Friday, April 22, 2011

saya sedang gembira!!

dicelah2 stress yang sedang saya alami ketika ini, terutama sekali tentang jadual mengajar yang telah berubah secara drastik dari 29 masa ke 35 masa seminggu, datang beberapa berita yang menggembirakan saya..


yang sangat membuat saya terkesan ialah berita mengandungnya roomate saya semasa di IPG dulu...
"salam..fah, aku bru kuar klinik ni..ngeh2.."

sms yang buat saya faham apa yang dimaksudkan..kalau anda dapat sms yang sebegini pun saya yakin anda juga akan faham sepertimana yang saya faham.

tahniah la!!!yang tak tahannya dia dah siap termimpi2 jadi mak orang sebulan yang lepas..berbahagialah dia. nak2 pulak sekarang ni en.suami dah duduk senegeri. kalau tak dulu terpisah dengan lautan..gamaknya lambatlah nak balik ke semenanjung kalau dah dua-dua kat sana..


yang kedua, teman seusrah saya..dia juga mengandung..semalam kami beramai2 melawat dia di rumahnya..tinggal seorang lagi ahli usrah saya yang masih single..tapi saya pun tak pasti adakah dia masih available atau sebaliknya..heheehe...


due date kedua-dua teman saya ini..hampir2...bulan 12. tapi tidak lah border macam tasneem..sudahnya lahir betul2 hujung tahun. 31.12.2010...


kepada mereka berdua ni saya ucapkan tahniah..selamat datang ke dunia mak-mak!!!gunakanlah saat2 manis ni  untuk anda bermanja secara over dengan suami..tapi jangan mintak yang pelik2 sudah...hehehehe...


sedikit cerita tentang tasneem:
anak bertuah ini bila menyusu sudah tidak betul2 fokus lagi..tengah2 menyusu boleh berhenti sekejap untuk bersembang2, menemubual, berceramah, mengaji, berzikir dan sebagainya...kemudian sambung menyusu balik...kemudian sambung bercakap lagi...,menyusu sambil selang2 dengan bercakap..geram jugak  kadang2 tu..sebab banyak kerja lagi yang nak dibuat..ada masa, dilayankan jugak...hehehehe...

2 comments:

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)