Wednesday, June 15, 2011

temanku bercerita..

lepas 2 minggu bercuti, mula je kerja dengan rasa rindu pada teman2 sekerja yang sangat disayangi kerana Allah..

terutama pada teman yang sama2 sedang berjuang mengumpul susu untuk anak tersayang..
sama2 pam susu bila free sambil sembang2...yang pastinya cerita mengenai susu ibu, anak2, berkongsi macam2 lagi....seronok!!

kami bertukar2 cerita...bertanya khabar anak masing2...tak ketinggalan sesi meluah perasaan!!hehehe...

saya menceritakan kisah tasneem yang tak habis2 didesak oleh orang sekeliling saya agar menyuapkan makanan kepadanya.

dan dia...

kisah pengasuh anaknya..kasihan dia...~oh~..bukan kasihan kepada pengasuh anaknya itu, tapi pada teman saya ini..

saya pendekkan cerita ye..

pengasuh itu merungut kerana anak teman saya ini tidak mahu menyusu..lalu anak kepada pengasuh ini memberi cadangan yang sangat "bijak"...mencadangkan supaya ibunya membeli (dengan duit sendiri) susu formula dan susukan anak teman saya dengan susu tersebut!!!

padahal, teman saya ini langsung tidak mengalami masalah kekurangan bekalan susu..

apalah istimewanya susu formula itu kalau nak dibandingkan dengan susu ibu kurniaan Allah yang tak kalah khasiat dan kebaikannya??

alahai...

teman saya mengeluh sedikit..ada nada kecewa kerana pengasuh itu pandai-pandai mahu mengatur hidupnya.masih tak yakin dengan berjuta khasiat susu ibu, sedangkan dah macam2 kempen kesedaran dibuat...

*sangsikah dia dengan susu ibu yang telah Allah jadikan lengkap serba-serbi buat anak yang telah dilahirkan??
*apa kaitan anak tak mahu menyusu dengan susu formula??

banyak orang, banyak ragam...

ya Allah, kurniakanlah susu yang mencukupi buat anakku tasneem..

3 comments:

  1. Situasi yg sama. Ramai yg bising terutamanya yg "dah makan garam
    ' dulu dari kita yg muda ni..Diorang cakap kesian budak lapar. Maknye x nak bg makan. Bising, marah, bebel..Telan jela..Alhamdulillah suami punya pendirian tetap :)

    ReplyDelete
  2. pengasuh tu nak mudah je.. tu yg tak fikir panjang..

    ReplyDelete
  3. ecah anak hntr kt org gak ek??

    basyirah, nnt kna interview dlu...tgk pmikiran diorg cmne..hehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)