Tuesday, January 11, 2011

nama saya....

assalamualaikum...

sepatutnye ummi nak tulis entry ni masa hari ke7 kelahiran anak ummi dan abi ni..tapi entah apa lah yang ummi sibukkan masa tu sampai ummi terlupa nak tulis..(owwwhh~~ terlupa ke tak sempat ke malas ke ummi pun tak pasti yang mana satu..hehe)

baiklah..
dengan ini ummi nak bagi tau nama anak kami ni ialah..

TASNEEM BT. MOHD FADLULHILMI

(pendek je kan nama saya?)
tasneem ni maksudnya air terjun dalam syurga

macam2 cerita disebalik nama ni..huhu..

sepanjang 9 bulan ummi mengandung, ummi dengan abi memang ada cari nama dah..tapi tulah..cam tak serius je cari..ada sesetengah parent tu memang dah ada siap2 nama untuk anak2 mereka..tapi kami tak..bukan tak ecited, tapi tak reti nak pilih nama apa...sudahnya sampai anak dah lahir kami belum ada nama yang sesuai untuk diletakkan pada anak kami..

bukan senang tau nak pilih nama...pening kepala ummi..apetah lagi kepala abi..hehe..

kami tanya jugak pendapat ustaz2..kawan2 yang bijak pandai..tapi ada diantara nama yang kami berkenan tu dah dimiliki oleh sedara mara yang terdekat..em..payah kan??

nak pilih nama ni pun, dah ada yang pesan, pilih nama yang pendek2 jelah, yang senang nak sebut..
jadi dipendekkan cerita, kami pilihla nama TASNEEM..

ramai yang tanya..."tasneem je ke??"..."takde nur ke ape ke...??"
(org yg kat pej pendaftaran pun cam tak berapa nak percaya bila nak letak tasneem je..ehehe)
biasanya kami akan jawab.."a'a..tasneem je..senang..."
kadang2 kami akan jawab, "a'a..sebab nama ayah dia dah panjang..."

maka itulah kisah serba ringkas disebalik pemberian nama TASNEEM ni..

harapan ummi dan abi agar TASNEEM menjadi seorang anak yang solehah...dapat memberikan kebahagiaan kepada setiap orang yang berurusan dengannya, menggembirakan hati ummi dan abi..seperti sifat air terjun yang menyamankan, mendamaikan...

p/s: oleh kerana anak pertama ini kami berikan nama tasneem, maka ummi pun bagi cadangan kat abi, nanti anak2 yang akan datang bagi nama dengan tema syurga lah..macam kauthar, raudhah, firdaus, adnin, jannah...ok tak??

3 comments:

  1. okeh!!
    suke name tasneem..=)

    ReplyDelete
  2. ok la nama pendek. short but nice. kalau panjang2 sangat pun.....

    ReplyDelete
  3. kalau pnjg2 pun last2 kontot je nama yg dipanggil..huhu...

    kalau ikutkan mak org, dia suh cari yg lagi pendek..cam nun ke..

    erk??tp takkan nak bg nama nun kot..hehehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)