ini tasneem yg tersenyum
saya jumpa ini masa cari2 info untuk banyakkan susu..tapi saya terlupa nak copy sumbernya..jadi jika tuan punya artikel ni terbaca,maafkan saya ye!!
susu dan hormon:
Susu badan dihasilkan oleh dua jenis hormon iaitu prolaktin dan oxytocin yang dihasilkan di kelenjar pitutari.
Hormon prolaktin ialah untuk menghasilkan susu, dan hormon oxytocin adalah untuk mengeluarkan susu yang terhasil tu. Hormon estrogen adalah hormon yang membuatkan hormon prolaktin berada di tahap rendah, hormon ni tinggi semasa mengandung. jadi itulah sebabnya susu jadi kurang bila mengandung.
Hormon prolaktin ialah untuk menghasilkan susu, dan hormon oxytocin adalah untuk mengeluarkan susu yang terhasil tu. Hormon estrogen adalah hormon yang membuatkan hormon prolaktin berada di tahap rendah, hormon ni tinggi semasa mengandung. jadi itulah sebabnya susu jadi kurang bila mengandung.
‘Kegiatan’ hormon dalam badan kita amat unik. Semuanya ada saling perkaitan. Contohnya jika kita stress, hormon yang terhasil semasa stress ni menyebabkan oxytocin berada di tahap rendah, dan membuatkan susu menjadi kurang. Bila baby menghisap di payudara/mengepam, prolaktin akan dirangsang. Bila kita gembira, oxytocin akan meningkat, susu akan terhasil banyak dan kita akan kurang rasa kesakitan.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
- Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
- Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
- Tinggi kalori – longan kering, kurma.
- Tinggi kalsium – susu.
- Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
- Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
- Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
- Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
- Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
saya juga pernah terbaca, yang sebenarnya tiada makanan khusus yang boleh banyakkan susu. contohnya, kita makan makanan "A" terus susu jadi banyak mencurah2...atau mungkin juga sesuatu makanan tu berkesan sebagai milk booster pada seseorang, tetapi tidak pada kita..
kalau anda lihat list makanan kat atas, dia dah tulis, yang tinggi protein, yang tinggi kalsium, vitamin dan sebagainya..sebenarnya makanan2 ni untuk bagi badan kita cukup serba serbi yang diperlukan. jadi bila semuanya sudah cukup, pasti badan kita sihat..dan insyaallah para ibu pun gembira...
gembiralah
bukan senang nak gembira ni kan?tapi cuba lah...anda boleh cuba dengan buat perkara2 yang anda minat..selalu positif..atau sentiasa fikirkan anak anda yang kiut miut tu...sebab itulah ibu2 digalakkan untuk tatap gambar si comel anda semasa mengepam..
penyokong terhebat
orang disekeliling juga perlu menjadi penyokong yang paling hebat..terutamanya suami.sokongan bukan dalam bentuk material semata-mata, tetapi dari asperk emosi juga perlu..ceriakanlah isteri anda semampu yang boleh.tak semestinya suami itu perlu bersarung pakaian badut dan melakukan aksi2 mencuit hati setiap masa. ringan2kanlah tulang anda wahai para suami..membantu apa yang patut..pasti isteri anda tersenyum lebar!
fah kenape tak masuk contest dunia susu ibu..ni info yang boleh share..target contest nk sharing..jomlah..tepek je banner die..pahtu cite sket pengalaman bersalin..
ReplyDeletep/s: sukenye tgk si tembam tu senyum..waahhhh anakku mahal senyum..senyum sket je kalau suke..haiyakk!! tapi yg pentg kami yg gembire...hhehe
tak pandai nak karang2..haha..(tipu btl)...insyallah..bila ek tarikh tamatnye tu...
ReplyDeletelaki takpe mahal2 senyum..baru macho..hehehehe
end of july...jomlah penyertaan mcm sket sgt..mane tau ade rezeki tasneem..
ReplyDeletenape tak leh bukak ek link kat banner tu??adeh..konfius..konfius
ReplyDelete