Tuesday, November 16, 2010

aidil adha 1431H

selamat menyambut aidil adha kepada anak ummi dan abi...serta seluruh ahli keluarga dan rakan2 kami...


raya tahun ni kami beraya di sini sahaja (sekitar selangor) tak balik kampung pun...ada pun kami balik ke kajang..rumah mak ayah ummi...abi cuti raya ni dapat 2 hari je.rabu dan khamis..jumaat abi dah kena ke sekolah semula....ummi pulak hari ni lagi ummi dah cuti..sampailah hari jumaat


(minggu ni adalah minggu akhir persekolahan..jadi hari kerja terakhir ummi utk tahun ni ialah semalam...abi pulak masih kena ke sekolah..hehehe..jangan jeles ye abi..)


kalau tahun lepas, family ummi semua ke kelantan..beraya dengan family abi...abah kepada abi tumbang seekor lembu..dapat lah ummi satu bahagian dan ayah ummi satu bahagian...


tahun ni pulak, kami korban kat sini je...ummi dan abi kongsi duit tuk masuk satu bahagian korban...alhamdulillah..ada rezeki lebih ALLAH bagi untuk korban walaupun kongsi...


semoga ibadah korban kami diterima ALLAH.....


p/s: dengar dah bunyi lembu kat bawah tu....hehehe...

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)