Thursday, May 31, 2012

genap

hari ni 31 mei 2012...
semuanya jadi genap..

ummi abi
genap 3 tahun kami bersama membina keluarga

kakak
genap 1 tahun 5 bulan

adik
genap 21 minggu dalam kandungan ummi...

alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah beri sepanjang umur yang diberi..yang tak terhitung banyaknya....cuma kadang kita terlupa untuk bersyukur dengan syukur yang sebenar..

kita sekeluarga tidaklah begitu menyambut tarikh ini..cuma sekadar mengingati...musim cuti kan sinonim dengan kenduri kahwin,,tak terkecuali hari ini..walaupun bukan hujung minggu...

di kelantan inilah budayanya..berbeza dengan tempat ummi dibesarkan..kalau buat kenduri hari biasa (isnin - jumaat) alamat tak ada orang yang datang...tapi kat sini berbeza...buatlah hari apa pun..isnin ke, khamis ke...tidak menjadi hal...orang yang datang tetap ramai..dan majlis tetap meriah...lauk pun habis!! itulah bezanya di sini..

mujur juga ummi kahwin dengan abi...dapat ummi rasa makanan kelantan...tau selok belok budaya serba sedikit..bahasanya, masyarakatnya..tempat shoppingnya..hehehe...kan jauh berjalan luas pemandangan..

Allah itu maha bijaksana..mencipta manusia dengan pelbagai latar berbeza..untuk kita saling berkenal-kenalan...barulah meriah hidup...apa jadi kalau Allah mencipta manusia itu sama?dengan suasana persekitaran yang sama? tentu ia menjadi sangat tidak menyeronokkan...

berkenaan tasneem pula, bukan main seronok di sini..main dengan ayam itik..kambing juga..tiap pagi tengok ikan dalam kolam..berjalan berlari tak henti...masa tidur pun jadi kurang...tasneem dah boleh sebut "ayam"..."ikan"...sampai ada satu masa tu, nangis + mengigau sebut ayam...hohoho...

gigi pun dah bertambah...abi yang mula perasan..ada geraham nak tumbuh..2 serentak...geraham atas..agaknya tu lah sebab tasneem demam lepas pada cik wan konvo hari tu..

lepas balik kenduri, petang tu sempat bawa tasneem pergi pantai irama, bachok..
suka sangat dapat main air..tapi terpaksa naik sebab tak bawa baju..
nangis-nangis sebab kena naik..
nanti lah tasneem ye..kita datang lain kali, bawa baju...


balik dari pantai, kita singgah umah mak tok n tok chik...
tunggu tok abah bawa balik kambing untuk masuk dalam kandang semula..
seronok tasneem siap ajuk-ajuk bunyi kambing mengembek tu..
lepas tu ada hati pula nak agah-agah kambing..kambing tu tak tergugat pun tasneem (^_^)
lepas tu berani-berani takut nak sentuh kambing..huhu..


*** semoga keluarga kita ini sentiasa dilindungi Allah dari sebarang anasir-anasir buruk..ya Allah, berilah kami kebahagiaan dunia dan akhirat..

2 comments:

  1. wah ank dare ummi berani dgn kambing2..

    ReplyDelete
  2. siap agah2 kambing tu yg tak tahan..huhu..kambing tu tak terjejas pun...

    yg lg klako tiru bunyi kambing..bek..ek..ek..

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)