Sunday, November 28, 2010

cuti yang sudah bermula....

assalamualaikum.....


cuti yang baru nak bermula...(bukan cuti bersalin ye..)cuti sekolah...walaupun pada kalender cuti sekolah tu dah bermula minggu lepas lagi...tapi untuk cikgu seperti saya..cuti bermula minggu ini...lepas siap semua kerja, baru blh bercuti..ok






cuti dimulakan dengan kenduri kawen di kemaman...seorang kawan yg bernama zaihan..dia ni adalah roomate selama 4 thn masa dimaktab dulu..sempatlah datang majlis nikah pada malam 26 nov..dan kenduri pada keesokannya.


sempat juga tidur sebilik dengannya buat kali terakhir...hehehe...masa ni suami tidur di rumah lain..dengan adiknya..hehehe...takpe..dah mintak izin dah kat dia nk tidur dengan roomate 4 thn ni...oleh kerana dah lama kami tak berjumpa, malam tu kami tidur pukul 2 pagi!! (kalau ikut mungkin lewat lagi, tapi sebab esok pun dia ada majlis, maka perlu dielakkan dari tidur lambat...)

kami memang kawan baik...selera dan citarasa kami juga hampir sama...walaupun begitu, ada juga beberapa perkara yang memang bercanggah antara kami..tapi takpe...itu tidak menjejaskan persahabatan kami...

********************

ada satu perkara yang saya sedar masa kami tidur sebilik masa tu...perubahan yang sangat ketara pada diri saya...

kalau dulu, kami memang sekepala dalam bab kipas ni...jenis yang tak berapa kuat kipas...tak suka sejuk2 sangat..dan kadang2 tu bila tiba musim hujan, kami langsung tak pasang kipas..sebab suasana hujan tu dah cukup nyaman buat kami....syukur sebab kami sama selera..cuba bayang kalau sorang suka pasang kipas kuat2 dan sorang lagi suka pasang kipas pada kelajuan 1....ha...tak ke haru!!kan?kan?kan?

tapi kali ni,pada malam tu..saya merasa sangat tidak selesa untuk tidur..siap berpeluh2...panas..huhu...walaupun kipas laju terpasang..tidur malam tu pun tak berapa lena. 

rupanya, dalam pada saya tak lena tidur tu, dia telah perlahankan kelajuan kipas tu kerana kesejukan tahap merengkok...oho...merengkok macam udang kena goreng sebab selimut tak dapat dikesan!! (patutlah saya bermimpi kipas di slow kan...angkara dia rupanya...ahahaha...saya ingat saya cuma bermimpi..rupanya betul2...ini bukan cobaan..ini betul-betul!! waahhh!!! tak lena pun masih boleh bermimpi ye!!

bila sedar2 untuk bangun subuh...dia tutup kipassss!!hahaha...alamak...saya panas ni..maka berlaku lah dialog pendek antara kami: 

saya : ko sejuk sangat ke?
zhan : a'a...sejuk..aku siap perlahankan kipas lagi mlm tadi...sejuk sangat..asyik teringat je kat selimut malam tadi. nape?ko panas ke?
saya : hahaha...aku ni siap berpeluh lagi (cerita diteruskan dengan keadaan saya bila dirumah..)

sangat berbeza kan??kalau dulu kami sama2 rasa sejuk kalau sejuk..sama2 rasa panas kalau panas...tapi sekarang beza memang sangat berbeza, dia sangat sejuk, dan saya pula sangat panas dan siap berpeluh...hahaha!!! semuanya sebab saya mengandung...orang mengandung memang selalu dalam keadaan panas....

mujur dia faham keadaan saya dan pastinya kipas dipasang semula....tq!!




kapada bestfriend ku norzaihan bt mahadi, selamat pengantin baru...semoga anda menjadi semakin matang bila sudah bergelar isteri ni =)


p/s: masa ni dah pregnant 34 minggu...nampak tak perut??hehehe

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)