**************************
tiba-tiba, suatu hari datang tuan barang tadi meminta semula barang yang dipinjamkan kepada kita...setelah barang tersebut diberi pinjam kepada kita, dan kita menggunakannya dengan penuh rasa seronok dan bahagia sehingga kadang kita terlupa barang itu hanyalah pinjaman semata-mata..tiba saat barang itu mahu diambil semula..adakah kita bersedia??
**************************
25/4/2013
tok dedi dah mula cuti untuk persiapan kenduri cik wawa ahad nanti..sebab itulah tok dedi pun ada sama temankan tasneem tido dalam wad..abi pula tak sampai hati nak tido rumah..pagi2 tu ummi tumpang cik nana ke hospital..
tok mami bagi tau yang malam tadi, bila tasneem sedar, tasneem cabut cemua benda yang melekat kat badan ..tag nama dan jarum untuk masuk air tu..banyak juga darah yang keluar..dan air yang patutnya masuk dalam badan tasneem tu habis tertumpah atas selimut dan cadar...
ummi dan abi ambil alih jaga tasneem siang sampai ke malam..pagi ni, lepas ummi sampai, tok dedi dan tok mami sambung misi ke pasar pula untuk beli barang keperluan kenduri..memandangkan kenduri cik wawa ni tak pakai catering, maka, kena cari barang masak sendiri ye anak-anak...
tasneem hari ni masih kurang bertenaga. demamnya masih ada..taknak makan ubat demam yang nurse bagi..fobia gamaknya tengok pilcagari tu..maka, sebagai alternatifnya makan ubat homeopaty..susu memang tak masuk sangat..makan pun tak banyak..ummi lah yang jadi tukang habiskan makanan...banyak merengek..mungkin tak sedap badan lagi..
kadang2 nak dengan ummi..kadang2 nak dengan abi..gilir2 lah kami..alhamdulillah basyeerah tak meragam pun.mungkin faham kakaknya perlu lebih perhatian dari ummi dan abi..pandai basyeerah jaga diri..menangis bila lapar nak tidur je..
hari ni kerja tasneem ialah muntah!masuk je apa2..tak kira makanan atau minuman, semuanya dimuntahkan balik..kesian sangat tengok tasneem..risau tak payah kata lah kan..badan pun memang nampak sangat2 susut..tapi, disebabkan duduk di hospital, ummi tak payah pening2 nak tukar dan basuh cadar..minta tolong nurse yang bereskan..hehe..banyak kali juga nurse terpaksa tukar cadar..
ummi ada tanya pada doktor, minta nak balik..huhu..tak larat duduk lama2 dalam hospital..tapi doktor tak benarkan..katanya sebab tasneem datang dengan demam yang tinggi (suhu: 42) jadi doktor nak pantau sampai demamnya betul2 hilang..
maka, malam ni bermalam lagi lah di hospital..
petang tok mami datang dengan abang aisy..barulah nampak tasneem macam seronok sikit..ada kawan nak main..
ummi ingat malam ni nak tidur di hospital, memandangkan ummi dah suruh cik nana bawa toto dan bantal..tapi kata abi, hospital ni sejuk, takut basyeerah nanti tak selesa..ok..ummi balik rumah lagi..abi pun sama..malam ni tok mami lagi yang temankan tasneem..
26/4/2013
pagi ni datang sekali dengan cik wawa dan kawannya..cik wawa dah balik untuk persiapan kahwinnya 2 hari lagi.
kalau semalam asyik muntah2..hari ni cirit je pulak..cirit yang memang tahap diapers tak boleh nak tampung lagi dah..berulang ke tandas dan tukar baju jelah kerjanya..beg baju pun dah macam orang balik kampung..banyaknya bawa baju..diapers lagi kan..
asalnya doktor kata ahad baru boleh balik..terkejut juga ummi..ahad tu dah nak kenduri..minta balik awal..memandangkan tasneem pun menunjukkan perkembangan yang positif, dah bercakap..bersembang2..cergas sikit nampaknya..doktor bagi balik hari ni..petang2 sikit kata doktor...dalam 4 lebih..
lega ummi boleh balik...tapi tasneem masih dalam perhatian..dan mood dia pun masih belum pulih sepenuhnya...
nanti ummi sambung lagi dengan cerita disebalik tabir dan gambar2 sepanjang tasneem ada kat hospital..moga ada kelapangan dan kerajinan..hehe..
bace da yg entry pertame tu tak dan nk sms dgn niat dalam hati inshaAllah tasneem dah sihat sebb ummi pun dah singgah2 blog BAi komen2.. ;)
ReplyDeletetasneem nk ngapal quranlah ummi! Allah bg kaw-kaw sikit sebelum kakak mengalirkan alunan quran setenang air terjun syurga ;)
p/s: muhammad pun baru lepas jatuh katil kuat..punyelah kuat smpai antara hidung tu pun lebam..aduhaiii anak anak...
huhu...tak pe..terima kasih atas niat murni mu itu..hehe...dh sihat pun..
Deleteinsyaallah..moga doa UM tu terkabul..ummi sedang berusaha kearah itu!!
muhammad wat pe yg smpai jatuh katil camtu skali tu?mesti nangis smpai tak keluar suara...sakit sangat..