Wednesday, March 2, 2011

sudah 2 bulan

selamat berusia 2 bulan!!
(terlewat 2 hari dah ni sebenarnya..hehe)


bila dah berusia 2 bulan ni, tasneem dah;-


1. bertukar saiz diapers dari newborn ke saiz s (sebenarnya ni masa masuk 1 bulan..ummi terlupa tulis)


2. dah pandai nak berbual-bual..kadang-kadang tu boleh merengek kalau orang buat tak tau je


3. pandai juga merajuk. kalau dah menangis, lepas tu ummi atau abi atau sesiapa je tak angkat tasneem cepat-cepat, mulalah mencebik..(rugi ummi tak ambil gambar masa tu)...tak pun kalau tasneem nangis sebab lapar, ummi pula lambat bagi susu...ha..mulalah dia...tengah minum susu pun boleh menangis lagi...bayangkan lah!!


4. suka ajak main time ummi dan abi dah ngantuk...aaahaiii...kalau esoknya cuti takpe lah..tapi kalau esoknya kerja,nak tak nak, kena jugalah dilayan...biasanya ni ummi pas kat abi..sebab ummi punya bahagian masa menyusu je..hehehe


pandai tengok kamera dah ke ni??

2 comments:

  1. ahaa yang no.4 memang biasanya bagi kat para bapa...tak larat dah weh..dia sedut susu kita sama dengan sedut tenaga sekali ok!

    ReplyDelete
  2. tu la kan..baru adil dan saksama..nk kita je yg wat semua benda n dia goyang kaki je mn boleh..hehe

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)