Sunday, September 23, 2012

gaji kena tarik balik (akhir)

lupa tanya nama
sebelum pulang, saya ada minta encik pegawai tu untuk bagi pada saya satu surat atau apa-apa jua yang berbentuk hitam putih sebagai bukti yang sebenarnya gaji saya tidak harus dipotong..tapi malangnya kata beliau, beliau tidak dapat mengeluarkan apa-apa sepertimana yang saya mahu..saya cuma perlu menerangkan semula pada kerani..itu sahaja.

jadi, saya memaklumkan kepada kerani hasil dapatan saya..bercerita dengan penuh rasa puas hati dan gembira..tapi ada pulak pihak yang tak puas hati bila saya kata gaji saya tak layak dipotong..boleh pulak ye..tapi ada kesilapan besar yang saya telah lakukan!! saya tak tanya nama encik pegawai yang saya jumpa tu..jadi, agak sukar bagi kerani tu tadi untuk membuat rujukan..pada siapa mahu dirujuk?ah..sudah!!

maka saya pun menelefon SPP..bertanya agak-agak dengan siapalah saya berurusan..agak sukar juga..dan akhirnya saya beroleh jawapan..tapi, persoalannya, adakah betul dengan orang tu saya berurusan?tak mengapa..pasrah sahaja..mungkin nama yang diberi tu betul.

belum selesai
saya ingat semua ni dah selesai bila saya dah dapat penjelasan dari pihak SPP dan memaklumkan pada kerani. rupanya masih belum lagi....kerani tu minta saya ke PPD pula..katanya dia sudah memaklumkan pada pihak yang berkenaan di PPD..tapi mungkin kerana orang sana kurang faham dengan penjelasan yang diberi, jadi mereka meminta agar saya sendiri kesana untuk memberi penjelasan...

alhamdulillah PPD tu tak jauh dari rumah..dalam 10 minit sahaja...sampai disana, saya berjumpa dengan pengawai yang terbabit..rupanya kes saya ni memang tengah hangat..dalam pemerhatian.

fail saya dikeluarkan, dan dalam masa yang sama saya menceritakan perkara sama yang saya dapat dari pihak SPP dengan mengemukakan surat-surat berkenaan tarikh-tarikh lantikan saya...akhirnya kesalahfahaman mereka terungkai..dan mereka akui ada perkara yang telah dilepas-pandangkan..

lega
legalah saya....alhamdulillah..saya berpuas hati.berkat ramadhan, Allah telah membantu saya memudahkan segala urusan saya berkenaan hal gaji ni..dapatlah saya beraya dengan gembira..

bila ada rakan yang bertanya, dan saya bercerita, ada yang kata, kalau jadi pada mereka, tentu mereka menyerah saja..oh~ tak pasal gaji kena potong...

pengajarannya disini, kalau ada apa-apa tindakan yang dikenakan, pastikan hitam-putihnya ada...jika tidak, jangan biarkan ia berlaku!!nanti kita yang rugi..

**tamat**


No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)