Wednesday, March 30, 2011

sibuk

last update blog adalah rabu lepas...jumpa rabu balik baru sempat nak update pulak...haisshhh!!


dah lama sangat rasanya tak menulis...kebanyakan hari dilalui dengan penuh ke"busy"an..sampai kadang-kadang rasa masa yang ada tu cukup2 je untuk buat benda yang penting2 sahaja..(menulis di blog ini tak termasuk dalam list penting..hehehe)


rutin harian:
bila bercakap mengenai rutin ni..semestinya tak lari dengan hal-hal berkaitan masa. bila masa dapat disusun dengan baik,berjadual, sistematik dan sebagainya, maka hari-hari yang dilalui akan berjalan dengan lancar dan semua kerja yang menimbun tu dapat diselesaikan dengan lancar juga. tapi kalau masa tak diuruskan dengan baik,boleh jadi kerja yang boleh dibilang dengan sebelah tangan pun tak boleh nak diselesaikan!


mesti anda selalu dengar ungkapan ini..
"kebatilan yang terangcang boleh mengalahkan kebenarang yang tak terancang"
renung2kan..


*****************


kebelakangan ni selalu sangat balik lambat..boleh dikatakan dalam lima hari bekerja, 2 hari je balik awal..selebihnya dah dekat asar baru sampai..(ada juga yang lewat lagi dari tu..) 


selalunya sampai je kat rumah memang dah kepenatan...kalau awal lagi, saya akan terus susukan tasneem dan tidor secara berjemaah...hahaha
sebelum maghrib biasanya kerja2 picisan yang penting macam mandikan tasneem dan mandikan diri sendiri selesai...
lepas maghrib pulak tidurkan tasneem siap2 supaya senang nak buat kerja2 lain pulak...macam gosok baju dan persiapan untuk pergi sekolah esoknya (isi air dalam botol, barang2 untuk pam susu)


*****************
tasneem:
anak ini semakin hari semakin bijak.
makin pandai tidur dengan nyenyak di malam hari
makin pandai nak bersembang.
sudah pandai senyum2 bila diagah-agah.
sudah tahu bila namanya dipanggil2....
sudah pandai mengiringkan badan...(bila nak meniarap ni??)
....pandai juga main air liur.....

~~bahagia~~

tapi tiba2 ahad lepas abi botakkan balik kepala tasneem..sebab nak bagi rambut tumbuh sekata..ahahahahaha...ok...semua orang terkejut dengan tindakan abi itu...tak cantik sudaaaa....


1 comment:

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)