Thursday, September 30, 2010

kakiku bengkak..huhu

salam semua...


raya kali ni mmg blh dikatakan agak sakan berjalan gak la..maklum lah..dah keje..raya dulu senyap2 je..duit yg ada pun cukup2 makan je..hehehe..


balik dari kg, (johor) terus ke rumah ummi - kajang..tido sana..cam yg diceritakan dlm entry yg lepas..bangun2 pagi je masa nk solat subuh tu..rasa cam peik je kaki ni..rupa2 nya kakiku bengkak sudaaaa...mcm kaki gajah je..huhu...yg pastinya tu bukan tanda2 nak bersalin ok...


bila tnya kat ummi, dia kata biasanya org nk besalin,kaki bengkak..haih..takkan nak besalin dah kot...lambat lagi...baru masuk bln ke6..ummi kata lg..agaknye sebab byk sangat berjalan kot..emm..mungkin..sebab raya sakan sangat...


tapi tak sampai sehari pun bengkak tu..tak lama lepas tu, bengkak tadi pun surut..alhamdulillah..


hari ni, sempatlah msj mawaddah utk tanya pasal bengkak kaki ni.risau gak sebenarnya walaupun bengkak tu dah surut berminggu...saja nak tambah ilmu pasal mengandung ni...


katanya.....
"bengkak tu normal sebab kandungan semakin membesar, jadi bila banyak berdiri atau travel, blood flow kurang dan sebabkan bengkak. cuba tinggikan kaki waktu tido. kalau berkurangan lps bangun tido maksudnya bengkak tu normal..."


thanks mawaddah....


sambil2 menaip ni sempat gak la cari camne nak atasi bengkak masa tgh mengandung ni..antaranya...



1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
berguna kan??artike ni amik dari bengkung moden
ok..itu sahaja utk kali ini

1 comment:

  1. sian fifah, suh je laki hang tu urut tiap-tiap malam!

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)