Monday, December 31, 2012

selamat 2 tahun tasneem!!

mengikut tahun masihi, tasneem 2 tahun hari ini..


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 2!!

ummi tak pandai nak bermadah pujangga...

cuma ummi berdoa
semoga tasneem menjadi anak yang solehah
yang menjadi contoh pada adik-adik nanti


ummi dan abi sayang tasneem!!

sempena birthday tasneem ni, abi berbesar hati belanja kita semua 
tok dedi, tok mami, cik lala, cik wan, cik kunak, uncle mie..
sebab dah selalu makan kedai tom yam, kali ni lain sikit..
kita pergi restoren ala2 western..
makan steak..hehe

basyeerah bagi kerjasama yang sangat baik..
tidur dari mula sampai balik rumah..lena!

kata cik lala, "tiap malam tahun baru makan kat luar la..."
banyak la..huhu

Saturday, December 29, 2012

kembara susu 2

kesinambungan dari entri kembara susu yang lalu...



selepas stok ebm batch pertama mencair kesemuanya, batch kedua selamat dikirim kepada tok mami untuk dibawa pulang, ini pula kisah ebm batch ke3..

ebm yang dikumpul selepas tok mami balik hingga kita balik. lebih kurang 10 hari.gambar lupa nak ambil

kita sekeluarga jadi ke Cameron Highland..2 hari satu malam..

apa cerita dengan susu batch ke 3?
ia tidak dikirimkan dengan bas pun..bawa ke Cameron pun tak juga..tinggal saja dirumah tok ummi...asal2nya cik wan kata dia nak balik kelantan, jadi boleh la ummi mintak tolong cik wan yang bawa balik..tapi Allah izin cik wan tak jadi balik...

maka tinggallah susu tu di rumah tok ummi..semoga ia selamat disana..susu tu akan kita bawa balik bila kita balik ke kelantan..insyaaAllah awal tahun nanti ada cuti..bulan 1 atau 2..

jadual waktu 2013

2013 bakal menyaksikan beberapa perubahan..antara yang ketara,
1. tahun 6 tak lagi di blok baru..mereka dipindahkan semula ke blok lama..berdekatan dengan bilik guru..sepatutnya awal2 lagi tak payah pindahkan..dekat kan senang cikgu2 nak pantau. blok baru akan menempatkan murid2 tahun 4 dan 5

2.ummi mula mengajar pra.

apa2 pun ummi tak kisah sebenarnya, kena ajar tahun berapa ke, kelas mana ke, kena ajar murid pra ke..atau yang seumpama dengannya..yang ummi kisahkan sekarang ni ialah...masa mana ummi nak pam susu?sempatkah?oh~oh~oh~



jadual ni biasanya bersifat sementara..akan keluar jadual baru mungkin sekali atau dua kali sebelum yang betul untuk dipakai hingga akhir tahun.

setiap kali kelas 6 bumi, masuk lambatlah nampak gayanya..

untuk jadual mengepam pula, mana2 masa yang kosong tu lah masa untuk mengepam!

Thursday, December 27, 2012

hujung tahun di kelantan

[entri yang ummi dah taip lama...masa di kelantan lagi..ada dalam draf hampir seminggu..]

setakat ini, hujung tahun kita memang akan berlokasikan kelantan..selagi tiada apa aral, memang ke sinilah tempat kita bercuti..

kali ini ummi rangkumkan sekali secara kasar tentang aktiviti kita sepanjang kita balik kampung...

tasneem
tasneem lah orang paling seronok ummi kira bila balik ke kelantan..ada saja benda yang nak dilakukan.. macam yang ummi dah cerita sebelum ni..ikut tok abah menguruskan kambing tu sudah pasti..sampai ada ketikanya tasneem nak masuk dalam kandang kambing! ni dikira sebagai aktiviti luar homeschool kita..aktiviti luar je memanjang masa cuti ni...huhu..banyak sebenarnya yang tasneem belajar bila balik kampung.

basyeerah
basyeerah dah lebih dari 5 kg ummi rasa..punyalah cepat naik berat badan tu..basyeerah pun tak lepas juga aktif ikut ummi kesana kemari..kalau tak salah ummi, sepanjang duduk di kelantan ni, 2 kali je ummi tinggal basyeerah..pertama, masa pergi kenduri kahwin kawan abi. masa tu hujan ala2 renyai2..abi pula malas nak bawa kereta sebab rumah kawan abi tu kat kampung sebelah je..jadi ummi dan abi pergi berdua naik motor...kali ke 2, ummi, abi, tok ummi keluar nak beli barang di Mydin. sambil tu ummi nak beli kain pasang di jakel.oleh kerana masa tu basyeerah tidur, jadi ummi tinggal..masa tu tinggal kat cik lala..habis 4oz susu...pandai cik lala jaga..hehehe..

orang kajang datang
kalau ikut plan asal, keluarga belah ummi nak datang kelantan masa aqiqah basyeerah hari tu..tapi Allah izin tok dedi demam campak..jadi di tangguhkan. kadatangan orang kajang ni sangat2 lah ummi tunggu sebab boleh pergi jalan-jalan!!yea!!walaupun sebenarnya tok ummi tak berapa nak bagi ummi gi jaan2 sebab basyeerah kecil lagi..tapi akhirnya semua tempat pun ummi dan basyeerah ikut..hehe

masa ni kita pergi munduk..munduk ni kat siam ye anak2..tok mami yang beria sangat nak pergi..nak cari sabun nak krim susu beras katanya..nak ke munduk ni kena seberang sungai..naik sampan dengan harga tambang rm1 sehala. walaupun munduk ni terletak kat siam, tapi nak masuk kesana tak perlu border pass pun..boleh terus masuk.dan dia tak ada sekatan imegresen macam rantau panjang dan pengkalan kubur. ada sesetengah barang yang memang boleh dapat murah berbanding tempat lain.

tok dedi


hari berikutnya kita ke RTC atau orang kat sini panggil TEMAN. sini macam pasar borong..barang makanan kebanyakannya memang murah..bukan makanan je, pakaian pun ada..

hari terakhir sebelum balik kajang, pergi rantau panjang pula...masa ni banyak beli pakaian..kat sini pakaian murah dan banyak pilihan..selesai di rantau panjang, kita ke bazar tok guru pula...kat sini tempat kegemaran ummi cari jubah..yang pastinya sekarang ummi tengah banyakkan koleksi jubah berbutang @ zip di depan..senang nak susukan anak2 ummi..

hujan
kelantan masih tak hujan saat tempat2 lain dah mula banjir..jadi dapatlah kita berjalan kesana kemari dengan riang gembira sambil habiskan duit..syukur alhamdulillah...huhu..2 hari lepas orang kajang balik..hujan bederohong!!lebat selebat-lebatnya..sidai kain pun sejuk2 je..lambat keringnya.jadi, bila dah hujan, tak kemana lah kita..duit pun dah habis..duduk diam2 kat rumah..hehe..

tak apalah..hujan ke, panas ke..syukur mesti dalam semua keadaan..jangan sesekali mengeluh

** kabel kamera tak jumpa kat mana..nanti kalau dah jumpa baru ummi upload gmbr kemudian..tu pun kalau ingat...heheh

** akan disambung dengan cerita kita di Cameron Highland..dan ebm yang tinggal lepas yang lain dah di kirim pada tok mami

Wednesday, December 26, 2012

maka kerja pun bermula...

lama dah ummi tinggal sekolah rasanya...yelah, ummi cuti bersalinkan basyeerah...dan hari ini adalah hari pertama ummi masuk kerja semula setelah sekian lama bercuti..



agak sedikit kelam-kabut ummi di hari pertama bekerja ni..hehe..semalam ummi siapkan barang2 yang nak dibawa ke sekolah hari ni..terutamanya alat2 kelengkapan breastpump...siapkan barang2 basyeerah terutama bekal susu dia..semalamlah baru ummi kelam kabut cari botol semua..alhamdulillah cukup.untuk kakak tasneem dah tak ada masalah sangat..

basyeerah ni tak sama dengan tasneem. tasneem dulu sebelum ummi nak mula kerja, ummi dah kena training  bagi susu guna botol untuk 2 minggu sebelum...basyeraah pula tak ada masalah dengan puting botol ni..kali pertama bagi dah boleh terima dengan redha!hehe..alhamdulillah..mudah untuk ummi..jadi ummi pun tak berapa risau sangat..

kekok rasanya dah lama tak buat aktiviti mengepam di sekolah..malangnya hari ini ummi tak sempat pun nak mengepam sepanjang ada di sekolah...sebabnya minggu ini adalah minggu bermesyuarat...jadi sepanjang masa duduk dalam bilik mesyuarat..memang sedikit menderitalah sebab tak dapat pam..jadi, balik tu ummi terus pam dalam kereta..

**esok ada jamuan akhir tahun di hotel..bawa tasneem dan basyeerah sama. sudah tentu abi juga ikut.harap anak2 boleh behave, terutamanya kakak!

**ummi dah taip entri rumusan sepanjang kita di kelantan..tapi belum sempat nak publish..dan ada juga berkenaan cuti kita di Cameron Highland.

Tuesday, December 25, 2012

big bad wolf 2012

sebelum ni ummi tak pernah dengar pun pasal Big Bad Wolf ni..ummi tahu dari kawan ummi, mawaddah.

BIG BAD WOLF!!

ia adalah penjualan buku besar-besaran yang menjual pelbagai buku dengan harga yang jauuuuuhh lebih murah dari pasaran biasa!! 75%-95% diskaun!!
ini baru betul2 pesta!!buku semua murah2 ok..

target utama ummi nak beli buku untuk anak-anak..

ummi pergi 2 kali.

kali pertama - pergi sejurus balik dari cameron highland. agak penat juga.tapi dek kerana keterujaan melihat lautan buku, terus  jadi super seronok! basyeerah dengan ummi. ummi kendong dengan baby carrier..kakak tasneem dengan abi..

agak mencabar sebab dengan anak-anak kecil terutamanya dengan kakak tasneem yang sememangnya aktif!! seingat ummi, tasneem boleh tahan lebih kurang 20minit dengan buku-buku..lepas tu mula kesana ke mari..risau juga ummi sebab orang kan ramai..kang hilang jenuh nak cari..jadi abi bawa naik aras..atas ada tempat main budak2..

tapi tak boleh juga nak berlama-lama sebab ummi tak larat nak pegang buku banyak2..boleh ambil setakat yang mampu pegang ditangan sahaja!orang lain dengan segala kotak, troli bagai..

akhir bila dah nak balik, tasneem dah mula jalan dengan lutut!!aduhai anak..sebab dah tau nak balik, tu yang jadi macam tu..tasneem tak nak balik. abi pula beratur untuk bayar, dan dah terlepas keluar, jadi ummi lah yang kena handle tasneem sekejap. sempatlah main kejar2 se-round!

ummi ajak abi untuk pergi kali ke-2..kali ni strateginya pergi mesti bawa stroller. tasneem kena duduk dalam tu supaya dia tak pergi merata.

buku cerita, buku aktiviti....

ummi punya..

semua sekali rm83 sahaja!

kali ke2 - awalnya rancang nak pergi jumaat 21.12 lepas kereta kita siap di servis. tapi bila dah tahu yang BBW ni buka tanpa henti dari jumaat sampai ahad, 


akhirnya keputusan yang diambil ialah, pergi jam 12 malam!! anak2 dah tidur..mudah sikit...dan tok mami kata tasneem tinggal sahaja..lagi lega ummi..hehe...

kali ni orang tak begitu ramai, parking pun tak sepadat kali pertama pergi..alhamdulillah basyeerah tidur nyenyak sampai ke akhir...terbangun bila ummi selesai bayar..memang dah tiba waktu menyusu pun..

tiada dalam gambar : 2 buah novel cik lala, 1 buah lagi dalam kereta..

kos kali ni cuma rm60 lebih..buku dah tak banyak yang menarik..tambah dengan mengantuk masa pilih..hehehe..

sebelum balik, ummi abi sempat naik atas untuk beli alat tulis..ada diskaun juga..maklumlah, dah nak mula kerja..pen2 entah kemana..sempat juga ummi abi mengurut dengan kerusi urut-masuk-seringgit tu..

nanti kalau ada lagi, boleh datang beli lagi..

Sunday, December 23, 2012

TAMPARLAH kalau berani




Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .


Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)"

 Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).


Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

[SUMBER]

Thursday, December 13, 2012

kembara susu

stok ebm selepas kejadian susu cair.. dr 2.12 sampai 9.12

ingat tak yang ummi bagi tau ummi nak kirim susu basyeerah pada tok mami hari tu?inilah susu-susu yang ummi dah kumpul semula selepas kejadian susu rosak tempoh hari..

ye..bukan mudah untuk ummi kumpul semangat untuk ummi kumpul semula susu2 ni..tapi demi kasih sayang ummi pada anak-anak ummi, ummi gagahkan juga hati ummi..untuk 1 dan 2 hari yang pertama, memang amat memeritkan..oleh kerana emosi ummi yang tak stabil tu..susu pun malu2 je nak keluar..sekali pam ummi dapat 2-3 oz je..

tapi lama kelamaan, ummi mampu untuk kembali semula ke track asal..huhuhu..walaupun tak sebanyak orang lain, tapi ummi sangat2 bersyukur ..moga Allah terus-terusan mengurniakan rezeki yang berkat buat kita sekeluarga.


bekas ni ummi beli masa bawa tok mami, tok dedi dan semua jalan-jalan ke rantau panjang..dapat harga rm38

pada mulanya ummi ingat nak beli bekas polistrin je..tapi bila fikir2 balik, beli bekas macam ni pun berbaloi juga.boleh guna banyak2 kali + tahan lasak juga.

pagi tok dedi nak gerak balik ke kajang sempat lagi ummi perah susu dan masukkan sekali dalam bekas ni.. semua susu tu berjaya dimuatkan dalam bekas ni setelah beberapa kali keluar masuk bekas sampai naik kebas jari2 ummi (^_^)

sejujurnya ummi risau juga takut2 kalau bekas ni tak begitu tahan untuk mengekalkan kebekuan susu2 tu..walaupun tuan kedai tu cakap bekas ni tahan berbanding dengan 1 lagi bekas yang ada di kedai tu..(sebab bekas ni panjang ke bawah, dan yang satu lagi melebar ke tepi)..terbayang2 susu2 ummi yang cair hari tu...fobia!!

alhamdulillah stok ebm ummi tu masih beku lagi bila sampai kajang. dengan tempoh perjalanan dari lebih kurang 7.30 pagi sampai 4.30 petang (9 jam)

masih beku..ais pun ada lagi...


ummi tak sempat nak ambil gambar step by step masa susun ebm tu..
tapi kalau ada ibu2 diluar sana yang nak tau, caranya adalah seperti berikut:
1. alas cooler dengan 3-4 helai surat khabar
2. tabur ais
3. tabur garam
4. susun ebm
5. ulangi langkah 2, 3 dan 4.
6.pastikan lapisan atas sekali adalah ais dan garam bukan ebm
7. tutup dengan tuala kecil
8. kemaskan penutup cooler.
9. letak cooler di bahagian dalam kereta.bukan di bonet
10. doa dan tawakkal pada Allah.

ummi ada lebih kurang seminggu lagi di kelantan ni sebelum kita semua balik ke kajang.. rancangan abi, kita nak singgah di cameron highland dulu sebelum pulang. dan kalau dapat mungkin kita bermalam di sana semalaman..jadi ummi risau dengan stok ebm yang seminggu ni..macam mana lah gaya nak bawa balik..

kalau dibawa ke cameron, peti mana pula lah kita nak tumpang sementara bermalam tu..yang ummi risaukan sebab ada susu yang beku..kalau setakat susu sejuk tu masih boleh dibawa bersama..

jadi ummi fikir, ada beberapa cara yang ummi boleh buat.
1.  bekukan semua stok ebm untuk tempoh seminggu ni dan kirimkan melalui bas.nanti minta tolong tok mami jemput ebm tu kat stesen bas.
2. oleh kerana ebm sejuk boleh tahan dalam 4 - 5 hari sahaja, untuk susu 3 hari sebelum kita ke cameron ummi tak bekukan, dan bawa bersama. susu yang terawal akan dibekukan dan dibawa balik pada masa yang akan datang.
3. tak perlu ke cameron, dan ummi boleh terus bawa bersama ebm tersebut pulang ke kajang.
4. tak perlu kumpul stok untuk 1 minggu yang tinggal.

antara 4 cara tersebut, yang no.3 paling ummi tak berkenan!hehe...ok..bukan senang abi nak bawa kita ke cameron ni..jadi jangan lepaskan peluang. dan no.4 tu mustahil ummi akan buat..rugi!rugi!rugi! kalau  tinggal 1 sesi pam takpe lagi..tapi kalau 1 minggu tak pam, rugi besar tu..

ok..nanti kita tunggu dan lihat..antara no 1 dan 2, mana yang akan ummi dan abi pilih..

Tuesday, December 4, 2012

piras!!

hari ni ummi nak cerita pasal piras (kalau orang belah pantai timur sebut pighah) atau kadang2 ada yang panggil cekenit.

gambar: google


piras/cekenit ni sejenis binatang yang sangat kecil ye anak2..dia binatang penghisap darah..dari badan kecil,hisap darah sampai badan jadi bepuluh kali ganda lebih besar!!! ia mempunyai kaki yang sangat mencengkam (mungkin mulut..tah)..ini membuatkan dia mampu untuk duduk berlama-lama disatu-satu tempat yang dia suka. dan kalau seseorang tu kena gigit dengan binatang ni, ianya amat menyakitkan..

*******************

ingat ummi cerita yang tasneem demam baru2 ni?hari ni alhamdulillah dah baik..badan dah tak panas..pun begitu, rengekan yang mengada-ngada masih berbaki..tapi ummi layankan juga lah sikit2..kasi can!

petang semalam,masa ummi tengah layan sedih sebab susu rosak, abi datang dengan tasneem..suruh buang benda kat mata tasneem..sebabnya abi dah cuba buang.tapi tasneem meronta2 tak bagi...jadi mana tau kalau dengan ummi tasnnem bagi kan..

emmm...tak bagi juga..2 3 kali juga ummi cuba nak buang benda kat mata tasneem yang dikatakan anak batu (sebab warna macam kelabu2 batu) tu..tapi meronta2 marah sambil nangis cakap sakit..abi siap pegang tangan tasneem supaya ummi dapat buang dengan mudah.....tak mudahnya kalau dah meronta..sampai gigil2 badan..ummi bila tengok macam tu memang ummi surrender dah. bukan apa, ummi tak sanggup nak tengok dia kesakitan..kesian..tak sampai hati.

tapi dalam hati ummi ni geram juga tengok benda tu tersangkut kat hujung mata tu.awal2 ummi perasan juga..masa tu kecil je..ummi ingat tahi mata..bila nak buang tasneem tepis tangan ummi.ummi biarkan sebab ummi fikir nanti lepas mandi hilanglah..rupanya tak hilang dan makin membesar..

bila belek betul2, baru ummi perasan yang benda tu adalah binatang..bukan anak batu atau tahi mata..patutlah tasneem menjerit2 sakit bila ummi abi sentuh..abi kata, ni piras!!ummi rasa mungkin sebab makhluk kecil ni tasneem jadi demam..gara2 sakit sangat..

kata tok abah, mungkin kena masa tasneem sibuk dengan kambing..kambing memang ada benda ni kat bulu2 dia tu..

akhirnya abi yang berhati besi tu yang buang..ummi pegang juga tasneem.....masa tu meronta, menjerit, menangis memang sakan!!memang menderita..ummi tak sanggup tengok...bila dah berjaya buang, tugas ummi pujuk tasneem..

sambil nangis sebut "abi buat...abi buat..." huhu...sebab tu ummi tak nak buang..nanti tasneem sebut "ummi buat..ummi buat.."hahaha...

ummi memilih untuk jadi tempat paling damai buat anak2...abi pula, biarlah dia jadi adiwira..penyelamat untuk anak2..hehhehe..

**orang kata kalau kena piras@cekenit ni memang sakit sangat2..kalau dah buang pun masih terasa sakitnya..ummi tak pernah kena..abi pun sama..kesian tasneem..

**tak ada gambar sebab binatang tu alahaiii...kecik bebeno

tinggal kenangan

stok susu yang ummi ceritakan semalam sudah menjadi kenangan..kerana ia sudah dicurahkan dengan penuh rasa hiba ke tanah!!

bukan ummi yang buang..tapi abi..ummi tak sanggup!!untuk keluarkan satu persatu dari peti pun dah berlinang air mata..apatah lagi untuk campak ke tanah..memang tak daya..ia sungguh menyesakkan dada!!

************

ia bermula bila abi memindahkan ebm tu ke peti rumah mak tok. tanpa disertai ummi...tau2 susu dah kena pindah..

entah macam mana abi susun susu2 tu dalam peti..yang sebetulnya ummi lebih puas kalau susu2 tu ummi sendiri yang pindahkan dan susun..sebab susu2 tu diperah dengan penuh kasih sayang..jadi, ada jiwa ummi didalamnya..sebab tu ummi sendiri yang nak buat..tapi abi lebih pantas!

dan pagi tadi masa ummi tengah menikmati sarapan ummi- segelas susu kambing sebagai sarapan pertama, tiba2 mak tok datang..-dia memang selalu datang..memandangkan jarak rumah tak lah jauh sangat...

tiba2 dia kata "sebab apa peti tak ada api?"

apa??????tak ada api?ini adalah soalan killer!!mampu menghentikan kadar denyutan nadi..

dia sambung lagi.."tak ada api sejak dari petang semalam..." terus hilang selera makan..air satu gelas pun tak mampu nak dihabiskan..dah dapat bayang keadaannya..

ummi memang tak sedap hati dah..tak senang duduk.dan perasaan masa tu memang tak dapat nak diceritakan..Allah saja yang tahu! ummi nak pergi tengok ebm tu..tapi tiba2 pula abi boleh pecut motor pergi sorang2..

ape ke hey nye tinggal ummi pulak ni..xfaham.

abi balik dan buat muka biasa..macam tak ada apa..tapi ummi masih tak puas hati..mana boleh tak ada apa..mustahil. dan ummi akhirnya pergi sendiri jalan kaki..bukan jauh pun..tak lama ummi jalan abi datang dengan motor..emm..tak dapat nak feel jalan sorang2..huhu...

bila ummi buka peti..pegang satu..dua..tiga..cair..semua cair!!dah rosak..hati pun cair..kecairan hati menghasilkan air mata yang mencurah2..dan ia ambil masa berjam-jam untuk pulih!

ummi bukanlah wanita yang berhati besi..yang bila tengok ebm beku tu cair, tidak terkesan apa2..ok.abi tak percaya bila ummi kata susu tu rosak..kata abi susu tu sejuk lagi..abi sayang..bukan masalah sejuk ke panas..masalahnya sekarang, ebm yang beku, kalau dah cair 100% kena habiskan dalam masa 24 jam..mana nak habisnya..

maka terbuanglah ia.tamat.

**lepas ni abi kena baca @ ambil tahu pasal susu ni..tak cukup kalau ummi je yang tau.

**rasa macam serik nak tinggal susu jauh2 dari ummi..

** terima kasih pada abi yang akhirnya berjaya menyenangkan hati ummi dengan belanja sebiji burger malam ni..tapi tak cukup..esok pizza pulak!!

**tak ada rezeki basyeerah..Allah..singkapkanlah hikmah untukku disebalik peristiwa ini

**tiada gambar kerana ia peristiwa amat tragis!!


~kota bharu~

Monday, December 3, 2012

stok susu di kelantan

**entri ini saya tulis semalam...ia entri paling kenangan sebab semuanya sudah pergi meninggalkan saya...


stok susu dari 19 nov sampai 30 nov 2012

alhamdulillah..inilah stok susu untuk basyeerah..seronok tengok..walaupun tak banyak macam orang lain..tapi ummi rasa puas hati..rasa macam tiap masa nak buka peti mengadap susu ni..sebab masa tasneem tak sebanyak ni....haha!!sungguh tak ada kerja..

sebelum balik kelantan, saya risau kalau peti penuh! mana nak letak susu2 ni..takkan pula tak nak pam langsung..ish!!rugi besar tu...

nak pula tok ummi ada cerita yang peti tu rosak..tapi alhamdulillah sudah selamat dibaiki dengan jayanya..tapi banyak juga perkara2 lain yang ummi fikirkan..
1. kalau stok banyak, penuh peti nanti macam mana?mana pula tok ummi nak simpan lauk2 dia..takkan lah ummi nak memonopoli 1 peti tu..(wahh!!monopoli?)
2. rumak mak tok ada peti juga..tapi tak besar mana..kalau sana pun penuh??

ahh..sudah...

peti tu ummi sendiri pandai2 bahagi 2..sebelah barang tok ummi..sebelah stok susu ummi..hehehe...masa ummi balik agak berisi juga..jadi terpaksalah tok ummi masak sup tulang..esoknya lagi masak sup gear box pula

bila habis tulang2 tu semua, tok ummi pun tambah beli lauk lain...ahahaii..camno ni??jadi abi pun pindahkan stok2 susu tu ke peti di rumah mak tok..tu pun abi kata agak penuh dah..ummi tak tengok lagi keadaannya macammana..padahal dekat je dengan rumah tok ummi ni..



ummi terpaksa slowdown aktiviti pam2 ni..tambah pula keadaan anak2 yang kurang sihat secara berganti-ganti..perhatian kena lebih..nak2 time tasneem demam

**hujung minngu ni insyaallah tok mami, tokdedi, cik wawa, cik lala nak  datang bercuti kat kelantan ni..jadi ummi fikir ummi nak kirim ebm tu

Sunday, December 2, 2012

tasneem demam

basyeerah dah baik demam..alhamdulillah..tapi ada batuk2 sikit..

Allah izin tasneem pula demam..pass baton kat kakak pula..sejak semalam..panas juga badan tasneem...ummi pun tak pasti apa punca sebenar...main panas agaknya..siang tu elok2 je tolong tok mek kutip buah manggis..

bila tasneem demam ni, macam2 ragamnya...banyak yang ummi boleh handle..ada juga yang ummi pass kat abi..ada yang tasneem sendiri pilih..(sama ada nak dengan ummi, abi atau tok abah)...tak ketinggalan juga ada yang ummo hilang sabar..tapi terpaksa ummi tahan kan..maklumlah..demam kan..

tasneem demam tak pergi klinik pun..cuma jelum2 dengan air je..itu pun tak berapa digemari tasneem...asal letak kain basah kat kepala mesti nak buang..asal basah2kan badan mesti merengek..sepanjang demam ni memang banyak merengeklah pendek kata..

tok ummi kata agaknya demam sebab aktif sangat..balik kampung ni macam2 aktiviti yang dibuat...jadi pengembala kambing-tolong tok abah @ tok chik keluarkan kambing dari kandang dan tambat ditempat2 yang bersesuaian, pergi jalan2 dengan tok chik- dari rumah tok abah..sampai ke rumah tok su..jauh juga tu..main hujan, main pasir..kutip buah..makan buah..ikut pergi beli nasi pagi2 naik motor..macam2 lah..

takpelah..ummi biarkan..biar tasneem belajar mengenal alam..selagi ia tak berbahaya..kat bandar susah nak dapat pengalaman2 macam ni

ragam budak demam: tiba2 je nak tidur dalam buai yang di"wujud"kan semula untuk adik

malam ni, tasneem nampak macam dah bertenaga sikit..dah  nak baik agaknya..kalau tak merengek memanjang..melekat je.. 

Thursday, November 22, 2012

basyeerah demam

diusia 44 hari basyeerah demam!!

sangat membuatkan ummi bimbang..sebab ummi rasa macam terlalu awal untuk anak sekecil itu untuk demam..

panas mula naik malam tu..makin lama makin panas..dan basyeerah mula tak lena tidur..jadi ummi pun sama..tak berapa boleh nak tidur..masa ni abi dan kakak tasneem tidur diluar..tak lama lepas tu abi masuk bilik sambil angkat kakak tasneem yang tengah tidur..

kemuncaknya bila abi masuk tu, basyeerah mula tak tidur..bagi susu pun tak mahu..dan bunyi suara macam tengah tahan sakit..mata basyeerah pun dah mula berair..mungkin sebab suhu badan dah naik sampai mata jadi berair..

masa ni ummi pun dah panik..jadi ummi ajak abi ke mana-mana klinik..sebab kita tak ada termometer, jadi tak boleh nak tengok berapa suhu basyeerah masa tu..awalnya abi macam nak tunggu esok sahaja..tunggu siang, baru ke klinik..tapi ummi tak boleh tahan lagi..jadi ke klinik juga kita pagi tu..dekat pukul 5 pagi..

39degree...panas tu..balik dari klinik tok umi mula siasat apa yang ummi makan sampai basyeerah jadi demam..jadi, bermula dari situ, apa yang ummi makan memang kena pantang..tak tau sehingga bila..mungkin hingga bila-bila..

hari ni hari ke 2..alhamdulillah, suhu pun dah berkurangan..ummi pun dah tak berapa panik lagi..semoga Allah cepat sembuhkan basyeerah..semoga Allah terus mengurniakan sabar dan kekuatan dalam diri ummi..

hujung sini adik sebagai pesakit..
hujung sana kakak sebagai tukang jaga adik yang tertidur kepenatan


**masa di klinik, timbang basyeerah..berat dah 4.5 kg..patutlah terasa sangat bila dukung dia..1 kg lebih dah naik!!

**jumaat ni ada majlis aqiqah basyeerah..tok mami, tok dedi dan makcik2 tak dapat datang..sebab tok dedi kena demam campak..cepat sembuh ye tok dedi..kata tok dedi, nanti sihat tok dedi datang..sebab tok mami sibuk nak shopping kat munduk..

**baru sikit ujian Allah beri, tapi hati ummi mula rasa sedih,risau dan macam2 lagi perasaan yang datang tak menentu..tiba2 ummi teringat ibu-ibu di gaza yang anak2 mereka menjadi mangsa tentera zionis..semoga Allah memberi kekuatan yang tak terperi kepada ibu ahli syurga ini..betapa jauhnya beza nak dibandingkan ummi dan mereka..Allah..

Monday, November 12, 2012

"begini sayang"




"begini sayang" - sebuah buku yang ummi beli tak lama dulu..di pesta buku antarabangsa di PWTC.

ia berkenaan bagaimana cara penulis menjawab soalan-soalan anak-anaknya..bukan soalan biasa..tapi soalan-soalan berkaitan dengan ketuhanan, kejadian alam dan sebagainya dan yang pastinya ia sangat berkait rapat dengan soal penerapan aqidah, akhlaq dan sebagainya sejak dari awal usia anak-anak lagi..

dan pagi ini ummi terbaca satu artikel di saifulislam.com, menjawab soalan anak berkenaan hal-hal kedewasaan..

cara ust.hasrizal menjawab sangat telus dan terang..

pada akhirnya ia mengingatkan:
jangan sesekali melucukan seks atau melucahkannya. ia memusnahkan seluruh proses pendidikan.

ada banyak tips-tips mendidik anak dalam tulisan beliau..dan ia sangat mudah untuk difahami..

Sunday, November 11, 2012

aisy..

aisy-yang sebelah kanan

aisy adalah sepupu ummi belah tok mami...-anak kepada adik bongsu tok mami..datang sini sebab cuti sekolah..

tadi, dia baru balik dari surau..ikut tok dedi solat maghrib..lepas masuk rumah, tegur-tegur tasneem..tengok adik basyeerah..lepas tu datang kat ummi...

"kak..kak..tadi ada orang perempuan solat kat surau.."

"pastu..??"

"pastu solat..balik lah.."

"aisy nak suruh sape pegi??"

"ko la.."

~hekhekhek...~

Wednesday, November 7, 2012

review: medela freestyle

alhamdulillah..setelah melalui segala onak ranjau berduri..akhirnya berjaya juga memilik medela fs idaman hati..(^_^)

mula-mula dulu..masa suarakan pendapat nk beli fs ni,abi kata tunggu ada anak kedua dulu..baru lah beli..sekarang pakai je dulu yang dah ada ni..(masa tu pakai medela mini e)

dan bila dah tau mengandung, bersorakan..sebab boleh beli fs!! 
maka dengan gigihnya kumpul duit bulan2 masa tu..sekali dengan duit nak bersalin kat swasta,upah urut dan tungku,ubat masa pantang,dan aqiqah..banyak  ribu juga..maka,sepanjang tempoh tu belanja kena beringat..tak boleh nak shopping-shopping sangat..kena kurangkan jalan-jalan..huhu..

disebabkan kos yang tinggi,abi pernah buat macam ni pada list keperluan bersalin yang kami dah buat..

breastpump: RM1400 (tengok keadaan)

boleh pulak ada dalam kurungan tu..
akhirnya berjaya juga kumpul..rezeki basyeerah..

tapi ummi agak lambat dapat guna fs ni..masa ummi oder tu ummi bajet dapat ngam-ngam bila basyeerah lahir..tapi lambat sikit..ummi punya mini e pula belum sempat servis..jadi agak rugi masa tu..

ok..ni baru nak review pasal medela fs:

1. fs memang sangat best pasal dia double pumping..(boleh juga kalau nak single pumping) jimat masa..sekejap je dah penuh 1 botol..jadi tak risau sangat untuk jadual mengajar ummi tahun depan..kalau jarak setengah jam pun masih sempat untuk pam.

2. ada 2 fasa sedutan..kira macam hisapan baby juga..maka dapat membantu mempercepatkan LDR ~ let-down reflex.

3.mesin kecil..senang nak bawa ke mana2 pun..masuk poket pun muat..boleh selit kat seluar@kain yang kita pakai..

4. bateri rechargeable...oh~~suka yang ni..tak payah susah-susah asyik nak beli bateri..atau nak cari sumber letrik..boleh pam dimana saja!bateri boleh tahan lama..cukup seminggu..

5. cakap pasal bunyi pula, bunyi memang ada..tapi tak lah sekuat bunyi mini e tu..(ada org kata mini e bunyi mcm mesin rumput)

6.selalu juga susukan basyeerah sambil pam sebelah lagi..senang..kalau masa guna mini e tu kan tak de untuk sangkut2..ni ada sangkut2..memang freestyle la..suka hati nak pam camne gaya pun..jangan sambil baring sudah..

7. barang mahal..haruslah banyak kelebihannya!!

sekian..

Thursday, November 1, 2012

detik2 bersalinkan basyeerah

al-kisahnya bermula begini....

appointment
hari isnin 8/10.12 memang ummi ada appointment check up dengan Dr. Anita di KPMC.appointment dengan Dr. Anita ni malam..pukul 8...jadi seperti biasa, ummi abi akan hantar kakak tasneem ke rumah tok mami..bukan apa, takut kakak tasneem bosan tunggu ummi lama-lama...sebab masa kali pertama bawa dah macam tu..

hari ni keluar awal sikit..dalam 6.30 petang..hantar tasneem dan ke Tesco sekejap untuk beli diapers cap petpet yang tengah ada offer masa tu...tapi malangnya ia sudah habis dibeli orang..sambil2 tu ummi sempat la capai roti untuk buat alas perut sementara nak tunggu jumpa Dr. Anita tu..plan kami, lepas jumpa Dr nanti nak pergi makan dulu sebelum balik rumah..

jumpa puan Doktor
kali ni alhamdulillah..dapat no. giliran awal..orang ke 3 kalau tak salah..tak lama sangat menunggu...untuk check up kali ini, Dr kata dia nak cek jalan.minggu lepas lagi dia dah maklumkan..katanya kalau belum bersalin, check up kali ni nak cek jalan...ok Dr!!

pendekkan cerita, Dr. pun cek jalan..sudah 4 cm ye puan-puan sekalian!! Dr. tanya, tak ada rasa sakit2 ke?memang tak ada rasa sakit pun Dr...kalau ada, tidak lah ummi berjalan-jalan sampai ke tesko!hehe...Dr kata lagi, dah boleh masuk wad ni..bersedia untuk bersalin!!~~oh..macam tak percaya je~~

Dr. sengih2 je bila ummi tanya dah nak kena bersalin ke Dr?..haha..boleh pulak ummi tanya macam tu kan..akhirnya "esok" yang ditunggu pun tiba..

mujur ummi tergerak nak suruh abi masukkan beg adik dan beg ummi dalam kereta..yeah...instinct seorang ibu!!~cehh~ 

makan
Dr. tanya dah makan belum..ummi kata makan roti..ingat nak pergi makan lepas pada check up..baru cadang-cadang nak berdating dengan abi sebenarnya..hehe...Dr. suruh naik dan pilih bilik dulu..baru keluar makan.tapi katanya jangan lama-lama...tapi malangnya bila dah naik atas, nurse dah tak bagi turun dah...huhu..sebab katanya dah buka 4 cm..tak boleh kemana-mana dah...alaaaahaaaiiiii~

nampaknya ummi makan jelah roti yang beli kat tesco tadi..abi pun sama...minum vitagen..maka dating dalam wad lah jadinya.. (^_^) ok juga kan dating kat wad..bukan senang kan..saja-saja nak dating kad wad memang tak dapat lah..~ok..berhenti merepek..~

bilik
kalau ikutkan masa awal-awal dulu, kami plan nak ambil bilik yang 3 katil saje..tapi masa nak check in tu bilik 3 katil tengah dibersihkan..jadi pendek cerita masuk je kat bilik yang 2 katil..kebetulan tak ada yang masuk kat bilik tu, jadi kami berdua je..abi tidur katil yang satu lagi tu..selamatt..

masuk ubat
bersalin kali ni kena induce lagi...belum rezeki nak dapat merasa sakit secara normal..tapi kali ni induce yang masuk kat salur darah..jadi tak adalah sakit terus secara mendadak macam masa tasneem dulu..ngeriii oh oh oh~~~~

ummi start masuk pitocin tu dalam pukul 10 lebih..memang menyukarkan pergerakan..pendek cerita lagi, tak lama lepas tu dah kena masuk labour room..masa ni dah mula rasa sakit..oh~ubat tu dah mula menunjukkan kesannya!! masa ni abi pun boleh tau masa mana ummi sakit sebab ada mesin yang ummi pakai yang boleh baca jantung baby dan kontraksi sekali..tak tau apa nama mesin tu.

doktor ada offer untuk ubat tahan sakit..mula-mula tu ummi taknak ambil memandangkan masa tu ummi rasa macam boleh tahan sakit lagi..siap nurse dengan doktor kata ummi boleh sengeh-sengih lagi kan..lagi pun katanya ubat ni boleh sebabkan ngantuk..ummi dan abi masa tu memang dah ngantuk-ngantuk dah..maklumlah..dah malam..memang time untuk tidur..tapi dah lama-lama rasa macam tak tahan pula..nak ambil ubat tu kena sebelum 6cm..akhirnya ambil juga...ngantuk memang ngantuk..siap tertidur lagi dalam labour room tu..time sakit terjaga..time tak sakit sambung tidur...hehehe

akhirnya
akhirnya tiba waktu untuk meneran..saat-saat yang ummi tunggu selama ni...huh...u(sebab tak tahan dah sakit..tak sabar-sabar nak teran)

masa ni abi tak ada dalam labour room tu..keluar nak buang air katanya..rupanya abi pergi baring-baring dulu sebelum masuk tandas..dan tertidur!!patutlah lambat masuk...sabar je lah...masa tu nurse ada tanya.."suami mana?"

mujur tersedar..masuk je abi kata dah nampak rambut..dah keluar kepala...untuk yang kali kedua ni ummi rasa ummi lebih berfokus..teran pun tak lah semberono je macam masa tasneem dulu...kali ni dah reti sikit...
dan alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan...lebih kurang 1.40 pagi basyeerah lahir..lepas je lahir ummi sambung tidur...hehehe...sampai ke esoknya kesan ubat tu terasa lagi...rasa mamai2 je..cakap pun rasa macam mengigau je...

basyeerah baru lahir


terima kasih
terima kasih yang tak terhingga pada abi yang banyak membantu...yang tak tertulis untuk disenaraikan..saya sayang anda!!



EIDUL ADHA 1433

(baru nak cerita pasal raya haji..huhu)

raya haji tahun ni kita tak balik kelantan (kalau ikut tiap2 tahun memang balik kelantan kalau keadaan mengizinkan) sebab ummikan tengah berpantang..kalau ikutkan abi ada juga cadangan nak balik...(abi balik sorang) tapi tak jadi...maka berayalah kita di kajang..tok mami siap tanya pagi raya nak beraya kat mana?tak nak balik kampung ke? (kampung disini merujuk pada rumah tok mami yang jaraknya tak sampai 10minit berjalan kaki)

malam raya kita balik kampung-rumah tok mami..tok mami siap buat ketupat lagi..kita 3 beranak tidur sana..kecuali abi...abi balik rumah sebab nak bagi keselesaan pada cik wawa dengan cik lala..

tahun ni abi ada join qurban 1 bahagian kat kelantan..tapi oleh kerana tak balik..maka wakilkan orang sana je..abi tolong-tolong untuk acara qurban kat flat tempat tokmami tu je..

tok dedi pulak cadang nak balik johor petang raya pertama..bila dengar tu ummi rasa nak ikut sama..bila bincang dengan abi, abi pun setuju..sebabnya tok yot tasneem tu pun dah tua dan tak berapa sihat..lagi pun bila lagi nak balik..hujung tahun nanti dah balik kelantan sepenuhnya..

alhamdulillah..jalan lengang...orang kampung pun sihat semua..termasuk tok yot..

2 malam duduk sana kita sempat ziarah tok long..(mak long ummi) ada buat qurban disana..jadi ramai anak-anak @sepupu ummi yang ada..hari kita pergi ziarah tu, sepupu ummi genap 30 hari bersalin..ummi pula masa tu baru 18 hari..2 ibu yang masih berpantang dalam 2 keadaan yang berbeza...ummi dah macam orang habis pantang gayanya..kuikuikui...

hari ahad..perjalanan pulang..kita gerak tengahari..dalam pukul 11..abi nak balik awal sebab banyak lagi kertas periksa yang belum ditanda-terlupa nak bawa balik ke kampung...tapi jalan dah mula sesak..dengar cerita tempat lain pun boleh tahan sesak..yang balik kelantan pun perjalanan sampai berbelas jam!! oh..tak dapat dibayangkan!!!

*tahun depan kena tolak duit qurban dari awal..thn lepas cakap macam ni juga..tapi tak terbuat..thn depan kena BETUL-BETUL BUAT!!!!

*gambar raya takde la pulak...

kerenah anak-anak

anak-anak....memang sangat menguji kesabaran....fuhh!!(sambil lap peluh)

bila anak dah bertambah jadi 2 ni terasa betul cabarannya..terutama sekali bab kawalan emosi...bab ni memang selalunya fail!! selalu juga terlepas..kadang-kadang je yang terkawal..huhuhu..teruknye mak!! 

semoga Allah beri kekuatan untuk jadi ibu mithali..

masa awal-awal lepas bersalin hari tu ummi saya memang datang tiap hari..uruskan si kecik terutamanya...sambil-sambil masak dan kemas rumah sikit-sikit..(anak kecil memang saya pas terus pada suami...saya bahagian bagi susu je..selebihnya saya tak buat..masa tasneem pun macam tu..)

saya memang tak pandai nak mandikan yang baby-baby ni..tak berani pun ye juga...

pernah beberapa hari ummi saya tak datang..memang saya mandikan pun ala kadar je..basuh tempat kena najis..basuh muka sikit..badan sikit..pastu dah..huhu..gosok leher ke telinga ke..memang takde lah..

1 perkara yang memeningkan saya ialah tasneem..waaa~~tak jadi kerja dibuatnya..sibuk "mengemas" rumah...main air..makan main-main..nak jaga adik lagi..macam-macam...yang sebenarnya mungkin dia nak perhatian dari saya..malangnya saya tak mampu nak bagi sepenuh perhatian pada dia sebab adik pun nak kena diperhati juga..kalau adik tidur takpe lah..

bila adik tengah menyusu..dia pun merengek nak susu.padahal baru habis sebotol...sudahnya saya tinggalkan sekejap adik...(walaupun adik tengah nangis) dan buat susu tasneem.

bila saya meriba adik (sebab breastfeed) tasneem pun nak baring juga atas riba..sudahnya saya tak boleh bergerak kemana-mana..

bila saya on laptop..tasneem pun mula mintak alif ba ta...upin ipin..ajak duduk atas kerusi lain tak mahu..nak juga beriba..sudahnya kerja saya tak siap..layankan upin ipin dan alif ba ta..

bila saya tengah pam susu..dia pun cepat je datang dekat....nak tekan2 juga..sesekali saya bagi..tapi selalunya tak..

selalunya suara saya naik dulu dari tangan..hehe..tu yang suami saya tegur...jiran-jiran dengar..
tasneem ni bijak..tapi kebijaksanaannya tu kadang-kadang buat saya jadi speechless...

tasneem..tasneem..

**anak baru 2.......maknya dah terpening-pening nak urus...tu belum anak 12 lg..
HAH??12??OH TAK MAMPUUU!!!

Tuesday, October 23, 2012

maka cerita susu pun bermula...

bila dah ada baby baru ni, maka hal-hal berkaitan dengan mengumpul susu pun bermula..kali ni episod 2 pulak..episod 1 masa zaman kakak tasneem dulu..

untuk episod 2: basyeerah ni, banyak juga benda baru yang ummi beli...yang utamanya breastpump..benda yang memang jadi idaman hati sejak dari dulu..medela freestyle..wuhooo~ kumpul duit sejak dari awal mengandungkan basyeerah lagi...

ummi dah oder fs tu..dan dah sampai pun..

perkara ke-2 yang terlintas dalam kotak pemikiran ni pula ialah beli sterilizer..sebab tak rajin untuk merebus barang2 yang berkaitan tu kan..lepas tu pula dah bertambah botol2 susu semua..jadi macam bagus juga kalau ada sterilizer tu..

berkebetulan dengan itu, auntie kunak berbulan madu kat london...dia ada offer untuk belikan sterilizer cap tommee tippee..katanya murah..pendekkan cerita, ummi setuju untuk beli..mula2 tu macam belah bagi juga nak beli..tapi bila dah pertimbangkan beberapa perkara..maka belilah..

dan perkara ke-3 ialah ummi sedang memikirkan macam mana gaya ummi nak bawa balik stok ebm sepanjang kita balik kelantan nanti..mula-mula ummi fikir macam malas nak pam sepanjang disana..tapi bila fikir2 balik, rugi besar kalau tak kumpul stok..penat2 beli fs tak manfaatkan pula..kan?

jadi mesti juga kumpul susu..ada pula malas nak pam..rugi..rugi..rugi!!!

tadi ummi pun dah BW untuk tau cara yang terbaik untuk perjalanan jauh bersama ebm tu ..dan alhamdulillah ummi jumpa caranya..tak susah pun..tapi ummi risau juga..sebab kajang-kelantan bukan dekat...

mesti ada:
1.cooler box..(ummi mungkin guna bekas polistrin atau ada orang panggil gabus)
2. ais (ada orang kata guna ais mesin- ais yang nelayan guna untuk simpan ikan)
3. garam (katanya boleh membantu melambatkan pencairan ais tu)

faktor-faktor lain pun membantu juga:
1. letak bekas tu dalam kereta..bukan bot kereta..suhu dalam bonet lebih tinggi dari dalam kereta.
2. cuaca. pilih untuk jalan waktu sejuk..ummi abi biasa jalan awal pagi..lebih mudah..anak2 pun tgh nyenyak tido waktu ni..
3. kurangkan berhenti...supaya cepat sampai...berhenti untuk solat dan makan..kalau boleh ummi nak bawa bekal je..masak makanan yg ringkas,sedap, dan lambat basi...ape ek??

jadi sekarang ummi kena cari bekas polistrin dan milk storage bag..(kalau tak ummi pakai bekas dadih tu...tapi macam makan ruang pula..)

**cik kunak baru bagi tau yang sterilizer tu habis stok..alahai...melepassss...

Tuesday, October 16, 2012

kakak bercerita

assalamualaikum semua..

hari ini, biar kakak bercerita..

semalam adalah hari ke-7 adik lahir..jadi semalam juga abi menyelesaikan beberapa perkara yang disunatkan buat pada hari ke-7 kelahiran..

1. bagi nama pada adik..

setelah beberapa hari menimbang (bukan pakai timbang tepung tok mami) tara beberapa nama yang tersenarai, akhirnya abi memilih nama ini untuk adik..


BASYEERAH BINTI MOHD FADLULHILMI

memandangkan semalam adalah hari terakhir abi cuti, maka semalam juga abi pergi ke JPN untuk selesaikan urusan pendaftaran adik. sekali dengan isi borang TAWAS..kakak tak dapat sebab lahir luar selangor..huhu..harap maklum.


2. botakkan kepala adik..

yea!! adik dah botak!!tak ada rambut dah..dengan dibantu oleh ummi, abi mencukur kepala adik..agak mencabar sebab adik tak tidur..kepala bergoyang kiri kanan..tambah memeningkan kalau kakak ada..hehehe..




nanti rambut tu akan ditimbang dengan nilaian emas..dan duit tu akan disedekahkan..

ok..setakat ini dulu..cerita ummi bersalinkan adik akan ditaip oleh ummi pada satu masa yang diizinkan kelak..insyaallah..

** tok mami kata bagi nama basyeerah macam aunty basyirah abd rahman... muka adik pun bulat macam aunty jugak!

** ok, nampaknye aunty kunak kena tukar header baru..sebab sekarang adik dah ada!!


Friday, October 12, 2012

ahli baru!!

alhamdulillah...
keluarga kita sudah bertambah bilangannya..kini menjadi 4! dengan kemenangan di pihak ummi 3-1...

ummi selamat melahirkan adik
pada hari selasa 23 zulkaedah 1433h, bersamaan 9 oktober 2012

adik lahir di KPMC, disambut oleh Dr. Anita dan beberapa nurse yang baik!
dengan berat 3.3kg, panjang 53cm
alhamdulillah, ummi bersalinkan adik secara normal...

cerita lanjut mengenai kelahiran adik ummi akan tulis kemudian..insyaallah..



kakak tasneem yang baru lepas nangis sebab sibuk nak pegang adik!!


Monday, October 8, 2012

gigi tumbuh lagi

kakak tasneem sedang menghadapi fasa pertumbuhan gigi ke 13, 14, 15, dan 16 nya.

bermula dengan 2 gigi bahagian atas yang keluar hampir serentak...tak lama lepas tu 2 gigi yang bawah pula..alhamdulillah, untuk 4 gigi kali ni ummi perasan yang tasneem tak adalah sampai demam teruk..batuk-batuk je masa tu..

ummi pun lambat sedar yang gigi tasneem dah keluar..yang ummi boleh tersedar tu masa tengah baring-baring berdua dengan dia sambil sembang sebelum tidur...barulah perasan ada putih-putih..rasa tajam..sah!gigi...

satu lagi yang ummi perasan, gigi tasneem selalunya tumbuh 2 serentak (atau hampir serentak)..dan kalau yang bawah dah keluar, tak lama lepas tu atas pula..

yang merisaukan, gigi dah banyak..tapi kalau nak gosok tu agak liat...camne tu??

Saturday, October 6, 2012

esok

minggu selepas ummi pergi kursus KSSR di PPDHL, macam biasa ummi pergi ke sekolah..

kawan-kawan ramai yang mengusik kata ingatkan dah bersalin..hehe...ada kakak tu tanya.."fifah, bila?..esok ke?" ummi pun selamba je jawab,"..a'a..esok kak.."

pendek cerita, dari hari isnin, sampailah ke hari jumaat, kalau bukan kawan-kawan ummi yang kata esok bersalin, ummi sendiri pula yang akan kata esok ummi bersalin..hehe...

sampai nurse yang cek up ummi pun kata esok lusa juga...tak lama dah tu maknanya.

**sila bersedia ye!!

ummi akan mula bercuti secara rasminya bermula 8.10.12...tak sampai 2 bulan pun nak sampai cuti sekolah dah..rugi sikitlah..

kalau ikutkan, kat sekolah ummi ada sukaneka hari ni..tapi ummi tak pergi pun..rehat-rehat dirumah sahaja..berdua dengan tasneem..

bila agaknya "esok" yang dikatakan tu akan tiba ye?berdebar ni..

rabbi yassir

Saturday, September 29, 2012

hampir tiba!!

38 minggu 2 hari..

masanya hampir tiba...

ummi ada 2 pilihan tempat bersalin...barakah dan KPMC..
kalau waktu sesuai, saya mungkin akan ke Barakah di klang..kalau waktu agak memuncak, saya akan ke KPMC yang sangat dekat dengan rumah..10 minit kot..

apa-apa pun semoga segala urusan dipermudahkan Allah..rabbi yassir!!

hari ni ummi baru selesai berkursus selama 4 hari di PPD Hulu Langat..kursus KSSR Pendidikan Islam thn3..seronok..sebab dapat ilmu baru..tapi sedikit melelahkan..sebab terpaksa duduk dalam jangka masa yang lama!! sakit pinggang tau..

tapi mujur juga PPDHL ni dekat dengan rumah kita..jadi tak risau sangat..kalau rasa-rasa tiba-tiba macam nak bersalin, boleh call tok mami..abi nak balik ambil pun masih sempat..tapi kalau kursusnya jauh, haruslah ummi tolak awal-awal lagi..(yang ni pun sebenarnya last minute baru tau kena pergi kursus..dah nak balik baru PK1 panggil...lari plan habis)

kalau ikut masa tasneem dulu, bersalin awal seminggu..minggu ke 39 dah keluar..yang adik ni ummi tak tau lah macam mana gayanya..sama-samalah tunggu, lihat dan berdoa..

minggu lepas, masa check up dengan Dr. Anita, adik lebih kurang 2.8kg dah beratnya.dan ummi ada tanya juga, adakah adik ni dah masuk jalan? kata Dr. Anita, adalah normal bagi anak ke-2 dan seterusnya untuk tidak masuk jalan seawal anak yang sulung..masa tasneem dulu memang awal betul masuk jalan..sebab anak kedua ni ruang dalam perut tu besar sikit dah..boleh rileks-rileks dulu...tapi kedudukan adik dah betul..boleh jadi bila nak bersalin nanti baru masuk jalan...jadi tak ada apa yang perlu dibimbangkan..

ummi pun dah minta cuti awal..nak berehat-rehat saja dirumah sambil selesaikan mana urusan yang belum selesai..minggu depan adalah minggu terakhir ummi di sekolah..jadi ummi harus siapkan semua kerja-kerja sebelum mulakan cuti..insyaallah cuti akan bermula 8.10.12..due date 12.10.12..tak de lah awal sangat cuti kan??

ikutkan nak minta 2 minggu awal..tapi tak lepas..dapat seminggu je.maklumlah, sekolah kecil..dan ummi pula tak ada alasan kukuh untuk minta 2 minggu awal..terima sahaja..mujur dapat cuti awal seminggu..kan?syukur alhamdulillah...

**hujung minggu depan, 7.10.12 kenduri kunak belah lelaki..kalau belum bersalin, boleh ikut!!

Thursday, September 27, 2012

KPMC pula

isnin lepas ummi berkesempatan untuk buat check up di Kajang Plaza Medical Centre..(KPMC)

banyak betul hospital tempat ummi buat check up kali ni..huhu..yelah, mana taknye...bila orang tanya.."nanti bersalin kat mana?"..dan bila jawab "klang" je, hampir semua yang dengar terkejut...rata-rata akan respon begini..

"jauhnya!!"
"sempat ke nak pergi ke klang tu??kan jauh.."
"kalau kena masa tak jem tak pe lah..kalau kena time jem..tak sempat.."
"kenapa tak bersalin kat kajang je? annur ke..azzahra.."

aishhh...cuak juga kadang-kadang bila dengar respon-respon yang macam ni..

jadi, sebelum terlambat..ummi dengan abi pun pergi survey hospital terdekat..KPMC...(kalau nak ke KPJ macam mahal sangat je gayanya..)ini sebagai back up plan..tengok keadaan masa nak bersalin nanti..boleh ke??hehe...

ada isteri kawan abi yang bersalin di sana, katanya perkhidmatan memuaskan..harga pun ok..tak mahal sangat...



ini brochure yang ummi ambil di sana..

kat sini ada 3 doktor..2 adalah pakar (Dr. Anita & Dr. Jamil) sorang lagi bukan pakar..tapi beliau sangat berpengalaman juga..(Dr. Mimi)

masa buat check up baru ni, ummi buat temujanji dengan Dr. Anita...walaupun agak lama nak tunggu giliran tiba, (dekat sejam lebih) tapi bila dah masuk dalam bilik Doktor, jadi sejuk perut tengok Dr. Anita..hehe..perwatakan dan penampilan macam Dr. Khairiah (Dr. di Barakah)..pakai tudung labuh dan sangat berkasih sayang..terus rasa terpikat..

alhamdulillah semuanya ok..cuma 1 saja...Dr kata air ketuban cukup-cukup sahaja..jadi minggu depan kena jumpa lagi..nak tengok perkembangannya.

tak apalah dimana pun..doakan dipermudahkan urusan bersalin nanti...