Wednesday, September 19, 2012

ali dan abu

lagi tazkirah ringkas yang saya petik dari  fb fan page Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
saya suka pada ibarat-ibarat yang diberi dalam tazkirah ringkas beliau..semoga sama-sama kita mendapat manfaatnya...

kali ini kisah tentang ali dan abu


*************************************


Dua orang menyertai kem perkhemahan - Ali dan Abu.

Mereka berdua diberitahu akan diberi bahan-bahan kemudahan untuk survival mereka untuk tempoh satu malam.

Dalam pemikiran Ali:
"Asalkan ada air dan api dah cukup untuk satu malam."

Dalam pemikiran Abu:
"Patutnya mereka beri telur 2 biji, tin sardin satu, roti atau mee maggi, air mineral 1.5 litre, lighter, periuk, selimut, ubat nyamuk"

Bila pegawai datang, hanya mancis, periuk dan jala diberi bersama khemah di tepi sungai...

Ali berasa bersyukur dan malam itu mudah dilalui - kerana apa yang diperlukan sudah mencukupi. Ali meneruskan kerjanya - mendirikan api, menangkap ikan, memasak air dan mengharungi malam itu dengan penuh semangat.

Abu pula terasa susah bagi hidup neraka untuk melalui malam tersebut kerana apa yang sepatutnya diterima tidak dapat dan menyalahkan pegawai perkhemahan atas kesusahannya - kebanyakan masa sepanjang malam dihabiskan merungut, ikan tak dapat ditangkap, api tidak dapat dihidupkan maka air pula tidak dimasak.

Dlm cerita ringkas ini, fahamilah kebanyakan kesusahan dalam kehidupan yang dirasai oleh hati adalah akibat minda sendiri, bukan kerana orang lain. Biasanya kesusahan datang apabila benda yang dihajat tidak kesampaian - mengharapkan benda yang tiada, dan bukan menghayati benda yang ada dalam tangan.

Ramai kita suka menjadi Abu, mengganggap merungut itu boleh menggembirakan atau keluarkan diri daripada kemelut - walhal cara Ali ialah cara paling berkesan untuk kekal SENYUM dan mencapai sesuatu dalam kehidupan.

Bila terasa susah, henti berfikir, henti merungut, buat saja apa kerja yang patut, fokus, dan nescaya anda akan jadi seperti Ali yang tidak merasa susah dalam mengharungi malam yang berpanjangan.

SENYUM.

No comments:

Post a Comment

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)