Tuesday, December 4, 2012

piras!!

hari ni ummi nak cerita pasal piras (kalau orang belah pantai timur sebut pighah) atau kadang2 ada yang panggil cekenit.

gambar: google


piras/cekenit ni sejenis binatang yang sangat kecil ye anak2..dia binatang penghisap darah..dari badan kecil,hisap darah sampai badan jadi bepuluh kali ganda lebih besar!!! ia mempunyai kaki yang sangat mencengkam (mungkin mulut..tah)..ini membuatkan dia mampu untuk duduk berlama-lama disatu-satu tempat yang dia suka. dan kalau seseorang tu kena gigit dengan binatang ni, ianya amat menyakitkan..

*******************

ingat ummi cerita yang tasneem demam baru2 ni?hari ni alhamdulillah dah baik..badan dah tak panas..pun begitu, rengekan yang mengada-ngada masih berbaki..tapi ummi layankan juga lah sikit2..kasi can!

petang semalam,masa ummi tengah layan sedih sebab susu rosak, abi datang dengan tasneem..suruh buang benda kat mata tasneem..sebabnya abi dah cuba buang.tapi tasneem meronta2 tak bagi...jadi mana tau kalau dengan ummi tasnnem bagi kan..

emmm...tak bagi juga..2 3 kali juga ummi cuba nak buang benda kat mata tasneem yang dikatakan anak batu (sebab warna macam kelabu2 batu) tu..tapi meronta2 marah sambil nangis cakap sakit..abi siap pegang tangan tasneem supaya ummi dapat buang dengan mudah.....tak mudahnya kalau dah meronta..sampai gigil2 badan..ummi bila tengok macam tu memang ummi surrender dah. bukan apa, ummi tak sanggup nak tengok dia kesakitan..kesian..tak sampai hati.

tapi dalam hati ummi ni geram juga tengok benda tu tersangkut kat hujung mata tu.awal2 ummi perasan juga..masa tu kecil je..ummi ingat tahi mata..bila nak buang tasneem tepis tangan ummi.ummi biarkan sebab ummi fikir nanti lepas mandi hilanglah..rupanya tak hilang dan makin membesar..

bila belek betul2, baru ummi perasan yang benda tu adalah binatang..bukan anak batu atau tahi mata..patutlah tasneem menjerit2 sakit bila ummi abi sentuh..abi kata, ni piras!!ummi rasa mungkin sebab makhluk kecil ni tasneem jadi demam..gara2 sakit sangat..

kata tok abah, mungkin kena masa tasneem sibuk dengan kambing..kambing memang ada benda ni kat bulu2 dia tu..

akhirnya abi yang berhati besi tu yang buang..ummi pegang juga tasneem.....masa tu meronta, menjerit, menangis memang sakan!!memang menderita..ummi tak sanggup tengok...bila dah berjaya buang, tugas ummi pujuk tasneem..

sambil nangis sebut "abi buat...abi buat..." huhu...sebab tu ummi tak nak buang..nanti tasneem sebut "ummi buat..ummi buat.."hahaha...

ummi memilih untuk jadi tempat paling damai buat anak2...abi pula, biarlah dia jadi adiwira..penyelamat untuk anak2..hehhehe..

**orang kata kalau kena piras@cekenit ni memang sakit sangat2..kalau dah buang pun masih terasa sakitnya..ummi tak pernah kena..abi pun sama..kesian tasneem..

**tak ada gambar sebab binatang tu alahaiii...kecik bebeno

4 comments:

  1. ngeri kan??dah la kt mata pulak tu..teruji betul hati seorang ummi!!

    ReplyDelete
  2. sangat sakit. :)> dulu memang suka masuk semak, main dengan lembu yang ayah bela.

    selalu sangat kena. hehe.. kalau masuk dalam telinga, lagi sakit gilaaaaaa!! hoho.. sekali dia ubah tempat, rasa macam nak tampar orang time tu jugak.;p. nangis.

    sangat susah nak buang. berkali2 kena kat mata, teling.. pnah kna jugak dekat badan, memang tinggal parut. huhu..

    ReplyDelete
  3. ya allah..byk kali kna?? aduhai..tgk ank kna tu pun dah tak thn...cmne lak org yg leh kna byk kali ni..

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)