Friday, December 30, 2011

suka masuk dapur

assalamualaikum...

lama ummi tak menulis kat sini..ada sebulan lebih rasanya..yelah..sejak dari cuti sekolah bermula..

suka dapur
tasneem ni sangatlah suka masuk dapur..eh..bukan dapur je..semua tempat pun tasneem suka masuk..tak terkecuali bilik air...sebab tu kena pastikan semua pintu tertutup..jadi, jika ada tetamu yang datang, tasneem boleh ambil peranan sebagai pemandu pelancong..boleh tunjuk segala ceruk rantau dalam rumah kita..ye tasneem..

berbalik kepada cerita dapur tadi,petang tadi ummi nak masak bubur..macam biasa, ummi akan ambil periuk,buka pintu kabinet dan cedok beras..tasneem memainkan peranan selaku pemerhati tegar..tengok ummi buka pintu, cedok beras..tak lama lepas tu, dia pula buat benda yang sama..buka pintu, main beras...oh~oh~ bertaburan la beras..

sebelum ni kalau masuk dapur, yang jadi perhatian tasneem adalah rak pinggan..dan kawasan-kawasan yang terbuka dan dapat dicapai dengan tangan halus itu..

ye..ummi tahu..tasneem tak sabar nak belajar masak..nanti dah sampai masanya, kita akan berganding bahu masak untuk abi dan adik-adik yang lain..kita akan masak sama-sama dengan penuh kasih sayang..barulah makanan yang kita masak tu nanti dapat mengikat hati-hati dalam keluarga kita..

tetamu bertandang
baru-baru ni kita terima tetamu..kawan tasneem yang duduk di sarawak..wardah namanya..tapi ummi tak teringat nak ambil gambar tasneem berdua dengan wardah..umur tasneem 2 bulan lebih muda dari wardah..tapi masih lahir dalam tahun yang sama..

nampaknya tasneem seronok bila wardah datang..main sama-sama, bergurau senda..bertaaruf..tapi sekejap je tasneem dapat main dengan wardah..harap-harap lepas ni wardah datang lagi..

tasneem, ummi harap, bila tasneem dah mula berkawan nanti, tasneem pilihlah kawan yang baik-baik, yang solehah, yang bijak..supaya tasneem turut sama jadi seperti mereka..solehah dan bijak...kawan yang baik itu umpama cermin..kalau elok rupa mereka, insyaallah elok jugalah rupa kita...

kawan yang baik juga umpama penjual minyak wangi..sapa yang dekat dengannya pasti akan berbau wangi juga..tapi kalau kawan yang tak baik ibarat tukang besi..yang dekat dengannya mesti dapat tempias dari asapnya...begitulah perumpamaannya tasneem..

akhir sekali, sebelum wardah terbang pulang ke sarawak, sempat bagi hadiah pada tasneem..hadiah basikal kayuh-kayuh..termasuk juga duit untuk tasneem beli aiskrim -kata ummu wardah...(sabar jela)
apa pun terima kasih kepada keluarga wardah kerana sudi bertandang ke rumah kami...

tasneem, andai bila-bila nanti ada tetamu yang datang ke rumah kita,terimalah mereka dengan hati yang terbuka..berilah mereka keselesaan semampu kita..insyaallah sangat besar ganjaran yang menanti kita..sebab islam sangat menganjurkan penganutnya untuk memuliakan tetamu...kalau ada kesempatan nanti ummi akan cerita mengenai menerima tetamu ini..

Sunday, December 4, 2011

ini arnab

pagi ni kita bersiar-siar di laman umah tok abah...

hirup udara pagi..(ha..pagi la sangat..)hehehehe...

tok abah dengan rutin tiap-tiap pagi, keluarkan kambing dari dalam kandang dan tambat di luar supaya kambing tu dapat makan rumput segar..dan tok ummi setia menemani...

dan tasneem ikut menyibuk..oleh kerana tasneem belum pandai berjalan sangat, ummi rasa ok lagi...ummi tak dapat bayang nanti bila tasneem dah dapat kaki...ohohoh...bagaimanakah nantinya?

ye..sama-sama kita nantikan...

oleh kerana tasneem belum pandai jalan sangat lagi, jadi ini adalah aktiviti yang tasneem mampu buat setakat ini..






main arnab..
mujur arnab ni tak begitu lincah...jadi boleh la tasneem belai-belai main...
ada 2 ekor arnab yang tok abah bela..
tapi yang sekor lagi tu sibuk meneroka alam..
maklumlah, jarang sekali dapat duduk lepas...selalu dalam kandang je..
lari sana..lari sini...sampai kucing pun geram nak terkam...

tak apa..nanti bila tasneem dah boleh jalan dengan cemerlang..
tasneem pula yang lari kejar arnab yang satu lagi tu...

Friday, December 2, 2011

tasneem 11 bulan

alhamdulillah..2 hari lepas genap usia anak ummi yang solehah yang diberi nama tasneem ni 11 bulan...

kita menyambut usia 11 bulan tasneem ni di tempat tumpah darah tasneem..di bumi kelantan yang indah permai ini..

dari hari pertama tasneem lahir, hingga ke hari ini dah banyak perubahan yang berlaku pada tasneem..memang la kan..harus lah ada perkembangan..takkan pulak sama je..hehehe.. dan ummi sangat-sangat mensyukuri nikmat anak yang dikurniakan pada ummi dan abi ini..nikmat yang bukan semua orang dapat rasa..

ada antara kawan-kawan tasneem yang bakal dapat adik lagi...tahniah pada mereka..tasneem??bila pulak??oh~oh~oh~ ummi memang tak makan apa-apa pil perancang atau apa sahaja yang sama waktu dengannya...ummi terima apa sahaja yang Allah beri..pastinya Allah itu lebih baik perancangannya.

ok..berbalik pada tajuk kita ye tasneem...

untuk 11 bulan ni, ummi tujukan ini untuk tasneem....

burung kakak tua
hinggap di jendela
Tasneem sudah besa
giginya sudah dua

(perkataan BESA sengaja dibuang  R untuk menyamakan irama..harap maklum..)

pertama:
 tasneem dah ada 2 gigi yang sangat jelas dilihat..2 gigi atas..tak termasuk dengan gigi bawah yang masih malu-malu kucing untuk memunculkan dirinya. ummi ada juga cuba untuk ambil gambar gigi tasneem yang besar tu..tapi sangatlah sukar ummi rasa..tasneem tak berapa nak bagi..cuma ini sahaja yang ummi ada..gambar ni pun cik lala yang ambil..
luas betul tasneem nganga mulut..huhu...masa gambar ni diambil..atas tu baru ada satu je gigi..tapi sekarang dah ada dua..gigi kedua tu muncul baru je lagi..dalam masa seminggu ni..dan yang dalam bulatan merah tu pula, kalau diperhatikan betul-betul, boleh perasan ada gigi yang "cinonet" sangat.. sekarang ni ummi perasan, tasneem suka betul laga @ gesel-gesel gigi atas dengan gigi bawah yang baru nak tumbuh tu..

dan alhamdulillah, setakat ni tasneem tak menyakitkan ummi dengan gigi tasneem masa menyusu..solehah anak ummi ni..dan ummi harap sampai ke umur 2 tahun jika diizinkan Allah tasneem dapat mengawal giginya masa menyusu dengan ummi...

kedua: 
tasneem dah pandai melambai sendiri!!hehe...kalau sebelum ni ummi akan pegang tangan tasneem dan gerakkan supaya nampak macam melambai-lambai...tapi hari selasa baru ni, masa kita nak hantar cik wawa dengan cik lala naik bas, tiba-tiba je tasneem lambai-lambaikan tangan kat tok abah dan tok ummi..terkejut juga ummi..ummi ingat macam kebetulan je tasneem melambai tu..rupanya memang tasneem dah boleh lambai..contohnya macam tok abah nak keluar, tok abah lambai kat tasneem dan tasneem akan lambai balik pada tok abah...pandai ni..

ketiga:
bab emosi pula...tasneem dah mula faham bila ada orang marah..tinggi suara sikit atau kadang tu bukan lah tinggi suara pun..berubah nada je..tapi nanti tasneem akan mula mencebik..kalau masa tengah mencebik tu orang sambung lagi marah, keluar bunyi "aaaa...aaaa..." macam baru nak nangis...pastu macam ada pause sekejap..baru terus nangis secara marathon...hehehe..kadang-kadang lucu juga tengok tasneem macam tu..

lagi satu, pandai tunjuk reaksi geram..kelakar ummi rasa..dengan tangan dua-dua belah tergenggam sampai gigil..dengan gaya muka lagi..tiru sapa lah ni...aduhai...

muka senget-senget macam nak geram dah ni..


keempat:
tasneem masih lagi dalam proses jalan-jatuh-jalan-jatuh...bila pimpin tangan sebelah, boleh dan nak berjalan lebih dari empat langkah..tapi kalau tiba-tiba tangah jalan tu ada yang menarik perhatian tasneem, terus nak duduk dan tak nak jalan lagi..

*kasut yang abi beli baru ni hilang..tak tau kemana..misteri betul...

kelima:
kuat makan tasneem ni..nampak je orang bawa makanan...terus pergi kat orang tu..nak mengunyah saja..mentang-mentanglah dah ada gigi..

pun begitu, tasneem masih lagi menyusu dengan ummi..ada masa, tak nak juga makan..nak menyusu dengan ummi juga...cuti ni ummi memang manfaatkan betul-betul masa ummi supaya dapat susukan tasneem semaksima mungkin..

ummi tak pam pun susu sebabnya, pam yang ummi ada tu (mini E) ummi rasa macam tak berapa kuat pulak sedutannya..2 minggu terakhir sebelum ummi cuti sekolah, ummi ada pinjam pam kawan ummi..double pumping..best juga..memang rasa berbeza..hasil pun nampak lebih banyak..ummi rasa nak beli pam baru lah...yang double punya.FS ke..hehehe...tapi abi kata, tunggu anak kedua lah baru beli yang baru..huhu..ok abi..maksudnya tahun depan boleh la beli yang baru!!*teeettt*

setakat ni saja yang ummi mampu tulis..kalau ada lagi ummi akan buat part 2 pula..kalau tak ada, maksudnya tamat di sini sahaja untuk tajuk ini..

gambar terbaru..ni lah port kegemaran tasneem..pantang lepa...ke sini la dia pergi..tarik laci dan kemas semua barang dalam tu..rajin kan??


Thursday, December 1, 2011

tasneem dan alam

alhamdulillah..

di kelantan banyak perkara yang kita boleh buat bersama satu keluarga..kebanyakannya yang jarang kita dapat buat bila kita di kajang..terutamanya bila ummi dan abi bekerja..jadi cuti-cuti macam ni ummi betul-betul nak manfaatkan masa yang ada untuk kita bergembira sekeluarga..*ayat macam masa lain tak gembira pula..hehehe

kebetulan juga cik wawa dan cik lala ada sekali ikut kita balik ke kelantan..jadi ni kira 2 dalam 1 lah..

ni di pantai cahaya bulan..PCB..

saja bagi tasneem jalan berpijak diatas pasir...
biar ada pengalaman rasa pasir tu macam mana...
hehehe..
*padahal kasut tak bawa
tasneem pun seronok je..dengan angin yang kuat sampai terselak2 gaun tasneem..
*tempat ni tak sesuai untuk bermandi manda ye anak-anak...

lokasi alam kedua..
kita pergi ke taman perbandaran tengku anis
ni macam tempat rekreasi keluarga..
ada playground..
ada tempat jogging..
ada sikit binatang..
ada juga kemudahan macam surau dan tandas..

latihan berjalan...


tasneem takut-takut nak bagi rusa ni makan..

lepas bagi rusa makan..kita pergi main pulak..ni adalah kali pertama tasneem ke playground
kali pertama main semua benda dibawah..

masa main benda kuda ni, pandai pulak tasneem goyang-goyang badan kedepan kebelakang..


gelongsor...orang patutnya menggelongsor ke bawah...tasneem pergi panjat naik atas...
sabar je la kan..


masa untuk buaian...tengok la gaya tasneem ni..mula-mula duduk elok..
lepas tu bongkok kedepan...melentik ke belakang..
tak ke pening ummi dengan abi..
tapi dalam banyak-banyak, ni la yang tasneem macam takut sikit..
menggigil masa main..
sudahnya, sekejap je duduk atas buaian ni.

tasneem,alhamdulillah...
Allah cipta alam yang indah ini untuk kita..
inilah sebenarnya bukti kekuasaan Allah..
dan yang paling penting,
semua ini adalah bukti Allah itu ada




Sunday, November 27, 2011

maka cuti pun bermula..

tasneem sayang..anak ummi abi yang solehah...

cuti kita baru bermula..walaupun cuti sekolah sudah bermula seminggu lepas..tapi hakikatnya kita baru sahaja mula untuk cuti..ummi dan abi masing-masing masih meneruskan saki-baki kerja untuk seminggu selepas cuti akhir tahun persekolahan sesi 2011.

dan macam biasa, cuti sekolah biasanya kita satu keluarga akan pulang ke kelantan..cuti kali ini kita balik cuma untuk 2 minggu..dan baki cuti yang ada tu, kita ajak tok abah dan tok ummi ikut kita balik kajang pula..

kesempatan cuti yang ada ni ummi teringin nak bawa tasneem jalan-jalan..tasneem ke ummi yang nak berjalan ni sebenarnya?? bawa tasneem berpijak atas rumput..atas pasir tepi pantai..main kucing..dan macam-macam lagi yang kita tak dapat buat bila balik kajang..tapi agak terbatas juga sebenarnya.sebab sekarang musim hujan..juga musim banjir..kalau dah banjir, memang kita tak dapat kemana..cuma dirumah sahaja..tapi setakat hari ni, ummi rasa keadaan masih lagi ok..jalan-jalan raya masih boleh digunakan..cuma boleh nampak beberapa kawasan yang rendah dah mula ditenggelami air..syukur alhamdulillah kerana rumah tok abah ni tak pernah dinaiki air..kalau tak jenuh juga..

cuti hujung tahun ni biasanya orang akan ambil peluang untuk buat kenduri..ummi dengan abi pun tak terlepas dari mendapat jemputan dari teman2 kami..dan insyaallah jemputan itu akan dipenuhi semampunya...tak ketinggalan juga, ummi abi ambil kesempatan cuti ni untuk ziarah kawan-kawan yang lama tak jumpa..dan tengok kawan-kawan baru tasneem juga!!

ya..musim orang kawen dan musim orang bersalin!!hehehe...

apa2 pun ummi nak ambil kesempatan ni untuk ucap tahniah pada semua..sama ada yang akan atau baru melangsungkan perkahwinan, juga yang baru atau akan melahirkan tak lama lagi..

selamat berjuang kepada zaihan, amin, zahra, ani, nadzrah, dan kawan2 yang terlupa sebut nama kat sini juga ibu2 mengandung yang sedang menunggu hari diluar sana..tahniah pada kak faz atas kelahiran medina...tak lupa juga pada k.sha dan nazifah yang sudah mengandungkan anak ke dua anda!!

Tuesday, November 22, 2011

2 nikmat...2 ujian

tasneem yang ummi dan abi sayangi selalu..
semoga anakanda membesar sebagai seorang mukminah yang solehah...

2 nikmat itu ialah....
balik cuti raya haji baru ni ummi dan abi telah jumpa 2 nikmat serentak...nikmat yang sudah lama kami nanti-nantikan dan angan-angankan..

1.tasneem dah mula menapak tanpa memegang apa-apa..sebelum ni tasneem memang dah boleh berdiri..ya..bermula dengan tasneem mampu berdiri sendiri untuk masa yang sangat pendek..dalam 1 atau 2 saat mungkin..berubah pada boleh berdiri 5-6 saat..kemudian boleh bergerak dalam keadaan berdiri (berjalan) tapi kena paut pada tempat-tempat macam kat kerusi atau meja..dan sekarang ni dah boleh melangkah 3 4 langkah..alhamdulillah..ummi dan abi tak sabar nak beli kasut jalan untuk tasneem..hehe...

latihan untuk tasneem

2.satu hari, masa tu dalam kereta..on the way nak beraya agaknya..ummi tengok macam ada banda pelik pada gusi bawah tasneem...ummi pun rasa lah dengan jari..emm..keras..tengok betul-betul ada gigi rupanya..tapi sangatlah sikit..kalau tengok macam ada garis halus warna putih..setakat itu sahaja..ummi sangat teruja dengan perkembangan tasneem ni..hari-hari buka mulut tasneem untuk tengok perkembangan gigi tasneem..atau paling kurang, masukkan jari ummi untuk rasa gigi tu..hehe...tak berapa lama lepas tu, ummi dan abi perhatikan, ada kelainan pada gigi atas pula...tapi ni pelik sikit.. tak macam pada gusi bawah..nampak macam dah bengkak sikit dan ada bentuk gigi..macam 2 batang gigi yang diselaputi gusi..beberapa hari lepas tu muncullah gigi yang dinanti!! dan gigi atas tu nampak macam lagi banyak keluar dari gigi bawah yang lebih awal dikesan..gigi bawah tu masih maintain macam tu dari awal penemuan...hehehe...

alhamdulillah..begitulah kisah 2 nikmat yang kami tunggu-tunggu..dan sebenarnya banyak lagi nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tasneem yang tak mampu nak ummi coretkat setiap satu darinya..semoga kita terus-terusan menjadi hamba yang bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita..

apa yang ummi perasan, setiap kali balik ke kelantan, ada sahaja benda baru yang tasneem tunjuk..mungkin hadiah untuk tok abah dan tok ummi yang jarang sekali untuk kita jumpa..jadi bila balik sekali sekala tu, tasneem akan ada hadiah untuk mereka..indahnya susunan Allah untuk kita.

2 ujian itu ialah...
sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya...cuma kita yang mungkin tak sedar bila hikmah itu terjadi.

1. tasneem sedang demam batuk dan selsema. sudah 2 malam tasneem tidak sihat..semalam agak panas juga kepala tasneem..dan paling ummi kesian bila tasneem batuk-batuk...tak sanggup rasanya tengok tasneem dalam keadaan macam tu..untuk sementara ni tasneem masih ummi hantar pada nenek..sebab ummi masih ada saki baki kerja, mesyuarat dan sebagainya yang memerlukan ummi ke sekolah sehingga hujung minggu ini. dan yang paling menggembirakan bila guru besar umumkan kalau sudah beres semuanya pada hari khamis, maka jumaat tak perlu datang ke sekolah lagi..sudah boleh bercuti!!

ada orang kata mungkin tasneem demam sebab nak beralih bulan..atau mungkin kerana sudah mahu tumbuh gigi dan mahu berjalan..apa-apa pun ummi harapkan semoga apa sahaja yang berlaku akan mendatangkan kebaikan pada tasneem sendiri dan pada kami sekeluarga juga.

2. handphone abi hilang. ye..baru hilang. masa ambil ummi di sekolah tadi, masuk je dalam kereta abi kata jom beli talifon..heran juga ummi..rupanya handphone abi hilang..mungkin hilang masa abi di kedai makan..dan ummi rasa kalau hilang di kedai makan tu memang peluang untuk dapat balik sangat tipis..sebab kat kedai kan memang ramai orang..entah ke mana lah perginya..semoga yang ambil itu terbuka hatinya untuk memulangkan semula handphone tu..sebenarnya yang paling di kesalkan bukan nombor-nombor yang ada dalam tu..tapi gambar-gambar tasneem yang sangat berharga tu..gambar dan video..sebab satu pun tak pernah di transfer di mana2...huhu..

talifon baru belum beli lagi..cuma sempat uruskan hal sim sahaja..sim dah ada, tapi talifon belum ada..tunggu gaji lah esok lusa..

salam sayang dari tasneem untuk semua..

Friday, November 11, 2011

tahniah untukmu

tahniah untuk sepupu saya yang bernama AMINAH...

beliau akan bernikah malam ini..

barakallah lakuma!!
lagu maher zain yang tajuk barakallah itu ditujukan untuk anda
*sila search lagu tu sendiri ye..hehe...

untuk itu, ummi saya ada buat ini untuk beliau
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

kek biru selaut kasih selangit sayang
haha..

best tak nama yang aku bagi kat kek ko min??


sekian cerita tentang orang nak kawin malam ini

***************




ini cerita lain pulak...

sedang tok mami sibuk men'design' kek....



tasneem pun sibuk bekerja juga!!



mulut dah penuh dengan krim kek..


alahai tasneemku...

alif ba ta


ini video kegemaran tasneem...

ummi tak ingat bila kali pertama kenalkan video ni pada tasneem..tapi dah banyak bulan juga lah..
bermula dengan tasneem selalu sangat "bantu" ummi dan abi masa kami tengah sibuk guna laptop..
jadi,
satu hari ummi minta abi carikan video belajar4 untuk tasneem..
dari pada 'bantu' kosong je..lebih baik 'bantu' sambil belajar..
ada juga faedahnya..

dan setiap kali kami on laptop..terutamanya abi..
akan buka sama video ini untuk tasneem..

dan hasilnya..memang nampak sangat tasneem berminat untuk dengar..
buktinya:
1. boleh dengar dengan sangat tekun untuk jangka masa yang boleh tahan tanpa mengusik laptop...
(dengan syarat duuk atas riba)
2. kalau bagi tasneem dengar sendiri, dia akan sibuk nak pegang sofia dan rayyan yang dalam skrin tu..
3. akan ralit dengar..dan tak peduli kat ummi dan abi..(untuk seketika..huhu)
4. tersenyum-senyum bila dengar nasyid ni dipasang..kadang-kadang bunyi dari mulut tasneem.."ha...ha..ha.."...dan bunyi-bunyi lain yang sewaktu dengannya..tak lupa juga mulut akan ternganga-nganga..hehe..
5. kalau nasyid ni pasang tanpa gambar..tasneem nampak macam tertunggu-tunggu kemunculan sofia dan rayyan kat skrin laptop..
6.sangat cam dengan muziknya..kalau tasneem duduk tempat lain dan tiba-tiba terdengar nasyid ni..memang tasneem akan cari kat mana..berhenti main, lepas tu merangkak laju-laju sampai tersembam!hehe..

(^_^)

::itulah gelagat tasneem::

aidil adha 1433h

alhamdulillah...segala puji bagi Allah kerana tidak putus-putus mengurniakan pelbagai bentuk rahmat kepada kita semua..terutamanya nikmat islam dan iman..semoga kita dapat sama-sama kekal dalam dua nikmat terbesar tersebut sehingga keakhirnya.

aidil adha
aidil adha sudah berlalu..bagi mereka yang menunaikan ibadah qurban..semoga ibadah kita diterima Allah..semoga kita masih sempat lagi untuk menjalani ibadah qurban dan berpeluang untuk menjadi tetamu Allah di masa akan datang...

on the way nak balik kelantan..tasneem tunggu abi solat jumaat sambil dengar khutbah jumaat

raya kali ini alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami; selangor-kelantan-selangor dipermudahkan Allah..bercakap pasal perjalanan,balik ke kelantan kami guna jalan biasa yang kami lalu..-gua musang...tapi yang menariknya untuk pulang ke selangor,kami lalu grik!!-laluan alternatif yang diguna kalau gua musang banjir..hehe..

laluan ke grik memang agak jauh kalau nak dibandingkan dengan laluan gua musang..tapi sekali sekala lalu apa salahnya..seronok juga Allah izin dapat "memanjat" banjaran titiwangsa...sejuk bila sampai kat puncak..dapat tengok tasik banding..gajah je yang tak jumpa...huhu..
*bila lalu grik teringat cerita kawan-kawan yang terserempak dengan gajah la..itu la..ini la..

peristiwa hari raya...lembu yang dah selamat disembelih..

raya kali ni banyak juga duit yang keluar..belanja balik kampung, duit untuk bayar lembu (1 bahagian je) dan duit jalan-jalan..Allah izin cuti raya kali ni dekat dengan cuti deepavali..jadi memang banyak juga berhabis..masa cuti deepavali hari tu pun tahan-tahan je tak berjalan..tapi ke GM jugak perginya..sebab raya banyak nak pakai duit..bila ummi fikir-fikir balik, ummi rasa ummi dah kena sediakan tabung khas untuk korban sahaja..sebulan letak rm50..nanti dah sampai masa nak raya, taklah terasa sangat duit sekelepuk keluar untuk bayar lembu..huhu..

ok..balik dulu...tata titi tutu..

Wednesday, November 2, 2011

tasneem 10 bulan

alhamdulillah..tasneem telah membesar dengan sihat sepanjang 10 bulan ini..alhamdulillah..alhamdulillah...

tengok..tangan dah warna warni sebab main dakwat printer...


1. tasneem kuat makan...menyusu pun boleh tahan...sebenarnya tasneem dah minum susu campur..susu ummi dan susu kambing jenama "karihome" tu..sedih jugak ummi mula-mula..sebab terpaksa campurkan susu...tapi kata nenek, nak tak nak kena jugak beli susu formula sebab susu ummi memang tahap kritikal..perah hari ni untuk bekal tasneem esok..tak perah hari ni, esok tasneem tak boleh bawa bekal ke rumah nenek..sedih kan..tapi susu yang ummi beli tu tak bermakna boleh bagi suka-suka je..itu cuma susu dimasa-masa kecederaan..takkan nak bagi air masak je pulak semata-mata nak mempertahankan tak nak campur dengan susu formula..

2. masih belum tumbuh gigi..takpe..lambat tumbuh gigi,lambat sikit rosak..hehe..

3.masih belum boleh berjalan..tapi dah boleh berdiri untuk tempoh masa yang agak lama..tinggal tunggu nak langkah aje..

4. masih pakai diapers saiz m..yang ummi perasan badan tasneem macam tak naik sangat..tinggi je yang bertambah..kalau berdiri dah paras separuh peha ummi..

5.pernah abi buat-buat marah sebab tasneem kacau abi punya laptop..meraung juga lah..padahal abi haip!haip! dari jauh je..

6.pandai main cak-cak dengan orang..terutama dengan orang yang tasneem tak pernah atau jarang jumpa...contohnya macam orang kat kedai ke..mula-mula tersipu-sipu bila ada orang tegur..sampai lembik-lembik badan melekat kat ummi..lepas tu tarik tudung ummi untuk jadi tempat menyorok...dah sorok muka, mula la main hide n seek guna tudung ummi..

7.senyuman tasneem yang sangat menawan!!aduhh...cair hati ummi bila tengok tasneem senyum..hilang semua perasaan yang entah apa-apa tu..

tasneem sayang,gembirakan hati ummi dan abi sampai bila-bila ye...walau kami tiada lagi didunia...

p/s:tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab tasneem pun sibuk nak menaip jugak!

Tuesday, November 1, 2011

hati-hati

kini ummi dan abi perlu lebih berhati-hati...
kerana tasneem dah ada kemahiran baru..




dah mula nak dapat kaki ummi rasa..
ni pun dah mula pandai panjat..
abi pun siap buat latihan untuk tasneem..
latih tubi turun dari katil..
masih belum mahir dan perlu perhatian lagi..
abi tak sabar nak tengok tasneem berjalan..
ummi pun sama..dan kadang2 rasa rindu detik2 tasneem yang tak pandai apa2 lagi..
hehe..

tudung tasneem

assalamualaikum...

dah lama ummi tak update blog ni...entah apa masalahnya ummi tak dapat nak buka blog...
"SSL error"

entah..ummi pun tak reti nak buat macam mana.ni pun ummi update dari rumah nenek saja..

ummi ada beli tudung untuk tasneem..sebenarnya tudung tu datang sepasang- anak&mak
tapi ummi ambil tudung untuk tasneem saja..untuk ummi..ohh~ ummi kurang berkenan..

muka tak berapa nak senyum sebab tangan dah kena pegang..tak boleh gerak dah..hehe

tangan dah mula nak cabut tudung...

hari ni tasneem ikut nenek pergi jumpa doktor gigi..
bukan tasneem yang jumpa doktor gigi...tapi nenek tasneem..tasneem takde gigi lagi..huhuhu..

nenek pun pakaikan tudung tu..kata nenek, warna tudung tu dah sama dengan uniform yang doktor gigi tu..
jadi nanti besar tasneem pun jadi doktor gigi juga lah ye!

hari ni dah ada perkembangan kata nenek..tasneem dah tak cabut tudung yang dipakai..sebab bila tangan naik kepala-nak cabut tudung je nenek sepuk tangan tasneem..banyak kali juga lah tasneem buat percubaan untuk cabut tudung tu..tapi tak berjaya..akhirnya sampai ke balik tudung tu masih dikepala tasneem..alhamdulillah..

ummi nak biasakan tasneem pakai tudung dari kecil..
ummi ingat lagi masa ummi kecil2 dulu..nenek selalu nyanyikan kat ummi nasyid ni
"....tutup aurat..tutup aurat..jangan bagi dilihat...maruah tinggi peribadi mulia...itulah tuntutan agama..."
ummi nak cari juga nasyid tu..tapi macam dah tak jumpa je..kalau jumpa boleh bagi tasneem dengar..kalau tak alamatnya ummi jelah yang nyanyi sendiri...hehe..

Sunday, October 23, 2011

sunat qurban

bismillah..

tasneem, tak lama lagi kita akan sambut aidil adha..raya qorban kata orang kita..atau ada yang sebut raya haji..

tahun ini insyaallah akan beraya di kelantan..memang diawal2 perkahwinan, ummi dan abi dah putuskan untuk pulang raya aidil adha tiap tahun di kelantan..itu pun kalau keadaan cuti mengizinkan..biasanya aidil adha cutinya tak sebanyak cuti aidil fitri..macam tahun lepas, abi cuti tak lama..jadi kita qorban kat sini sahaja..abi join ustaz sekolahnya untuk 1 bahagian lembu..tapi nampak gayanya abi tak begitu puas hati dengan suasana raya dan ibadah qorban tu sendiri, jadi tahun ni abi gigih juga nak balik ke kelantan..awal2 lagi dah tempah 1 bahagian lembu kat tok abah..

habis cerita pasal raya kita..

entri kali ni ummi nak kongsi 1 perkara yang ummi kira jarang disebut orang...ke ummi yang jarang dengar??

gambar: google

perkara sunat bagi orang yang ingin melakukan ibadah qorban


1. tidak memotong kuku dan bulu - seperti rambut, misai, janggut...
masuk 1 zulhijjah, orang yang sudah berniat untuk melakukan ibadah qorban sunat untuk tak potong kuku dan memotong bulunya hinggalah penyembelihan qorban dibuat. jadi, jagalah keduanya supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan terurus.

hadith Rasulullah tentang hal ini:
"apabila masuk sepuluh terawal bulan zulhijah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadah qorban, maka janganlah ia membuang (memotong) bulu dan kukunya.." (riwayat muslim)

perbezaan pendapat dikalangan ulama':
imam nawawi berkata para ulama' berbeza pendapat tentang hukum hadith ini.
imam ahmad dan sebahagian dari ulama' syafie mengatakan haram memotong bulu dan kuku.
imam syafie dan ulama yang lain mengatakan perbuatan itu makruh tanzih (makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram)

jadi bagi mereka yang sudah berniat untuk qorban, elaklah perkara tersebut dan buatlah persiapan awal kearah itu.

2. menyembelih sendiri
kalau mampu kita disunatkan untuk sembelih sendiri.tapi kalau ada keuzuran atau sebab lain, maka harus kita wakilkan pada orang yang berkemampuan. kalau berpeluang, eloklah kita tengok binatang qorban itu semasa disembelih.

3. menghadapkan haiwan kearah kiblat diatas rusuk kiri dan membaca doa.
doa yang perlu dibaca ketika proses penyembelihan:


بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ اَللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنِّي

bermaksud:
"dengan nama Allah dan Allah maha besar. ya Allah binatang ini daripadaMu dan akan kembali kepadaMu. ya Allah terimalah daripadaku."


waallahu a'lam.

Sumber: majalah SOLUSI isu 36

maaf ye..

saya minta maaf pada yang pernah tanya mengenai no telefon klinik tempat tasneem dilahirkan...

maafkan saya kerana lambat memberi respon pada pertanyaan anda..(T_T)
mungkin masa anda tanya tu anda masih mengandung dan saat saya beri no fon ini, anak anda sudah pun pandai merangkak!!

oh~~ maaf sekali lagi...(-_-)




ini adalah nombor telefon klinik bersalin annur, kubang kerian..
097644392

Saturday, October 22, 2011

habits & sunnah

UPSR dah lama berlalu..
yang ada sekarang cuma debaran untuk tunggu keputusan UPSR tu nanti..
cikgu, murid, ibu bapa...semua berdebar menanti keputusannya..
***ini cuma selingan***




tengah saya berjoging secara maya di internet ni, menjenguk khabar kawan-kawan...
membaca sesuatu yang bermanfaat..
saya jumpa ini...



comel kan??

bukan comel yang nak saya fokuskan..
tapi cara pelukis ni menyampaikan mesejnya...
mudah untuk faham dan sangat menarik hati..

perkara kecil yang selalu kita pandang sebelah mata..
anggap sebagai tak penting..
tapi kalau kita dapat ubah benda kecil ni,
kita dapat pahala dengan cara mudah
dengan cara yang diajar Rasulullah..

mencintainya dengan mengamalkan sunnahnya..


jom!!
kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul

p/s: nak kumpul buat jadi komik untuk tasneem lah...nak lukis sendiri tak pandai..hehe

Friday, October 21, 2011

silibus baru

ini bukan kisah KSSR yang sangat merumitkan kerja seorang cikgu..
ini cerita tak ada kaitan dengan KSSR pun..

*************************



baru2 ni ummi dan keluarga halaqah ummi susun semula pengisian dalam halaqah kami...

dipendekkan cerita, kami sama2 sepakat  untuk memenuhi halaqah kami dengan pengisian yang berikut:

1. kelas tajwid (memandangkan salah seorang dari ahli adalah seorang hafizah, maka peluang itu tak disia-siakan..)

2. bedah buku : tarbiyatul aulad..(hampir semua ahli halaqah ummi berpangkat isteri dan ibu, maka adalah sangat sesuai untuk kami sama2 membaca dan mengupas buku hebat dari Abdullah Nasih Ulwan ini..nak harapkan baca sendiri tak tentu lagi hasilnya..bila dah masuk dalam slot usrah ni, nak tak nak kena curi masa juga untuk baca..hehe)

3. serikandi islam..(biasanya kalau sebelum2 ni umum sangat..pasal sirah..tapi untuk kurikulum baru ni telah dispesifikkan kepada serikandi...ye..lebih berfokus kepada serikandi yang kita boleh ambil tauladan dari aspek seorang perempuan, anak, isteri dan ibu...)

4. isu semasa...(ini adalah untuk tau hal2 semasa yang mungkin terlepas pandang..konon macam sibuk sampai tak sempat nak ambil tahu hal yang berlaku sekeliling kita..)

dah 2 minggu halaqah ummi berjalan dengan silibus baru ni..dan ia sangat membuat ummi tak sabar tunggu tiap2 minggu..tambah2 bab kupas buku tarbiatul aulad tu..

hajat hati ummi nak kongsi apa yang dah kami dapat dalam buku tarbiatul aulad tu dalam blog ni..supaya dapat jadi macam nota ringkas untuk ummi dan mungkin juga dapat dikongsikan dengan orang lain...

p/s: sekarang ummi ada dirumah nenek..bermalam disini..abi ada kerja diluar..ummi terlupa nak bawa buku tarbiatul aulad tu sekali...jadi, ummi akan kongsi pada entri yang akan datang insyaallah...

Tuesday, October 11, 2011

jari halus banyak fungsinya...

ni adalah salah satu sebab ummi jarang nak update blog...

kerana ada jari jemari yang halus ini!

apa yang si jari halus tu dah buat??

ini dia...

mempersembahkan...hasil seni si jari halus

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

haluskan jari saya??

saya selalu tengok ummi dan abi tekan-tekan kat keyboard ni..
saya rasa setakat tekan-tekan tu tak mencabar sangat..
saya mahu sesuatu yang lebih dari itu..

ini adalah antara kerja saya..dah 3 huruf kat laptop abi saya dah korek..
banyak lagi huruf yang saya belum korek...
kalau ada masa, dan kalau abi izinkan, saya akan korek lagi dan lagi...
hehehe...


p/s: keyboard abi ni memang dah lama rosak...jadi pakai external keyboard sahaja...sebab tu la tak berapa kisah kalau tasneem korek pun..namun begitu, tak cantik juga kalau habis rongak keyboard ni..huhuhu..tetap juga kena halang tasneem dari meneruskan aktiviti korek mengorek itu..

sekian terima kasih...(^_~)




salam sayang dari tasneem juga


Monday, October 10, 2011

tasneem 9 bulan

alhamdulillah..tasneem dah makin besar..sudah 9 bulan!!

dah makin bijak..sampai ummi kadang pening kegeraman..huhu...bukan geram marah ye puan2..tapi geram sayang..

merangkak dah tersangat laju..pantang ummi dan abi lepa, mula lah tasneem buat kerja...
dah mula nak berjalan nampak gayanya..dah boleh berdiri sendiri siap tepuk2 tangan..tapi lepas tu duduk semula..ada dalam 1 minit berdiri tu ummi rasa..memang sekarang ni sangat suka berpaut di mana2 sahaja tanpa mengira tempat itu sesuai atau tak...

dah pandai nak kiss ummi dan abi...haha..comel kan..bila ummi dan abi muncungkan mulut, tasneem pun hulur mulut jugak!!bijak sungguh puteri ummi abi ni...tapi kena tengok mood juga..kalau tasneem tengah sibuk main, memang tak laku la sapa yang muncungkan mulut pun...

rajin sangat bersembang..sambil bersembang tu banyaklah bunyi mulut yang tasneem buat..kadang2 ummi dan abi pun ikut sama tiru bunyi tu..

cakap pasal suka berpaut tadi tu, ummi ada satu cerita...pasal tasneem di hari genap tasneem 9 bulan...

satu hari..masa ummi sibuk kat dapur, tasneem pun tak mahu kalah..dia pun tunjuk bakat juga..jadi ummi biarkan saja..asal tak sampai terlibat dengan benda2 bahaya sudah...ummi sediakan mangkuk2 dan bekas2 plastik lain untuk alat masak tasneem...dah puas main bekas yang ummi sedia, tasneem pindah pulak dekat rak garam ummi...ummi biarkan lagi..selalunya memang itulah tempat main dia..ummi tak bimbang sangat sebab semua yang ada disitu ummi dah ikat, masuk dalam bekas..cuma yang bahagian atas je ada botol pelbagai jenis sos dan kicap..biasanya apa yang ummi dah susun kat bawah tu akan disusun semula oleh tasneem..agaknya sebab ummi susun tak cantik kot...

tiba2 tasneem bangun berdiri dan paut pada rak ummi tu..rak tu pulak rak plastik je..entah macam mana rak tu terbalik..mana tak nya..tasneem tu kan dah berat..pendekkan cerita..habis tergolek semua...ada 1 botol sos pecah..alhamdulillah tak kena tasneem..disebabkan memang barang semua ummi letak dalam bekas, tak lah berterabur sangat..cuma 1 je..bekas oregano..agaknya tutup longgar..tertumpah atas muka tasneem..masuk mata... merah jugak lah mata tu bila dibersihkan oleh abi..lepas tu tasneem tidur keletihan...

yang lucunya, bila dah bangun tidur nampak ummi bersiap2 pakai tudung, tasneem pun apa lagi...nangis...meleleh air mata..tiba2 ummi nampak macam pelik je..rupanya kat air mata tu ada oregano!!huhu..

macam2 lah tasneem ni bertuah sungguh!!

p/s: ummi ingat nak letak gambar..tapi memori kad tak boleh buka pulak..katanya not accessible...

Monday, September 19, 2011

cerita rojak

alahai...payah betul ummi rasa nak update blog akhir2 ni..

payah ke malas??ahaha..ummi pun susah nak jawab..yang ummi perasan, sejak dari bulan puasa tu ummi dah mula jarang update...

bila puasa ummi memang taknak sibuk dengan updat blog je..bila raya pulak sibuk ziarah sana sini...bila habis cuti raya dan mula bekerja, masih sibuk jugak berziarah dan menerima tetamu..dan ummi sangat gembira dengan keaadaan itu-berziarah dan menerima tetamu...

minggu lepas adalah minggu UPSR.13 sept-15 sept...ummi terlibat dengan jadi pengawas UPSR di sekolah berdekatan dengan rumah kita. asalnya ummi dapat sekolah tempat abi mengajar..dan abi dapat sekolah yang paling hampir dengan rumah kita.masalah ni...huhu...memandangkan ummi memang tak ada lesen lagi,payah juga tu..takkanabi nak hantar ummi, lepas tu kena bekejar ke tempat abi pulak..kalau macam tu lah, kena keluar lebih awal dari biasa..kalau biasa pukul 6.30 pagi, jadi nak kena keluar pukul 6 pulak...adus...tak sanggup rasanya...

jadi, sebagai penyelesaiannya kami tukar suka sama suka...oleh kerana ummi dapat  tempat abi bertugas, jadi ummi terpaksa cari orang ke 3.kesimpulanya, ummi ke sekolah yg dekat dengan rumah kita, abi pulak ke sekolah pihak ke 3 tadi, dan kawan tadi ke sekolah abi...alhamdulillah masalah tu d selesaikan...

hujung minggu baru ni ummi buat makan2 di rumah kita..asalnya ummi ingat nak buat sikit2 je..sebab abi ada ajak kawan2 dia datang beraya di rumah kita...dan ummi pun teringin nak ajak kawan2 ummi juga..oleh kerana ini kali pertama buat makan2, ummi mintak tolong nenek masakkan nasi impit dan rendang...dan, ummi mintak tolong juga makcik ummi masakkan bakso...dan ummi??ummi buat benda paling susah..buat dadih dan potong tembikai...susahkan??hehehe....

ooh..tak lupa juga, ada lagi satu menu..waffle..ni cik aula yang buat..memang dapat sambutan hangat!!!
awalnya masa ambil makanan tu ummi macam dah takut juga...takut makanan tak habis..tapi alhamdulillah..sehingga ke tetamu terakhir, makanan cukup...atau lebih tepat lagi, cukup2..jadi tak lah membazir...

walaupun penat sikit, tapi ummi sejujurnya sangat gembira..sebab ramai yang datang rumah ummi hari tu..sampai satu tahap penuh semua ruang yang ada...tasneem pulak masa tu memberi kerjasama yang sangat baik..kerjasama yang bagaimana?tasneem telah memberi kerjasama dengan tidur lena pada waktu tetamu ramai di tahap puncak!

masa tu siap ada bilik tidur umtuk kawan2 tasneem juga..ramai kawan2 tasneem yang datang dalam keadaan tidur..dan jadi tempat untuk menyusu juga.dah macam nurseri pulak ummi rasa..

itu cerita ummi...cerita tasneem pulak sekarang sudah makin lincah..kelincahan itu juga yanng membuat ummi makin kurang menaip..sebab ummi lebih suka menghabiskan masa ummi mengadap tasneem sambil menguruskan hal2 rumahtangga yang lain.

kemahiran tasneem juga makin berkembang..sekarang, selain laju merangkak, tasneem dah mula memaut..berdiri dengan berpaut pada mana2 tempat yang boleh..macam paut pada kerusi, lepas tu bergerak dari hujung sana ke hujung sini..

satu lagi minat tasneem ialah main dengan tisu...satu ketika tasneem suka sangat tarik2 tisu yang dalam kotak tu..tarik 1..2..3..4..5..6...tasneem nk buat training untuk masuk pertandingan "anda ada 60 saat" tu ke??em..agaknya tasneen suka@pelik tengok tisu tu kot...lepas dah tarik ada lagi, tarik ada lagi..tak habis2..sabar jelah...kadang2 kalau ummi mood baik, ummi biarkan je tasneem tarik2..bagi tasneem ada pengalaman tarik2 tisu..kadang tu ummi tak bagi jugak..

lepas pada minat tarik tisu tu, tasneem naik satu tangga..lepas tarik tisu,racik2 tisu pulak..racik selagi boleh..tarik satu, racik sampai halus..tarik lagi, racik lagi...sekali sekala yang dah racik kecil2 tu masukkan dalam mulut...ha..kelam kabut ummi korek balik..

aktif kan tasneem?ye memang aktif..tu belum kira mulut dia lagi..banyak cakap sungguh..nak jadi cikgu macam ummi dan abi jugak ke tasneem sayang??

kerana melayan kerenah tasneem tu lah ummi sayang nak tinggal dia..lebih rela blog tak ter update..hehe..satu lagi yang buat ummi agak kurang mood nak update ialah laptop..laptop ummi dah rosak..laptop abi pun sama..yg ummi punya memang rosak teruk.tak boleh hidup terus...yg abi punya pula keyboard rosak..terpaksa pakai ext. keyboard.. tasneem pulak sangat minat dengat laptop abi ni.. satu hari, tangan halus tasneem tu sibuk tekan2 keyboard laptop abi..siap korek2 pulak..hasilnya tercabut satu huruf!

yang ext keyboard ni pulak selalu juga jadi mainan tasneem.selalunya tasneem akan tepuk2 keyboard ni sekuat hati..akhirnya yg ext ni pun jadi tak berapa nak betul..sekejap ok..sekejap k.o...

begitulah cerita kami...

Friday, September 9, 2011

cakk!!!

lama betul ummi tinggalkan blog ni..

balik kampung memang betul2 memanfaatkan masa kat sana 100%..tak kiralah sama ada di kelantan atau di johor..bila tiba raya memang kami ambil kesempatan untuk ziarah saudara mara yang mana sempat...

jadi memang tak sempat nak update blog masa di kampung...yang sempat pun update kami selamat sampai di kelantan..itu sahaja..anda pun boleh tengok betapa ringkasnya ayat dalam entri tersebut...

habis cuti..mula kerja..ingat boleh update macam biasa..tapi Allah izin, isnin pertama bekerja, tasneem tak sihat...ahad lagi badan tasneem dah terasa suam2..bila tiba isnin, mula terasa panas badan tasneem..3 hari juga lah tasneem demam..rabu tu baru nampak kurang panasnya. tapi bila panas dah kurang, naik pulak macam bintik2 merah di muka. lepas muka badan dan tangan pulak..hari ni dah nampak macam turun ke kaki..campak ke macam tu?

jadinya, bila dalam keadaan tasneem tak sihat ni, masa ummi memang betul2 ummi habiskan menghadap tasneem je..tasneem tak berapa nak main dengan abi sangat..asyik nak berkepit dengan ummi je memanjang..dengan abi pun tasneem tak nak...letih juga ummi dibuatnya..

sebab2 sampingan lain ialah ummi sibuk kemas rumah..maklumlah seminggu dah tinggal..ni pun ada lagi yang belum selesai..internet pun alahai...tak menyokong langsung...sekejap timbul sekejap tenggelam..

cerita raya pun ummi tak sempat nak tulis..insyaallah nanti kalau ummi sempat, ummi akan cerita juga pada tasneem..dah basi baru nak cerita

Saturday, August 27, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah...kami sekeluarga selamat sampai kelantan..sampai agak awal juga..lebih kurang 8.30 malam..tapi penatnya tak terkata..huhu...

Friday, August 26, 2011

jom balik kampung

*ini adalah post yang sudah ditaip awal2..dan kemudian publish secara scheduled.harap maklum.

kami sedang dalam perjalanan pulang ke kelantan..lepas habis sekolah..terus gerak balik..beg dah bawak siap2 dari pagi tadi..tasneem pulak nenek dia hantar ke sekolah saya tepat jam 12..huhu..nak kejarkan supaya sempat solat jumaat di bentong..

kalau ikutkan, sebenarnya tahun ni giliran ummi..raya di johor..tapi ummi bagi diskaun kat abi..tahun ni abi boleh raya kelantan dulu..tapi tahun depan raya johor balik..kira tukar je..takde lah diskaun ape pun sebenarnya..huhu
ni sebab cuti yang pendek punya pasal.tu je..

situasinya macam ni;
jumaat lepas sekolah dah gerak, raya dalam hari selasa kan..so plan asal ingat nak balik kelantan dulu, dah nak raya baru balik johor..balik johor dalam 2 hari, raya kedua dah gerak balik ke kelantan pulak..pastu dalam hari jumaat ke sabtu baru balik kajang..aduhai..bayangkan...penat rasanya berulang alik kajang-kelantan-johor-kelantan-kajang..penat tu dah satu hal..duit lagi..huish!!tak boleh jadi..lalu plan pun ditukar..

maka perjalanannya jadi begini,lepas sekolah terus balik kelantan dan raya kat sana 2 hari macam tu..barulah balik johor..tak perlu ulang alik macam orang-banyak-duit.

doakan kami selamat dalam perjalanan kami...

Thursday, August 25, 2011

1 hari lagi

esok dah nak balik kampung...

ni rumah tok kelantan satu ketika dulu..sekarang dah berubah wajah...
pokok rambutan depan rumah tu dah takde..harap maklum..

hari ni kena siap kemas semua ye!!!
abi dah pesan awal2 kat ummi suruh kemas semua baju siap2...
seminggu awal abi dah pesan..tapi ummi je yang tak kemas2 lagi..
tapi nak taknak hari ni mesti jugak siapkan semua..
sebab esok dah nak balik..
kemas beg..
kemas rumah...dari dapur sampai ke depan..
pastikan tak ada sampah..
tutup gas..
kunci semua cukup..
tak ada baju yang basah@lembab yang tak dibasuh@sidai..
banyak juga tu...
rasa macam tak lalu dah nak mengajar esok..huhuhu...
esok ummi nak buat game jelah dengan murid2 ummi..
mood raya kan..
hehe..

*tok abah, tok ummi, pakcik2 moyang2 tasneem dah tak sabar tunggu tasneem balik..

Wednesday, August 24, 2011

tasneem kini

dah lama ummi tak update cerita pasal tasneem rasanya..asyik cerita pasal ummi abi..dan cerita2 lain

pantang jumpa barang..mesti masuk mulut


tasneem sekarang dah makin lincah..makin pandai makin cekap..makin serba serbi..kadang letih juga ummi dan abi dibuatnya..

ummi teringat satu petang tu..ummi dan abi balik sekolah, ambil tasneem kat rumah nenek...sampai je rumah dah kepenatan..kami berdua pun terlelap..dalam masa kami berdua terlelap tu, tasneem pulak ligat memanjat badan ummi dan abi..ummi yang sebenarnya tak lah lena sangat..tapi disebabkan oleh kepenatan yang teramat tu memang tak mampu nak celikkan mata..

muka tak puas hati kot...coz abi pakaikan seluar kat kepala...hehe


ummi perasan yang tasneem dok ulang alik keluar masuk bilik..entah apa yang di buatnya ummi pun tak tahu..bila ummi bangun je..ummi tengok kat luar bilik tu dah bersepah2 dah barang2 ummi dan abi...rupanya tu lah yang tasneem buat..mengemas barang...beg sekolah ummi dah terbalik..terkeluar semua barang2 yang ada dalam tu..aduhai...sabar jelah..

sekarang ni dah pandai beremosi...pandai tunjuk kalau marah..kadang2 abi saja je nak sakat tasneem..pegang tasneem kemas2 sampai tasneem tak boleh gerak langsung..apalagi..menjerit la.kuat pulak tu...ish2.. tasneem2...tak manis tau anak dara jerit macam tu...pandai merajuk juga sekarang..kalau ummi buat tak layan
je, nanti tone suara nangis tu pun mula lah berubah..kadang2 bunyi macam kena dera pulak..

dah boleh duduk kat baby chair!!masa ni ummi abi makan kambing kat kedai arab..ummi amik kebab..abi macam biasa..nasi.


kalau tasneem tengah pegang barang pulak..cubalah ambil..tak bagi dia..bukan main kuat dia pegang.kalau ambil juga, nanti mula la kaki menendang2..adui..adui..adui...kongsilah tasneem ye..jangan tasneem bolot sorang2..huhu...

dah pandai juga buat bunyi mulut...macam2 pesen..kadang2 buat macam bunyi motor lah..macam2..sampai abi pun ikut berlatih tiru gaya mulut yang macam tasneem buat...huhu...ummi pun tak pandai nak cerita dalam bentuk tulisan bunyi2 yang tasneem buat tu...

tolong nenek buat biskut raya..nak bawak balik kat tok abah n tok ummi


dah nak masuk 8 bulan ni semakin lincah...wuhu..tak terkejar ummi dibuatnya..kadang2 kalau tengah makan ke, kita terleka sekejap ke tasneem pun mula buat kerja..tau2 tangan dah tercelup la kat mana2...dalam cawan ke, dalam pinggan nasi ke..habis explore semua tempat..ummi dan abi alih, sekejap je dah sampai balik kat tempat tasneem main tadi..ni pun jadi salah satu sebab ummi jarang update blog..sebab kalau tengah syok ummi update blog, tasneem pun mula sibuk nak berblog juga...main keyboard.tarik mouse...paling bahaya main kat tempat plug2..main kat printer..haish...

satu lagi asyik nak berdiri je..pantang ada tempat yang boleh paut, mesti nak berdiri...dah nak berjalan ke anak ummi abi ni?kadang ummi risau juga..takut jatuh terlentang..tapi selalunya ummi biar sahaja..biar tasneem rasa jatuh bangun, susah senang kan...nak selasa je mana boleh..mesti belajar berdikari ye sayang...

tasneem muka besar..


paling best sekarang ialah..tasneem macam dah pandai panggil "ummi". kalau tasneem memang berhajat sangat kat ummi, contohnya macam dah lapar nak susu ke, mesti tasneem nangis sambil ada bunyi mi..mi..mi.. hujung2..sesekali dengar macam sebut yee mee..yee mee..heehehe...bunyi macam sebut abi pun ada juga...tapi kadang2 jelah...

ok ni je dulu..nanti ummi sambung lagi kalau ummi free ye..

law kana bainana


sangat tersentuh dengan liriknya...
hayatilah..

Tuesday, August 23, 2011

peringatan buat diri

bismillah...

kali ini saya ingin kongsikan sesuatu dari blog kawan saya..
mengingatkan tentang tanggungjawab seorang ibu, terhadap anaknya..
dengan mengemukakan ayat2 quran...hadith..dan syair2 arab..
kupasan yang saya kira sangat indah untuk ditatap bersama oleh ibu2 lain diluar sana..

*walaupun dia masih belum berkahwin, apatah lagi mempunyai anak, namun tulisannya sangat menarik hati (^_~)
dan ada gambar tasneem didalamnya!!gambar baru lahir...

anda semua dijemput untuk ziarah ke blognya...

rumahku syurgaku

::gambar hiasan::

rumahku syurgaku...
anda mesti selalu sangat dengar rangkaian 2 perkataan ini kan?
tipulah kalau anda kata anda baru dengar@baca dua perkataan ini di blog pink saya ini...


bila menyebut dua perkataan ini, secara automatik saya akan teringat tazkirah seorang teman...peristiwa ini berlaku dalam perjalanan kami ke kenduri teman seangkatan-kalau tak salah saya. walaupun tazkirahnya ringkas, tapi memang membuatkan saya teringat tentangnya sehingga ke hari ini...

rumahku syurgaku...
(saya tak ingat sebiji2 apa yang dikatakan..tapi saya boleh bawakan maksud dari apa yang teman saya sampaikan itu)

katanya, sebab ramai yang dah menganggap rumah itu adalah syurga..maka tak perlu lagi  nak ke masjid untuk solat berjemaah...tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari syurga kerana dia sudah memiliki syurga..

ringkas dan mudah..tapi sangat dalam maknanya untuk kita hayati bersama.
renung-renungkan.

Sunday, August 21, 2011

ini cerita wira

* ini bukan cerita tentang kasut "wira" yang menjadi kegilaan sebahagian dari kita masa zaman sekolah dulu2..tapi ini betul2 cerita tentang seorang wira...


menurut wikipedia..
Adiwira (juga adi wirabahasa Inggerissuperhero) ialah sejenis watak fiksyen yang dikenali dengan penunjukan keberanian dan kemuliaan serta sering mempunyai nama dan kostum berwarna serta kebolehan yang tidak ada pada manusia biasa


kalau dalam kesusasteraan melayu, wira ni selalu dikaitkan dengan watak2 seperti hang tuah, hang jebat, tun fatimah dan beberapa watak klasik lain...


*******************************

cerita diatas tu cuma selingan...tiada kaitan dengan cerita dibawah. berikut ialah kisah benar...kisah yang berlaku dalam dunia yang serba canggih. cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup aman sentosa dan bahagia...

kisahnya bermula begini....pada suatu hari, dipagi hari minggu yang nyaman, seorang isteri memulakan tugasnya dengan penuh dedikasi. memandangkan isteri tersebut seorang isteri yang bekerjaya, maka kedatangan hari minggu seperti itu amatlah ditunggu-tunggu. selain berehat bersama seluruh ahli keluarga, hari minggu juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh dan tidak dapat dilakukan pada hari biasa.

sementara si isteri sibuk melakukan kerja2 kegemarannya..si suami pula membantu menguruskan serta melayan kerenah anak...bermain dan bergurau senda bersama...sesekali si ibu menjengah, menjeling dan mengagah anak kesayangannya itu..ada masa si ibu berehat seketika sambil menyusukan anaknya yang kehausan akibat letih bermain dengan ayahnya..kenyang si anak dan ibu menyambung semula baki kerja yang tinggal..

selesai kerja2 yang seminggu terbengkalai, si isteri duduk disamping suami sambil melepas lelah. rupanya anak kecil tadi sudah terlelap di dada si ayah..melihat wajah suami, maka berlakulah dialog berikut diantara mereka..

isteri   : abang, tanya sikit boleh? apa perasaan abang bila dapat tidurkan anak?
suami : .....................(tak ada respon)
isteri   : mesti abang rasa macam WIRA kan?hehehe...
suami : .....................(tak respon lagi..malas nak layan la tu..)
isteri   : hehehe..(geli hati yang tak berkesudahan)

disebabkan kata-kata yang tak bersambut..si isteri tak berpuas hati..keesokannya isteri menyambung lagi..

isteri   : betul tak semalam abang rasa macam WIRA?hehehe..(gelak kerana geli hati semalam masih belum hilang)
suami : apa pulak wira..rasa puas hati sebab dapat tidurkan anak. bukan senang nak tidurkan dia..nak2 pulak bila dia memang susu badan..(kiranya mak je yang boleh tidurkan anak sebab susu ada kat mak je)..lain lah kalau susu botol biasa..buat susu semua orang boleh bagi susu dan tidurkan dia..
isteri  : alah..lebih kurang lah tu..rasa macam WIRA sebab dah berjaya tidurkan anak...kihkihkihkihkihkih...

kenapa si isteri geli hati sangat sampai terbawa2 ke hari berikutnya?
kerana..bila sahaja si isteri melihat muka suami yang berjaya menidurkan anak di dadanya, si isteri betul2 nampak perubahan wajah suami yang sangat ketara..memang berwajah WIRA!! dan si suami memang tidak sedar perubahan itu sama sekali! 

ah..suamiku..aku isterimu..punya firasat yang sangat bagus..bisik si isteri di dalam hati..

************ TAMAT ************

ye..ye...ini memang kisah benar..kisah kami.
dan WIRA itu adalah...tak lain dan tak bukan...suami saya..bapa kepada anak saya..Tasneem.

ye..dia memang WIRA kami.

**************************************

hari ini adalah ulangtahun kelahirannya.

selamat hari lahir abang!
semoga abang terus dapat menjadi imam terbaik kepada keluarga kita..
semoga hidup abang sentiasa dinaungi rahmat Allah S.W.T.

cinta dan sayang dari kami,
fifah dan tasneem.

*ucapan pendek je...sebab dah taip cerita panjang sangat....

nak hadiah ke? kasut raya boleh??