Wednesday, September 1, 2010

sepanjang trimester pertama

assalamualaikum....
trimester pertama ni lebih kurang dari bulan april sampai bulan jun (0-12 minggu)

kebiasaannya ni lah masa yang paling mencabar untuk ibu2 mengandung. sebab masa ni lah tengah rancak "memuntahkan diri" dan sebagai nya...huhu...mencabar kan??

tapi  alhamdulillah saya tak menghadapi ujian itu.tidak ada muntah2 dipagi hari,petang hari mahupun malam hari...hehe..makan pun buleh tahan la..nak kata lalu sangat pun tak,tak lalu sangat pun tak jugak..ikut mood..

walaupun tak muntah2 tapi ada jugak benda2 yang lain jadi..dan memang terasalah perubahan tu..jom kita tgk satu persatu..

selalu nak terkucil...huhuhu..betul.tak tipu. rasa nak buang air tu mmg tak kira masa...tengah malam yang paling tak tahan..tgh2 tido terasa nk buang air pulak..kenapa jadi macam tu ye?sebab nye rahim tu semakin membesar dan ia telah bertindak menekan pundi kencing...jadi sebab tulah asyik nak buang air tak kira masa. dalam masa yang sama, jangan pulak kurangkan minum air gara2 nak kurangkan buang air..air tetap minum dengan banyak..

selalu lapar..huhuhu..asyik nak makan je rasa...siap bawa biskut dalam hand bag or mana2 beg yang berkaitan. makan mmg nak banyak kali..sampai suami kata asyik nak mengunyah je..tak pe makan banyak kali pun..yang penting makan dalam kuantiti yang sikit..atau ngan kata lain, makan sikit tapi banyak kali..okey??dan pilihlah makanan yang berkhasiat..penting tu.jangan la pilih jajan2 ni...tak bagus untuk kesihatan ibu dan anak..

cepat rasa penat..ha..ni mmg...penat nape tah..mungkin sebab perubahan keadaan dari berbadan satu ke berbadan 2...huhu...

selalu rasa pening, sakit belakang, lenguh kaki...dan cara2 untuk mengatasinya mudah sahaja...sediakan minyak angin/panas secukup rasa.kemudian mintak tolong orang terdekat picitkan...senang tak??pastinya org terdekat itu ialah si incik suami..mesti incik suami tu tak sanggup nk tgk anda terpening sorang2 kan?? tapi ada orang kata kalau picit tu jangan lebih2 terutamanya bahagian pinggang..takut ada pendarahan...

selalu rasa cam cramp  kat bahagian perut..bimbang la jugak kan..oleh kerana kebimbangan yang sangat tinggi itu, maka saya pun bertanya kepada seorang kawan, merangkap seorang yang dah bergelar ibu dan seorang nurse yang sgt berwibawa...katanya itu perkara biasa untuk org mengandung nih..tambah2 awal kandungan..legaaaa....bila baca2 rupa2nya cramp ni sbb adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim dimana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim.

itulah lebih kurang sikit2 pengalaman indah sepanjang trimester pertama...
semoga anak ini terus membesar dengan sihat dan kuat...ameen...

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)