Thursday, December 13, 2012

kembara susu

stok ebm selepas kejadian susu cair.. dr 2.12 sampai 9.12

ingat tak yang ummi bagi tau ummi nak kirim susu basyeerah pada tok mami hari tu?inilah susu-susu yang ummi dah kumpul semula selepas kejadian susu rosak tempoh hari..

ye..bukan mudah untuk ummi kumpul semangat untuk ummi kumpul semula susu2 ni..tapi demi kasih sayang ummi pada anak-anak ummi, ummi gagahkan juga hati ummi..untuk 1 dan 2 hari yang pertama, memang amat memeritkan..oleh kerana emosi ummi yang tak stabil tu..susu pun malu2 je nak keluar..sekali pam ummi dapat 2-3 oz je..

tapi lama kelamaan, ummi mampu untuk kembali semula ke track asal..huhuhu..walaupun tak sebanyak orang lain, tapi ummi sangat2 bersyukur ..moga Allah terus-terusan mengurniakan rezeki yang berkat buat kita sekeluarga.


bekas ni ummi beli masa bawa tok mami, tok dedi dan semua jalan-jalan ke rantau panjang..dapat harga rm38

pada mulanya ummi ingat nak beli bekas polistrin je..tapi bila fikir2 balik, beli bekas macam ni pun berbaloi juga.boleh guna banyak2 kali + tahan lasak juga.

pagi tok dedi nak gerak balik ke kajang sempat lagi ummi perah susu dan masukkan sekali dalam bekas ni.. semua susu tu berjaya dimuatkan dalam bekas ni setelah beberapa kali keluar masuk bekas sampai naik kebas jari2 ummi (^_^)

sejujurnya ummi risau juga takut2 kalau bekas ni tak begitu tahan untuk mengekalkan kebekuan susu2 tu..walaupun tuan kedai tu cakap bekas ni tahan berbanding dengan 1 lagi bekas yang ada di kedai tu..(sebab bekas ni panjang ke bawah, dan yang satu lagi melebar ke tepi)..terbayang2 susu2 ummi yang cair hari tu...fobia!!

alhamdulillah stok ebm ummi tu masih beku lagi bila sampai kajang. dengan tempoh perjalanan dari lebih kurang 7.30 pagi sampai 4.30 petang (9 jam)

masih beku..ais pun ada lagi...


ummi tak sempat nak ambil gambar step by step masa susun ebm tu..
tapi kalau ada ibu2 diluar sana yang nak tau, caranya adalah seperti berikut:
1. alas cooler dengan 3-4 helai surat khabar
2. tabur ais
3. tabur garam
4. susun ebm
5. ulangi langkah 2, 3 dan 4.
6.pastikan lapisan atas sekali adalah ais dan garam bukan ebm
7. tutup dengan tuala kecil
8. kemaskan penutup cooler.
9. letak cooler di bahagian dalam kereta.bukan di bonet
10. doa dan tawakkal pada Allah.

ummi ada lebih kurang seminggu lagi di kelantan ni sebelum kita semua balik ke kajang.. rancangan abi, kita nak singgah di cameron highland dulu sebelum pulang. dan kalau dapat mungkin kita bermalam di sana semalaman..jadi ummi risau dengan stok ebm yang seminggu ni..macam mana lah gaya nak bawa balik..

kalau dibawa ke cameron, peti mana pula lah kita nak tumpang sementara bermalam tu..yang ummi risaukan sebab ada susu yang beku..kalau setakat susu sejuk tu masih boleh dibawa bersama..

jadi ummi fikir, ada beberapa cara yang ummi boleh buat.
1.  bekukan semua stok ebm untuk tempoh seminggu ni dan kirimkan melalui bas.nanti minta tolong tok mami jemput ebm tu kat stesen bas.
2. oleh kerana ebm sejuk boleh tahan dalam 4 - 5 hari sahaja, untuk susu 3 hari sebelum kita ke cameron ummi tak bekukan, dan bawa bersama. susu yang terawal akan dibekukan dan dibawa balik pada masa yang akan datang.
3. tak perlu ke cameron, dan ummi boleh terus bawa bersama ebm tersebut pulang ke kajang.
4. tak perlu kumpul stok untuk 1 minggu yang tinggal.

antara 4 cara tersebut, yang no.3 paling ummi tak berkenan!hehe...ok..bukan senang abi nak bawa kita ke cameron ni..jadi jangan lepaskan peluang. dan no.4 tu mustahil ummi akan buat..rugi!rugi!rugi! kalau  tinggal 1 sesi pam takpe lagi..tapi kalau 1 minggu tak pam, rugi besar tu..

ok..nanti kita tunggu dan lihat..antara no 1 dan 2, mana yang akan ummi dan abi pilih..

6 comments:

  1. Aku pikir org je blh kirim naik bas org lain jemput..rupanya susu pun boleh ye,hehe. Skjp je byk balik susu ko fah!

    ReplyDelete
  2. ahaha..ha..jgn main2..susu pun ada driver tau!

    alhamdulillah as uuiii...huhu..tak byk mn pun weh..org lain melimpah2 peti..tp mmg lg byk dr ms tasneem dulu..

    ReplyDelete
  3. bace da entry ni tapi dok dang nk komen..balik ganu baru ni ingat nk mesej tnye step by step..rupenye peti tak ok nk simpan susu jadi 12oz hari pertame dibuang begitu saje sbb dalam peti beku pun tak beku T_T

    tahniah ye ummi kerane berjaye menggandakan stok anda sekelip mate!

    p/s: mentng2lah baru belajar teknik memuji care Rasulullah hehee

    ReplyDelete
  4. alahai..sayang nya..np tak bg muhammad je yg minum? peti rosak la tu ek?hbis tak perah la sepanjang kt sana?

    cmne tu memuji cara rasulullah?share sikit.. ;)

    ReplyDelete
  5. manelah muhammad nk lagi susu ibu die..nk muntah da kalau minum..tak perahlah sepnjg duk sane..sedikit terseksa pagi2 dan alhamdulillah abdullah telah menghilangkan penyeksaan itu menjelang tengah hari hhehe

    oh yg kite puji ialah perbuatan die bukan orangnye contohnye kakak tasneem dah pndai mengaji, tahniah kakak, ummi bangge sbb kakak dah pandai mengaji..contohlah heheh boleh rujuk blog ustazah siti khadijah utk sumber rujukan asal..kite dapat melalui info blog cinta-rasul ;)

    ReplyDelete
  6. a'a..sama la ngan tasneem..taknak dah..huhu..

    herm..cm pernak dengar lah pasal puji cara camtu..tapi tak ingat kat ikim ke kat ceramah dalam tv..

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)