Saturday, June 18, 2011

makanan pertama untuk tasneem

tasneem dah 5 bulan 2 minggu 3 hari...alhamdulillah...
lebih kurang 2 minggu lagi tasneem akan cukup 6 bulan..maknanya tak lama lagi tasneem dah boleh ummi suap makanan secara rasmi..

******************

saya sempat baca2 sikit pasal makanan pertama yang sesuai untuk bayi.
apa yang saya dapat ialah, makanan tu yang pentingnya cuma up sikit dari susu ibu sahaja...atau dengan kata lain, naik satu tangga je dari susu ibu.

kalau masa 6 bulan pertama hanya susu ibu yang bersifat cecair sahaja, tapi bila dah cukup masa 6 bulan , dah boleh nak  bagi sesuatu yang mungkin lebih pekat dari susu ibu tu sendiri.

contoh termudah ialah nasi yang dikisar halus, bersama dengan EBM dan kemudian ditapis...ha,masih ada unsur susu ibu disitu ye. susu ibu masih dikekalkan sebab ini adalah makanan pertama bayi. tak nak bayi tu terkejut dengan makanan baru yang masuk mulut dia..

1 perkara yang paling penting, pada peringkat pengenalan ni tak perlu untuk menambahkan perasa dalam makanan bayi.tak perlu ada unsur2 garam atau gula.apatah lagi bahan perasa lain yang membuatkan makanan bayi tu "cukup rasa" atau "pasti sedap".

p/s: saya masih lagi meneruskan pencarian dan pembacaan saya untuk bab makanan bayi ni..tunjuk ajar dari yang berpengalaman sangat diharapkan.

p/s 2: setakat ni saya langsung tak bercadang untuk bagi tasneem makanan bayi yang bersifat segera..macam nestum..kalau boleh, saya nak sediakan sendiri semuanya..semoga saya diberi kekuatan oleh Allah...

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)