Tuesday, February 14, 2012

mabuk

assalamualaikum..


awal tahun 2012 menyaksikan sesuatu yang baru dalam kebanyakan hal..tak terkecuali di tempat saya bekerja..antaranya perubahan tugas dan termasuk juga perubahan tempat duduk dengan susunan yang baru!!-itu semua idea bos..tapi insyaallah, moga ada kebaikan disebaliknya.

tidak terlepas juga berita mengenai kawan-kawan..awal tahun 2012 juga menyaksikan 3 orang teman saya mendapat berita gembira- bakal mendapat ahli baru dalam keluarga masing-masing. dan masing-masing ketika itu masih dalam fasa pening-muntah-mabuk.

saya seperti biasa...rajin mendengar cerita-cerita mereka..pengalaman adalah ilmu paling mahal saya kira..jadi pengalaman mereka yang lebih dulu makan garam itu sangat berharga.

kali ini topik perbincangan adalah mengenai mabuk di awal kehamilan..

dalam banyak-banyak cerita, saya berminat dengan yang satu ini. seorang teman sekerja-lelaki. setiap kali isterinya mengandung, pasti dia yang mengalami situasi mabuk ini..dan ia kelihatan jelas oleh rakan yang lain. kalau tak salah saya anaknya sudah 4 orang...dan bila ditanya, apa petua suami yang dapat mabuk ni...jawapannya mudah, minta dengan isteri supaya "mabuk-pening" itu diberikan kepadanya...maka dapatlah dia mabuk dan pening itu...

menarik bukan??

bukankah rumahtangga itu salah satu terasnya adalah bekerjasama..kalau isteri dah masak, suami tolong basuh pinggan...kalau suami basuh baju, isteri tolong lipat...kalau isteri dah sapu rumah, suami tolong mop lantai..jadi tak salah kalau isteri mengandung, suami ambil "morning sickness" pulak..barulah seronok  (^_~)

4 comments:

  1. haha..ohh kat sini bialah ibu muhammad je morning sickness..kalau ayah muhammad, buruk padahnye hehhe

    p/s: tahfiz medik ade kat kluang dgn jb je kalau tak silap..tapi buat mase sekarang utk lelaki saje..tahun lepas mcm dengar ader yang menyumbang besar nak buat lagi satu bangunan termasuk makmal belajar die untuk perempuan pulak

    ReplyDelete
  2. adakah mus-tahil tuk i mabuk pn.as????hahahaha

    um:tu la kn.. kalau kita yg mabuk leh manja lebih sikit..hehehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)