Saturday, August 27, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah...kami sekeluarga selamat sampai kelantan..sampai agak awal juga..lebih kurang 8.30 malam..tapi penatnya tak terkata..huhu...

Friday, August 26, 2011

jom balik kampung

*ini adalah post yang sudah ditaip awal2..dan kemudian publish secara scheduled.harap maklum.

kami sedang dalam perjalanan pulang ke kelantan..lepas habis sekolah..terus gerak balik..beg dah bawak siap2 dari pagi tadi..tasneem pulak nenek dia hantar ke sekolah saya tepat jam 12..huhu..nak kejarkan supaya sempat solat jumaat di bentong..

kalau ikutkan, sebenarnya tahun ni giliran ummi..raya di johor..tapi ummi bagi diskaun kat abi..tahun ni abi boleh raya kelantan dulu..tapi tahun depan raya johor balik..kira tukar je..takde lah diskaun ape pun sebenarnya..huhu
ni sebab cuti yang pendek punya pasal.tu je..

situasinya macam ni;
jumaat lepas sekolah dah gerak, raya dalam hari selasa kan..so plan asal ingat nak balik kelantan dulu, dah nak raya baru balik johor..balik johor dalam 2 hari, raya kedua dah gerak balik ke kelantan pulak..pastu dalam hari jumaat ke sabtu baru balik kajang..aduhai..bayangkan...penat rasanya berulang alik kajang-kelantan-johor-kelantan-kajang..penat tu dah satu hal..duit lagi..huish!!tak boleh jadi..lalu plan pun ditukar..

maka perjalanannya jadi begini,lepas sekolah terus balik kelantan dan raya kat sana 2 hari macam tu..barulah balik johor..tak perlu ulang alik macam orang-banyak-duit.

doakan kami selamat dalam perjalanan kami...

Thursday, August 25, 2011

1 hari lagi

esok dah nak balik kampung...

ni rumah tok kelantan satu ketika dulu..sekarang dah berubah wajah...
pokok rambutan depan rumah tu dah takde..harap maklum..

hari ni kena siap kemas semua ye!!!
abi dah pesan awal2 kat ummi suruh kemas semua baju siap2...
seminggu awal abi dah pesan..tapi ummi je yang tak kemas2 lagi..
tapi nak taknak hari ni mesti jugak siapkan semua..
sebab esok dah nak balik..
kemas beg..
kemas rumah...dari dapur sampai ke depan..
pastikan tak ada sampah..
tutup gas..
kunci semua cukup..
tak ada baju yang basah@lembab yang tak dibasuh@sidai..
banyak juga tu...
rasa macam tak lalu dah nak mengajar esok..huhuhu...
esok ummi nak buat game jelah dengan murid2 ummi..
mood raya kan..
hehe..

*tok abah, tok ummi, pakcik2 moyang2 tasneem dah tak sabar tunggu tasneem balik..

Wednesday, August 24, 2011

tasneem kini

dah lama ummi tak update cerita pasal tasneem rasanya..asyik cerita pasal ummi abi..dan cerita2 lain

pantang jumpa barang..mesti masuk mulut


tasneem sekarang dah makin lincah..makin pandai makin cekap..makin serba serbi..kadang letih juga ummi dan abi dibuatnya..

ummi teringat satu petang tu..ummi dan abi balik sekolah, ambil tasneem kat rumah nenek...sampai je rumah dah kepenatan..kami berdua pun terlelap..dalam masa kami berdua terlelap tu, tasneem pulak ligat memanjat badan ummi dan abi..ummi yang sebenarnya tak lah lena sangat..tapi disebabkan oleh kepenatan yang teramat tu memang tak mampu nak celikkan mata..

muka tak puas hati kot...coz abi pakaikan seluar kat kepala...hehe


ummi perasan yang tasneem dok ulang alik keluar masuk bilik..entah apa yang di buatnya ummi pun tak tahu..bila ummi bangun je..ummi tengok kat luar bilik tu dah bersepah2 dah barang2 ummi dan abi...rupanya tu lah yang tasneem buat..mengemas barang...beg sekolah ummi dah terbalik..terkeluar semua barang2 yang ada dalam tu..aduhai...sabar jelah..

sekarang ni dah pandai beremosi...pandai tunjuk kalau marah..kadang2 abi saja je nak sakat tasneem..pegang tasneem kemas2 sampai tasneem tak boleh gerak langsung..apalagi..menjerit la.kuat pulak tu...ish2.. tasneem2...tak manis tau anak dara jerit macam tu...pandai merajuk juga sekarang..kalau ummi buat tak layan
je, nanti tone suara nangis tu pun mula lah berubah..kadang2 bunyi macam kena dera pulak..

dah boleh duduk kat baby chair!!masa ni ummi abi makan kambing kat kedai arab..ummi amik kebab..abi macam biasa..nasi.


kalau tasneem tengah pegang barang pulak..cubalah ambil..tak bagi dia..bukan main kuat dia pegang.kalau ambil juga, nanti mula la kaki menendang2..adui..adui..adui...kongsilah tasneem ye..jangan tasneem bolot sorang2..huhu...

dah pandai juga buat bunyi mulut...macam2 pesen..kadang2 buat macam bunyi motor lah..macam2..sampai abi pun ikut berlatih tiru gaya mulut yang macam tasneem buat...huhu...ummi pun tak pandai nak cerita dalam bentuk tulisan bunyi2 yang tasneem buat tu...

tolong nenek buat biskut raya..nak bawak balik kat tok abah n tok ummi


dah nak masuk 8 bulan ni semakin lincah...wuhu..tak terkejar ummi dibuatnya..kadang2 kalau tengah makan ke, kita terleka sekejap ke tasneem pun mula buat kerja..tau2 tangan dah tercelup la kat mana2...dalam cawan ke, dalam pinggan nasi ke..habis explore semua tempat..ummi dan abi alih, sekejap je dah sampai balik kat tempat tasneem main tadi..ni pun jadi salah satu sebab ummi jarang update blog..sebab kalau tengah syok ummi update blog, tasneem pun mula sibuk nak berblog juga...main keyboard.tarik mouse...paling bahaya main kat tempat plug2..main kat printer..haish...

satu lagi asyik nak berdiri je..pantang ada tempat yang boleh paut, mesti nak berdiri...dah nak berjalan ke anak ummi abi ni?kadang ummi risau juga..takut jatuh terlentang..tapi selalunya ummi biar sahaja..biar tasneem rasa jatuh bangun, susah senang kan...nak selasa je mana boleh..mesti belajar berdikari ye sayang...

tasneem muka besar..


paling best sekarang ialah..tasneem macam dah pandai panggil "ummi". kalau tasneem memang berhajat sangat kat ummi, contohnya macam dah lapar nak susu ke, mesti tasneem nangis sambil ada bunyi mi..mi..mi.. hujung2..sesekali dengar macam sebut yee mee..yee mee..heehehe...bunyi macam sebut abi pun ada juga...tapi kadang2 jelah...

ok ni je dulu..nanti ummi sambung lagi kalau ummi free ye..

law kana bainana


sangat tersentuh dengan liriknya...
hayatilah..

Tuesday, August 23, 2011

peringatan buat diri

bismillah...

kali ini saya ingin kongsikan sesuatu dari blog kawan saya..
mengingatkan tentang tanggungjawab seorang ibu, terhadap anaknya..
dengan mengemukakan ayat2 quran...hadith..dan syair2 arab..
kupasan yang saya kira sangat indah untuk ditatap bersama oleh ibu2 lain diluar sana..

*walaupun dia masih belum berkahwin, apatah lagi mempunyai anak, namun tulisannya sangat menarik hati (^_~)
dan ada gambar tasneem didalamnya!!gambar baru lahir...

anda semua dijemput untuk ziarah ke blognya...

rumahku syurgaku

::gambar hiasan::

rumahku syurgaku...
anda mesti selalu sangat dengar rangkaian 2 perkataan ini kan?
tipulah kalau anda kata anda baru dengar@baca dua perkataan ini di blog pink saya ini...


bila menyebut dua perkataan ini, secara automatik saya akan teringat tazkirah seorang teman...peristiwa ini berlaku dalam perjalanan kami ke kenduri teman seangkatan-kalau tak salah saya. walaupun tazkirahnya ringkas, tapi memang membuatkan saya teringat tentangnya sehingga ke hari ini...

rumahku syurgaku...
(saya tak ingat sebiji2 apa yang dikatakan..tapi saya boleh bawakan maksud dari apa yang teman saya sampaikan itu)

katanya, sebab ramai yang dah menganggap rumah itu adalah syurga..maka tak perlu lagi  nak ke masjid untuk solat berjemaah...tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari syurga kerana dia sudah memiliki syurga..

ringkas dan mudah..tapi sangat dalam maknanya untuk kita hayati bersama.
renung-renungkan.

Sunday, August 21, 2011

ini cerita wira

* ini bukan cerita tentang kasut "wira" yang menjadi kegilaan sebahagian dari kita masa zaman sekolah dulu2..tapi ini betul2 cerita tentang seorang wira...


menurut wikipedia..
Adiwira (juga adi wirabahasa Inggerissuperhero) ialah sejenis watak fiksyen yang dikenali dengan penunjukan keberanian dan kemuliaan serta sering mempunyai nama dan kostum berwarna serta kebolehan yang tidak ada pada manusia biasa


kalau dalam kesusasteraan melayu, wira ni selalu dikaitkan dengan watak2 seperti hang tuah, hang jebat, tun fatimah dan beberapa watak klasik lain...


*******************************

cerita diatas tu cuma selingan...tiada kaitan dengan cerita dibawah. berikut ialah kisah benar...kisah yang berlaku dalam dunia yang serba canggih. cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup aman sentosa dan bahagia...

kisahnya bermula begini....pada suatu hari, dipagi hari minggu yang nyaman, seorang isteri memulakan tugasnya dengan penuh dedikasi. memandangkan isteri tersebut seorang isteri yang bekerjaya, maka kedatangan hari minggu seperti itu amatlah ditunggu-tunggu. selain berehat bersama seluruh ahli keluarga, hari minggu juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh dan tidak dapat dilakukan pada hari biasa.

sementara si isteri sibuk melakukan kerja2 kegemarannya..si suami pula membantu menguruskan serta melayan kerenah anak...bermain dan bergurau senda bersama...sesekali si ibu menjengah, menjeling dan mengagah anak kesayangannya itu..ada masa si ibu berehat seketika sambil menyusukan anaknya yang kehausan akibat letih bermain dengan ayahnya..kenyang si anak dan ibu menyambung semula baki kerja yang tinggal..

selesai kerja2 yang seminggu terbengkalai, si isteri duduk disamping suami sambil melepas lelah. rupanya anak kecil tadi sudah terlelap di dada si ayah..melihat wajah suami, maka berlakulah dialog berikut diantara mereka..

isteri   : abang, tanya sikit boleh? apa perasaan abang bila dapat tidurkan anak?
suami : .....................(tak ada respon)
isteri   : mesti abang rasa macam WIRA kan?hehehe...
suami : .....................(tak respon lagi..malas nak layan la tu..)
isteri   : hehehe..(geli hati yang tak berkesudahan)

disebabkan kata-kata yang tak bersambut..si isteri tak berpuas hati..keesokannya isteri menyambung lagi..

isteri   : betul tak semalam abang rasa macam WIRA?hehehe..(gelak kerana geli hati semalam masih belum hilang)
suami : apa pulak wira..rasa puas hati sebab dapat tidurkan anak. bukan senang nak tidurkan dia..nak2 pulak bila dia memang susu badan..(kiranya mak je yang boleh tidurkan anak sebab susu ada kat mak je)..lain lah kalau susu botol biasa..buat susu semua orang boleh bagi susu dan tidurkan dia..
isteri  : alah..lebih kurang lah tu..rasa macam WIRA sebab dah berjaya tidurkan anak...kihkihkihkihkihkih...

kenapa si isteri geli hati sangat sampai terbawa2 ke hari berikutnya?
kerana..bila sahaja si isteri melihat muka suami yang berjaya menidurkan anak di dadanya, si isteri betul2 nampak perubahan wajah suami yang sangat ketara..memang berwajah WIRA!! dan si suami memang tidak sedar perubahan itu sama sekali! 

ah..suamiku..aku isterimu..punya firasat yang sangat bagus..bisik si isteri di dalam hati..

************ TAMAT ************

ye..ye...ini memang kisah benar..kisah kami.
dan WIRA itu adalah...tak lain dan tak bukan...suami saya..bapa kepada anak saya..Tasneem.

ye..dia memang WIRA kami.

**************************************

hari ini adalah ulangtahun kelahirannya.

selamat hari lahir abang!
semoga abang terus dapat menjadi imam terbaik kepada keluarga kita..
semoga hidup abang sentiasa dinaungi rahmat Allah S.W.T.

cinta dan sayang dari kami,
fifah dan tasneem.

*ucapan pendek je...sebab dah taip cerita panjang sangat....

nak hadiah ke? kasut raya boleh??


Saturday, August 20, 2011

iftar di daun

ni gambar2 yang ummi berhutang hari tu..pasal berbuka di restoran daun di plaza damas, sri hartamas..

ni antara gelagat tasneem...bergaya dengan makcik2 glamor nih...


ummi pulak....


ummi lagi...hehehe

Thursday, August 18, 2011

syukur

alhamdulillah

pagi tadi sebelum sahur, sempat pam sekejap..dapat 3 oz

masa pergi sekolah pulak,turun2 dari kereta...tengok2 plug pump lupa nak bawak...alahai...kalut sangat keluar rumah pagi tadi sampai tertinggal...

mujurlah ada teman yang juga masih mengepam..jadi saya pinjam yang dia punya.
dia guna medela swing...

mula2 pam dapat 4 oz..lepas tu bekejar masuk kelas pulak..setengah jam lepas tu sambung lagi..dapat 4oz lagi...
alhamdulillah...suka sangat!

biasanya kalau pump kat sekolah, paling banyak dapat sejak2 bulan puasa ni 5 oz..tu pun bukan hari2..ada hari yg bawak balik 3 oz je..tapi hari ni dapat 8oz...

saya terfikir2...
a) adakah kerana saya makan kambing lagi semalam? (nak test betul ke kambing sesuai untuk jadi milk booster saya)
b) adakah kerana saya pakai pump cap medela swing yang mempunyai 2 phase expression tu??
c) adakah kerana kedua2nya sekali?

entah...

Wednesday, August 17, 2011

medela mini elektrik kepunyaan saya

alhamdulillah...syukur kehadrat Allah atas segala nikmat kurniaanNya yang tak mampu untuk dihitung...

ini kisah medela mini e yang saya beli ketika saya hampir mahu melahirkan tasneem..


mini e kesayangan saya itu saya beli jauh dari oversea..*tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk beli sesuatu dari oversea..huhu...

saya memang survey harga orang jual online sahaja memandangkan harga2 yang saya tengok dikedai sangatlah tak lalu untuk dibeli oleh seorang yang sederhana (tak berapa nak banyak duit) seperti saya.memandangkan kami berdua masa tu pun masih baru sangat bekerja, jadi kami tidaklah mempunyai duit yang berkepuk2..ditambah pula kami memang bercadang untuk melahirkan tasneem di tempat swasta.jadi kena kumpul duit ye.takde siapa yang nak bayarkan bil bersalin tu ye anak2...

jadi survey punya survey..akhirnya kami jumpa dengan pump ini...masa kami tanya pada orang yang jual tu, katanya ramai dah yang tanya pasal pump tu..tinggal tak letak duit je..jadi, lepas kami berbincang (saya dan suami) kami setuju untuk beli yang ini..alhamdulillah, rezeki tasneem. kami berjaya jadi orang terawal yang confirm untuk beli dan terus bayar..

mini e yang saya beli ni adalah yang terpakai..pun begitu,ia masih dalam keadaan yang baik. tuan asalnya guna entah berapa kali sahaja.

ia datang dengan 2 corong, dua botol susu sekali dengan puting.

dipendekkan cerita..setelah 7bulan berjasa, satu hari, masa saya nak pam susu..tiba2 macam tak rasa apa2 pun..rupanya proses menyedut tu tak berlaku pun..mesin je yang berbunyi...puas saya godek2..buka semula semuanya da pasang balik..usik2 membrane dia la..tapi tetap tak jadi apa..adakah mini e saya ini dah rosak??sedihnya..

saya teringat yang di rumah masih ada 1 lagi set corong..jadi saya gantikan corong yang baru...dan alhamdulillah...mini e saya berfungsi seperti sedia kala...

yang sebetulnya part yang dipanggil "valve" pada corong tu sudah patah tersompek..(betul ke?) dan pada batang corong tu ada segaris retak...tak pasti apa puncanya..mungkin sebab jatuh...dan mungkin inilah yang mengganggu proses mengepam saya..nampaknya kena cari dan ganti corong yang rosak tu..

valve




inilah keadaan corong yang saya katakan rosak tu..saya terjemahkan dalam lukisan saja..kerana di kiri kanan saya ada pen dan kertas..dan dengan keadaan tasneem yang tak boleh berenggang dengan saya..*yang sebenarnya malas mahu ambil kamera..

p/s: pagi tadi pam lepas sahur, dapat 1 botol penuh..5oz...alhamdulillah..sangat menyeronokkan...apa yang saya makan ye sampai susu jadi banyak?adakah kerana saya makan kebab kambing??mungkin....

susu untuk tasneem

diusia tasneem 7 bulan lebih..saya masih menjalankan aktiviti mengepam disekolah..
selalunya saya hanya sempat buat 1kali sesi pam sahaja..jarang saya dapat buat 2 kali..jadual tidak menyokong untuk saya mengepam sebanyak 2 kali..

satu hari sedang saya asyik mengepam, berlakulah dialog dibawah:
teman: pam lagi fah?banyak lagi?
saya  : a'a..pam..boleh lah..tak banyak pun, tapi biasanya saya pam masa sahur, dengan kat sekolah..boleh la dapat 1 botol lebih..akak tak pam lagi?
teman: tak dah..kalau kat pengasuh, dah campur dengan susu anmum..tapi kat rumah akak bagi susu badan..

alhamdulillah..walaupun susu ini tidak lah semeriah orang lain,(sehingga melimpah2 diluar peti) tetapi saya sangat bersyukur kerana saya rasa ia masih cukup untuk tasneem..alhamdulillah..alhamdulillah...


Saturday, August 13, 2011

power pumping

anda pernah dengar "power pumping"?

saya tahu tentang power pumping ni pun baru je.itupun sejak saya join "kumpulan Ibu Menyusu" di facebook atas saranan seorang rakan sekerja. banyak maklumat mengenai penyusuan katanya...

mula2 saya tak faham juga apa sebenarnya power pumping ni..tapi bila dah cari dan baca, akhirnya tau juga..

apa ye power pumping tu?
ia adalah teknik mengepam yang dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu. caranya sama seperti mengepam yang biasa, tetapi diubah suai dengan cara yang lebih unik. ia bertujuan untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat menigkatkan bekalan susu ibu.


sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang mengalami kemerosotan penghasilan susu ibu.


sebenarnya ia adalah untuk pengguna double pumping...tapi bagi saya yang menggunakan berastpump yang single, caranya ialah dengan mengepam payudara secara bergilir2 selama sejam. bermula dari yang kanan, pam selama sepuluh minit, kemudian pindah pada sebelah kiri, juga selama sepuluh minit...ulang sehingga sampai satu jam.


masa yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ini ialah sekitar 12 malam hingga ke subuh..lebih kurang jam 6 pagi. lakukan aktiviti ini dalam masa sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan..


dan saya pula sedang gigih berusaha untuk melakukan power pumping ini..mudah-mudahan Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada Tasneem...sesuai dengan namanya yang membawa maksud mata air dalam syurga..




*saya suka baca apa2 sahaja tentang penyusuan!!*

iftar dan mini reunion...

semalam kita sekeluarga berbuka diluar...bukan dirumah kita atau di rumah nenek
(kita akan berbuka dirumah atok nenek setiap hari sabtu)

first time untuk tahun ini..
kenapa kita iftar diluar??hehe..
sebab kawan ummi ajak buka sama2 dengan kawan2 sekelas  waktu disekolah ummi dulu..
walaupun tak semua dapat hadir..
tapi ummi seronok sangat..
alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk ummi jumpa sebahagian dari kawan2 sekolah ummi...


gambar dipetik dari google

kita berbuka di restoran daun kat plaza damas, di sri hartamas kl.
kita sekeluarga memang tak pernah sampai tempat kat sini..
barpandukan peta yang abi print dari google map,
maka kita dapat sampai dengan selamat tanpa sesat sebelum berbuka.
mula2 ummi macam tak yakin boleh sampai sebelum berbuka..
memandangkan abi pun tak biasa dengan jalan (ummi lagi lah tak reti), ditambah dengan hujan yang sangat lebat,(tak boleh bawa laju..paling laju 60 km/j je) dan dengan keadaan jem yang sangat teruk (kerana masuk bandar kL)...
akhirnya kami pun sampai...agak awal juga..lebih kurang dalam 6.30 rasanya.(tak tengok jam pun masa sampai sebab teruja nak jumpa kawan2 lama)

gambar belum ada lagi..nanti tunggu kawan ummi bagi, baru ummi upload dalam blog kita..

p/s:ummu ahmad, kenapa anda tak datang??bukan main lagi saya tunggu...rupanya anda tak jadi datang...

Tuesday, August 9, 2011

rindu terengganu

tiba2 rasa rindu terengganu
tempat saya men"tua" selama 5 tahun setengah...

rindu macam2..
kawan2...
lecturer...
pantai...
keropok lekor dan makanan celup tepung...
jalan2..

setiap kali bulan ramadhan,kami akan bergilir secara kelas untuk masak bubur lambuk di balai islam
untuk dimakan oleh semua pelatih..

seronoknya...

Sunday, August 7, 2011

status berlainan...

assalamualaikum...

di ramadhan ini saya tidak begitu terasa mahu update blog ini secara kerap..padahal bulan tak ramadhan pun saya jarang juga update blog..hehehe...

hari ini terasa nak kongsikan cerita ramadhan saya yang lepas2...untuk 3 tahun berturut2 ini saya beramadhan dengan situasi yang berlainan..

ramadhan 1430h
saya adalah married student.seorang isteri dan pelajar. ramadhan pada tahun itu, saya beramadhan sebagai pengantin baru..hehehe..tetapi duduk berjauhan ye.harap maklum. saya di pantai timur-terengganu, suami di selatan-johor. tapi sekali ada suami datang ambil dan kami pulang berpuasa dirumah mertua saya di kelantan dihujung minggu..oleh kerana kami berjauhan,rutin saya seperti orang lain juga..tak banyak beza.duduk dirumah sewa, bergilir masak antara ahli rumah...ooohh~~ rindu dengan mereka..

zaihan,zati,aishah,mai,banat,k.hani,zai dan k.nad.

ramadhan 1431h
kali ini saya sudah bergelar bakal ibu!isteri dan bakal ibu...beramadhan dalam keadaan mengandung..sangat seronok sebab boleh puasa penuh..bukan senang orang perempuan nak puasa penuh ye..hehe..walaupun  begitu, masih punya cabaran yang tersendiri...masa ni duduk menyewa..rumah flat, tingkat 3..sangat mencabar..alhamdulillah akhirnya dapat juga saya berpuasa penuh walaupun selalu rasa pedih2 ulu hati, rasa macam nak gastrik je..

ramadhan 1432h
alhamdulillah...ramadhan tahun ini, saya adalah seorang isteri dan ibu.cabaran naik turun tangga tiada lagi kerana sudah berpindah ke rumah sendiri yang lebih mesra..tak perlu naik tangga hingga tingkat 3!(tapi masih perlu bila ke rumah nenek tasneem- ummi saya.) ramadhan ini mencabar juga kerana tasneem sudah pandai merangkak..merangkak kemana saja sehingga pintu dapur perlu ditutup!...dan menjadi ibu yang menyusukan anak juga mencabar..bukan diri saya sahaja yang perlu saya jaga..tetapi anak kecil ini juga..mesti cukup susu...saya kena sahur dan buka dengan makanan yang berkhasiat...minum harus banyak supaya bekalan susu mencukupi...semoga saya juga dapat berpuasa penuh tahun ini!


itu sahaja..'ala kulli hal, saya sangat gembira dengan apa yang telah saya lalui..semoga hari2 yang mendatang juga dipenuhi dengan bunga2 kebahagiaan serta rahmat kasih sayang dari Allah.amiin..

Monday, August 1, 2011

tiada suntikan vaksin dibenarkan!!

diulangi..tiada suntikan vaksin untuk anak2 kami, tasneem serta adik2nya nanti...

***************

first, tahniah ummi ucapkan pada ummu muhammad sebab telah berjaya menerangkan perihal vaksin ini dengan penuh semangat.artikel2 yang dipaparkan sangat sarat dengan informasi..

boleh klik disini untuk membaca dengan lebih lanjut.

syabas ummu muhammad!!

***************

tasneem memang tidak disuntik sejak dari lahir..(kecuali suntikan yang lepas lahir tu...BCG kalau tak salah ummi..) sebab itulah ummi susah nak jawab bila ditanya berapa berat dan tinggi tasneem...

bila hal ini dinyatakan pada kawan2, ada yang setuju, dan ada yang tidak..sampai ada yang kata ummi ni ada fahaman lain sebab tak suntik tasneem....huhuhu...

yang sebenarnya, pada awalnya ummi tidak bercadang pun untuk tidak menyuntik tasneem...tapi,episod ini bermula masa ummi berpantang di rumah nenek.(ummi pendekkan..) bila sampai masa untuk suntik,nenek tak mahu bawa..katanya cucuk2 ni adalah racun.jadi ummi terima sahaja.

bagi ummi apa yang nenek cakap tu ummi terima dengan hati yang terbuka..ummi yakin pasti ada kebaikannya walaupun ummi belum tahu kebenarannya.abi pula pada awalnya agak keberatan untuk menerimanya, tapi ummi tetap terus meyakinkan abi.bila ummi terjumpa artikel2 berkaitan dengan bahaya vaksin ini, ummi akan tunjuk pada abi..atau ummi saja yang ceritakan serba sedikit padanya.

ini adalah senarai vaksin "wajib"


dan ini pula vaksin tambahan...berminat??


****************

ini pula kisah ummi. ummi ada 5 beradik, dan ummi adalah anak sulung...dalam bab vaksin ini, ummi lah anak yang paling lengkap cucukan vaksinnya..maklumlah, bak kata atok dan nenek..anak sulung, masih takut.masih tak berapa reti...jadi taat sahaja..anak2 yang seterusnya mula ada yang lompong2..ada suntikan2 yang tidak diambil..ikut dan sahaja..tapi adik ummi yang bongsu memang betul2 tidak disuntik sebarang vaksin..dan Allah izin pengasuh adik bongsu ummi ini, suaminya ada klinik homeopathy..jadi ambil ubat dari homeopathy saja jika demam selsema, dan lain2..

ummi tak pasti bagaimana nenek mempunyai pengetahuan mengenai hal2 vaksin ini..namun, larangan nenek itu telah menyelamatkan tasneem dari racun yang di cipta oleh musuh2 islam...alhamdulillah..


apa2 pun..ini ucapan ummi untuk nenek:
thanks ye mami!! i luv u!!