

ummi pernah terbaca tentang pengurusan kewangan ini dalam majalah anis..tapi ummi tak ingat pula cara pembahagian yang di cadangkan dalam majalah tersebut..nanti ada masa ummi akan rujuk semula..

perancangan kewangan ni sangatlah penting untuk memastikan kita tak tergolong dalam golongan yang digelar sebagai sahabat kepada syaitan-orang yang suka membazir-belanja tak tentu hala-ikut nafsu.

satu sifir yang perlu diingat dalam berbelanja ini ialah memastikan apa yang hendak dibeli itu sama ada ia KEPERLUAN atau KEMAHUAN...jika keperluan bolehlah teruskan niat untuk membeli..itupun harus dikenal pasti hierarki keutamaannya...**wah..dah macam pakar ekonomi pula** tapi kadang ummi terlajak juga...huhuhu...semoga ummi terhindar dari golongan yang suka membazir.


perancangan
untuk mencapai matlamat, perancangan haruslah rapi!ya..ya...perlu rapi...sekarang banyak perkara yang perlu ummi tabungkan...

1. perihal adik tasneem
    ummi kena menabung untuk bersalin (mungkin swasta..mungkin juga kerajaan...tp sediakan untuk bersalin   
    di swasta.

    aqiqah...ini pun masih dalam pertimbangan..sama ada nak buat di kelantan atau buat dengan ezqurban...

    breastpump idaman...dulu abi kata kalau nak beli baru pun tunggu bila ada anak ke-2..saatnya bakal 
    tiba..jadi ummi dengan gigihnya akan berusaha menjadikan impian untuk dapat fs jadi nyata..

    keperluan adik yang lain-lain yang belun tentu apa lagi..

2. perihal adik ummi
    kalau tadi perihal menyambut adik tasneem..ini perihal meraikan adik ummi pula..auntie anne akan 
    melangsungkan perkahwinan bulan sembilan nanti..dekat-dekat je dengan tarikh adik tasneem nak lahir..
    ummi dah janji nak keluarkan sedikit peruntukan untuk majlis tersebut..

komitmen yang konsistan
jadi ummi harus bersungguh-sungguh menabung untuk memastikan semua yang dirancang menjadi..semoga Allah membantu ummi dengan mengurniakan rezeki yang luas serta berkat..

tabung buluh

best ni kalau ada satu...

bila menaip entri ini, ummi teringat tabung buluh yang pernah ummi dan adik-beradik ummi miliki masa kami kecil-kecil dulu..sangat klasik!!tabung buluh yang atok ummi buatkan untuk kami 4 beradik.masa tu cik lala xde lagi..belum lahir..

ummi ingat nak cari juga lah untuk tasneem dan adik2 nanti..kat mana ada jual ye??

Tuesday, May 29, 2012

seharian di kota bharu

assalamualaikum anak-anak ummi...

alhamdulillah..

hari ini Allah beri kesempatan pada kita untuk round-round sekitar KB...seronok!!ni lah part yang ummi tunggu bila kita balik kelantan..jalan-jalan sambil beli-beli...(ni la salah satu faktor yg menyebabkan bajet lari..huhu..)

kali ni ummi pastikan yang ummi beli yang betul-betul perlu sahaja...disamping beli barang-barang lain yang orang kirim..yang penting ummi nak cari jubah yang berbutang depan..nak tambah koleksi jubah untuk menyusu..tiap kali balik beli 1 pun jadi dh..

balik kali ini aktiviti jalan-jalan agak terhad sebab ada kenduri kahwin yang tak putus..di tambah dengan kita tak balik dengan kereta..kena tunggu kereta tok abah free baru boleh gerak kemana-mana..tadi kita keluar berempat...tok ummi pun ikut..masing-masing dengan tujuan yang tersendiri..

cerita kakak
hari ini ada kejutan buat tasneem..(kejutan pada ummi juga sebenarnya..)

tasneem akan ditindik...
huhuhu..terkejut juga ummi..
kita singgah di sebuah kedai emas milik kawan sesekolah abi untuk tindik telinga tasneem...


berdebar juga la ummi masa ni..macam ummi pulak yang nak kena tindik..huhu...
tasneem duduk atas riba ummi masa ni..dan ummi pulak kena pegang supaya tasneem tak bergerak..2 kali cubaan juga..yang pertama tu tasneem bergerak, tukang tembak pun jadi tak keruan bila tasneem dah bergerak..jadi tukar dengan orang lain..kali ni barulah menjadi...

1..2..3..pappp!!selesai...
ummi ingat ok je..3 saat lepas tu tasneem nangis...huhuhu...terkejut gamaknya..dan baru terasa sakit..tapi sekejap je...lepas ummi pujuk tu tasneem dah gelak-gelak balik...bagus anak ummi ni..

cerita adik
ummi sempat pergi scan adik di rumah bersalin an-nur..tempat tasneem lahir..dan Dr. Siti Rochmah tu masih ingat ummi juga tasneem.. ;)

alhamdulillah...adik baik-baik saja dalam perut ummi..tasneem pulak sibuk bercakap masa tengok adik di skrin..tak sabar nak main dengan adik ye?

hajat ummi dengan abi nak tengok jantina adik..tapi masih belum diizinkan Allah..posisi adik tadi tak mengizinkan kita untuk tahu adik ini mujahid atau mujahidah..kita scan lain kali pulak lah ye adik..

ok..setakat ini dulu cerita ummi untuk anak-anak ummi..semoga kalian menjadi anak yang soleh solehah yang dapat membantu menerangi kubur ummi dan abi kelak...

Monday, May 28, 2012

she


untuk ummi, anak ummi, serta sekalian wanita yang ada diatas muka bumi ini...
hargai diri sebagai wanita

wanita hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah


*ummi sangat risau dengan anak remaja sekarang..semoga Allah memudahkan jalan ummi dan abi untuk membesarkan anak-anak kami dalam zaman yang serba canggih dan mencabar ini..semoga Allah pelihara kita sekeluarga dari perkara2 yang sangat menakutkan ummi...

Sunday, May 27, 2012

ummi sambung cerita perkembangan tasneem...

terbaru: tasneem ngan cu mi..


susu
sejak ummi mengandungkan adik, ummi rasa pengeluaran susu dah makin berkurang..sedangkan masa yang sama tasneem masih lagi memerlukan susu dalam diet hariannya. sebagai penyelesaiannya ummi terpaksa juga cari alternatif..akhir sekali ummi pilih susu ilham yang pernah ummi cerita dulu...mula-mula memang tasneem susah nak minum..tapi bagi juga..sikit-sikit tasneem dah boleh terima..dah boleh habis 1 botol besar...sangat melegakan ummi dan abi..tapi waktu nak tidur tetap juga cari ummi..huhu..

bab yang mencuit hati ummi adalah bila mana tasneem hulurkan botol susu pada ummi dan tiba-tiba je landing atas riba ummi..dan tunggu ummi suap botol pada dia..nampaknya memang susah untuk pisah...masih nak cari ummi bila nak menyusu walaupun dah guna botol...

laju berlari
alhamdulillah...sudah laju berlari ke hulu ke hilir...lebih laju bila ada yang kejar...atau bila tengok abi dah pegang kunci kereta@motor...waahh...tak menyempat...macam lipas kudung...(jangan bayangkan larian sempurna seperti watson nyambek..ini hanyalah larian anak kecil berumur setahun 4 bulan)

cakap
bab cakap ni masih belum lagi nampaknya..abi bagi masa tasneem untuk pandai bercakap sampai adik keluar..boleh pulak ek??tapi abi ada dah ajar tasneem sebut sikit-sikit..macam "nak","abi","abis"(sambil pusing-pusing tangan buat gaya dah habis)-tapi bunyi S tu kadang tak berapa jelas...

abi ada jugak ajar sebut "baby"- tasneem sebut bunyi bibi..ajar juga sebut "kakak". kadang tu dengar cam jelas bunyi "kak"...tapi banyaknya bunyi "gak"..dah macam gagak pun ada..

sekarang ni tasneem rajin sebut "abang"..jelas pulak tu bunyinya..hehehe...abi kata salah ummi sebab selalu sangat panggil "abang"...erk!boleh pulak camtu ye??

apa2 pun ummi harap tasneem dapat membasar dengan sempurna sihat dan dalam lindungan Allah sentiasa...begitu juga dengan adik yang masih dalam perut ummi ni...

naik bas

asssalamualaikum..

alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah menjadikan perjalanan pulang ke kelantan selamat..kita sekeluarga selamat sampai di bumi kelantan pada sabtu 26/5/2012...lebih kurang jam 6.30 pagi dengan dijemput oleh tok abah.

kali ini kita balik naik bas..buat pertama kalinya..pada umur tasneem yang lebih kurang 1 tahun 5 bulan tu..dulu, tasneem 1st time naik kapal terbang umur 17 hari..kedua-dua pengalaman tu bukan mudah bagi ummi untuk hadapinya..namun atas rahmat Allah semuanya berjalan lancar...

jimat minyak
rata-rata kawan ummi, bila tau kita akan balik naik bas, mereka jadi tertanya-tanya..yelah, tiba2 pula naik bas, sedangkan kereta ada..ditambah dengan tasneem yang masih kecil dan ummi yang berbadan dua ni...

sebenarnya, kita nak jimatkan minyak kereta..oleh kerana nanti tok abah, tok umi dan cu mi akan kerumah kita di kajang sana, jadi ada baiknya kita balik dengan bas saja..perjalanan ke kajang nanti kita guna 1 kereta je lah kan..

kalut
terima kasih auntie anne sebab hantar kita ke stesen bas..yang sebenarnya kalut juga ummi dan abi penangan naik bas pertama kali dengan tasneem ni...kalau nak ikutkan, rumah kita tak jauh sangat dengan stesen bas ni..tiket jam 9 mlm..jd ummi mintak auntie anne ambil kita jam 8.. solat isya' kita akan singgah di surau...bila dan jalan, tiba-tiba handphone abi tertinggal di rumah..patah balik la jawabnya..

dalam perancangannya kita nak solat di surau yang disediakan di stesen bas tu, tapi Allah izin nak masuk dalam stesen pun dah jem...maklumlah, cuti sekolah..penuh dengan orang dan kereta..jadi abi kata kita isya' di pertengahan jalan je nanti..masa bas berhenti rehat..

awalnya ummi nk bawa bantal kecil dari rumah..untuk taseem tidur..tapi terlupa..jadi ummi pinjam bantal kecil yang ada dalam kereta auntie anne..bila bas dah sampai..ummi lupa nak ambil bantal..tak ingat langsung..agaknya tersedar yang ummi terlupa ambil bantal, auntie pun turun kejar ummi untuk bagi bantal..

bila bas sampai, abi masukkan beg2 dalam tempatnya..dan kita pun ambil tempat kita juga...bila masing2 dah duduk selesa, ummi terperasan yang botol susu tasneem tertinggal dalam kereta..aduhai...ummi pasrah aje..sebab ummi  ada bawa botol spare..jadi takpelah kalau botol tadi ditakdirkan tertinggal...tapi alhamdulillah, auntie perasan agaknya, jadi dia patah balik...

dalam bas
tasneem tak banyak meragam sangat dalam bas..pendek kata ummi abi tak pening sangat untuk jaga tasneem...Allah permudahkan segalanya...1 yang ummi bimbang ialah, tasneem jenis yang buang air besar waktu malam!!jadi ummi risau kalau tiba2 masa naik bas tasneem buat projek..kalau masih dalam selangor, boleh lagi mintak driver bas berhenti kat mana2 stesen minya atau hentian utk cuci..tapi kalau lepas dari tu...mana nak cari tempat berhenti tepi2 jalan ni...tapi Allah itu maha mengetahui bimbangnya hati ummi..jadi petang tu lagi tasneem dah membuang..lega ummi..

gelagat tasneem dalam bas..sibuk dia main earphone..picit2 skrin..

tasneem tidur lebih kurang sejam lepas naik bas..dan tak bangun2 hingga bas berhenti..bangun bila beralih dari ribaan ummi ke dakapan abi..tidur semula tak lama lepas bas bergerak..sempat juga minum susu...tidur sampai lah kita sampai kat rumah tok..best agaknya tidur dalam aircond dengan ummi peluk rapat2..

alhamdulillah...selamat semuanya..

Saturday, May 19, 2012

kini adalah pengedar

assalamualaikum...



kalau dulu pengguna biasa, kini saya adalah pengedar..
masih ingat pada  susu ilham yang saya sebut-sebut dulu?
kami adalah penggunanya..terutama sekali saya dan anak...suami kadang-kala sahaja..

rabu lalu secara rasminya saya mendaftar sebagai pengedar..
dengan bantuan suami sebagai penyumbang modal..
(penyumbang ke pemberi hutang??hekhekhek..)

yang sebenarnya, jadi pengedar ni lebih kepada nak guna sendiri je..tapi saja cuba2 jadi pengedar..selain harganya sedikit murah (sebab dah beli secara lambak) boleh juga berniaga kecil-kecilan..tambah pendapatan..

nama saya juga sudah terpampang dalam ilham4u sebagai salah seorang pengedar dibawah kawasan jajahan kajang, taman sekamat.... dengan nombor telefon 013-7917697...

jika anda diluar sana berminat untuk memiliki susu ini, bolehlah menghubungi saya...

*saya masih lagi memikirkan cara untuk mempromosikan susu ini sama ada dalam blog ini serta dikawasan kejiranan saya..bagaimana ya?

maklumlah..rasa macam tak ada bakat nak berniaga je..berangan boleh lah...uhuhu...
yang pasti kepada beberapa pelanggan terawal, saya akan beri anda harga istimewa!!

sementara saya memikirkan cara untuk mengiklankan produk saya ini, anda boleh melayari ilham4u untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk susu pertama di dunia yang mengandungi terapi al-quran...

selamat meneroka..

Thursday, May 17, 2012

tahniah cik wan..

selasa baru ni cik wan convo untuk diplomanya di uitm shah alam...

cik wan dah datang dua hari lebih awal dirumah kita..
tok abah dan tok ummi pula sampai dari kelantan pagi selasa tu...

bagus juga cik wan dapat datang awal...lega sikit ummi..sebabnya kalau cik wan ada, boleh tolong jaga tasneem..tak de lah tasneem nak berkepit je dengan ummi...tasneem dengan cik wan pun memang rapat..sepanjang pemerhatian ummi, tak ada orang lain yang tasneem rapat serapat dengan cik wan..

cik wan sidang petang..tapi kita dah ke sana pagi lagi...dalam pukul 9.30..bukan apa..tempat tak biasa pergi, takut jem pula..jadi adalah lebih baik kita pergi awal..lagi pulak cik wan kena masuk dewan awal..pukul 12.00..
cik wan dan tok abah

tasneem seronok je kat sana..sebab sana ada padang yang luas...bukan main lagi lari sana sini..

pendekkan cerita lepas cik wan, tok abah dan tok ummi masuk dewan, tinggal kita bertiga diluar...fikir punya fikir, takkan nak duduk di padang tu hingga 5.00 petang..tasneem pun nampak penat..abi pula bimbang tasneem buang air besar! sebab tandas yang disediakan adalah tandas mudah alih tu..alhamdulillah ummi ada sepupu yang tinggal berdekatan..jadi kita sekeluarga kesana.. berehat dan sempat juga tidur..

tasneem yang dah berpeluh dan comot


masa ni lah badan tasneem mula panas..masa abi mandikan tasneem pun siap menggigil lagi...risau juga kami...agaknya sebab main panas..tambah pula dengan minum ais...ummi agak macam tulah..panas berlarutan sampai keesokkan harinya..alhamdulillah..bila ummi balik dari sekolah, suhu badan tasneem pun dah pulih seperti sedia kala..alhamdulillah...

akhir skali, tahniah untuk cik wan!!

Saturday, May 12, 2012

antenatal check up adik

assalamualaikum buat anak-anak ummi dan semua...

kali ni ummi nak cerita pasal adik pula...cerita kakak tasneem yang belum habis tu ummi akan sambung nanti..insyaallah...separuh sudah ummi drafkan..ada sikit lagi ummi kena sudahkan sebelum ummi post entri tu..

sekarang mood ummi nak cerita pasal adik dulu..hehe...lagi pun kakak tasneem tak ada kat rumah..abi bawa bersiar2 sambil naik motor...suka lah kakak tasneem..

check up pertama.
untuk yang pertama kali ni ummi kena ambil cuti..sebab untuk buat buku baru ni ada pagi je..kalau check up bulan-bulan tu boleh buat petang-lepas balik sekolah.

kali ni ummi buat di klinik desa dekat dengan rumah kita.ok juga klinik desa ni..selesa..orang pun tak ramai..cuma ada sesetengah perkara yang klinik desa ni tak boleh buat...dan kena pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan macam bila nak cek darah..

ummi datang awal pagi lagi, klinik pun belum buka..ummi kira orang pertama yang ambil nombor..disebabkan tak ramai orang, urusan tu tak ambil masa yang lama sangat..yang jadi lama tu adalah bila mana ummi kena pergi ke klinik kesihatan untuk ambil darah..

sampai di sana, orang ramai..tapi itu tak mengganggu ummi sebab ummi hanya ke sana untuk ambil darah sahaja. ummi dihantar oleh tok mami dan tasneem pun ikut sekali...tasneem sangat solehah dan sangat menyenangkan hati ummi...

agak lama juga ummi menunggu nombor ummi dipanggil..bila siap semua, ummi ingat dah boleh balik..tiba-tiba nurse tu kata ummi kena jumpa doktor..seingat ummi nurse di klinik desa tu kata ummi cuma perlu ambil darah sahaja...tapi katanya, untuk yang pertama memang kena jumpa doktor..ok..ummi ikutkan..ummi tengok buku merah yang beratur untuk jumpa doktor banyak..mesti lambat lagi giliran ummi ni..

dipendekkan cerita, rupanya buku ummi tadi tersalah beratur...nurse tu pergi beraturkan buku ummi di bilik yang untuk jumpa nurse..alahai..sabarnya...dah la buku ummi kena beratur semula untuk jumpa doktor..masa jadi semakin panjang...dan tasneem pun dah mula bosan dan penat..sudah mula meragam..tok mami pun sama..sudah penat dan lapar..sangat menguji sabar..tok mami kata kalau lambat lagi kita balik saja lah...jumpa doktor lain kali...tak lama lepas tok mami cakap macam tu, giliran ummi pun sampai..dan ummi masuk berjumpa doktor..doktor tu buat benda yang sama dengan nurse di klinik desa yang ummi pergi pagi tu..sangat membazir masa...

yang paling ummi tak boleh lupa pasal doktor ni ialah kata-kata "nasihat"nya..sepertimana yang diketahui, jarak kandungan ummi antara yg pertama dan yg kedua ini tak sampai 2 tahun seperti mana yang diajar dalam buku merah tu..jadi, doktor tadi telan menasihati ummi supaya merancang...katanya..."takkan doktor nak ajar cikgu membaca.."..menusuk betul..


hampir zohor juga baru ummi selesai semua..letih juga..tok mami yang asalnya berniat nak ke sana ke mari membatalkan hasratnya kerana penat menunggu...huhu

check up kedua:
yang kedua ni ummi terlepas...huhu..jadinya dibawa pada minggu seterusnya..tak ada masalah.. alhamdulillah... check up kali ni ummi dengar bunyi degup jantung adik...seronok sangat..perasaannya sama macam kali pertama ummi dengar jantung tasneem...alhamdulillah juga, ummi tak menghadapi sebarang masalah...semoga kekal tak ada masalah sehinggalah ke ahirnya..proses check up tak ambil masa yang lama..orang pun tak ramai..cuma nanti sebelum check up seterusnya ummi harus ke klinik kesihatan untuk ambil bacaan HB.

kalau tak salah ummi, sejak 2 minggu lepas ummi dah mula rasa pergerakan adik dalam perut ummi..semoga Allah memelihara adik...dan abi pula tak sabar-sabar nak rasa dan tengok adik bergerak-gerak sampai berombak-ombak..oh..saat yang sangat indah...

layan gambar tasneem..tapi ni gambar lama..masa umur setahun...

kakak tasneem dan adik, 
semoga kalian menjadi anak yang soleh solehah...ameen ya rabb..

Sunday, May 6, 2012

tasneem @ 16 bulan





assalamualaikum...

WAHAI ANAK UMMI DAN ABI YANG SOLEHAH..

tak lama lagi tasneem dah nak jadi kakak...jadi tasneem kena belajar untuk jadi kakak yang baik ye..
lama dah ummi tak update perkembangan tasneem..ummi tak ada buku khas untuk rekodkan perkembangan tasneem..dan ummi pun tak rajin nak menulis ni..menaip ok sikit kot..hehe..

jadi, bila lama tak update cerita tasneem rasa rugi pulak..takut ummi terlepas untuk rakam momen2 indah tasneem...

banyak yang kembangnya tasneem sepanjang ummi tak update ni..

gigi
sepanjang ummi tak update ni, dah 2 gigi tasneem tumbuh sepenuhnya. ummi rasa dalam 2 bulan juga dari awal2 nak tumbuh tu..jadi sekarang gigi atas bawah dah sama banyak..4 - 4...senyum pun dah manis sikit..

ummi dan abi pun dah mula ajar tasneem guna berus gigi.alhamdulillah..tasneem boleh terima berus gigi tu..cuma bila letak ubat gigi atas berus tu, dia jadi tak mahu..pelik kot rasa ubat gigi tu..kami je yang beria-ia beli ubat gigi mukmin junior perasa strawberi...tasneem tak suka pulak..huhu...

makan
bab makan pula...ummi tak pasti bermula dari bila..tapi sejak-sejak nak jadi kakak ni, tasneem dah mula nak makan sendiri...ye..makan sendiri...ada pinggan sendiri, nasi sendiri, suap sendiri..nak tak nak ummi abi layankan juga...maklumlah...dah nak jadi kakak...jadi kenalah raikan..

mula-mula tu memang tumpah habis nasi yang dalam bekas dia...terabur semua!yang masuk mulut pun entah berapa ketul aje..sebagai penyelesaian, masa tu ummi banyak bagi sayur-sayur lembut yang mudah untuk tasneem pegang..tapi lama kelamaan alhamdulillah...tasneem dah makin pandai...bila suap pun dah banyak nasi yang masuk dalam mulut...masih bertabur, tapi kuantitinya sudah kurang..

bila lauk atau nasi dah habis (kadang-kadang suka makan lauk je..kalau lauk ikan atau ayam, abi akan racik kecil-kecil dan gaul dengan nasi sampai tasneem tak boleh pilih lagi) tasneem pandai hulur bekas dia pada ummi atau abi...nak suruh tambah apa yang kurang...

ada masanya bila ummi rasa nak cepat, ummi ada juga nk suapkan terus pada tasneem...tapi selalunya tasneem akan geleng semahunya sampailah tangan ummi tu beralih dari depan mulut dia...bertuah betul...sudahnya ummi mengalah dan tunggu sampai habis makan...tak pun ummi mintak abi je yang tunggu..hehe...makanan yang lembik macam bubur nasi tu dah tak berapa nak ....tak mencabar   agaknya..kalau makan benda yang berinti pula, makan inti saja, kulitnya bergantung pada keadaan..sabar jelah..

kalau tangan pula, mula-mula habis dua dua tangan guna untuk makan..sikit-sikit abi ajar makan guna tangan kanan..alhamdulillah sekarang dah pandai makan dengan tangan kanan..cuma kadang-kadang tu ada juga tersalah..kena juga tinggikan suara sikit.."ha..makan tangan mana?"...pandai pula tu tukar balik tangan kanan...

faham
untuk beberapa arahan yang mudah, tasneem dah boleh faham...contoh kalau pergi mandi, dah boleh pergi terus ke bilik air tanpa belok-belok...suruh baca doa dah boleh tadah tangan..tapi kalau masa baca doa makan, takat "bismillahirrahmanirrahim" je..lepas tu terus raub tangan ke muka...lebih pada tu takde dah...ummi dengan abi jelah yang baca bagi habis.

bila nak susu pun dah pandai cari botol sendiri...kadang-kadang sampai tertonggeng-tonggeng cari botol bawah kerusi..tapi ada juga yang cari tak jumpa-jumpa..

panjang dah rasanya ummi menaip ni...ada lagi perkara yang ummi nak cerita..tapi insyaallah di entri yang akan datang..apa pun, mendidik anak-anak ini sangat-sangat menuntut kesabaran ditahap tertinggi..kadang-kadang tu hilang juga sabar ummi..huhu...tapi kena selalu rasional..fikir sebelum bertindak..

jumpa lagi (^_^)