saya baru membaca entri di blog sahabat saya..dalam entri yang bertajuk jangan marah itu, ada diselitkan subtopik yang berbunyi begini; Air Bersifat Perakam.
gambar hiasan
dalam subtopik itu dibawanya saya kaitan besar antara tugas seorang ibu yang sangat akrab dengan air. biar saya list kan sebahagian dari tugasan yang berkait dengan air...
- basuh baju
- mop lantai
- bancuh air untuk keluarga
- basuh pinggan mangkuk
- masak
itu adalah diantaranya..
air dan aura
air ni tuan2 dan puan2, ada auranya yang tersendiri..ada aura baik..dan ada aura yang kurang baik...bagaimana aura pada air ini boleh menjadi pembawa aura yang positif atau negatif?? mudah saja..jawapannya dengan merakam. jika kita mahu auranya bersifat positif, maka rakamlah air itu dengan perkara2 yang bersifat positif juga. contohnya, dengan bacaan ayat2 al-quran, doa2, zikir2..atau mungkin dengan hanya lafaz bismillah.
apabila air tersebut dibacakan dengan perkara2 yang baik, ia akan membawa faedah kepada orang yang menggunakan air berkenaan. mengapa??kerana molekul yang terdapat dalam air itu akan berubah menjadi corak2 yang cantik, indah dan tersusun.disinilah auranya!!
nah!jika air yang sebegini diminum, anda tidak perlu lagi bersusah payah membazirkan wang anda untuk membeli alat solek yang mempunyai kolegen, serum itu dan ini..air sahaja sudah mencukupi. kerana zarah-zarah yang cantik itu tadi akan memancar pada wajah dan boleh juga menyihatkan tubuh badan anda!
ini adalah molekul air zam-zam...cantikkan!
ini adalah serba sedikit mengenai air..anda mungkin boleh mencari lebih banyak lagi info tentang molekul air ini memandangkan maklumat kini dihujung jari anda...(^_~)
ibu dan peranannya
berbalik kepada cerita para ibu yang sudah saya senaraikan sebahagian dari kerja seharianya yang berkaitan dengan air diawal tadi..bayangkan betapa besarnya peranan para ibu ini dalam mendidik anak2 termasuk ayah mereka.
saya bawakan kepada anda satu situasi...sila bayangkan dengan penuh perasaan..
di suatu pagi dihari minggu, si ibu menyiapkan sarapan. semasa memenuhkan air didalam cerek, mulut tidak berhenti membebel kerana anak2nya masih tidur. 2 3 kali dikejut masih tak bangun2..dalam hati ibu sudah geram, maka marahnya diluahkan dengan bebelan tanpa henti sambil memasak,membasuh pinggan, membancuh air..
sudah siap bersarapan, si ibu beralih tugas..air ditadah untuk mengemop lantai.sambil air ditadah sambil marah2kan si anak kerana kasut sekolah masih bersepuk dilantai bilik air dan belum berbasuh.
matahari semakin meninggi...semasa menyiapkan makanan tengahari, mulut mengomel, berleter...marahkan anak2 yang masih lagi tercongok dihadapan tv sedangkan kasut masih tidak dijemur... geramkan si ayah yang asyik mengadap surat kabar tanpa mempedulikan hal anak2..
begitulah sehingga ke malam..hari dipenuhi dengan leteran dan marah yang tak berkesudahan...
apa yang anda lihat dalam bayangan anda tadi??ye....anak2 dan suami makan dan minum dari air2 yang dipenuhi dengan aura2 negatif..rumah pula dimop dengan air yang beraura negatif juga..maka, hasilnya, satu rumah dipenuhi dengan unsur negatif..
itu hanyalah contoh..mungkin ada situasi yang lebih dahsyat dari itu..atau mungkin tidaklah seteruk itu..
kesimpulannya, para ibu sekalian, belajarlah mengawal marah..suami pula anda janganlah membatu sahaja, mainkan peranan anda sebaik mungkin supaya si isteri tidak merasa seperti diperbibikkan...anak2..jangan tengok kartun sahaja..pergi basuh kasut nu!!
ye..memang bukan mudah untuk seorang ibu mengawal perasaan marah..tapi ini lah yang dinamakan mujahadah...yang akan membawa kepada akhir yang indah...
p/s: ini tazkirah untuk saya juga..saya seorang yang sukar untuk mengawal marah.. (T_T)
huraian yang hebat dan perkongsian yang bermanfaat!
ReplyDeletetermotivasi oleh anda lah wahai ummu muhammad!! (^_~)
ReplyDelete