Thursday, June 2, 2011

sabar ye semua..sabar...

salam..

tasneem dah 5 bulan..alhamdulillah..maksudnya ada 1 bulan je lagi untuk tasneem menyusu sepenuhnya..lepasni boleh la tasneem mula makan solid food...emmm...(yang sebenarnya sekarang ni pun dah ada benda lain selain susu ummi yang dah masuk dalam mulut tasneem tu).. :(

tapi yang pastinya, belum ada sebarang jenis susu formula yang masuk dalam perut tasneem..benda lain yang pernah masuk ialah air zamzam, dan madu..tak lupa juga ubat homeopati..

sila hadiahkan satu untuk tasneem..

sekarang ni bila ada orang jumpa tasneem, kebanyakannya mesti tanya, dah bagi makan??
alahai...
memang soalan ni akan dijawab begini "belum"
macam2 reaksi yang saya dapat...
"eh...dah boleh bagi dah masa ni...."
"anak saya dulu 4 bulan setengah saya dah bagi makan.."
"5 bulan setengah dah boleh bagi makan sikit2.."
"ooo...bagus lah..tunggu dia 6 bulan..baru ok nak bagi makan.."

kesimpulannya,ramai yang suruh suap makan dari yang menyokong tunggu sampai cukup 6 bulan...

tasneem pulak, bila nampak orang tengah makan, dia pun sibuk jugak nak makan..kadang2 tu sampai merengek2 sebab makan yang ada kat tangan ummi abi tu tak sampai kat mulut dia..masuk mulut ummi abi pulak...

sabar ye tuan2 dan puan2 sekalian...
termasuk juga tasneem..sabar...
saya tahu anda sangat teruja nak menyuapkan makanan kedalam mulut tasneem...
tasneem pun sangat teruja nak cuba sesuatu yang baru yang lebih mencabar untuk dimakan..
belum sampai masanya lagi...
tapi tak lama dah..1 bulan je lagi..
anda boleh kira sama2 dengan saya....

30, 29, 28.................................

p/s: dalam tempoh sebulan yang berbaki ni, biar saya study dulu pasal tasneem's very first solid food.. ;)

6 comments:

  1. yg penting kesihatan baby tu, sekurg2nya baby minum susu ibu 6 bulan. hmm xpe fifah, tak lama pun sbeulan :) heheh

    ReplyDelete
  2. salam fifah. lahir 31 dec, bukan skrg dah 6 bulan ke...? 6 bulan tu maksudnya, 6 bulan nak masuk 7 bulan ye? :) (anak kt sebaya,lahir hari sama)

    ReplyDelete
  3. ho....anak kita sebaya..hehe..

    tak lah nabilah..blm 6 bln lg ;)
    jom kita kira ek...
    31 dis - 31 jan = 1 bln
    +
    1 feb - 28 feb = 2 bln
    +
    1 mac - 31 mac = 3 bln
    +
    1 apr - 30 apr = 4 bln
    +
    1 mei - 31 mei = 5 bln

    so baru 5 bln.. (",)

    ReplyDelete
  4. nabilah, hjg bln ni baru ckup 6 bulan tau..hehe

    ReplyDelete
  5. hehe, kt silap kira rupanya. jazaKillah khair.. baru nak bagi anak makan bubur sayur esok!! tunggu 3/4 minggu lagi lah, syukur...(sbb blender dia pun belum beli lagi). fifah nak tau tak kt hampir namakan anak kt tasneem tp my grandfather suka khadeeja lagi, anak fifah jadi my tasneem lah. lahir pun beza 2 jam. such a sweet name ;)

    ReplyDelete
  6. lucu la nabilah ni...kekekeke..siap dh nk bagi mkn bubur sayur dah..alih2 salah kira pulak... ;)

    boleh2..jd tasneem nabilah jugak..
    mula2 tu nak bagi nama lain..tapi bila dah lahir tu rasa cam tak sesuai pulak nama yg ada..4 hari jugak lah br jmpa nma tu...hehe..

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)