baru-baru ini saya ada menerima SMS dari seorang junior di tempat saya belajar dahulu..beliau bertanya tentang susu keluaran muslim..
terkejut juga saya dengan pertanyaan itu..seingat saya dia belum berkahwin..hehe..rupanya bertanya bagi pihak orang lain..SMS beliau telah mengingatkan saya kepada peristiwa lampau...(haha..lampau la sangat..epik bunyinya kan?)
saya pernah menerima pamplet tentang susu keluaran baru..saya cuma membelek serba sedikit dan tidak berapa ambil pusing tentang pamplet tersebut memandangkan saya menyusukan tasneem sepenuh masa. masa terus berlalu..selepas dari itu, iklan mengenainya semakin banyak..termasuklah dalam majalah langganan bulanan saya..tidak terkecuali di akhbar harian.
susu tersebut adalah susu ILHAM. jawapan kepada SMS junior saya itu.
inilah rupa kotak susu itu..ada 2 jenis..untuk yang berumur 1-3 tahun, dan 4 tahun keatas. bagi yang 4 tahun keatas, ada dua perisa. coklat dan vanila.
berminat tak??saya minat...
apa yang sangat menarik perhatian saya mengenai produk ini ialah ia keluaran muslim.100% muslim. mempunyai setatus pengilangan bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).
Proses penyediaan Susu Penuh Krim Ilham memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan kaedah secara islam adalah perlu bagi memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba. Proses pengilangan ini bermula daripada pengambilan kakitangan beragama islam sahaja dan mereka juga perlu mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal, mempunyai kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan perlu dibaca semasa proses pengilangan, sentiasa mempunyai wudhuk dan menjaga kebersihan, memulakan dengan membaca Bismillah dan doa-doa khusus, tidak bercampur antara lelaki & perempuan dan senantiasa berada di dalam keadaan berzikir dan selawat. Proses ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir iaitu proses pembungkusan di mana sumber bagi pakej / pembungkusan juga dipastikan halal sumbernya.
Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”
(sumber: http://ilham4u.com)
ciri-ciri ini sangat menarik minat saya untuk memberi susu ini pada tasneem kelak. ya..harganya mungkin mahal sedikit berbanding susu jenama lain diluar sana.650 gm pada harga rm48.90. tapi saya fikir, ia pasti berbaloi..insyallah..
p/s: kalau anda berminat, boleh bagi tau saya (^_^)
fifah aja tasneem susu fm mcm mane? mase dgn ummi die nak ke die campak je botol tu?
ReplyDeletemuhammad dh start minum fm ke?kalau kat rumah/ngn ummi dia, tasneem bf je..biasa masa ngn nenek dia la yg terpaksa minum fm..biasanya dia tak nak minum..huhu..tapi nenek dia kata klau dh nk tido sangat2 hisap jugak botol tu..
ReplyDelete