Monday, February 7, 2011

tak sihat..

tasneem sayang....


kalau ikutkan rancangan ummi dan abi, hujung minggu lepas kita nak ke kuantan..dan ke segamat..(walaupun belum habis pantang..hehe..)


hari sabtu ke kuantan sebab kawan ummi dengan abi masa kat maktab dulu kawen...pengantin perempuan dan lelaki..kedua-duanya kawan ummi dan abi..


ke segamat pulak sebab ada kenduri kawen jugak..tok sedara tasneem..hehe...isterinya meninggal tahun lepas..masa tu tasneem masih dalam perut ummi lagi..dia rasa sunyi agaknya, tu yang cari pengganti..


tapi 2 2 kenduri pun tak pergi...
yang di segamat tertangguh..sebab masa tu banjir..tangguh pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian..
yang kuantan pulak,ummi dan abi putuskan untuk tak pergi..


Allah izin tasneem tak berapa sihat..tasneem batuk2 dan macam ada kahak je ummi dengar bila tasneem batuk tu..ummi bimbang lah nak bawak tasneem jauh2..jadi hari yang sepatutnya pergi kenduri, jadi hari untuk bawak tasneem ke klinik...


walaupun ummi macam terkilan sikit sebab tak dapat pergi kuantan tu, tapi tasneem lebih utama..tak pergi kenduri tu pun tak pe..boleh pergi yang belah lelaki insyaallah..ataupun boleh pergi melawat pengantin tu nanti2 je...lain kali..


sabtu lepas, lepas bawak tasneem ke klinik, 2 kali tasneem muntah susu (istilah abi: jeluak) yang bercampur dengan lendir..lega sikit ummi..sekurang-kurangnya ada lendir yang keluar..nenek pesan supaya bagi sikit madu pada tasneem..untuk legakan kahak tu..


hari ni dah kurang sikit..dah beransur pulih...ummi masih bagi ubat pada tasneem..semoga tasneem cepat sembuh..kesian ummi tengok bila tasneem terbatuk-batuk...


cepat sembuh ye sayang!!


p/s 1: klinik dalam cerita diatas ialah homeopati...
p/s 2: ummi masih belum sempat untuk bawak tasneem untuk check up 1 bulan..sekali dengan injection..
p/s 3: keyboard di rumah nenek ni ada beberapa key yang tak berfungsi lagi dah.salah satunya huruf a...jadi ummi kena guna on screen keyboard untuk atasi masalah beberapa key yang dah rosak tu..sangat tak best..dan sangat melambatkan kerja2 menaip..bila kenangkan key yang rosak tu, jadi mood nak tulis pun menurun sikit..huhu

2 comments:

  1. pengorbanan seorang ibu. terharu. semakin hari mengajar untuk berkorban demi anak2. Itulah seperti ibu bapa kita. Mereka telalh lalui dan kini kita pula..

    ReplyDelete
  2. yelah..giliran kita pulak rasa..sampai terpening2 sebab anak meragam malam2..huhuhu

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)