Saturday, September 29, 2012

hampir tiba!!

38 minggu 2 hari..

masanya hampir tiba...

ummi ada 2 pilihan tempat bersalin...barakah dan KPMC..
kalau waktu sesuai, saya mungkin akan ke Barakah di klang..kalau waktu agak memuncak, saya akan ke KPMC yang sangat dekat dengan rumah..10 minit kot..

apa-apa pun semoga segala urusan dipermudahkan Allah..rabbi yassir!!

hari ni ummi baru selesai berkursus selama 4 hari di PPD Hulu Langat..kursus KSSR Pendidikan Islam thn3..seronok..sebab dapat ilmu baru..tapi sedikit melelahkan..sebab terpaksa duduk dalam jangka masa yang lama!! sakit pinggang tau..

tapi mujur juga PPDHL ni dekat dengan rumah kita..jadi tak risau sangat..kalau rasa-rasa tiba-tiba macam nak bersalin, boleh call tok mami..abi nak balik ambil pun masih sempat..tapi kalau kursusnya jauh, haruslah ummi tolak awal-awal lagi..(yang ni pun sebenarnya last minute baru tau kena pergi kursus..dah nak balik baru PK1 panggil...lari plan habis)

kalau ikut masa tasneem dulu, bersalin awal seminggu..minggu ke 39 dah keluar..yang adik ni ummi tak tau lah macam mana gayanya..sama-samalah tunggu, lihat dan berdoa..

minggu lepas, masa check up dengan Dr. Anita, adik lebih kurang 2.8kg dah beratnya.dan ummi ada tanya juga, adakah adik ni dah masuk jalan? kata Dr. Anita, adalah normal bagi anak ke-2 dan seterusnya untuk tidak masuk jalan seawal anak yang sulung..masa tasneem dulu memang awal betul masuk jalan..sebab anak kedua ni ruang dalam perut tu besar sikit dah..boleh rileks-rileks dulu...tapi kedudukan adik dah betul..boleh jadi bila nak bersalin nanti baru masuk jalan...jadi tak ada apa yang perlu dibimbangkan..

ummi pun dah minta cuti awal..nak berehat-rehat saja dirumah sambil selesaikan mana urusan yang belum selesai..minggu depan adalah minggu terakhir ummi di sekolah..jadi ummi harus siapkan semua kerja-kerja sebelum mulakan cuti..insyaallah cuti akan bermula 8.10.12..due date 12.10.12..tak de lah awal sangat cuti kan??

ikutkan nak minta 2 minggu awal..tapi tak lepas..dapat seminggu je.maklumlah, sekolah kecil..dan ummi pula tak ada alasan kukuh untuk minta 2 minggu awal..terima sahaja..mujur dapat cuti awal seminggu..kan?syukur alhamdulillah...

**hujung minggu depan, 7.10.12 kenduri kunak belah lelaki..kalau belum bersalin, boleh ikut!!

Thursday, September 27, 2012

KPMC pula

isnin lepas ummi berkesempatan untuk buat check up di Kajang Plaza Medical Centre..(KPMC)

banyak betul hospital tempat ummi buat check up kali ni..huhu..yelah, mana taknye...bila orang tanya.."nanti bersalin kat mana?"..dan bila jawab "klang" je, hampir semua yang dengar terkejut...rata-rata akan respon begini..

"jauhnya!!"
"sempat ke nak pergi ke klang tu??kan jauh.."
"kalau kena masa tak jem tak pe lah..kalau kena time jem..tak sempat.."
"kenapa tak bersalin kat kajang je? annur ke..azzahra.."

aishhh...cuak juga kadang-kadang bila dengar respon-respon yang macam ni..

jadi, sebelum terlambat..ummi dengan abi pun pergi survey hospital terdekat..KPMC...(kalau nak ke KPJ macam mahal sangat je gayanya..)ini sebagai back up plan..tengok keadaan masa nak bersalin nanti..boleh ke??hehe...

ada isteri kawan abi yang bersalin di sana, katanya perkhidmatan memuaskan..harga pun ok..tak mahal sangat...



ini brochure yang ummi ambil di sana..

kat sini ada 3 doktor..2 adalah pakar (Dr. Anita & Dr. Jamil) sorang lagi bukan pakar..tapi beliau sangat berpengalaman juga..(Dr. Mimi)

masa buat check up baru ni, ummi buat temujanji dengan Dr. Anita...walaupun agak lama nak tunggu giliran tiba, (dekat sejam lebih) tapi bila dah masuk dalam bilik Doktor, jadi sejuk perut tengok Dr. Anita..hehe..perwatakan dan penampilan macam Dr. Khairiah (Dr. di Barakah)..pakai tudung labuh dan sangat berkasih sayang..terus rasa terpikat..

alhamdulillah semuanya ok..cuma 1 saja...Dr kata air ketuban cukup-cukup sahaja..jadi minggu depan kena jumpa lagi..nak tengok perkembangannya.

tak apalah dimana pun..doakan dipermudahkan urusan bersalin nanti...

Sunday, September 23, 2012

gaji kena tarik balik (akhir)

lupa tanya nama
sebelum pulang, saya ada minta encik pegawai tu untuk bagi pada saya satu surat atau apa-apa jua yang berbentuk hitam putih sebagai bukti yang sebenarnya gaji saya tidak harus dipotong..tapi malangnya kata beliau, beliau tidak dapat mengeluarkan apa-apa sepertimana yang saya mahu..saya cuma perlu menerangkan semula pada kerani..itu sahaja.

jadi, saya memaklumkan kepada kerani hasil dapatan saya..bercerita dengan penuh rasa puas hati dan gembira..tapi ada pulak pihak yang tak puas hati bila saya kata gaji saya tak layak dipotong..boleh pulak ye..tapi ada kesilapan besar yang saya telah lakukan!! saya tak tanya nama encik pegawai yang saya jumpa tu..jadi, agak sukar bagi kerani tu tadi untuk membuat rujukan..pada siapa mahu dirujuk?ah..sudah!!

maka saya pun menelefon SPP..bertanya agak-agak dengan siapalah saya berurusan..agak sukar juga..dan akhirnya saya beroleh jawapan..tapi, persoalannya, adakah betul dengan orang tu saya berurusan?tak mengapa..pasrah sahaja..mungkin nama yang diberi tu betul.

belum selesai
saya ingat semua ni dah selesai bila saya dah dapat penjelasan dari pihak SPP dan memaklumkan pada kerani. rupanya masih belum lagi....kerani tu minta saya ke PPD pula..katanya dia sudah memaklumkan pada pihak yang berkenaan di PPD..tapi mungkin kerana orang sana kurang faham dengan penjelasan yang diberi, jadi mereka meminta agar saya sendiri kesana untuk memberi penjelasan...

alhamdulillah PPD tu tak jauh dari rumah..dalam 10 minit sahaja...sampai disana, saya berjumpa dengan pengawai yang terbabit..rupanya kes saya ni memang tengah hangat..dalam pemerhatian.

fail saya dikeluarkan, dan dalam masa yang sama saya menceritakan perkara sama yang saya dapat dari pihak SPP dengan mengemukakan surat-surat berkenaan tarikh-tarikh lantikan saya...akhirnya kesalahfahaman mereka terungkai..dan mereka akui ada perkara yang telah dilepas-pandangkan..

lega
legalah saya....alhamdulillah..saya berpuas hati.berkat ramadhan, Allah telah membantu saya memudahkan segala urusan saya berkenaan hal gaji ni..dapatlah saya beraya dengan gembira..

bila ada rakan yang bertanya, dan saya bercerita, ada yang kata, kalau jadi pada mereka, tentu mereka menyerah saja..oh~ tak pasal gaji kena potong...

pengajarannya disini, kalau ada apa-apa tindakan yang dikenakan, pastikan hitam-putihnya ada...jika tidak, jangan biarkan ia berlaku!!nanti kita yang rugi..

**tamat**


Friday, September 21, 2012

persiapan berpantang

ummi rasa tak lama dah ummi akan bersalin untuk anak ke 2 ni..kalau ikut countdown yang kat sebelah tu pun dah 37 minggu ++..tinggal lebih kurang 20 hari je lagi..tak lama dah tu kan??huhuhu...berdebar-debar bila fikirkan saat-saat nak bersalin tu nanti...

ya allah..permudahkanlah..

ummi plan nak mintak cuti awal..kalau ikut boleh mintak awal 2 minggu kan..tapi tempat kerja ummi ni boleh bagi setakat seminggu awal je..agaknya sebab cikgu pun kurang, jadi kalau cuti 2 minggu awal kang tak ada orang nak cover jadual..ditambah pula 2 ustazah yang memang masih cuti bersalin..erm...takpe lah..seminggu awal pun boleh lah..tapi rugilah sikit..sebab tak sampai 2 bulan ummi cuti, cuti sekolah pun bermula..

sekarang ni dah terasa sangat kaki mengembang dengan jayanya..kadang nak tergelak ummi tengok kaki yang membulat ni..tak nampak dah tulang-tulang buku lali..hehehe..kata orang, kalau kaki dah sembab, lepas tu menyusut maknanya masa nak bersalin dah dekat..

berbalik pada tajuk, untuk kali ini, ummi tak beli ubat-ubat pantang yang ada kat pasaran tu..sebabnya ummi ni bukan jenis orang yang suka makan-makan ubat ni..tambah bila tengok saiz ubat, warna dia lagi..terus rasa gerun..ubat pantan masa tasneem pun ada lagi..tak luak pun..hehe

jadi, untuk kali ni, ummi taknak lagi beli ubat-ubat yang macam tu..membazir saje..kalau tak makan apa-apa langsung pun tak bagus juga kan..

ummi buat keputusan, dengan persetujuan abi, makan benda-benda yang best je..hehe..antara yang dah dipersetujui ialah:
1. gamogen. ni baik untuk luka dalaman..masa pantang tasneem dulu pun ummi makan yang ni..sedap..rasa oren.. (^_^)..hari tu ada promosi raya..beli 2 jimat rm20..

2. softgel habbatussauda cap baraka..ni untuk makan sebagai supplement harian..bukan setakat masa berpantang je..kalau beli sekotak-sekotak mahal..jadi beli secara pukal...beli banyak-banyak terus..murah sikit..

3. madu. tapi tak tau lagi nak beli jenis mana...nanti nak pergi kedai baru nak tengok mana yang berkenan..yang ni belum beli lagi..hehe..


4. kapsul minyak zaitun dari syam (minsyam). ni baru nak cuba..allah izin ada yang menghadiahkan 3 kotak softgel minyak zaitun ni..terima kasih pada anda ye..cadangnya nak buat makan secara istiqamah juga..bukan untuk masa berpantang je..

setakat ni, ini sahaja yang dalam rancangan..kalau sesiapa diluar sana yang ada cadangan boleh la tinggalkan cadangan anda diruangan komen..(^_~)



Wednesday, September 19, 2012

ali dan abu

lagi tazkirah ringkas yang saya petik dari  fb fan page Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
saya suka pada ibarat-ibarat yang diberi dalam tazkirah ringkas beliau..semoga sama-sama kita mendapat manfaatnya...

kali ini kisah tentang ali dan abu


*************************************


Dua orang menyertai kem perkhemahan - Ali dan Abu.

Mereka berdua diberitahu akan diberi bahan-bahan kemudahan untuk survival mereka untuk tempoh satu malam.

Dalam pemikiran Ali:
"Asalkan ada air dan api dah cukup untuk satu malam."

Dalam pemikiran Abu:
"Patutnya mereka beri telur 2 biji, tin sardin satu, roti atau mee maggi, air mineral 1.5 litre, lighter, periuk, selimut, ubat nyamuk"

Bila pegawai datang, hanya mancis, periuk dan jala diberi bersama khemah di tepi sungai...

Ali berasa bersyukur dan malam itu mudah dilalui - kerana apa yang diperlukan sudah mencukupi. Ali meneruskan kerjanya - mendirikan api, menangkap ikan, memasak air dan mengharungi malam itu dengan penuh semangat.

Abu pula terasa susah bagi hidup neraka untuk melalui malam tersebut kerana apa yang sepatutnya diterima tidak dapat dan menyalahkan pegawai perkhemahan atas kesusahannya - kebanyakan masa sepanjang malam dihabiskan merungut, ikan tak dapat ditangkap, api tidak dapat dihidupkan maka air pula tidak dimasak.

Dlm cerita ringkas ini, fahamilah kebanyakan kesusahan dalam kehidupan yang dirasai oleh hati adalah akibat minda sendiri, bukan kerana orang lain. Biasanya kesusahan datang apabila benda yang dihajat tidak kesampaian - mengharapkan benda yang tiada, dan bukan menghayati benda yang ada dalam tangan.

Ramai kita suka menjadi Abu, mengganggap merungut itu boleh menggembirakan atau keluarkan diri daripada kemelut - walhal cara Ali ialah cara paling berkesan untuk kekal SENYUM dan mencapai sesuatu dalam kehidupan.

Bila terasa susah, henti berfikir, henti merungut, buat saja apa kerja yang patut, fokus, dan nescaya anda akan jadi seperti Ali yang tidak merasa susah dalam mengharungi malam yang berpanjangan.

SENYUM.

Thursday, September 13, 2012

ulang-ulang supaya ingat

masa semakin menghampiri...hehe...abi asyik tanya, beg dah siap belum?beg dah siap belum?ulang-ulang lagi dan lagi..ulang-ulang supaya ummi ingat untuk siapkan beg sesegera yang mungkin...

semalam, masa ummi lipat kain sambil tengok TV Hijrah, ada keluar pasal Sunnah Rasulullah dalam Menyambut Kelahiran. walaupun ummi selalu juga dengar , baca pasal ni, tapi ummi masih sangat berminat tengok tazkirah "fattabiouni" tu..cara penyampaiannya memang sangat menarik..selain tu untuk menguatkan ingatan....ye, ulang-ulang supaya ingat..



sunnah pertama    : mengazankan bayi
                             (azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri)
sunnah kedua       : bertahnik
sunnah ketiga       : menamakan bayi 
                             (pada hari ketujuh selepas kelahiran)
sunnah keempat   : bercukur - hingga habis 
                             (pada hari ketujuh selepas kelahiran)
sunnah kelima      : menderma berdasarkan berat rambut bayi 
                             (berdasarkan nilaian emas @ perak)
sunnah keenam    : aqiqah 
                            (2 ekor kambing untuk anak lelaki, 1 ekor kambing untuk anak perempuan)
sunnah ketujuh     : berkhatan 
                             (wajib pada anak lelaki, digalakkan pada anak perempuan)

selain menerangkan perkara-perkara sunnah dalam menyambut kelahiran, dalam video ni juga ada tambahan lain... kalau kita dapat berita tentang kelahiran baru, kita disunatkan untuk mengucapkan..
"...moga Allah berkatimu dengan pemberianNya, semoga kau bersyukur kepadaNya, semoga Allah kurniakanmu keberkatan dan petunjukNya.."

semoga anak-anak kita sentiasa hidup dengan mengamalkan sunnah rasulullah..untuk kita juga para ibubapa..

Tuesday, September 11, 2012

antara marah dan sayang

lagi dapatan ummi dari facebook..ia sangat menarik untuk dikongsikan bersama..moga ada yang mendapat manfaat darinya..

kata-kata ni diambil dari fan page Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali.

Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati.

Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marah-marah.

Senyum.

Monday, September 10, 2012

waktu mustajab nasihat anak

ummi tengah layan FB..dan jumpa ini..saja ummi pahatkan dalam blog ni untuk ummi buat ulangkaji bila-bila sempat...


Sunday, September 9, 2012

kesibukan

hujung minggu ni ada majlis besar yang akan diadakan...

jadi minggu ni ala-ala sibuk yang memuncak..cik ann nak kawen daaahh!!! ada tugas yang ummi kena selesaikan..tok mami bagi siap-siap dah..tapi tugak ummi tu yang ringan-ringan aje lah..dengan kesaratan yang sedang ummi alami sekarang, mana layak nak buat keje berat-berat..

kali ni baru ummi merasa dan mengalami persiapan untuk kenduri kawen dari awal..dulu masa ummi kawen dengan abi tak terasa..orang kat rumah je yang sibuk..sebab ummi kan tengah belajar lagi masa tu..kat terengganu pulak..jauh..balik pun sebab fitting baju je..

sebelum ni kerja kemas-kemas je..dah nak dekat ni lebih banyak benda-benda yang perlu pada ketelitian dan ketekunan untuk buat..

ada 2 benda yang tok mami serah kat ummi untuk buat..

pertama: buat bunga untuk penanggah..asalnya, tok mami sub kat jiran je..tapi bila fikir-fikir balik, kalau sub kat orang, nanti kosnya mahal pulak..kalau kita buat sendiri jimat sikit..boleh buat ikut barang yang ada kat rumah je..recycle ke..haha!!

inilah hasilnya....


ummi guna konsep "guna apa yang ada" untuk buat bunga penanggah ni...riben merah tu memang dah berkurun ada kat rumah tok mami..tak guna-guna pun..jadi untuk elak pembaziran, guna jelah kan?takkan nak beli lain pulak...50 biji ummi nak kena buat..yang siap belum sampai 20 biji..hehe..tak pe..slow-slow..

tugas kedua, tok mami tugaskan ummi tolong buat kek untuk pihak lelaki punya goodies bag..nak buat cake in the jar katanya..* ummi pembantu je ye..harap maklum*


dan tiba-tiba, orang tengah sibuk, si kecik ni pun sibuk juga...ada kotak kosong yang asalnya isi sampah.. yang dah dilabel oleh cik lala sebagai sampah..pastu ngada-ngada tambah perkataan masyarakat pula... sampahnya dah dikumpul masuk plastik hitam..kotak dah kosong tasneem pula yang masuk..memang kegemaran tasneem masuk-masuk kotak ni..

anak, jangan jadi macam yang dilabel kat kotak tu ye...jadi anak yang solehah tau..senangkan ummi abi bila kami dah masuk kubur nanti...



Thursday, September 6, 2012

ulangkaji

sudah 35 minggu...aish..tak lama dah ni...

rasa banyak lagi yang belum siap.

secara kasarnya dah siap..yang belum siap tu benda yang halus-halus ni..ahaaii...semoga diberi kesempatan dan kelapangan untuk menyelesaikan segala urusan yang belum selesai..

minggu depan (16.9.12) cik ann nak kawen..nak kena kemas-kemas rumah..mana tau ada saudara mara yang nak tumpang bermalam..family kelantan memang nak datang..jadi nak tak nak memang kena kemas rumah lawa-lawa..(hahaha..lawa la sangat..)

persiapan untuk sambut orang baru ni pun tak boleh dilupakan..yang terutama, beg baju(adik, ummi, abi) ummi belum kemas lagi..sebelum kemas nak kena buat ulangkaji dulu..lupa dah barang apa nak kena letak..huhuhu...sekarang ni pun ummi tengah google balik apa barang nak bawa untuk letak dalam beg nanti..

ummi dah tengok...90% barang dah ada..10% lagi nak kena cari@beli baru..bila nak beli ek??

**hari tu tok mami kemas-kemas rumah, jumpa gambar ummi kecil-kecil dulu..katanya muka serupa dengan tasneem..hehehe..