Monday, February 20, 2012

peristiwa hari wilayah

assalamualaikum...

hari wilayah baru-baru ni atok cuti...jadi tok mami tu dapatlah merasa rehat sikit (kot) sebab atok ada sama boleh tengokkan tasneem sambil-sambil...jadi mudah juga lah tok mami nak bergerak kesana kemari...mengemas, sidai kain...etc...

tapi rupanya apa yang berlaku lebih dasyat dari hari-hari biasa...
kata tok mami, masa tu tok mami tengah sibuk sidai baju diluar...tasneem pula dengan tok dedi kat dalam..tapi tok dedi tengah tidur..tak kisahlah..terus juga menyidai baju..walaupun sedar yang tasneem tu duduk diam je kat dalam (biasanya kalau diam tu adalah benda yang dia tengah tekun buat)

masuk-masuk je tok mami dari lepas sidai baju.....

nah!!...

>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


dapatkah anda meneka apa sebenarnya yang telah berlaku??
tasneem, sila jawab.

ini adalah kesinambungan dari peristiwa di umur 10 bulan

mujur juga cik anne tasneem kerja separuh hari. jadi lepas balik kerja terpaksa sambung kerja jadi tukang cuci kaki tangan tasneem pula.

tok mami kata lagi, sebenarnya tok dedi tu tidur sipi je dengan komputer dan segala pekakasnya tu..andai kata ink tu tumpah atas muka tok dedi masa tu, tak taulah macam mana.agaknya. ambil mc pula kot...huhu

p/s: inilah ciri-ciri anak bijaksana..ummi masih belum berkesempatan lagi nak ganti ink yang dah kosong dikerjakan tasneem tu..tunggu gaji sehari dua lagi kot.

3 comments:

  1. Samalah macam Ahmad! Habis cop tadika dia makan sampai tanggal rubber! Sampai biru mulut!!!

    ReplyDelete
  2. Samalah macam Ahmad! Habis cop tadika dia makan sampai tanggal rubber! Sampai biru mulut!!!

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)