Saturday, August 13, 2011

power pumping

anda pernah dengar "power pumping"?

saya tahu tentang power pumping ni pun baru je.itupun sejak saya join "kumpulan Ibu Menyusu" di facebook atas saranan seorang rakan sekerja. banyak maklumat mengenai penyusuan katanya...

mula2 saya tak faham juga apa sebenarnya power pumping ni..tapi bila dah cari dan baca, akhirnya tau juga..

apa ye power pumping tu?
ia adalah teknik mengepam yang dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu. caranya sama seperti mengepam yang biasa, tetapi diubah suai dengan cara yang lebih unik. ia bertujuan untuk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat menigkatkan bekalan susu ibu.


sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang mengalami kemerosotan penghasilan susu ibu.


sebenarnya ia adalah untuk pengguna double pumping...tapi bagi saya yang menggunakan berastpump yang single, caranya ialah dengan mengepam payudara secara bergilir2 selama sejam. bermula dari yang kanan, pam selama sepuluh minit, kemudian pindah pada sebelah kiri, juga selama sepuluh minit...ulang sehingga sampai satu jam.


masa yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ini ialah sekitar 12 malam hingga ke subuh..lebih kurang jam 6 pagi. lakukan aktiviti ini dalam masa sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan..


dan saya pula sedang gigih berusaha untuk melakukan power pumping ini..mudah-mudahan Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada Tasneem...sesuai dengan namanya yang membawa maksud mata air dalam syurga..




*saya suka baca apa2 sahaja tentang penyusuan!!*

4 comments:

  1. teruskan kegigihan pah! semoga berjaye! sesuai dgn maksud 'tasneem' ;)

    p/s: krim slm budak kecik pandai tenyum tuh.. ;D

    ReplyDelete
  2. memang respect lah ibu2 yang fully bf ni.. harap2 bila ada baby nanti, nak full bf jugak.. ^_^

    ReplyDelete
  3. ok hana...sila berazam dari sekarang!!

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)