Tuesday, December 25, 2012

big bad wolf 2012

sebelum ni ummi tak pernah dengar pun pasal Big Bad Wolf ni..ummi tahu dari kawan ummi, mawaddah.

BIG BAD WOLF!!

ia adalah penjualan buku besar-besaran yang menjual pelbagai buku dengan harga yang jauuuuuhh lebih murah dari pasaran biasa!! 75%-95% diskaun!!
ini baru betul2 pesta!!buku semua murah2 ok..

target utama ummi nak beli buku untuk anak-anak..

ummi pergi 2 kali.

kali pertama - pergi sejurus balik dari cameron highland. agak penat juga.tapi dek kerana keterujaan melihat lautan buku, terus  jadi super seronok! basyeerah dengan ummi. ummi kendong dengan baby carrier..kakak tasneem dengan abi..

agak mencabar sebab dengan anak-anak kecil terutamanya dengan kakak tasneem yang sememangnya aktif!! seingat ummi, tasneem boleh tahan lebih kurang 20minit dengan buku-buku..lepas tu mula kesana ke mari..risau juga ummi sebab orang kan ramai..kang hilang jenuh nak cari..jadi abi bawa naik aras..atas ada tempat main budak2..

tapi tak boleh juga nak berlama-lama sebab ummi tak larat nak pegang buku banyak2..boleh ambil setakat yang mampu pegang ditangan sahaja!orang lain dengan segala kotak, troli bagai..

akhir bila dah nak balik, tasneem dah mula jalan dengan lutut!!aduhai anak..sebab dah tau nak balik, tu yang jadi macam tu..tasneem tak nak balik. abi pula beratur untuk bayar, dan dah terlepas keluar, jadi ummi lah yang kena handle tasneem sekejap. sempatlah main kejar2 se-round!

ummi ajak abi untuk pergi kali ke-2..kali ni strateginya pergi mesti bawa stroller. tasneem kena duduk dalam tu supaya dia tak pergi merata.

buku cerita, buku aktiviti....

ummi punya..

semua sekali rm83 sahaja!

kali ke2 - awalnya rancang nak pergi jumaat 21.12 lepas kereta kita siap di servis. tapi bila dah tahu yang BBW ni buka tanpa henti dari jumaat sampai ahad, 


akhirnya keputusan yang diambil ialah, pergi jam 12 malam!! anak2 dah tidur..mudah sikit...dan tok mami kata tasneem tinggal sahaja..lagi lega ummi..hehe...

kali ni orang tak begitu ramai, parking pun tak sepadat kali pertama pergi..alhamdulillah basyeerah tidur nyenyak sampai ke akhir...terbangun bila ummi selesai bayar..memang dah tiba waktu menyusu pun..

tiada dalam gambar : 2 buah novel cik lala, 1 buah lagi dalam kereta..

kos kali ni cuma rm60 lebih..buku dah tak banyak yang menarik..tambah dengan mengantuk masa pilih..hehehe..

sebelum balik, ummi abi sempat naik atas untuk beli alat tulis..ada diskaun juga..maklumlah, dah nak mula kerja..pen2 entah kemana..sempat juga ummi abi mengurut dengan kerusi urut-masuk-seringgit tu..

nanti kalau ada lagi, boleh datang beli lagi..

4 comments:

  1. wahhhh bestnye org kl!!! kiteorg off budgettt..duk diam2 heheh lagi2 i dah terlampau over budget beli new bb kikiki

    ReplyDelete
  2. ni pun tinggal baki2 je..tu yg kna limit2 je bli..klu tak mau lg byk beli ny..

    buku dh tak byk yg menarik tu alasan je..haha

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)