Saturday, May 4, 2013

tasneem dan hospital

assalamualaikum....

**************************

suatu hari kita diberi pinjam sesuatu yang memang sangat kita perlukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka...mestilah dalam hati timbul rasa gembira tak terkata..kan?hari berlalu, kita seronok dan bahagia dengan adanya barang yang dipinjamkan tadi....

**************************


ummi dan abi diuji lagi..
tasneem demam tinggi hingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad.


23/4/2013
tasneem mula muntah bila ummi ambil dari rumah tuk mami..bersambung dengan cirit-birit yang banyak....cirit dan muntah berselang hingga larut malam..muntah atas katil..atas tilam..mungkin salah makan..tapi seingat ummi, tasneem tak berapa makan..jadi puncanya hanya Allah yang tahu..malam tu abi jaga tasneem..tukarkan baju setiap kali tasneem muntah..tukar lampin setiap kali cirit..

24/4/2013
ummi dan abi ke tempat kerja seperti biasa..ummi tanya keadaan tasneem pada tok mami..cirit dan muntah masih berterusan..masa ummi call tok mami, tok mami baru je lepas uruskan tasneem..tengahari tok mami sms, bagi tahu yang tasneem dah mula demam..hari ini hari rabu..biasanya balik pukul 4..tapi ummi  balik awal untuk bawa tasneem ke tempat biasa, homeopathy hassan di bangi...masa ni tasneem nampak lemah, tapi masih bersemangat untuk bernasyid dalam kereta!..alahai anak..

basyeerah ummi tinggal dulu dirumah tok mami..kita bertiga sahaja..tasneem pula tak selera nak makan apa2 yang dioffer!risau juga kami...buat sementara ni tok mami tak bagi minum susu..sebab cirit dan muntah tu..jadi minum air masak saja. makan pun secoet je..alahai..

balik tu tasneem pula yang tinggal kat rumah tok mami...sebab dah lena tidur, maka ummi biarkan saja...kemuncaknya, bila maghrib hampir tiba...tok dedi call abi..suruh datang cepat.

masa ni ummi punya jantung memang rasa maca nak terkeluar..mesti jadi macam hari tu lagi..benda yang paling ummi takut!!{Allah menegur}

sah!!

bila sampai kat rumah tok mami, semua orang dah kat bawah...cik kunak, cik wan dah dalam kereta..tok mami...tasneem tok dedi yang dukung..semua muka cemas..ummi bertambah cemas, abi dah terdiam..tak lama lepas tu, azan maghrib..

masa tu ummi tak dapat tengok muka tasneem..sebab muka tasneem menghadap dada tok dedi..yang pastinya tasneem dah tak bersuara..senyap! tok dedi suruh abi bawa sesegera yang boleh..cik wan, tolong buka jalan..jadi kereta kita ikut belakang..

agak lama juga tasneem senyap..lepas keluar simpang baru tasneem nangis kuat..ummi tak boleh bayang dulu masa abi bawa tasneem sorang..

alhamdulillah hospital tak jauh mana..kita ke KPJ kajang..ini hospital panel insurans..saja-saja nak masuk tak mampu woo~mahal! terus ke bahagian kecemasan.

tasneem masa tu dah kejang bahagian kiri badan..(ummi tak pasti macam mana..cuma yang ummi nampak kaki memang kejang...bahagian lain umi tak pasti)..dengan menangis kuat tak henti, ummi pun resah..suhu masa tu dah cecah 42..tasneem masa tu tercirit juga..dan rupanya dalam kereta pun dah muntah atas tok dedi..habis baju tok dedi..huhu

tasneem kena mandi, nurse kepungkan air guna plastik dan balut tasneem untuk turunkan suhu... dan masuk ubat punggung..masa tu tasneem menggigil yang hebat..ummi tak pernah tengok gigil macam tu..masih menangis dan ummi nampak tasneem letih..macam2 cara untuk pujuk tasneem abi buat..tak berjaya.

abi minta ummi sambung..ummi dekat dengan tasneem yang tengah menggigil tu, ummi pujuk dengan apa yang selalu ummi baca bila tasneem nak tidur..."lailaha illallah..muhammadur rasulullah.."..ulang2 ummi baca kat telinga tasneem,sampai tiba2 tasneem ikut baca sekali..sambil menangis tasneem ikut ummi baca..baca sambil meraung.. part ni lah yang paling meruntun jiwa..

masa tu tiba2 ummi rasa macam bersemangat...hari ni ummi terfikir, apa yang buat tasneem boleh ikut ummi baca sekali walaupun dia tengah menangis meraung masa tu?ALLAH...ini semua kuasaMu..dan segalanya dalam pengetahuanNya.

kena peluk macam ni baru tenang nak tidur...

tasneem masuk wad.
malam tu ummi tak tidur sana..sebab basyeerah ada sama...suasana wad tak sesuai untuk basyeerah..ummi balik, rehat dirumah. malam tu, tok mami, tok dedi teman tasneem di wad..abi tidur di surau hospital..

** bersambung**


1 comment:

  1. Tasneem, semoga Allah sentiasa kurniakn kesihatan yg baik... Mak cik baca pun rasa ketar lutut ni.. Rasa nak nangis...

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)