Friday, August 31, 2012

gaji kena tarik balik (2)

cerah yang gelap
lepas dapat pencerahan dari pejabat yang masih bersifat kabur bagi saya...saya masih tak puas hati..ye..sebab nama pun nak pencerahan..kalau kabur lagi, bukan cerah namanya..jawapan yang saya dapat sangatlah mengecewakan saya..bagi saya mereka orang-orang dipejabat tu langsung tak membela saya..tertekan..

saya ada minta beberapa pendapat rakan-rakan senior berhubung hal ini..ada yang suruh saya bawa ke peringkat yang lebih tinggi..ada juga yang kata kalau tak kena potong sekarang, kesilapan ini mungkin dikesan bila sudah pencen kelak..jadi lebih baik potong sekarang dari kena potong masa pencen nanti..reaksi yang lebih pasrah..

saya lebih berminat pada cadangan pertama..membawa pada peringkat yang lebih atas..agak mencabar..tapi lebih baik daripada pasrah terus..

saya tanya pada kerani yang terbabit..pada siapa yang saya boleh rujuk untuk saya dapat penerangan lebih lanjut mengenai hal ini..kalau boleh biar terus ke peringkat teratas..tak perlu ke PPD..kemudian JPN..kemudian ke sana..dan kemudian ke sini...oh..lambat!!

bagi saya, saya nak sesuatu yang memuaskan hati saya..sekurang-kurangnya, kalau terpaksa dipotong sekali pun saya puas hati sebab saya dapat jawapan yang jelas dan terang. bukan dipotong kerana orang suruh potong..huissh!

kerani mencadangkan saya terus ke SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran..di putrajaya..jabatan yang bertanggungjawab atas tarikh-tarikh pengesah jawatan..lantikan..dan sebagainya.

jadi saya ke sana..haruslah bersama hero saya..alhamdulillah kajang dan putrajaya tu tak jauh mana..di sana saya bertemu dengan pegawai yang berwajib...menceritakan perihal masalah saya dengan penuh bersemangat..sampai tak bagi can dia mencelah..hehehe..mahap la encik oi..eksaitet lebih 

lega
encik tersebut membawa bersama-sama dengannya fail peribadi saya..setelah bercerita panjang..itu dan ini..dan encik tu pun jawab soalan saya..itu dan ini..dipendekkan cerita, isi penting yang saya dapat dari encik tu ialah:

** apa-apa tindakan yang kerani nak buat lagi-lagi kes2 nak potong gaji orang ni, mesti kena ada hitam putih dari pihak yang berkenaan..tak boleh main call-call je..dan benda ni kerani kena jelas sepatutnya..

** yang sebenarnya tidak ada apa masalah pun dengan gaji saya...saya layak untuk dapat gaji..dan perubahan tarikh lantikan saya langsung tidak membabitkan hal-hal seperti gaji kena tarik balik. siap encik tu tunjuk pergerakan gaji saya dalam fail tu..

** satu lagi yang sangat penting yang saya dapat hari tu ialah, jawapan kepada persoalan kenapa tarikh lantikan tak sama dengan tarikh lapor diri..ia juga merupakan maklumat paling cerah dan jawapan paling kukuh untuk masalah gaji saya...oleh kerana tarikh degree saya 8.12.2009..saya lapor diri 1.12.2009..jadi saya dan kawan-kawan lain tak boleh dilantik 1.12.2009 kerana ketika itu kami dikira tidak berijazah lagi..oleh kerana itulah tarikh lantikan dipinda kepada 2.1.2010..jadi sepanjang 1.12.09 hingga 1.1.2010 saya layak dapat gaji gred DC 41..untuk DG41 dapat bermula 2.1.2010

alhamdulillah...encik tu sangat membantu..jawapan dan kerjasama dari encik tu sangat-sangat menggembirakan  hati saya..dan kami sambut dengan beli dominos pizza..kehkehkeh!!


** tamat episod dua**

2 comments:

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)