Thursday, July 12, 2012

bila nak cakap?

1. makan durian dengan bersungguh-sungguh...
2. sungguh-sungguh juga nak tolong ummi sapu sampah..siap pakai selipar ummi lagi. 
yang tak tahannya korek bawah kerusi tu..tau mainan dia banyak bawah tu agaknya

tok mami tanya bila tasneem nak pandai cakap??sebab tok mami tak faham apa yang tasneem cakap!!

hehe..insyallah..sampai masanya nanti..bila dah sampai masa tu, tak terlayan agaknya!!

sekarang ni pun tasneem memang dah sedia banyak cakapnya.cuma dari 100% yang tasneem cakap tu mungkin kurang dari 10% yang kami faham..meskipun apa yang tasneem cakap banyak yang tak kami fahami, bahasa tubuhnya sangat membantu..

setakat ni ada dah beberapa perkataan yang dia dah boleh sebut..macam:
- ayok!! >>ni bila buat sepah ke, ada barang jatuh ke..ikut la mana keadaan yang sesuai..
- inum >> minum
- ubat
- pish >> fish
- ikan
- nanak >> tak nak
- nak
- bipash >>lipas
- no!no!no! >>sambil jari telunjuk goyang2
ni antaranya sahaja..ada banyak lagi..ummi je yang tak berapa ingat..hehe

tasneem pun dah boleh faham arahan-arahan mudah yang kami bagi...
suruh ambilkan barang, macam remote control, book, ball, handphone, bantal, dan barang-barang lain ...yang tasneem dah familiar dengar dan pandang (banyak juga yang tasneem dah kenal)...untuk barang yang dia belum biasa, kena la tunjuk mana satu barang tu..sambil ulang-ulang

kalau suruh mandi pun dah pandai dah...buka baju seluar..sekali dengan lampin dia!bahaya ni..kadang-kadang tu habis semua dia buka tapi tak masuk bilik air pun lagi..jadi bila nak suruh dia mandi kena pastikan orang yang bertanggungjawab nak mandikan tu dah betul-betul bersedia..

tengok!!suka tarik seluar..londehkan..lepas tu nampak la lampin dia terkeluar camtu..yg gambar ke2 tu, sibuk pakai spek hitam..lepas tu nangis..tak comel langsung!!


kemas barang mainan pun boleh dah..masuk barang dalam bakul..tapi ni sekejap je..lepas tu punggah balik..

baru-baru ni tok mami cerita tasneem cabut hon basikal yang bentuk rabbit tu..lepas tu bukan main tekun duduk sambil selak2 baju..bila perhati betul-betul rupanya tengah susukan rabbit tu..selak baju sebab nak susukan rabbit!!ahahaha..lawak je..jangan lepas ni kalau adik nangis, dia yang bagi susu dah le!!

2 comments:

  1. perenggan last tak boleh tahan..girl ttp girl..naluri tu dh ade..boy pun ttp boy..tk penh tgk lagi si muhammad nak bagi susu hehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)