Thursday, February 17, 2011

60 hari??90 hari??

ramai yang berkata:
>>>wah..seronok lah fifah..boleh cuti bersalin 90 hari!!!

ramai yang bertanya:
>>>fifah ambil cuti berapa lama?..kenapa tak ambil 90 hari??


*******************


kalau dulu cuti bersalin 60 hari je..tapi sekarang dah ada kemudahan untuk mohon cuti maksima sehingga 90 hari!! menarik bukan??


oohhh...menarik la sangat..(-_-)


realitinya begini..pada dasarnya orang yang kerja gomen ni akan dapat cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang perkhidmatan..ye..cuma 300 hari untuk sepanjang perkhidmatan..tiada perubahan untuk itu setakat ni..(tak kira lah dia ambil 60 hari atau 90 hari)


jadi kalau sesiapa yang konsisten ikut cara lama setiap kali mohon cuti bersalin, (60 hari) maka sekurang2nya dia boleh dapat cuti free sampai anak yang ke5..60 kali lima kan sama dengan 300..


tapi kalau dah ambil cuti 90 hari..pandai2 la kira okey


mula2 dulu..(sebelum bersalin) ada jugak plan2 nak amik cuti sampai 90 hari..nak bagi perhatian lebih la untuk anak yang pertama ni kononnya..sebab anak pertama kan, macam banyak benda je yang nak kena belajar sebagai ibu baru ni...tapi last2 bila fikir2 bilik, bila dah timbang2kan banyak benda dan bila tengok dari macam2 aspek, keputusan yang disepakati ialah cuti selama 60 hari sahaja..(walaupun mula2 tu suami ada cadang supaya amik lebih sikit..tambah 10 - 15 hari lagi..tapi akhirnya akur dengan cukup lah 60 hari saja...)


*alasan suami suruh tambah cuti tu sebab biar cuti tu bersambung dengan cuti pertengahan penggal 1...sabar je lahh..


banyak sebab sebenarnye yang mendorong untuk ambil cuti hanya 60 hari ni..
a) sebab nak anak ramai..macam dah cakap awal2 tadi, kalau konsisten amik 60 hari, sekurang-kurangnya dapat cuti free untuk 5 orang anak..insyaallah..fadlul pun memang berhajat nak anak ramai..sekurang2nya lebih sikit la dari adik beradik dia yg cuma 3 orang tu..


b) tak nak susahkan orang...sekolah saya adalah sekolah yang kecil..guru tak ramai..sorang cikgu dapat 3 4 tugas..(atau lebih lagi) kalau sorang takde dalam tempoh yang lama memang terasa sangat..tu belum cerita pasal relief class lagi..kalau tak dapat cikgu ganti, terpaksa lah orang lain merelief sampai 2 bulan!! sangat kesian kan??- saya sudah mengalaminya -


c) kesian kat murid2..mana nak sama cikgu relief mengajar dengan cikgu yang memang bertanggungjawab ajar kat satu2 kelas tu...2 bulan tak mengajar, dalam hati selalu tertanya2.."sape yg ajar budak2 ni masa aku cuti..", "dah sampai mana budak2 ni belajar..ikut silibus ke tak.."..macam2 soalan lagi yang berlegar2...ooohh~~rasa rindu pulak nak mengajar...nak tengok anak2 murid...telatah dan kerenah mereka..rindu jugak pada kawan2 sekerja...


d) tak nak menyusahkan diri sendiri...ye..cuti lama2 hanya akan menyusahkan diri sendiri saje..cuti bukanlah satu nikmat sebenar ye..(melainkan cuti yang memang cuti..kalau cuti bersalin ni kita yang ambil cuti..) lagi lama ambil cuti, lagi menimbunlah kerja yang terbengkalai...ada sesetengah kerja yang orang lain boleh tolong buatkan...tapi ada sesetengah kerja yang memang kita sendiri yang kena selesaikan..jadi saya taknak ambil risiko untuk menimbunkan kerja saya..


** ada jugak orang yang mohon untuk cuti 90 hari sebab malas kerja...alamaak...kalau kerja2 lain mungkin best untuk guna alasan yang macam tu...tapi untuk seorang guru??jawablah sendiri..~alangkah sadisnya menjadi murid kepada cikgu yang seperti ini~


tasneem...ummi bukan tak sayang tasneem bila ummi hanya ambil cuti 60 hari ni...tu bukan ukurannya ye sayang...ummi sayang tasneem..kalau diberi pilihan, ummi juga memilih untuk duduk dirumah..menjadi suri rumah sepenuh masa agar anak2 ummi membesar sepenuhnya dengan ummi...tapi mengajar juga adalah sebahagian dari tanggungjawab ummi buat masa ini..mencari pendapatan untuk kita sekeluarga..membantu abi dari segi kewangan..mengajar juga adalah minat ummi..ummi nak didik anak2 diluar sana juga anak ummi supaya menjadi insan yang soleh dan musleh..


bak kata ustaz hasrizal.."bukan pergi kerja, tapi pergi mengumpul pahala.."


mujur juga ummi ni cikgu..balik kerja awal..cuma hari2 tertentu je yang balik lewat sikit..jadi tak delah anak ummi ni jauh dari ummi lama sangat...

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)