Tuesday, October 23, 2012

maka cerita susu pun bermula...

bila dah ada baby baru ni, maka hal-hal berkaitan dengan mengumpul susu pun bermula..kali ni episod 2 pulak..episod 1 masa zaman kakak tasneem dulu..

untuk episod 2: basyeerah ni, banyak juga benda baru yang ummi beli...yang utamanya breastpump..benda yang memang jadi idaman hati sejak dari dulu..medela freestyle..wuhooo~ kumpul duit sejak dari awal mengandungkan basyeerah lagi...

ummi dah oder fs tu..dan dah sampai pun..

perkara ke-2 yang terlintas dalam kotak pemikiran ni pula ialah beli sterilizer..sebab tak rajin untuk merebus barang2 yang berkaitan tu kan..lepas tu pula dah bertambah botol2 susu semua..jadi macam bagus juga kalau ada sterilizer tu..

berkebetulan dengan itu, auntie kunak berbulan madu kat london...dia ada offer untuk belikan sterilizer cap tommee tippee..katanya murah..pendekkan cerita, ummi setuju untuk beli..mula2 tu macam belah bagi juga nak beli..tapi bila dah pertimbangkan beberapa perkara..maka belilah..

dan perkara ke-3 ialah ummi sedang memikirkan macam mana gaya ummi nak bawa balik stok ebm sepanjang kita balik kelantan nanti..mula-mula ummi fikir macam malas nak pam sepanjang disana..tapi bila fikir2 balik, rugi besar kalau tak kumpul stok..penat2 beli fs tak manfaatkan pula..kan?

jadi mesti juga kumpul susu..ada pula malas nak pam..rugi..rugi..rugi!!!

tadi ummi pun dah BW untuk tau cara yang terbaik untuk perjalanan jauh bersama ebm tu ..dan alhamdulillah ummi jumpa caranya..tak susah pun..tapi ummi risau juga..sebab kajang-kelantan bukan dekat...

mesti ada:
1.cooler box..(ummi mungkin guna bekas polistrin atau ada orang panggil gabus)
2. ais (ada orang kata guna ais mesin- ais yang nelayan guna untuk simpan ikan)
3. garam (katanya boleh membantu melambatkan pencairan ais tu)

faktor-faktor lain pun membantu juga:
1. letak bekas tu dalam kereta..bukan bot kereta..suhu dalam bonet lebih tinggi dari dalam kereta.
2. cuaca. pilih untuk jalan waktu sejuk..ummi abi biasa jalan awal pagi..lebih mudah..anak2 pun tgh nyenyak tido waktu ni..
3. kurangkan berhenti...supaya cepat sampai...berhenti untuk solat dan makan..kalau boleh ummi nak bawa bekal je..masak makanan yg ringkas,sedap, dan lambat basi...ape ek??

jadi sekarang ummi kena cari bekas polistrin dan milk storage bag..(kalau tak ummi pakai bekas dadih tu...tapi macam makan ruang pula..)

**cik kunak baru bagi tau yang sterilizer tu habis stok..alahai...melepassss...

4 comments:

  1. ooh.. kita pulak tgh fikir cmner nak bawak ebm tu naik flight..

    ReplyDelete
  2. lebih kurang cmtu gak hana..cuma stakat yg org baca ni kan, diorg gna cooler box yg canggih la..siap beroda2 bagai..

    ReplyDelete
  3. mane fs basyeerah!! cepatlah ummi inspire rakan2 dgn susumu yg melimpah ruah! ;D

    ReplyDelete
  4. hahaha..nnt wt review..lom bkesempatan lg..

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)