Saturday, July 30, 2011

bersiar2 di petang hari

petang ni kami sekeluarga keluar bersiar-siar...
ke stadium kajang..
ada ape ye disana?
ada ini..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tapi kami taklah tengok  konsert tu..
jalan2 petang aje
tengok apa yang ada kat sana..

masa tu artis2 yang nak buat konsert malam ni tengah buat raptai
jadi sambil jalan2 tu sambil dengar nasyid

kalau kami berdua je ada kemungkinan kami pergi malam ni...hehehe
dah ada orang ajak pun..huhu..
tapi sebab tasneem sudah ada, jadi tidak sesuai rasanya..

seronok tasneem..dia dapat belon dari gerai ana
tak lepas belon dia masa dapat tu
memang exited sangat...
first time dapat belon kan..
sampai rumah sambung main..
ummi risau pecah je..tengok tasneem macam geram sangat dengan belon tu..





ni pulak barang yang ummi beli..dengan persetujuan abi
huhu..sempat lagi beli2
ummi memang dah lama niat nak beli susu kambing ni..
ingat kan nak beli yang cap karihome tu..tapi dah terjumpa yang ni, dan abi pun berkenan,
jadi beli yang ni lah dulu..
habis yang ni beli karihome pulak..

semua sekali kat atas tu rm 100
promosi katanya.jimat rm35.
ada susu kambing "power goat" 2 bungkus. 20 sechet tiap satu..
1 bungkus untuk abi, dan 1 lagi untuk ummi.
bekal masa puasa ni.

ada "power honey". 30 sechet.
sorang 15...hehe
campuran madu, badam, delima, kismis, habbatus sawda' dan satu lagi ape tah.

mug tu percuma
2 ketul sabun mandi susu kambing + madu tu hadiah lucky draw.

lagi satu dapat baucer tunai rm 5.
nampaknya esok kena pergi lagi untuk tebus baucer tu.
sebab kat sini tak nampak pun kedai ana edar..
hehe..




1 comment:

  1. Kalau you nak beli FRESH goat's milk lagi better sbb tak diproses lagi so zat tak hilang. Kami ade jual susu kambing, call Ahmad 0162113035

    ReplyDelete

jgn malu2..sila lah tulis dengan gembira (^_~)