BBW 12: ummi shopping buku kat bawah, abi bawa tasneem main kat atas
tasneem demam buat kali pertama bila umur cukup 2 tahun..1.1.13
ia demam yang lain dari biasa....hari tu kita sekeluarga keluar..menghantar susu pada pelanggan, mengambil susu dari agen..dan abi mahu mencari kasut...badan tasneem mula panas menjelang tengahari..jadi kita tak memanjangkan agenda..terus balik kerana tasneem tak sihat..
bila hampir maghrib, selepas mandikan tasneem, seperti biasa abi pula bersiap untuk solat..tasneem agak meragam..maklumlah demam..waktu itu ummi tengah susukan adik sambil ummi menghadap komputer..tasneem awalnya leka menonton video "aishah"nya...
tiba2 abi menegur tasneem yang dah meringkuk di sudut kerusi..kami ingat tasneem bergurau, mahu bermain..bila abi pegang untuk betulkan badan tasneem, ummi tengok bibir tasneem dah biru..ada air liur (kerana kepala dah tertunduk disudut kerusi) dan mata tasneem keatas!!
ummi abi jadi cemas!!cemas yang amat!!lutut ummi jadi macam lembut tak boleh nak berdiri..abi baringkan tasneem atas katil adik, ummi panggil2 tasneem tapi tak ada respon.tiada suara..tiada tangisan..tiada sebarang tindak balas...itu sangat mencemaskan ummi!!sementara abi bersiap, ummi panggil2 lagi..ummi dukung tasneem..tepuk2..masih sama..perasaan ummi ketika itu hanya Allah yang tahu!!
abi minta ummi call tok dedi,tok mami..tapi Allah izin semua tak dapat.mereka dah ke masjid...abi terus bawa tasneem ke hospital. dan ummi bersama basyeerah di rumah..lepas solat ummi minta tolong cik kunak ambil ummi dan bawa ke hospital..
debaran sepanjang perjalanan memang tak dapat dikawal, sampai di hospital ummi nampak kelibat abi sambil dukung tasneem..lega rasa hati.
selama hampir 4 hari tasneem demam, ia betul2 menguji ummi dan abi..tasneem banyak menangis mengigau dan mungkin meracau..tidur tak lena...selera tiada..susu pun kurang minum..muntah..badan nampak sangat menyusut..
selain ubat homeopati, kami ada juga berjumpa dengan anak murid Dato' Harun Din. minta penawar..
sesungguhnya Allah menegur kita dengan pelbagai cara...Allah memberi peringatan pada kami yang selalu lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberi. menegur kami supaya menjaga hubungan dengannya..mengingatkan kami agar sentiasa meletakkannya no.1 dalam setiap keadaan...
Allah..terima kasih ya Allah atas teguran ini..kekalkanlah kami dijalanMu..hidupkan kami, matikan kami dalam iman..
**sekarang satu rumah dilanda batuk dan selsema (^_~)
nk pndai ape tuh kakak? ;)
ReplyDeletehuhu...tah le..pandai ngaji gamaknye yang demam berat sgt tu..
ReplyDeletehuhuhu
Pah, semoga tabah. besar cabaran jadi ummi, which ana harap akan dapat rasa satu hari nnti :) iAllah.
ReplyDeletesemoga tasneem cpt sihat. Allah rindu rayuan kita, sbb tu dia uji. slm sayang pah. i miss u.
mmg besar pun cabarannya banat..huhu..kadang rasa mcm tak sanggup pun ada...
ReplyDeletemcm yg slalu mu ckp..allah tu romantik kan??